Bab 41

Romance Series 51364

Singapore...

Deringan telepon bimbitnya menyanyi, Akira yang ketika itu sedang menyemak dokumen-dokumen yang perlu di tandatangani terhenti serta-merta. Lantas mencapai telepon bimbitnya, tertera nama 'Atok Ayah' di skrin.

"Atok Ayah? apa hal atok Ayah call aku ni? Jawab je lah... baru tahu," monolog Akira sendiri. Tangannya terus menyeret icon hijau.

"Assalammualaikum Akira." ucap Atok Ayah di atas talian.

"Waalaikumsalam, Atok Ayah.." sahut Akira dengan lembut.

"Akira, apa khabar? Sihat kah?"

"Alhamdulillah... Akira sihat. Atok Ayah, sihat?"

"Alhamdulillah... Atok Ayah sihat juga. Akira sibuk kah sekarang ni?"

"Sibuk juga sedikit. Kenapa Atok Ayah?"

"Atok Ayah nak jumpa dengan Akira."

"Maaf atok ayah, Akira di Singapore sekarang ni."

"Atok ayah pun ada di Singapore."

"What? Bila atok Ayah ada kat sini?"

"Dah tiga hari Atok Ayah berada di sini. Jadi atok ayah nak jumpalah dengan cucu atok ayah ni. Ada perkara nak atok ayah sampaikan kat Akira."

"Alamak... habislah aku, kalau Atok Ayah nampak lebam di muka aku ni. Apa aku nak buat?" rungut Akira di dalam hati.

Atok Ayah yang masih menunggu jawapan dari cucunya itu. Dia mula merasa pelik, lalu dia memanggil nama cucunya.

"Hello Akira, are you still there?" soal Atok Ayah.

"Yeah, i think it's here." segera Akira menjawab. Dia tidak mahu Atok Ayah berfikiran lain mengenai dirinya.

"So, Akira jumpa Atok Ayah ya!"

"Baiklah, di mana nak jumpa? "

"Atok Ayah inap di Pan Pacific Singapore. Kita jumpa di restoren,"

"Insyaallah... dalam jam 8 malam gitu, Akira jumpa Atok Ayah..."

"Ok, Atok Ayah tunggu Akira. Atok Ayah letak telepon ya, assalammualaikum."

"Waalaikumsalam..."

Talian di tamatkan. Otak Akira mula berfikir... bagaimana nak menyembunyikan lebam di bawah bibirnya itu.

"Macam mana ni aku nak sembunyikan lebam di muka aku ni?" Akira monolog sendiri.

"Dan Atok Ayah nak bincangkan apa ye dengan aku? Takkan pasal business kot? Jangan-jangan dia nak bincang tentang tarikh perkahwinan aku... tak? Sebab apa lagi ya? atau dia tahu aku dah belasah si mamat tu?" monolog Akira lagi.

"Pening-pening..." rungut Akira. Malas nak memikirkan apa niat sebenarnya Atok ayah ingin berbincang dengan dirinya, dia kembali meneruskan kerja yang terbangkalai seketika tadi.

------------------------------------------------------

Villa Dato Sri Ariff Shah,

"Abang..." panggil Datin Sri Arani Lin sambil memandang ke cermin meja soleknya.

"Emmm... " sahut Dato Sri Ariff Shah yang sedang mengenaka pakaian di badannya.

"Tak apa kah kita biarkan ayah sorang sahaja berbincang dengan anak kita tu?" soal Datin Sri Arani Lin lembut.

"Kenapa sayang tanya macam tu? Takkanlah ayah nak buat apa-apa kat cucunya sendiri." jawab Dato Sri Ariff Shah dengan selamba.

"Abang ni, cuba serius sikit... sayang rasa tak sedap hati." rungut Datin Sri Arani Lin.

"Ok-ok... abang minta maaf. Cuba sayang cakap, apa yang buat sayang tak sedap hati ni?" pujuk Dato Sri Ariff Shah dengan romantisnya. Terus terukir senyuman di bibir isterinya.

"Sayang takut nanti Akira tidak dapat kawal emosinya ketika berbincang dengan ayah. Tengoklah tempoh hari tu, tiba-tiba sahaja Akira meninggi suaranya."

"Oh yang itu, sayang jangan risau... abang yakin ayah boleh handle Akira. Kita doakan saja supaya hati dan emosinya anak kita dalam keadaan tenang."

"Abang ni, confident sangat. Ada apa-apa yang sayang perlu tahu kah? "

"Tidak ada apa-apa yang sayang perlu tahu... Sayang dah siap kah? Jomlah keluar, abang dah siap ni" kata Dato Sri Ariff Shah menukar topik.

"Pandai eh tukar topik. Sekejap lagi, sayang siap... tinggal pasang subang ni je" ujar Datin Sri Arani Lin sambil tangannya memakai subang di telinga.

"Maafkan abang sayang, bukannya abang tak nak bagi tahu rahsia mengenai anak kita. Abang takut, sayang akan mendapat serangan jantung. Abang tak nak kehilangan sayang." bisik Dato Sri Ariff Shah di dalam hatinya.

------------------------------------------------------

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam, Hisyam meletakkan kereta tempat yang di sediakan oleh pihak hotel. Sebelum Akira keluar dari perut kereta, dia mengenakan face mask.

Bimbang nanti ada yang salah faham bila melihat kesan lebam bawah bibirnya, akibat dari perlawanannya dengan Haikal a.k. tunang. Hisyam pula hanya diam dan menunggu dirinya di panggil oleh majikannya.

"Okay, let's go! " ujar Akira setelah siap memakai face mask, mereka pun keluar dari perut kereta.

Kaki mengatur langkah ke tangga utama hotel, satu persatu anak tangga di daki. Pintu kaca itu terbuka sebaik sahaja mereka berdiri di hadapan pintu tersebut.

Akira menoleh ke kiri kanan sambil anak matanya meliar sekitar kawasan lobi hotel itu. Dia mencari tempat yang harus di tujui. Bila terpandang restoren di dalam hotel itu, Akira segera melangkah dan Hisyam hanya mengikutinya di arah belakang.

******

"Assalammualaikum Atok Ayah," ucap Akira sebaik tiba di hadapan Atok ayahnya.

Dahi Atok Ayah berkerut, dia cuba mengamati raut wajah figura yang memakai face mask di hadapannya. Kemudian anak matanya memandang ke arah belakang figura itu. Terus terukir senyuman dibibirnya.

"Waalaikumsalam, Akira ...duduklah." sahut Atok Ayah sambil mempelawa cucunya duduk.

"Terima kasih Atok Ayah," kata Akira dengan sopan.

Setelah duduk, Akira membuka face mask nya. Atok Ayah agak terkejut sedikit apabila melihat ada kesan lebam di raut wajah cucunya itu. Dia menggelengkan kepalanya.

"Akira... Akira, kerna terlalu ikutkan hati... inilah akibatnya." bisik Atok Ayah di hati. Akira yang sudah mengagak akan respond Atok ayahnya itu, hanya tersenyum nipis.

Tidak sampai seminit Akira duduk, datang seorang pelayan membawa buku menu ke meja mereka. Apabila sudah mendapat pesanan daripada pelanggan, pelayan tersebut meninggalkan meja itu.

"Kali ini dengan siapa pula cucu Atok Ayah berlawan, ni? " soal Atok Ayah dengan selamba. Akira tersengih.

"Akira training, Atok Ayah. Tak tau mana silapnya, terkena tumbukan dari partner" tipu Akira bersahaja.

"Jangan nak tipu Atok Ayah... Atok Ayah tahu apa yang Akira buat." kata Atok Ayah dengan senyuman sinisnya. Akira tersenyum kelat, betul tekaannya Atok ayahnya tentu menanyakan tentang lebam di wajahnya.

"Dia nak perangkap Akira, nasib baik bodyguard Akira datang cepat ... jika tidak, kahwin free lah cucu Atok Ayah dan sekaligus maruah keluarga kita pula tercalar di atas perbuatannya" tutur Akira dengan tenang tapi bunyi nada suaranya agak tegas.

"Atok Ayah tahu... memang salah dia. Tapi takkan sampai nak berlawan?" kata Atok Ayah dengan tenang. Akira mengeluh perlahan.

"Akira tidak dapat terima perbuatan orang yang cuba mengaibkan orang!" kata Akira. Dia mempertahannya akan tindakannya itu.

Tidak berapa lama kemudian, makanan yang di pesan telah tiba di atas meja. Seusai membaca doa makan, mereka menjamah makanan yang sudah siap di hidang.

******

"Aaah... alhamdulillah" ucap Atok ayah, perutnya terasa kenyang.

"Atok Ayah, nak bincang apa dengan Akira? " soal Akira, sebaik saja hidangan pencuci mulut tiba di atas meja.

"Keluarga Dato Haris nak Akira dengan Haikal berkahwin dalam masa terdekat ni." jawab Atok Ayah berterus terang.

"What? Apa ni... time tunang, Akira minta tempoh setahun tapi mereka minta enam bulan. Dan sekarang mereka nak suruh kitaorang kahwin dalam masa terdekat ni... apa masalah diaorang ni Atok Ayah?" rungut Akira tidak berpuas hati dengan keluarga bakal mentuannya. Atok Ayah tersenyum nipis. Dia sudah mengagak akan respond cucunya itu.

"Untuk pengetahuan Akira... nenda Haikal, Hashima... kesihatannya kurang baik sejak kebelakangan ini. Jadi mereka minta agar perkahwinan Akira dan Haikal di percepatkan. Bimbang nanti, nenda Haikal tidak sempat melihat korang kahwin," jelas Atok Ayah. Dia tidak mahu Akira salah sangka terhadap keluarga Dato Haris.

Akira diam seribu bahasa, otaknya mula memikirkan... apa yang harus dia katakan kepada atok ayahnya itu. Dia sudah menyuruh Haikal memutuskan pertunangan mereka dan sekarang tiba-tiba sahaja atok ayahnya meminta dia setujuh mempercepatkan perkahwinan mereka pula.

Melihat cucunya seperti melamun, atok ayah memanggil nama cucunya itu.

"Akira... Akira!" suara atok ayah kuat sedikit tika itu. Akira terus tersedar dari lamunannya seketika tadi.

"Tak setujuh" ucap Akira tanpa sedar terlepas cakap. Raut wajah atok ayahnya sedikit berubah apabila mendengar ucapan dari cucunya itu.

"Tak setujuh? " ulang atok ayah minta kepastian. Menyedari akan keterlanjuran ucapannya, Akira menggigit bibirnya.

"Akira... atok ayah tanya ni, apa maksud Akira tadi?" soal atok ayah dengan nada suara agak keras sedikit.

Akira menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya dengan perlahan. Bila hati dan emosinya dalam keadaan tenang, dia bersuara sambil memandang anak mata atok ayahnya.

"Akira setujuh perkahwinan kitaorang di percepatkan tetapi... " Akira sengaja menggantungkan ayatnya.

"Tetapi apa, Akira? " soal Atok Ayah berhati-hati. Dia tahu sudah pasti cucunya mempunyai permintaan.

"Akira hendak berjumpa dengan Haikal dulu dan biar kami tetapkan tarikh majlis pernikahan kami! " ucap Akira dengan tenang. Tersenyum sinis meniti di bibirnya.

"Baiklah, Atok Ayah setujuh. Atok Ayah tahu, cucu atok Ayah ini tidak akan mengecewakan kami semua." tutur Atok Ayah penuh harapan.

"Insyaallah... " ucap Akira dengan senyuman sengat. Di otaknya sudah punyai rencana.

"Apa lagi plan yang kau rancangkan, Akira. Kasian kau Haikal, dapat tunang yang mempunyai seribu satu punya helah" desis hati Hisyam.

----------------------------------------------------

maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience