Bab 31

Romance Series 51364

Tiba di tempat letak kereta A S Holding, Hisyam mematikan enjin kereta. Tidak semana-mana telepon bimbitnya menyanyi, dengan pantas Haikal mengerling jam di tangannya. Panggilan dari orang suruhannya. Segera dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello!" sapa Haikal di telepon.

"Ok, sebentar." kata Haikal, segera dia menoleh ke arah Akira yang duduk di belakang. Akira yang agak terkejut sedikit apabila Hisyam secara mengejut menoleh ke arahnya.

"Why?" soal Akira dengan perasaan terkejut. Anak matanya merenung tajam ke arah Hisyam.

"Opss, sorry... buat kau terkejut." Hisyam tersengih melihat reaksi Akira sebentar tadi.

"Tony call, ada perkara dia nak sampaikan kat Akira" sambung Hisyam lagi sambil menyerahkan telepon bimbitnya ke arah Akira. Laju tangan Akira mencapai telepon bimbit itu.

"Apa dia?" soal Akira sebaik sahaja telepon bimbit di telinganya. Dahi Akira berkerut, dia seperti terkesima apabila mendengar berita yang di sampaikan oleh orang suruhannya. Kemudian Akira mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Baik, ikut mereka. Jangan sampai mereka tahu, faham." kata Akira sebelum menamatkan panggilan itu. Otaknya mula memikirkan sesuatu.

"Haikal, kita balik ke markas sekarang!" arah Akira sambil menyerahkan semula telepon bimbit kepada Hisyam.

"What happen, Akira?" soal Haikal ingin tahu. Mereka baru saja sampai di bangunan A S Holding. Sekarang nak bergerak lagi.

"There is something wrong."

"What's?"

"Kita tak ada banyak masa lagi, bergerak sekarang. Sampai markas nanti, baru kau tahu!"

"Okay!"

Segera Hisyam menghidupkan enjin kereta Honda city hybrid nya semula, lalu kereta di pandu memasuki lebur raya dan terus bergerak ke arah markas mereka. Akira mencapai telepon bimbitnya, lantas menekan nombor telepon Dato Sri Ariff Shah.

-----------------------------------------------------

Tok tok tok...

"Masuk." pintu dikuak apabila mendengar arahan masuk.

"Maaf, Dato Sri... mengganggu," Fauziah melangkah masuk ke dalam menghampiri meja kerja Dato Sri Ariff Shah.

"Ya Fauziah, ada apa?" soal Dato Sri Ariff Shah tanpa memandang setiausahanya, matanya masih tertumpuh pada fail di atas meja kerjanya.

"Tan Sri Alif Shah ada di luar. Dia hendak berjumpa dengan Dato Sri," jawab Fauziah dengan lembut.

"Benarkan ayah saya masuk." ujar Dato Sri Ariff Shah, lalu menutup fail yang di lihat sebentar tadi.

"Baik Dato Sri." Setelah mendapat kebenaran dari Dato Sri Ariff Shah, Fauziah berlalu keluar dan menutup pintu bilik pejabat majikannya. Dia segera menemui Tan Sri Alif Shah yang sedang duduk di ruang tempat menunggu.

Selang beberapa saat, daun pintu bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah... di tolak masuk ke dalam. Tan Sri Alif Shah melangkah masuk ke bilik pejabat anaknya, yang dahulu pernah menjadi bilik pejabatnya. Kini telah menjadi bilik pejabat anak lelakinya iaitu Dato Sri Ariff Shah. Dan tidak lama lagi, akan menjadi bilik pejabat cucunya pula.

Dato Sri Ariff Shah berdiri dan menghampiri ayahnya, tangan di salam dan menciumnya. Duduklah dua beranak di sofa yang berada di dalam bilik tersebut.

"Mana Akira, Ariff?" soal Tan Sri Alif Shah. Dia tidak nampak kelibat cucunya berada di ruang bilik itu.

"Akira keluar ayah. Dia pergi jumpa client kat luar. Apa hal nya ayah datang ke sini? ada apa-apa yang perlu Ariff bantu?" soal Dato Sri Ariff Shah dengan hormat. Anak matanya memberi perhatian kepada Tan Sri Alif Shah yang berada duduk di hadapannya.

"Tak ada...ayah datang ke sini cuma nak bincangkan tarikh pelantikkan Akira sebagai CEO syarikat A S Holding. Apa pendapat Ariff?" tanya Tan Sri Alif Shah sambil tersenyum segaris.

Tiba-tiba telepon bimbit Dato Sri Ariff Shah berbunyi. Tertera nama 'Akira' di skrin, lalu Dato Sri Ariff memandang wajah ayahnya.

"Akira call, Ariff angkat dulu ya!" ujar Dato Sri Ariff Shah. Dia meminta kebenaran daripada ayahnya. Tan Sri Alif Shah hanya menganggukkan kepalannya. Lantas butang hijau di tekan.

"Waalaikumsalam... Ya Akira, ada apa call papa? Akira dah jumpa Tuan Nizam?" ujar Dato Sri Ariff Shah di talian.

"Oh ya kah? Akira nak ke mana? Atok Ayah ada di pejabat sekarang."

"Baiklah, nanti papa sampaikan. Akira hati-hati ya, assalammualaikum."

Panggilan di tamatkan.

"Akira tak balik office, dia ada urusan lain kat luar. Dan dia kirim salam kat ayah," tutur Dato Sri Ariff Shah sebaik sahaja talian di matikan. Telepon bimbit di letak semula di atas meja.

"Waalaikumsalam," jawab Tan Sri Alif Shah.

"Berbalik pada perbincangan kita tadi, Ariff ada cadangankah?" sambung Tan Sri Alif lagi.
Dato Sri Ariff Shah mengelus dagunya perlahan, otak cuba berfikir. Tidak sampai seminit, dia tersenyum dan memandang ayahnya.

"Tidak berapa lama lagi, hari ulang tahun syarikat A S Holding. Apa kata, di majlis itu nanti... kita membuat pengumuman pelantikkan Akira sebagai ceo syarikat A S Holding." cadang Dato Sri Ariff Shah.

"Bagus juga tu, lagipun ahli lembaga lain belum ada kenal dengan Akira. Ayah setujuh!" sokong Tan Sri Alif Shah sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

----------------------------------------------------

"Good job, baby!" puji Dato Azahar sambil mencium pipi Baizura. Baizura tersenyum bangga mendapat pujian daripada sugar daddy nya.

"Ini upah untuk you," sambung Dato Azahar sambil menyerahkan sepucuk sampul surat kepada Baizura. Dengan senang hati, Baizura mengambil sampul surat tersebut.

"Thank you, darling." ucap Baizura dengan senyuman lebar. Sampul tersebut di masukkan ke dalam tas tangannya.

"You... you, nak buat apa kat dia tu?" soal Baizura, di dalam hatinya sudah tertanya-tanya. Kenapa Dato Azahar ingin menculik Haikal Iskandar. Adakah di sebabkan urusan perniagaan atau hal peribadi.

"Baby, tak perlu tahu. Itu bukan urusan you. Jom kita keluar dari sini, i nak layan dari you." kata Dato Azahar dengan selamba. Leher Baizura di cumbu, membuatkan Baizura terasa geli tetapi suka.

"Shon, kau jaga tempat ini. Pastikan dia tidak terlepas! Dia terlepas, nyawa kau jadi gantinya" arah Dato Azahar dengan suara garang sebelum keluar dari bilik itu.

"Baik, Dato!" jawab orang suruhannya sambil memandang ke lantai. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dato Azahar. Mendengar saja suara garau lelaki itu, sudah membuatkan kecut perutnya.

Rizal yang berada di dalam kereta Dato Azahar, menghantar mesej kepada seseorang. Ternampak sahaja kelibat Dato Azahar bersama dengan kekasih gelap, Rizal segera menyimpan telepon bimbitnya ke dalam poket seluar.

"Kita bergerak ke hotel sekarang," arah Dato Azahar sebaik tiba di keretanya.

"Baik, Dato!" jawab Rizal, lalu membuka pintu kereta untuk majikannya. Anak mata Baizura sempat mengerling ke arah pemandu sugar daddy nya.

"Handsome juga driver orang tua ni, tapi sayang... poket tak setebal dengan orang tua ni" bisik Baizura di dalam hati.

"Patutlah di tinggalkan boyfriend, mata duitan rupanya!" gumam Rizal di hati.

------------------------------------------------------

Akira tersenyum sebaik sahaja dia menerima mesej daripada Rizal, timbul satu idea di otaknya. Lantas dia segera membalas mesej tersebut.

"Orang tua ni, betul-betul nak cari nahas." desis hati Akira.

"Hisyam, panggil orang-orang kita... now!" arah Akira dengan nada suara agak keras sedikit. Emosinya agak terganggu sedikit, namun dia cuba mengawalnya.

"Baik Akira" jawab Hisyam. Mendengar perubahan nada suara Akira, dia sudah mengagak ada sesuatu yang mengganggu fikiran sahabatnya.

Tidak sampai lima minit, orang-orang mereka sudah pun berkumpul. Akira menerangkan akan misi mereka kali ini. Usai memberi tugasan, Akira dan orang-orangnya keluar dari markas dan bergerak menuju ke tempat destinasi mereka.

***

Dalam empat puluh lima minit, Akira dan orang-orangnya tiba di sebuah rumah yang dipercayai tempat Haikal di sembunyikan. Tempat tersebut di kawal rapi oleh orang-orang suruhan Dato Azahar.

"Suruh orang-orang kita standby, ikut plan A." Akira memberi arahan. Hisyam mengangguk kepala.

Orang-orang Dato Azahar yang berada di luar rumah, satu persatu tumbang ke bumi. Kini yang tinggal berada dalam rumah itu sahaja lagi. Gas tidur di memasukkan ke dalam rumah tersebut, tidak sampai lima minit... orang-orang Dato Azahar yang berada di dalam rumah itu, sudah pun jatuh terbaring tidak sedarkan diri. Ahli kumpulan NAS segera memecah masuk rumah tersebut.

"Akira." laung Hisyam. Dengan pantas Akira terus menuju ke tempat namanya di seru. Kelihatan Haikal duduk di kerusi, tangan dan kakinya pula di ikat pada kerusi yang di dudukinya.

"Tunggu apa lagi, angkat dia. Kita tak punya banyak waktu," arah Akira dengan suara agak keras sedikit. Lantas orang-orangnya membuka ikatan pada tangan dan kaki Haikal. Mereka membawa tubuh Haikal masuk ke dalam kereta. Dengan segera mereka berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut. Di dalam kereta Akira mencapai telepon bimbitnya dan terus menghantar mesej kepada Rizal.

------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience