Bab 43

Romance Series 51364

Sedar tak sedar.. sebulan sudah berlalu, Akira kembali ke Malaysia. Kereta Honda city sports hybrid berhenti di perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah.

"Esok, jam 11 pagi... ambil aku!" kata Akira.

"Kita nak ke mana?" soal Hisyam ingin tahu.

"Aku nak jumpa mamat tu a.k.a tunang aku" jawab Akira selamba sahaja.

"Ok," jawab Hisyam sepatah. Lalu Akira pun keluar dari perut kereta Honda city sports hybrid itu. Selang beberapa minit, Hisyam pun memandu kereta keluar dari perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah.

Sebaik sahaja Akira melangkah masuk ke dalam rumah Dato Sri Ariff Shah, Datin Sri Arani Lin memeluk tubuh anak gadisnya itu.

"Alhamdulillah... anak mama selamat pulang. Jom kita ke sofa, papa nak jumpa dengan Akira." ujar Datin Sri Arani Lin sambil melepaskan tubuh anaknya.

"Akira letihlah ma, nanti saja Akira jumpa dengan Papa.. okay," ucap Akira dengan lemah lembut.

"Okay... Akira naiklah ke atas. Nanti mama cakap dekat Papa."

"Thank you ma... love you,"

"Love you to, sayang!"

Akira menuju ke lif. Dia malas nak menaiki anak tangga kerna dia membawa beg bagasinya. Sampai sahaja di hadapan pintu biliknya, dia segera membuka pintu tersebut. Ternampak sahaja katilnya, Akira terus merebahkan tubuhnya di atas katil.

*******

Keesokkan harinya, Akira menuruni anak tangga dengan mengenakan pakaian blouse yang corakkan flower dan seluarnya juga turun sama dengan corakkan flower itu. Kakinya terus melangkah menujuh ke ruang meja makan untuk sarapan pagi.

"Assalammualaikum pa, ma! " sapa Akira, lalu menyalam satu persatu orang tuanya.

"Waalaikumsalam..." sahut Dato Sri Ariff dan isterinya hampir serentak.

"Akira tak ke office kah hari ini?" soal Dato Sri Ariff Shah sebaik sahaja anaknya duduk di kerusi.

"Tak, esok baru Akira masuk office. Hari ni, Akira nak jumpa Haikal." jawab Akira terus terang. Dahi Dato Sri Ariff Shah berkerut.

Akira yang menyedari akan reaksi papanya, dia kembali bersuara.

"Akira bukannya nak keluar date... tapi nak bincang pasal tarikh pernikahan kami."

"Oh ya kah? Papa ingat nak keluar date," ucap Dato Sri Ariff Shah sambil menganggukkan kepala.

"Bincang baik-baik ya sayang. Ingat, jangan sampai ada salah faham!" pesan Datin Arani Lin.

"Insyaallah,ma."

Tepat jam 11 pagi, Hisyam sudah berada di perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah. Mendengar sahaja suara orang memberi salam, Akira sudah mengagak siapa gerangan orang itu. Lantas dia meminta izin orang tuanya untuk beredar dari situ.

---------------------------------------------------

"I nak jumpa Haikal?" Baizura mengetuk meja Zara berulang kali.

"Maaf Cik Baizura, Tuan Haikal tidak mahu di ganggu." jawab Zara sambil memandang wajah Baizura.

"Tak nak di ganggu?" soal Baizura dengan lagak diva nya.

"Ya! Dia tidak mahu di ganggu," ulang Zarah dengan suaranya sedikit di tekankan.

"Apa sal pula?"

"Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, Tuan Haikal tidak mahu di ganggu hari ini" tutur Zara dengan tegas. Panas hatinya bila Baizura tidak mendengar kata-katanya.

"I don't care!" Baizura tidak berpuas hati. Laju kakinya menghampiri pintu bilik Haikal dan segera dibukanya.

"Hai sayang, I miss you..." Sapa Baizura manja. Wajah diceriakan.

Haikal mengangkat wajahnya. Lalu air wajahnya terus berubah dari tenang bertukar bengang. Tajam anak matanya memandang wajah ceria Baizura.

Zara menggelengkan kepalanya. Masakkan la dia lepas ni!

"Tuan Haikal, saya... "

"It's okay, you can go now." Arah Haikal.

Zara akur. Pintu kaca itu ditutup. Manakala Baizura sudah pergi mendapatkan Haikal.

"Haikal, kali ini kau kena masuk perangkap aku!" bisik hati kecil Baizura. Senyuman sudah diukir semanis mungkin.

"sayang..." suaranya dilunakkan. Dia tahu Haikal suka. Baizura mengambil posisi betul-betul di hadapan Haikal, lalu duduk di atas meja kerja bekas kekasih gelapnya itu. Sambil paha kanan disilangkan ke atas paha kiri. Short dress yang melekap elok ditubuhnya.

----------------------------------------------------

Ketika tiba di bangunan HI HOLDING, banyak mata memandang ke arah Akira yang memasuki ke dalam bangunan itu. Akira menghampiri kaunter yang berada di lobi, manakala Hisyam hanya mengikutinya di belakang.

"Assalammualaikum dan selamat pagi, tingkat berapa office Tuan Haikal Iskandar?" soal Akira kepada penyambut tetamu di kaunter pertanyaan itu.

"Waalaikumsalam dan selamat pagi. Cik ni siapa? Cik ada buat appointment?" tanya penyambut tetamu itu dengan ramah.

"Saya Nur Akira Syalinda... tunang Tuan Haikal. Maaf, saya tak ada buat appointment." jujur Akira. Dirinya terasa menyesal pula, tidak membuat temujanji.

"Maaf Cik, saya tidak tahu pula Cik ni tunang Tuan Haikal." ucap penyambut tetamu itu dengan riak wajah terkejut.

"It's okay. Saya yang harus minta maaf sebab tak buat temujanji." tutur Akira dengan ramah.

"No no... Cik tak perlu minta maaf. Tuan Haikal di tingkat 12 ,cik... " belum habis penyambut tetamu itu bercakap, Akira sudah mencelah.

"Call me Akira. Nama awak siapa ye?"

"Baik ... cik Akira. Nama saya Natasha".

"Ok Natasha, thank you. Nice to meet you!"

Setelah itu Akira terus melangkah ke lif bangunan tersebut.

******

"Assalammualaikum," ucap salam Akira kepada secretary Haikal yang sedang menghadap skrin laptop nya.

"Waalaikumsalam," sahut Zara, lalu melihat figura yang memberi salam kepadanya. Tiba-tiba dahinya berkedut, otak cuba mengingati sesuatu.

"Saya Nur Akira Syalinda... tunang Tuan Haikal Iskandar. Tuan Haikal ada?" Akira memperkenalkan dirinya dengan lemah lembutnya. Dia merasa pelik melihat reaksi perempuan di hadapannya. Dan dalam masa yang sama juga, dia merasa seperti kenal perempuan itu.

"Akira?" ucap sepatah Zara. Dia inginkan kepastian, adakah figura yang berada di hadapannya ni adalah teman semasa sekolah menengahnya dahulu dan hanya sekejap sahaja belajar dengannya di universiti.

"Yes, I'm. Awak kenal saya?" soal Akira pula. Zara tersenyum lebar, lalu bangun dari tempat duduknya dan bergerak menghampiri Akira. Tangannya secara sepontan terus memeluk tubuh Akira. Akira agak terkasima bila tubuhnya secara tiba-tiba di peluk.

"Of course I know you. It's me, Zara... awak tak kenal saya?" ujar Zara dengan perasaan teruja.

"You... Siti Zara Binti Zakri?" Akira ingin kepastian. Laju Zara menganggukkan kepala.

"Ya Allah... Zara. Aku ingatkan aku dah tak jumpa kau lagi. I miss you..." ucap Akira sambil memeluk teman baik sekolah menengahnya dulu.

"Miss you to... wait the minute, kau tunang Tuan Haikal aku kah? So yang ini siapa? Bodyguard, kau kah?" soal Zara bertubi-tubi. Akira tersenyum kelat.

"Ya, saya tunang Tuan Haikal kau dan ni Hisyam... my friend and... my bodyguard!" jawab Akira. Hisyam menghulur tangan pada Zara, tanda salam perkenalan. Zara dengan senang hati menyahut salaman itu. Manalah tahu, jodoh!

"Tuan Haikal kau, busy?" soal Akira kembali. Tidak semana-mana raut wajah Zara berubah. Timbul serba salah di hati Zara.

"Busy kot but... " Zara tidak dapat meneruskan ayatnya. Lidahnya seperti kelu. Akira seperti dapat meneka apa yang bermain di minda temannya itu.

"Dia ada tetamu same one special... kah?" teka Akira dengan senyuman sinisnya. Zara dengan berat hati bersuara.

"Yes, Tuan Haikal memang ada tetamu but not special... sebab sudah lama Tuan aku tu, berpisah dengan nya. Wait... kau tahu?" ucap Zara dengan penasaran. Akira mengangguk kepalanya.

"Aku nak jumpa dengan dia, boleh kah?"

"Of course.. boleh. Awakkan tunang dia tapi... kau tunggu sekejap... aku minta kebenaran dengan Tuan Haikal dulu."

"Tak apa, biar aku sendiri jumpa dengan dia. Aku nak surprise kat dia." Zara sudah menelan air liurnya. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Habislah Tuan aku ni... Akira bukan calang-calang orangnya. Adalah tangan yang terkehel sekejap lagi." gumam Zara dalam hatinya. Sebelum Akira meninggalkan temannya itu, dia meninggalkan pesanan.

"Next time... kita keluar date, OK! "

"Ok,"

---------------------------------------------------

"What else do you want Baizura. We're over." Biasa saja nadanya. Haikal menyibukkan dirinya menaip sesuatu di laptop nya.

"No! We're not over... and you know exactly what I want, sayang..." Baizura masih tidak mahu mengalah.

"Aku rasa aku bukan tipikal orang yang suka cakap banyak kali Baizura. Kau dah lama tahu hakikat itu kan? Lebih baik kau berambus sekarang sebelum aku hilang sabar!" Haikal sudah bengang dengan sikap yang ditonjolkan Baizura. Belum lagi godaan yang Baizura berikan kepadanya.

"Ok fine. I mengalah but... i nak kita jadi kawan semula, boleh?" akhirnya Baizura bersuara bersemula.

"For what? Nak perangkap aku buat kali ke dua?" perli Haikal dengan sinisnya. Baizura mati akal.

Tiba-tiba terdengar pintu bilik di ketuk dari arah luar dan sekaligus mengejutkan keduanya. Haikal menjarakkan sedikit tubuhnya dari Baizura.

"Masuk." Keizinan diberikan sepatah. Dan secara tiba-tiba sahaja Baizura menarik tangan Haikal ke dalam dakapannya, lantas mencium bibir itu tanpa bicara.

"Assalammualaikum..."

----------------------------------------------------

Maaf... lama menyepikan diri. Selamat Hari Raya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience