Bab 59

Romance Series 51364

Suasana dalam kereta sunyi sepi. Tiada sebarang bunyi kedengaran. Akira menyandar badannya di kerusi kereta sambil matanya tertutup. Pelbagai masalah mula bermain di fikirannya.

Sementara Haikal pula, sudah terbungkam. Dia berperang kata dengan diri sendiri. Dalam diam Haikal mengkagumi dengan ketangkasan Akira ketika merampas senjata api di tangan lelaki asing tadi. Dan dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya...

"Siapa lelaki asing itu? kenapa dia ancam Akira?dan kenapa pula Akira menahan lelaki asing itu? kenapa dia tak lepaskan sahaja? Kalau aku tanya Akira, dia nak jawab soalan aku kah? tapi kalau aku tak tanya, bertambah serabut otak fikiranku. Aah...lantaklah.. lebih baik aku tanya. Mana tau nasib menyebelahi aku." monolog Haikal dalam hati. Dia berdehem perlahan, untuk membetulkan tekak lehernya sebelum bersuara.

"Sweetie, abang..." tergantung ayat Haikal serta-merta, bila Akira mencantas ayatnya.

"Shut your mouth!" ujar Akira dengan suara keras, sambil anak matanya merenungan tajam ke mata Haikal. Haikal terkedu. Lidahnya terasa kelu saat itu. Akira kembali menutup mata sambil merebahkan kepalanya semula.

******

Mansion Ratu Black Red - Auckland, New Zealand.

Hampir lima puluh minit, perjalanan dalam kereta. Akhirnya mereka sampai ke destinasi mereka. Enjin kemudian dimatikan setelah memastikan kereta berhenti sepenuhnya. Akira melangkah keluar dari perut kereta dan di susuli oleh Haikal.

Tergamam Haikal apabila melihat rumah yang agak besar seperti mansion yang berada di Malaysia. Kelihatan banyak kelibat lelaki dan beberapa perempuan yang berpakaian jaket kulit hitam dan berseluar hitam, sedang berdiri di anak tangga mansion itu. Mereka sepertinya sedang menunggu dan menyambut ketibaan orang yang berpengaruh.

Haikal merasa cuak, bila melihat Akira berjalan menaiki anak tangga mansion itu dengan selamba. Di saat Akira melangkah menaiki anak tangga, semua orang yang berada di situ... tunduk hormat pada Akira. Haikal bertambah penasaran. Hatinya mula berkata-kata.

"Siapakah kau sebenarnya, Akira? Dari lagak gaya dirimu...seperti seorang ketua mafia. Jangan-jangan kau..." Haikal tidak meneruskan kata hatinya. Tangannya menyentuh ke dadanya, terasa degupan jantungnya bergerak laju. Dia cuba menafikan apa yang tersinggah di otak fikirannya.

******

Kaki Akira terus melangkah memasuki ke mansion tersebut dan langkahnya terus di ayun menaiki anak tangga dalam mansion. Langkah kaki Akira terhenti di salah satu pintu bilik yang berada di tingkat satu. Pintu bilik di buka, kali melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Akira melabuhkan punggungnya di sofa sambil menyilang kakinya. Manakala Haikal memerhati sekeliling bilik itu. Besar dan luas. Bilik itu di lengkap dengan katil bersaiz king, meja solek, almari tiga pintu yang besar, dua biji sofa, meja mini dan bilik air.

"Dah puas tengok isi bilik ni?" tegur Akira sambil menelik skrin telepon pintarnya.

"Ini bilik kita?" soal Haikal dengan wajah polos.

"Nope. This room is for you!" jawab Akira. Matanya masih tertumpuh di skrin telepon. Jari tangannya masih bermain di skrin. Haikal sudah menjangka akan hal itu. Dia tersenyum kelat.

"Abang tak kisah jika bilik kita berasing, yang penting... sweetie berada dekat dengan abang." jawab Haikal dengan memaniskan wajahnya. Akira tersengih sinis.

"Good. Aku sudah sediakan pakaian, makanan dan minuman kau dalam mansion ini...cuma layanan batin kau sahaja aku tidak sediakan. But, jika kau nak...aku boleh tolong carikan." ujar Akira dengan reaksi selamba.

"Tak perlu. Abang dah ada sweetie. Lagipun mama and papa, nak junior dari kita...bukan." kata Haikal sambil tersenyum nakal.

"In your dreams, Tuan Haikal Iskandar. Perkahwinan kita hanya di atas kertas sahaja." kata Akira sambil tersengih sinis. Haikal membalas dengan senyuman hambar.

"Nope. Abang tak pernah berfikir perkahwinan kita hanya di atas kertas...kerna abang ikhlas dan menyintai sweetie. Sweetie, bidadari abang. Abang tak akan tuntut hak abang sebagai seorang suami. Abang..."

"Enough, i don't want to hear any more. Esok, Hisyam akan jumpa kau. Aku nak kau belajar dengan dia...guna benda ini!" kata Akira sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam handbag nya. Haikal terpaku, bila melihat sepucuk pistol di atas meja mini.

"Kenapa abang perlu belajar guna pistol ni? adakah ianya ada kaitan dengan kejadian tadi? Siapa sweetie sebenarnya?" soal Haikal bertubi-tubi. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak di fikirannya.

"Yes. But... jika kau ceraikan aku, kau tak perlu hadap semua ini. Dan otak kau tak akan sakit memikirkan siapa diri aku!" jawab Akira dengan sinis.

"No...abang tak akan sesekali lepaskan sweetie. Baik...jika sweetie nak abang belajar guna benda ni, abang akan buat." kata Haikal dengan muka tegang. Akira sinis.

"Bagus. Aku bagi masa kau selama tiga hari untuk belajar guna benda tu. Dan dalam masa itu juga, aku nak kau tingkatkan seni pertahanan diri kau!" ujar Akira dengan reaksi dingin. Lalu dia bangun dari sofa dan Haikal dapat mengagak reaksi isterinya itu.

"Sweetie, nak ke mana?" ajuk Haikal secara spontan. Akira tidak menghiraukan pertanyaan Haikal, kaki terus melangkah pergi keluar dari bilik itu. Haikal cuba mengejar Akira tetapi tiba dia di muka pintu biliknya, seseorang menahan dirinya.

"Encik nak ke mana?" soal figura yang menahan dirinya. Haikal seperti kenal figura itu.

"Kau.. Tony?" teka Haikal.

"Ya, tuan Haikal." jawab Tony dengan senyuman segaris. Haikal tercenggang, fikirannya mula bercelaru.

******

"Kau buat apa kat sini?" soal Haikal.

"Saya kerja di sini." jawab Tony selamba.

"Kerja? Kau kerja dengan siapa? Siapa tuan kau?" soal Haikal bertubi-tubi.

"Nanti tuan Haikal akan tahu. Sekarang ni, tuan perlu masuk ke bilik tuan dan bersihkan diri." tenang saja Tony menutur kata. Haikal akur, dia kembali masuk ke biliknya dan Tony segera menutup daun pintu bilik Haikal.

Haikal melabuhkan punggungnya di sofa. Kedua belah tangannya meraup wajahnya.

"Kau kuat Haikal. Ini cabaran kau untuk dapatkan bidadari kau!" Haikal memberi semangat pada dirinya sendiri.

-------------------------------------

Ratu Black Red masuk di bilik tahanan yang berada di bawah tanah bangunan Mansion Ratu Black Red. Terukir senyuman devil di bibir Ratu Black Red, kakinya mula melangkah menghampiri susuk tubuh figura yang cuba buat onar padanya.

Kedua belah tangan dan kaki figura itu di rantai. Manakala tubuh badannya pula, sudah di penuhi dengan corakkan lebam yang di hasilkan oleh orang-orang Ratu Black Red.

"Are you okay, King Silver?" sapa Ratu Black Red dengan dingin. Tiada respond di beri. Ratu Black Red masih berjalan-jalan mengelilingi susuk tubuh yang dikenali gelaran King Silver.

"King Silver tak rindu Ratu Black Red ke?" soal Ratu Black Red lagi. Kali ini dia melunakkan tone suaranya, namun... tiada tindak balas di beri.

Ratu Black Red melangkah ke meja besi. Kemudian dia menarik kain yang menutupi meja besi itu. Bersusun senjata-senjata tajam di atasnya. Pedang samurai jadi pilihan, lalu dia menghampiri tubuh King Silver.

Terukir senyuman devil di bibirnya, tangan yang memegang pedang samurai... melorek ke atas dada King Silver.

"Arghhh..." jerit King Silver mengadu kesakitan. Bergema suaranya dalam bilik tahanan itu. Ratu Black Red ketawa mengejak.

"Aku sangkakan kau dah mati, rupanya masih bernyawa lagi!" perli Ratu Black Red dengan buat pura-pura terkejut.

"Kau memang perempuan tak guna." jerkah King Silver.

"Jika aku perempuan tak guna, kenapa kau sanggup turun padang untuk dapatkan aku? sedangkan kau boleh saja mengarahkan orang-orang kau...tangkap aku!" tempilak Ratu Black Red. King Silver terdiam. Ratu Black Red tersenyum sinis. Kemudian dia melorekkan lagi di dada sasa lelaki itu.

"Arghhh..." adu King Silver. Badannya sudah mengeluarkan darah dari hasil torehan Ratu Black Red.

"Please sunshine, release me. I promise, i won't bother you and your people!" rayu King Silver dengan suara perlahan. Ratu Black Red sudah ketawa mengejek.

"Kau nak aku lepaskan kau...setelah orang-orang aku, kau bunuh dengan kejam? Dah terlambat, KING SILVER!" bentak Ratu Black Red dengan renungan devil.

"Bukan aku yang bunuh orang-orang kau, ratu." King Silver cuba menafikannya. Ratu Black Red menggeleng-gelengkan kepalanya, bila mendengar penafian dari orang yang membunuh anak buahnya.

"Baik, aku nak kau tengok video ini dengan teliti. Setelah itu, kau beri aku jawapan...siapa pembunuh itu?" kata Ratu Black Red dengan perasaan marah. Lalu dia menghidupkan projector.

Tebeliak mata King Silver melihat perbuatannya telah di rakam tanpa dia sedari. Mulutnya bagaikan terkunci, penafiannya hanya sia-sia sahaja. Ratu Black Red berdecit.

Tidak semana-mana pedang samurai yang berada dalam genggaman Ratu Black Red, melibas tangan kanan King Silver hingga putus. Dan lagi sekali kedengaran suara lelaki itu raungan kesakitan. Ratu Black Red hanya bereaksi beku. Tiada tanda-tanda penyesalan di raut wajahnya.

"Lebih baik kau bunuh saja aku...sial!" jerkah King Silver. Anak matanya merenung tajam ke mata Ratu Black Red.

"Itu yang aku nak dengar!" ucap Ratu Black Red dengan wajah bengis. Lalu Ratu Black Red berundur tiga tapak kebelakang. Kemudian dia menarik pistol di belakang pinggangnya dan mengacukan pistol itu ke arah King Silver.

"King Silver.. look at me!" seru Ratu Black Red. Dengan perlahan-lahan, King Silver menoleh ke arah Ratu Black Red. Dan...

Bang!

-------------------------------------

Haikal baru selesai membersihkan diri. Dia mengambil pakaiannya di beg bagasi. Setelah mengenakan pakaian di tubuhnya, perutnya menyanyi...minta di isi.

"Laparlah pula." rungut Haikal sendirian. Tidak lama kemudian...daun pintu biliknya di ketuk dari arah luar.

Tok tok tok!!!

Pantas kakinya berjalan menuju ke daun pintu bilik itu. Lalu tombol pintu di pulas, kemudian daun pintu bilik itu di tarik masuk ke dalam.

Terpacak satu susuk tubuh wanita dalam lingkungan tiga puluhan, berdiri tegak di muka pintu bilik Haikal.

"Encik... " sapa wanita itu dengan sengaja menggantung ayatnya. Dia ingin tuan punya badan bersuara.

"Haikal!" Haikal menyebut namanya. Senyuman nipis meniti di bibirnya.

"Encik Haikal, makanan encik sudah siap di hidang. Sila ikut saya." tutur wanita itu dengan membalas senyuman Haikal. Tiba-tiba terpancul mentol lampu di kotak fikiran Haikal.

"Terima kasih. Boleh aku tahu, kamu siapa?" soal Haikal dengan ramah.

"Saya Kartika. Pelayan di mansion ini." jawab Kartika, lalu memusing tubuhnya dan membuka langkah kakinya. Haikal mengikuti wanita itu dari belakang.

"Kartika sudah lama berada di sini?" Haikal mula menyiasat.

"Sudah tiga tahun saya berada di sini..dan saya bersyukur dapat tinggal di mansion ini." jujur Kartika.

"Ohh, macam mana Kartika boleh berada di sini?"

"Rasanya, Encik Haikal cuba menyiasat Ratu saya."

Haikal terdiam. Dia sudah dapat mengagak yang wanita itu sudah menghidu rancangannya. Haikal cuba mengekalkan reaksinya.

"Taklah...diakan Ratu kita. Buat apa saya nak siasat dia." Kartika sudah tersenyum sumbing.

"Macam mana Ratu boleh kahwin dengan mamat ni. Dia ingat aku tak tahu kah status dia tu." omel Kartika dalam hati.

Selepas menuruni anak tangga, mereka segera menuju ke ruang meja makan. Tiba di meja makan, kelihatan beberapa kelibat lelaki dan juga perempuan...sedang menjamu selera. Anak mata Haikal seperti mencari sesuatu..dan Kartika dapat meneka apa yang di cari oleh lelaki itu.

"Encik Haikal, encik sila duduk di situ." kata Kartika sambil menunjuk ke tempat duduk Haikal.

"Baik, terima kasih Kartika." ucap Haikal dengan senyuman segaris.

"Sama-sama." balas Katrina. Belum sempat Kartika membuka langkah kakinya, Haikal mengajuk soalan.

"Ratu kita, di mana? Dia tak makan bersama dengan kita kah?" Kartika tersenyum segaris.

"Ratu, tak ada di sini. Dia ada urusan kat luar." jawab Kartika dengan tenang. Lalu dia meneruskan langkah kakinya berlalu pergi dari ruangan itu.

Tanpa mereka sedari, diri mereka sedang di perhatikan oleh sang Ratu melalui cctv yang tersembunyi di dalam mansion Ratu Black Red.

"Haikal..Haikal, kau nak selidik aku? tak pe... selepas tiga hari ini, kau akan tahu.. sisi gelapku!" ujar Akira sendirian.

--------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience