Bab 7

Romance Series 51364

Sudah agak lama dia berada dalam club Black Red bersama dengan teman-teman clubbing nya. Anak mata mula tidak menyebelahi akan tuannya, lihat jam di tangan menunjukkan pukul 1 pagi. Haikal tidak boleh bertahan lagi, bimbang nanti anak matanya membuat dirinya terbasbas dalam pemanduan.

"Aku cau dulu." Haikal minta diri pada teman-temanya.

"Awalnya kau nak pulang. Masih awal lagilah, kita enjoy dulu" kata Fazli lalu menaguk minuman araknya.

"Masih awal kau cakap, dah Jam 1 pagi ni" ujar Haikal dengan kawan-kawannya.
" Rileks lah bro...Banyak bunga-bunga di sini, kau tak nak merasakah?" hasut Lokman yang sudah separuh mabuk.

"Buat apa nak merasa bunga di sini kalau madunya dah di hisap kumbang lain" perli Haikal dengan senyuman sinisnya.

"Alah... macam tak biasa je. Sebelum ini kau layan juga kan" cela Fazli sambil mengangguk-anggukkan kepalanya mengikuti muzik dalam club itu.

"Itu..secara tak sengaja, aku mabuk time tu" Haikal membela dirinya.

Fazli dan Lokman ketawa mengejek bila mendengar ucapan daripada Haikal.

"Malas lah nak layan korang ni. Kamu tak rasa ngantuk kah? aku dah ngantuk ni" kata Haikal lalu menutup mulutnya kerna menguap.

"Alah... nanti siang kau bukannya kerja pun. Enjoy lah" Lokman cuba memujuk Haikal.
"Memanglah nanti siang aku tak kerja, tapi badan aku ni nak juga rehat. Aku gerak dulu" ujar Haikal.

Tanpa menunggu reaksi daripada teman-temannya, Haikal membuka langkahnya keluar dan meninggalkan teman-temannya dalam club Black Red itu. Tinggallah Fazli dan Lokman yang masih inginkan keseronokkan.

"Lantak koranglah, pandai-pandai lah balik sendiri" dengus hati Haikal.

Kunci kereta Audi R8 di keluarkan, lantas enjin keretanya dihidupkan. Beberapa minit berdetik Haikal memandu keretanya meninggalkan kawasan club tersebut.

----------------------------------------------------

Secara tidak sengaja orang-orang suruhan Dato Azahar ternampak kelibat Akira yang ketika itu baru saja keluar dari kedai 7 eleven.

"Ali, cuba kau tengok sana?" kata Remy kepada Ali sambil menunjuk ke arah figura yang sedang membuka botol mineral water.

"itu kan perempuan yang kita cari" sambung Remy lagi.

"Pucuk dicita ulam mendatang, kali ini kita tidak boleh terlepas lagi. Kalau tidak... duit tak dapat, nyawa kita yang terbang. Mari kita tangkap dia" ujar Ali dengan senyum jahatnya.

Tanpa membuang masa mereka keluar dari kereta dan terus bergerak menujuh ke figura yang di maksudkan.

Setelah beberapa kali menaguk air mineral yang baru di beli, terdengar satu suara menyapa dirinya. Lantas Akira menoleh ke suara itu datang, tersenyum senget di bibirnya bila melihat 2 figura yang amat dia kenali.

"Tak sangka ya, aku boleh jumpa Cik Akira di sini" kata Ali dengan senyum sinis.

Akira perlahan-lahan menggerakan badannya mengundur ke belakang untuk bersiap sedia sebarang kemungkinan akan berlaku.

" Cik Akira nak ke mana lagi? lebih baik Cik Akira ikut kami dengan cara baik..kalau tid... " belum sempat Ali menghabiskan hujahnya, Akira bersuara.
"kalau tidak apa? kau nak pukul aku?" Akira mengeraskan suaranya dan cuba belagak berani.

"Baik... kalau itu yang Cik Akira mahu, aku turutkan. Remy, " Ali mengarahkan kawannya untuk menyerang Akira.

"Korang silap orang" dengus hati Akira lalu membuka langkahnya untuk mempertahankan diri.

Dengan mudahnya Akira dapat mematahkan serangan daripada kawan Ali sebentar tadi.
Ali terkesima apabila melihat aksi Akira yang begitu pantas sekali mengalahkan kawannya.

"Tak sangka, Cik Akira begitu cekap dalam mempertahankan diri. Tapi tak cukup tangkas seperti aku" puji Ali dengan senyum riaknya.

Lalu dia membuka langkah kakinya untuk menyerang Akira yang berada di hadapannya.
Akira yang ketika itu sudah pun bersiap sedia menanti serangan dari pihak lawannya.

Dengan segala ilmu pertahanan yang dipelajarinya, akhirnya Akira dapat menewaskan orang-orang suruhan Dato Azahar. Tanpa membuang masa, dia segera melarikan diri apabila musuh-musuhnya sudah pun selamat sampai dipermukaan bumi.

"Jahanam kau!" jerkah Ali yang sudah pun terduduk di lantai banggunan. Lalu dia menyuruh Remy mengejar Akira yang cuba melarikan diri.

----------------------------------------------------

Akira berlari dengan sekuat hati, sempat lagi dia menoleh ke belakangnya. Orang-orang suruhan Dato Azahar cuba mengejar dirinya lagi. Tanpa dia sedari, ada sebuah kereta dari arah sebelah kanannya hampir saja melanggar tubuhnya. Akira sangat terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta yang semakin hampir dengan dirinya.

"Jika ini pengakhiran hidupku, ku terima" bisik hati kecil Akira sebelum matanya tertutup dan tubuhnya jatuh di jalan raya.

Kereta Audi R8 yang di pandu Haikal bergerak laju, tiba-tiba muncul satu figura sedang berlari dan cuba melintas jalan raya tersebut. Dengan cepat kakinya menekan break secara mengejut untuk memaksa keretanya berhenti dari melanggar figura tersebut.

Pintu kereta di buka, Haikal segera keluar dari perut keretanya dan melihat satu figura yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya.

"Arghh... macam mana orang ini boleh ada di sini?" jerit hati Haikal.

"Hidup lagi tak orang ni? menyusahkan betullah" gumam hati Haikal lagi, lalu dia menyentuh pergelangan tangan figura itu, terasa nadinya masih ada.

Tanpa berfikir panjang, Haikal segera mengangkat figura itu dan memasukkan ke dalam kereta audi R8 nya. Dia terus memecut keretanya menujuh ke kondominium.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience