Bab 27

Romance Series 51364

Suasana di ruang tamu rumah agam Tan Sri Alif Shah mula riuh. Nur Atikah dan Nur Syafika keluar dari bilik Akira, menjenguk ruang tamu dari atas. Tinggallah Akira dan Mimi di dalam bilik itu.

"Beb... are you okay? Muka kau macam pucatlah" soal Mimi mulai risau.

"Aku ok, kau jangan risau! " jawab Akira dengan tenang, namun di dalam hatinya sudah tidak keruan. Apa-apa boleh berlaku.

Tiba-tiba telepon bimbit Akira menyanyi, Akira terus mencapai telepon bimbitnya. Icon hijau di seret...

"Assalammualaikum" Akira memberi salam, lalu dia berjalan menuju ke beranda biliknya.

"Ya, Rizal ada apa?"

"What... kau biar betul ni!"

"Good news...."

"Ok... ok, thank you for your information."

"Kau jangan risau, Mimi ada dekat dengan aku."

"Ada apa-apa, call aku dengan segera."

"Ok, insyaallah... kita jumpa nanti! "

"Assalammualaikum"

Lantas Akira terus memutuskan talian. Akira kembali masuk ke ruang biliknya, senyuman lebar meniti di bibir Akira, Mimi seperti mengerti akan maksud senyuman yang terukir dibibir teman baiknya itu.

"Apa hal abang aku call kau?" tanya Mimi, cuba nasib untuk mengetahui berita baik yang Akira dapat daripada Rizal.

"Dia cari kau...and lepas majlis ni nanti, dia suruh kau balik ke rumah terus sebab orang tua kau baru sampai dari kampung." jawab Akira dengan tenang, dia tahu Mimi cuba mengetahui maklumat yang baru diterima sebentar tadi.

"Ok, terima kasih info nya. Akira, aku nak kau sentiasa berhati-hati ya, jika aku tak ada kat sini nanti! "

"Kau nak ke mana, beb? "

"Kau dah lupa kah? Aku kena outstation lah. Your company...yang hantar aku outstation"

"Opss... sorry beb, lupa pula aku. Kau pun hati-hati juga kat sana nanti, okay!"

"Insyaallah."

Sementara pula dua beradik yang berada di luar, mula soal menyoal mengenai bakal tunang kakak sepupu mereka.

"Cuba kak Tika di sana, yang mana satu bakal tunang kak Akira?" tanya Syafika kepada Atikah.

"Manalah akak tahu... Fika rasa, kak Akira kenal tak dengan bakal tunang dia tu?" soal Nur Atikah pula, matanya ralit memerhatikan satu persatu tetamu di dalam ruang tamu.

"Entah... Fika tak tahu. Tapi dari info yang Fika dengar... akak Akira dan bakal tunangnya, tidak mahu berjumpa. Nama pun tak tahu. Kak Tika kan tahu, mereka di jodohkan atas amanat. Dah lah... jom kita masuk ke bilik kak Akira balik"

"Ok." Mereka pun kembali semula masuk ke bilik Akira.

"Macam mana? korang dah tahu kah siapa bakal tunang kak Akira korang? " soal Mimi sebaik saja dua beradik itu masuk ke dalam bilik.

"Tak kak, tapi kan... handsome handsome jejaka kat bawa tu. Lebih-lebih lagi jejaka yang memakai baju kameja berwarna biru handsome betul lah" jawab Atikah perlahan hingga Syafika mendengarnya, malahan Syafika mengangguk kepala tanda dia pun setujuh dengan pujian yang dilemparkan oleh Atikah itu.

"Fika ni, pantang nampak jejaka handsome... ada-ada saja. Sampaikan bodyguard akak pun, Fika nak try" usik Akira sambil tersenyum senget.

"Bodyguard akak Akira, memang handsome.Tak boleh di nafikan lagi, betul tak kak Mimi?" ujar Syafika dengan gaya gediknya.

"Apa sal, tanya akak pula?" dalih Mimi, dalam hatinya dia turut akui pengawal peribadi Akira memang kacak orangnya. Siapa yang dapat, bertuah punya badan.

Mereka berempat gelak ketawa melihat gaya gedik Syafika sebentar tadi. Tidak berapa lama kemudian...

Tok tok tok..

Pintu bilik Akira di ketuk, terus terhenti gelak ketawa mereka. Syafika seperti biasa, dia membuka pintu bilik tersebut.

"Ya Mak Ngah," kata Nur Syafika sebaik sahaja melihat Datin Sri Arani Lin berdiri dimuka pintu bilik Akira.

"Akak Akira kamu sudah siap?" tanya Datin Sri Arani Lin dengan ramah.

"Dah siap, Mak Ngah." jawab Syafika.

Lalu Datin Sri Arani Lin masuk ke dalam bilik anaknya. Di lihat anaknya sudah pun siap di dandan cantik oleh juru solek yang di upahnya.

"Sungguh cantik anak mama ni, bagaikan bidadari." puji Datin Sri Arani Lin.

"Tengoklah... anak siapa kalau bukan anak... Datin Sri Arani Lin dengan Dato Sri Ariff Shah" seloroh Akira. Datin Sri Arani Lin terus tersenyum sipu.

"Akira ni, suka sangat nak menyekat mama. Mama keluar dulu lah. Mimi, Tika, Fika... nanti kamu temankan anak mama ni turun ke bawah ya!" pinta Datin Sri Arani Lin. Mereka bertiga menganggukkan kepala tanda setujuh.

Tidak berapa lama Datin Sri Arani Lin meninggalkan bilik Akira, muncul pula Datin Syifah masuk ke bilik Akira.

"Sekarang... Akira dah boleh keluar. Sampai di bawah nanti, Akira terus duduk di pelamin ya." kata Datin Syifah dengan memberi penerangan kepada Akira.

"Baik Mak Su," ujar Akira.

Keluar sahaja Datin Syifah, juru solek Akira segera memakaikan purdah lace di wajah Akira.
Mimi, Syafika dan Atikah juga turut memakai purdah lace di wajah mereka.

------------------------------------------------------

Ketika empat gadis yang sedondon warna baju meneruni tangga rumah agam itu, kesemua mata memandang ke arah mereka.

"Wow... cantik-cantik gadis yang turun dari tangga tu, bang. Cuba abang tengok! " puji Hamzah Isyah, matanya tidak berkelip memandang gadis-gadis tersebut.

"Yang mana satu bakal tunang abang ni? semua nampak sama je penampilan mereka, tapi bang yang paling belakang tu... sangat cantik lah!" sambung Hamzah Isyah lagi, anak matanya sudah tertumpuh ke arah gadis yang berada di belakang sekali.

Haikal terus menoleh ke arah gadis-gadis yang di maksudkan oleh adiknya.

"Hamzah ni biar betul, dari celah mana dia nampak gadis-gadis tu cantik? semuanya pakai purdah lace, hanya nampak mata dan bulu kening je" rungut hati Haikal Iskandar, dia terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Setelah empat gadis itu duduk di mini pelamin, Datin Harlin menghampiri gadis-gadis tersebut dan membawa dulang yang berisi sebentuk cincin.

"Sungguh cantik bunga-bunga di pelamin ini. Auntie nak tanya.., yang mana satu bunga bernama Nur Akira Syalinda Binti Dato Sri Ariff Shah?" tanya Datin Harlin dengan mempamerkan senyuman manis di bibirnya.

Nur Atikah, Nur Syafika dan Mimi terus menunjuk ke arah Akira. Kemudian mereka memberi ruang untuk Datin Harlin.

Datin Harlin kelihatan amat gembira bersama dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya, lalu dia menyarungkan cincin di jari manis Akira. Tanda ikatan pertunangan dengan anak lelakinya. Akira menunduk mencium tangan Datin Harlin.

"Cantik anak Datin Sri Arani Lin. Sekarang ni, Akira dah jadi tunang anak ibu. Ibu harap Akira dapat terima segala kekurangan yang ada pada Haikal Iskandar, anak ibu... tunang Akira." bicara Datin Harlin dengan tenang, Akira hanya membalas dengan anggukan.

"HAIKAL ISKANDAR! " getus hati Akira, tiba-tiba denyut jantungnya berdebar. Dia cuba mengawal reaksi mukanya.

"Sungguh cantik gadis ini, harap Haikal tidak mensia-siakan." bisik hati kecil Datin Harlin, matanya memerhati raut wajah tunang anaknya meskipun gadis itu memakai purdah lace.

Bunyi flash kamera sana sini yang mengambil gambar. Tiba-tiba jurugambar yang di upah bersuara...

"Jemput bakal pengantin lelaki ambil gambar dengan tunangnya."

Haikal dengan berat hati mula langkah menuju ke pelamin. Di saat dia menghampiri figura yang sedang duduk di pelamin, secara tidak sengaja anak mata mereka bertembung. Masing-masing terpaku.

"Mata hazel. Mata tu dan raut wajahnya seperti... " gumam hati Haikal Iskandar, fikirannya cuba mengingati akan seseorang.

"Tuan Haikal! Dugaan apakah ini?" desis hati Akira, akal fikirannya terus melayang.

Hamzah memetik jari di tengah antara Haikal dan Akira yang seperti patung tak bernyawa. Mereka berdua kembali ke dunia realiti. Akira menoleh ke tempat lain manakala Haikal menoleh ke arah Hamzah Isyah. Dia merasa gugup, tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

"Okay... jom kita ambil gambar. Kasihan juru kamera tu lama menunggu! " ujar Datin Harlin, sebaik saja Haikal dan Akira tersedar dari lamunan mereka.

Haikal mengambil tempat duduk di sebelahan Akira, namun masih ada jarak di antara mereka.

"Selepas majlis ini, aku nak jumpa kau" bisik Haikal perlahan.

Akira tidak memberi sebarang tindak balas, dia hanya mendiamkan diri. Dadanya mula terasa sakit.

Apabila melihat Haikal sedang leka bergambar bersama dengan sanak saudaranya, Akira terus menghilangkan diri tanpa di sedari Haikal. Dia menarik lengan tangan Mimi dan terus membawa masuk ke dalam biliknya.

Sampai di bilik, Akira terus mengunci pintu biliknya. Mimi terpinga-pinga melihat keadaan Akira tika itu.

"Mimi... kau kena tolong aku!" tiba-tiba Akira bersuara. Serta merta Mimi menghala pandangannya ke wajah Akira. Kedua belah kening di angkat seolah menyoal.

"Boleh tak?" soal Akira kembali.

"Kau nak aku tolong apa? "

----------------------------------------------------

Share this novel

Asidah Abdullah
2021-02-05 20:07:16 

jalan cerita menarik tapi lambat update


NovelPlus Premium

The best ads free experience