Bab 20

Romance Series 51364

Kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan vila Dato Sri Ariff Shah. Datin Sri Arani Lin yang berada di taman mini bunganya, terus melihat ke arah kereta Honda city sport hybrid itu.

"Siapa pula yang datang ni? " teka hati Datin Sri Arani Lin sambil memerhati kereta tersebut berhenti.

Tak sampai dua minit, pintu kereta Honda city sport hybrid di buka. Keluarlah dua susuk tubuh dari perut kereta itu. Salah seorang daripada mereka, datang menghampiri Datin Sri Arani Lin dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir merahnya. Datin Sri Arani Lin merasa terkejut apabila melihat figura yang sedang berdiri di hadapannya.

" Akira! " sebut Datin Sri Arani Lin sepatah, tak semana-mana air matanya mengalir di pipi.

"Ya ma. Akira ni, satu-satunya anak suami mama" usik Akira kepada Datin Sri Arani Lin, lalu dia memeluk tubuh Datin Sri Arani Lin.

Tercetus ketawa di bibir Datin Sri Arani Lin apabila mendapat usikkan daripada anaknya. Sudah lama dia tidak mendengar usikkan daripada anak gadisnya. Dia juga membalas pelukan anaknya.

" Syukur alhamdulillah, anak mama dah balik " luah Datin Sri Arani Lin sambil mengusap perlahan belakang Akira.

" Maafkan Akira ma sebab tak hubungi, mama"

"Tak apa sayang, yang penting anak mama selamat ".

Akira hanya membalas dengan senyuman sebaik mendengar ucapan daripada mamanya. Datin Arani Lin mengajak anakknya masuk ke rumah kerna hari mulai senja. Akira menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetujuh dengan ajakkan mamanya. Sebelum beredar dari taman mini bunga, Akira bersuara.

"Hisyam, kamu boleh balik sekarang. Apa-apa hal, nanti saya akan hubungi kamu."

"Baik, Cik Akira. Saya minta diri dulu" ujar Hisyam, lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Datin Sri Arani Lin hanya mendiamkan diri. Di dalam hatinya, sudah berkata.

" Siapa pula budak lelaki ni? Jangan-jangan bodyguard anak aku kot".

Apabila kereta yang di pandu oleh Hisyam meninggalkan perkarangan vila, muncul pula sebuah kereta BMW masuk ke halaman rumah itu. Langkah dua beranak tadi terhenti, mereka menanti tuan hempunya kereta keluar dari perut kereta itu.

Dato Sri Ariff Shah terkaku sebaik saja keluar dari perut keretanya. Dia seperti tidak percaya bila melihat anaknya yang lama menghilang, kini berada disisi isterinya. Akira berlari menuju ke arah Dato Sri Ariff Shah berada dan terus memeluk tubuh tersebut.

"Anak papa kah ni? " soal Dato Sri Ariff Shah meminta kepastian.

"Ye pa, anak papa lah ni " jawab Akira dengan memandang raut wajah Dato Sri Ariff Shah sambil tersenyum lebar.

Lantas Dato Sri Ariff Shah membalas pelukan anaknya.

"Dah dah lah tu, dah nak masuk maghrib ni. Mari masuk ke dalam rumah" ajak Datin Sri Arani Lin kepada dua beranak itu.

"Alah, jealous lah tu " sekat Dato Sri Ariff Shah pada isterinya dengan senyuman mengejek.

"Tak deh nak jealous nya, sayang dah peluk dan cium anak sayang tu " Datin Sri Arani Lin turut melayan usikkan suaminya.

"Dah mula dah, sesi sekat menyekat ni. Tak boleh jadi ni, lebih baik aku bertindak " detus hati Akira sambil menggaruh kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Ok ok.., jom kita masuk. Badan Akira dah harum mewangi sekarang ni " tutur Akira, lalu menyeluk lengan kedua orang tuannya dan mengorak melangkah masuk ke dalam rumah.

Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin saling membalas senyuman, lantas mereka pun ikut serta dengan langkah anak mereka.

----------------------------------------------------

Haikal berdiri di balkoni hotel di mana tempatnya menginap. Dia melihat keindahan malam di ibu kota raya itu, namun keindahan di dalam hatinya telah hilang sejak beberapa hari yang lalu.

Sepanjang dia berada di Singapore itu untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam syarikat, tumpuannya agak terganggu. Separuh akalnya tentang kerja dan separuh lagi dengan insan yang berada di kondominiumnya.

" Kenapa aku asyik memikirkannya? Apa nak jadi dengan aku ni" getus hati Haikal.

Tiba-tiba telepon bimbitnya menyanyi, lantas dia segera berpaling dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Telepon bimbit di atas meja di capai dan di bawa keluar semula ke balkoni. Tertera nama ' Hashim calling ' , terus icon hijau diseret.

"Assalamualaikum, Kal" suara Hashim dalam talian.

"Waalaikumsalam..." Haikal menyahut salam dari sahabatnya.

"Kau kat mana sekarang ni? "

"Aku kat Singapore, ada masalah kat sini. Why? "

"Aku ada maklumat tentang perempuan tu tapi..."

"Tapi apa?"

"Maklumat yang aku dapat ni, tak berapa pasti "

"Maksud kau apa? cuba kau terangkan! ".

"Ok, macam ni. Dari sumber yang aku perolehi, Nur Akira Syalinda adalah anak tunggal kepada Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin. Nama penuhnya Nur Akira Syalinda Binti Ariff Shah, waris tunggal AS Holding. Belajar di Australia dan sekarang dia dah kembali di Malaysia. Tapi..."

" Tapi apa lagi ni? "

" Kau sabar lah sikit, biar aku habis cakap dulu."

"Ok ok, kau teruskan."

" Namanya dah sama cuma orangnya tak pasti. Aku tak jumpa gambar anak Dato Sri Ariff Shah. So, aku tidak boleh nak katakan perempuan itu anak Dato Sri Ariff Shah. "

"What? kau biar betul? "

"Betullah. Aku dah cuba cari, tapi masih tak jumpa! Lagipun profile nya seperti di sekat"

" It's okay, Hashim. Sekurang-kurangnya kau dapat sikit maklumat "

"Oklah Kal, aku cau dulu. Kalau ada maklumat lagi, aku segera inform kat kau! "

"Ok bro, take care and... thanks."

Talian telepon di matikan. Haikal membuka langkah masuk ke bilik hotelnya semula. Dia duduk di birai katil, kemudian Haikal meramas rambutnya ke belakang.

" Kenapa susah sangat nak tahu siapa kau sebenarnya, Linda ? Apa yang kau dah buat pada aku? " rungut Haikal sendirian, lalu merebahkan dirinya di atas katil.

----------------------------------------------------

Sebaik saja keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah selesai makan malam, mereka duduk di ruang tamu sambil menonton rancang di televisyen. Akira memerhatikan gelagat kedua orang tuanya asyik tersengih-sengih dari tadi.

" Kenapa Papa senyum-senyum ni? Ada berita nak di kongsikan kah? " tanya Akira sambil menaik-naikkan keningnya.

" Tak de apa-apa! " jawab Dato Sri Ariff Shah dengan senyuman.
"Papa biar betul, habis tu apasal Papa dari tadi asyik tersenyum je? ". Akira tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Dato Sri Ariff Shah.

"Papa Akira tersenyum sebab anak satu-satunya dah balik rumah " cela Datin Sri Arani Lin, juga turut menyumbangkan senyuman di bibir.

"Mama ni nak perli, Akira ke?" Ujar Akira, lalu mulutnya sengaja di muncungkan.

"Betullah apa yang Mama Akira cakap tu. Ni dah kenapa muncung mulut tu? Dah macam itik pula Papa tengok! " bicara Dato Sri Ariff Shah.

"Papa nii" makin muncung mulut Akira mendengar kata-kata daripada Dato Sri Ariff Shah.

Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin ketawa kecil melihat raut muka anak mereka yang masih memuncungkan mulutnya.

"Dah lah tu, tak cantik anak mama macam tu " ujar Datin Sri Arani Lin setelah berhenti dari ketawanya.

Di dapur pula...Pak Cik Zainal, Mak Dah dan Linda merasa gembira melihat kemesraan majikan mereka di ruang tamu rumah.

"Seronok melihat keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah berbual mesra " ucap Mak Dah di dapur.

" Ye lah, Mak Dah. Bukan selalu kita boleh nampak mereka bersama " setujuh Linda dengan kata-kata Mak Dah tadi.

" Saya pun begitu juga, senang hati melihat kemesraan mereka. Semoga keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah selamat dan kekal bahagia selamanya... aamiin" ucap Pakcik Zainal dengan menadah kedua belah tangan.

"Aamiin " ucap Mak Dah dan Linda hampir serentak.

"Linda, kamu tolong hantarkan minuman ini di ruang tamu!" arah Mak Dah kepada Linda yang baru selesai mengemas pinggang mangkuk di rak.

"Baik, Mak Dah " akur Linda, lalu mengangkat dulung yang berisi air dan beberapa biji cawan ke ruang tamu.

Keadaan di ruang tamu mula tenang. Sebaik saja Linda selesai menghidangkan minuman dan meninggalkan ruang tamu, Dato Sri Ariff Shah berdeham sedikit untuk menarik perhatian anaknya.

" Papa, are you okay? " tanya Akira sambil memandang Dato Sri Ariff Shah.

" Papa okay, cuma...? " Dato Sri Ariff Shah sengaja menggantungkan ayatnya.

"Cuma apa pa? " Akira mulai rasa curiga.

Di dalam hatinya sudah berbisik,
" Tentu hal pertunangan yang papa nak katakan."

"Akira setujuh dengan perjodohan keluarga kita? " soal Dato Sri Ariff Shah dengan tenang.

"Betul tekaan ku" bisik hati kecil Akira lagi.

"Ya pa, Akira setujuh cuma..." kali ini Akira pula sengaja menggantungkan ayatnya.

"Cuma apa, Akira? Cuba cakap kat papa! " Dato Sri Ariff Shah tepat memandang anak mata anaknya.

"Akira nak bertunang dulu selama setahun " lancar Akira menutur kata-katanya.

"What? one year... are you serious? " Datin Sri Arani Lin yang diam sebentar tadi, bersuara.

"Yeah, ma. Akira serious! " tegas Akira.

"Tapi tak lama kah tempoh yang Akira minta tu? Akira tahukan banyak dugaan dalam pertunangan, lebih-lebih lagi bertunang dalam tempoh yang agak lama" hujah Datin Sri Arani Lin kepada anaknya.

"Ma, jika dalam pertunangan banyak dugaan... apatah lagi di alam perkahwinan, sudah tentu lebih banyak dan besar dugaannya." Akira membalas hujah Datin Sri Arani Lin.

" Baiklah, Papa setujuh dengan permintaan Akira" akur Dato Sri Ariff Shah, dia tidak mahu isteri dan anaknya berperang bicara.

"Abang..." belum sempat Datin Sri Arani Lin menerus bicaranya, Dato Sri Ari bersuara.

"Sudahlah sayang, yang penting sekarang... anak kita dah setujuh."
Datin Sri Arani Lin terpaksa akur dengan kata-kata suaminya, manakala Akira sudah tersenyum lebar kerna permintaannya dituruti.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience