Bab 51

Romance Series 51364

"Macam mana luka di kepala i, Intan?" soal Akira sebaik sahaja pembalut kepalanya selesai di tukar.

"Cantik jahitan luka di kepala you ni, Akira" puji Doktor Intan iaitu doktor peribadi Akira dan sekaligus merangkap sahabatnya sewaktu mereka berada di overseas.

"You ni, lain yang i tanya... lain pula you jawab!" rungut Akira tidak berpuas hati dengan jawapan sahabatnya itu.

"Oops... sorry beb! Bukannya apa, i kagum cara jahitan doktor yang merawat luka you ni. Kemas. Anyway... you, jangan risau...luka di kepala you tu, so good. But, lukanya masih belum kering lagi. Insyaallah... dua tiga hari, keringlah tu. Yang penting, you jangan miss makan ubat pula. Kalau tak, lambat baiklah jawabnya. And.. I kagum cara jahitan doktor yang merawat you tu." sambung Intan sambil melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya. Akira sudah menggeleng kepala, bila mendengar penerangan Intan tentang luka nya dan dalam masa yang sama dia juga sempat menyelitkan lagi tentang jahitan kemas di kepalanya.

"Baik doktor Intan... insyaallah, aku tak akan miss makan ubat. Kalau tak ada apa-apa lagi, aku nak minta diri dulu." Akira ura-ura bangun dari tempat duduknya.

"Alah..stay lah sekejap. Aku ada nak tanya kau ni." tahan Intan. Akira tersenyum nipis.

"Apa yang you nak tanya dengan aku?" soal Akira sambil duduk semula di kerusinya.

"Kenapa kau tak jumpa aku.. time kepala kau tu luka? Dan doktor mana yang jahit luka di kepala kau tu?" soal Intan. Membuat mata Akira bila mendengar pertanyaan dari sahabatnya.

"Kau nak tanya, pasal itu je?" ucap Akira seperti tidak percaya. Intan sudah tersenyum kambing.

"Yelah... sebab kau nak blah dari sini. Dah lah jarang kita berjumpa!" luah Intan dengan wajah sedihnya.

"Ok, sorry beb. I jawab pertanyaan you, ok!" pujuk Akira. Intan terus tersenyum segaris hingga menampakkan giginya yang putih.

"Time tu, maybe... Hisyam panic kot, dia tak terfikir pun nak bawa aku ke tempat kau ni. Dan jahitan cantik yang kau puji tu... dari hasil tangan Doktor Mikhail!" jawab Akira bersahaja. Tercengang Intan mendengar jawapan dari Akira.

"Hisyam? Mikhail? Wait the minute... jangan cakap, dua mamat tu...orang yang aku kenal! " Duga Intan dengan penasaran.

"Yup... Kau kenal sangat dengan dua mamat tu! " Akira tidak menafikannya. Ternganga mulut Intan.

"Close your mouth, doktor Intan. Nanti tak pasal-pasal langau masuk di mulut kau tu!" usik Akira. Lalu Intan menutup mulutnya dengan tangan.

"I don't understand...please explain to me, Akira!" ujar Intan minta penerangan.

"Ok. Hisyam...berkerja dengan i, jadi bodyguard. And Mikhail... she has nothing to do with me. Secara kebetulan I and Hisyam... jumpa dia kat hospital. Dan time dia bertugas di wad kecemasan!" jelas Akira.

"Oh my God... Of course lah Hisyam panic... Dia kan ada hati kat you." kata Intan tanpa sedar.

"Wait... kau kata apa tadi?" soal Akira dengan nada suaranya sudah berubah. Anak matanya tajam memandang mata sahabatnya itu. Intan menelan air liurnya.

"Sorry, Akira. Aku tersalah cakap tadi!" ujar Intan cuba menafikannya. Akira tersenyum sinis sambil menggelang kepala.

"lntan... kau tahu perinsip aku, bukan. Aku..."

"Ya..ya... i mengaku silap. I'm sorry, Akira. Sebenarnya... Hisyam sudah lama suka kat kau. Dia suka you, time...korang berlatih kick boxing lagi!" jujur Intan. Akira mengeluh perlahan.

"Macam mana kau tahu, Hisyam suka kat aku?" soal Akira acuh tak acuh.

"Hisyam sendiri berterus terang dengan aku... yang dia suka kat kau dan dia juga ingin kau menjadi teman wanitanya. Tapi sayang, dia tak sempat nak luahkan isi hatinya kat kau, Akira." Akira diam. Dia hanya mendengar sahaja.

"Ada suatu hari tu, dia nak luahkan isi hatinya kat you tapi dalam masa yang sama juga... Mikhail datang dan terus meluahkan perasaannya pada you!" cerita Intan. Akira melepas keluhan berat. Lalu memejam matanya sejenak.

"Sekarang Hisyam kat mana, Akira? I tak nampak dia pun!" tanya Intan sambil tersengih.

"Kenapa kau cari dia?" Akira tidak memjawab pertanyaan Intan, sebaliknya dia mengajukkan soalan pula kepada sahabatnya itu. Intan terus merasa gugup tapi dia cuba bereaksi biasa.

"Dia kan bodyguard you, tentulah dia ada kat sini. Tapi, sejak dari tadi lagi... I tak nampak batang hidung dia!" jawab Intan dengan senyum tersirat.

"Aku tahu, kau suka Hisyam...bukan!" teka Akira dengan sinis. Intan terpempan. Senyuman yang terukir di bibir, lenyap begitu sahaja. Dia dapat mengagak yang Akira sudah tahu tentang perasaannya.

"Gotcha!" ujar Akira. Intan membeku.

"Kalau you tahu...Hisyam suka kat aku, aku juga tahu...dalam diam.. kau sudah lama menyimpan perasaan pada Hisyam. Dan sampai sekarang ni, kau masih mengharap kat dia lagi, bukan!" selamba sahaja Akira menutur kata. Intan membisukan diri kali ini. Dia berperang dengan dirinya sendiri.

"Jika Akira tahu, aku suka pada Hisyam.. mungkin sebab itu dia terima Mikhail jadi teman lelakinya. Ya Allah, apa yang perlu aku buat sekarang?" bicara Intan dalam hati. Tanpa di sedari, air matanya menitis.

"Sudah lah Intan, tak perlu you nak fikirkan tentang diri i. I sudah ada calon suami. Dan tinggal beberapa hari saja lagi, i akan jadi isteri orang. Ini kad undangan i. You datang ya and bawa Hisyam sekali!" Ujar Akira tenang.

"Dan untuk pengetahuan you, Hisyam tidak lagi jadi bodyguard i. I dah arahkan dia berkerja di mansion aku!" tambah Akira lagi.

"But why?" soal Intan ingin tahu.

"Bila aku tahu Hisyam ada perasaan kat aku, aku terus arahkan dia berkerja di mansion. Aku tidak mahu hatinya bertambah terluka lagi, bila melihat aku bersama dengan bakal suami aku!" terang Akira dengan tenang. Intan mengangguk kepala, tanda dia faham.

"Oklah Intan, aku rasa dah lama aku kat sini. Aku minta diri dulu."

"Akira, I'm sorry... And thank you."

"It's okay, Intan. You kan bff I, just a little batter. I have to go...apa-apa hal, i call you.. okay!"

"Okay!"

***********

Sementara menunggu kereta tiba, Akira berdiri di luar bangunan sambil melayan telepon bimbitnya. Tiba-tiba dia terdengar sepasang suami isteri sedang membahas tentang anak mereka.

"Sudah-sudah lah tu, Misah. Belum tentu anak yang tak mengenang budi itu, akan jawab panggilan dari kamu. Dia dah hidup senang lenang di sana!" tegur si suami.

"Kalau dia tak hiraukan kita... saya tak kisah, bang. Tapi, anak kita Bella... dia memerlukan buah pinggang dengan kadar segera bang. Hanya Baizura, satu-satunya harapan kita!" ujar si isteri.

Akira tersentak.

"Baizura?" sebut Akira dalam hati. Dia masih memasang telinganya dan mendengar perbualan suami isteri tersebut. Matanya sudah scan raut wajah kedua pasangan suami isteri itu.

"Kamu fikir, dia kisah kah kat adik dia tu?" soal si suami.

"Belum cuba, belum tahu bang. Kita perlu memujuk Baizura, supaya dia menderma buah pinggang untuk adiknya." jawab si isteri.

"Suka hati kamu lah, Misah." kata si suami.

"Baizura... tolong angkat telepon, nak!" luah si isteri sambil melap air matanya.

"Baizura, i coming!" bisik Akira sendiri. Lalu tanpa memikir panjang, Akira menghubungi seseorang.

"Hello Rayner!"

-------------------------------------

Berbaki dua hari sahaja lagi, Haikal Iskandar akan menamatkan zaman bujangnya. Teman-teman Haikal membuat party bujangan untuk dirinya di club Black Red.

"Mana bakal pengantin kita ni? Belum timbul-timbul lagi!" ujar Lokman sambil matanya menilau ke arah pintu masuk club Black Red.

"Aku dah call dia tadi... dia kata.. on the way, sekarang!" jawab Fazli sambil badannya bergerak-gerak mengikuti irama muzik.

"Oh ya? Ok... tunggu saja lah!" jawab Lokman.

Lima minit kemudian...

Dari kejauhan, kelihatan susuk tubuh Haikal Iskandar masuk ke dalam club Black Red. Laju saja langkah kakinya menghampiri teman-temannya.

"Apa sal kau lambat datang? Kau tau kan, party ni untuk kau." soal Lokman sebaik sahaja Haikal tiba.

"Sorry lah bro, bukannya aku sengaja datang lambat... aku sibuk sekarang ni. Banyak kertas kerja yang perlu aku settle kan, sebelum aku cuti kahwin nanti!" jawab Haikal sambil tersengih.

"Ok... alasan kau, diterima." ujar Lokman sambil menggoyang tubuh badannya mengikut irama muzik di putarkan oleh DJ.

***********

"Nak sambut bachelor party, ya. Baik... aku akan meriahkan lagi bachelor party korang!" ujar Saiful Shah sendiri sambil tersenyum senget. Lalu dia menemui seseorang untuk menjayakan rancangannya.

"Betul tekaan ku. Dia ada niat tak baik pada tuan Haikal. Aku tak akan biarkan rancangan kau berjaya." bicara Tony dalam hati. Telepon bimbitnya segera di capai, lalu mendail nombor seseorang...

--------------------------------------

Akira tiba di mansion. Sebaik sahaja kereta yang dinaiki Akira berhenti... telepon bimbitnya menyanyi. Tertera nama 'Tony' di skrin telepon bimbitnya.

"Yes Tony, what happened?" tutur Akira dengan suara tegas.

"Tuan Haikal pergi ke club Black Red!" kata Tony dalam talian.

"So?"

"Encik Saiful Shah juga ada di situ. Nampak gayanya... Encik Saiful cuba merancang sesuatu terhadap tuan Haikal!"

"What?" jerit Akira kecil.

"Apa lagi Saiful Shah tak puas hati ni!" rungut Akira di hati.

"Ratu... " panggil Tony.

"Ya..ya.. watch out mr. saiful, if he does something... you act. Aku akan ke sana!"

"Baik, Ratu."

Talian di matikan.

Lalu Akira keluar dari perut kereta dan masuk ke mansion. Langkah kakinya dipercepatkan. Masuk sahaja di ruang kerja, Akira bersuara.

"Daud, panggil Erika dan Sherry masuk ke bilik aku!" arah Akira dengan suara tegas.

"Baik Ratu!" sahut Daud.

Dari jauh, Hisyam hanya memerhati Akira. Dia terasa dengan sikap Akira, di mana Akira seperti tidak mengendahkan dirinya lagi. Keluhan berat di lepaskan.

********

Pintu bilik Akira di ketuk dari luar.

"Masuk!" laung Akira, memberi kebenaran masuk.

Daun pintu di buka, dua susuk tubuh melangkah masuk ke dalam bilik Akira.

"Yes Ratu, ada yang perlu kami buat?" soal Erika dengan hormat.

"Aku nak korang bedua ikut aku. Pergi tukar pakaian sekarang, kita pergi club Black Red!" jelas Akira dengan aura bekunya.

"Baik Ratu!" jawab mereka serentak. Kemudian mereka segera keluar dari bilik Akira dan mengenakan pakaian yang sesuai untuk misi mereka.

Akira ke wardrobe. Dia memilih baju Dri-fit singlet hitam dan jaket merah serta seluar leather hitam. Setelah mengenaka pakaian di tubuhnya, Akira keluar dari biliknya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, lantas Akira mendail nombor telepon Dino.

-------------------------------------

Baizura membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling... terdapat meja dan kerusi dalam bilik itu.

Tangan dan kakinya sudah diikat rapi. Mulutnya juga sudah di tutup dengan pelekat. Dia meronta-ronta sendiri untuk melepaskan diri. Namun ianya hanya sia-sia sahaja.

"Kenapa aku ada kat sini?" soal Baizura sendiri. Otaknya cuba mengingati kembali.

Tiba-tiba daun pintu bilik di buka. Muncul figura berjaket hitam melihat ke arahnya. Baizura membulat mata. Dia mengenali figura itu dan tidak semana-mana... otaknya mengimbas kembali memorinya.

Figura tersebut... tersenyum, lalu datang mendekati Baizura. Kemudian dia melepaskan pelekat di mulut Baizura dengan kasar. Baizura terus berteriak.

"Sakitlah.. bodoh!" jerit Baizura.

"Oopss... sorry, cik Baizura. Aku tak sengaja!" ucap figura itu tanpa rasa bersalah.

"Kau ni siapa sebenarnya, ah? apa kau nak dari apa aku?" soal Baizura dengan riak tidak berpuas hati.

"Rasanya aku tak perlu nak terangkan siapa diri aku. Cukup..Cik Baizura tahu nama aku, Dino. Dan aku tak nak apa-apa dari cik Baizura!" jawab Dino dengan dingin.

"Kalau kau tak nak apa-apa dari aku, kenapa kau culik aku?"

"Aku cuma ikut arahan Ratu aku!"

"Ratu? siapa ratu kau?" soal Baizura ingin tahu. Dino ingin menjawab, tiba-tiba...telepon bimbitnya menyanyi. Bila melihat skrin telepon bimbitnya... tertera nama 'Ratu Black Red' , Dino segera memjawab panggilan tersebut.

"Yes, Ratu!" sebut Dino jelas. Baizura terus menatap wajah Dino dengan perasaan terkejut.

"Baik, saya akan buat!" kata Dino. Selang beberapa minit, panggilan tersebut dimatikan.

"Kau bernasib baik kali ini, jika tidak...siap kau di belasah teruk oleh Ratu!" ujar Dino dengan keras. Baizura apa lagi, badannya terus menggigil.

"Sekarang... kau makan!" arah Dino.

"Macam mana aku nak makan, kalau tangan aku di ikat?" kata Baizura takut-takut.

"Aku boleh buka ikatan tali tu tapi kau jangan buat perkara bodoh." Dino memberi amaran.

"Baik, aku janji. Aku tak akan buat onar." janji Baizura. Dino tersenyum mengejek.

"Jangan nak pandai berjanji. Kerna janjilah kau jadi begini!" perli Dino. Baizura terasa lidahnya kelu tika itu.

-------------------------------------

Maaf... jika ada kekurangan. insyallah... rabu depan kita bersua lagi... terima kasih yang masih setia dengan cerita saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience