season 2 chapter 28

Romance Completed 245339

Kenduri yang Alex rancang untuk sahabatnya Mike terpaksa diundur lagi mengingat Feli yang masih belum di perbolehkan turun dari katil oleh Al.

Setelah hari ketiga Feli baru di perbolehkan turun dari katil setelah selesai pemeriksaan yang teliti di lakukan oleh Al

“Sayang..nak kemana tu?” Alif mencegah isterinya yang mulai menapak keluar dari bilik tidur setelah selesai mandi tadi.

“Saya nak jumpa mummy dengan kak Qis” jawap Feli

“Sini abang dukung” Alif menghampiri

“Eeee....tak nak..depan tu je pun” tolak Feli

“Nak keluar abang dukung, kalau tak nak abang dukung tak payah keluar” Alif terpaksa bertegas dengan isteri degilnya itu

Feli mahu tak mahu harus pasrah dan akur dengan perintah dari suaminya. Sementara Alif sudah mengeluarkan senyuman kemenangannya.

Cup!

“Tak baik buat muka macam tu..kat luar ada mama dengan papa juga” beritahu Alif kemudian mengangkat tubuh kecil isterinya yang lebih memilih bergayut di lehernya seperti koala.

“Ehem... abang dah tersisih ni semenjak dah ada suami yer” usik Azizi pada adiknya sehingga membuat Feli tersengih semacam

“Nanti kak Qis pulak yang abang Zi dukung macam dukung Feli dulu” balas Feli sambil memandang Balqis yang sudah tersipu malu

Setelah alif menurun kan isterinya gadis itu terus berlari ke arah papanya membuat Kela dan Tiara terjerit

“Feli!!! Ya Allah...jalan je” marah keduanya serentak

“Hehe..maaf”ucapnya dengan wajah tak berdosa kemudian memeluk erat sang papa

Alif hanya mampu menggeleng kepala dan menatap kepada Azizi “ ni salah awak manjakan sangat dia kan?” tuduh Alif

Azizi tertawa “ macam lah dia tak manjakan adik aku” perlinya kembali

Dari tempat duduknya Balqis terus curi curi memandang Azizi yang perlahan mulai menapak ke dalam hatinya. Semua itu tidak lepas dari pemerhatian Mike dan Alex . kedua sahabat itu saling melempar pandang kemudian tersenyum penuh makna.

“daddy...ni bunga bunga semua ni buat apa?” Feli menunjuk semua bunga bunga hidup yang sedang di olah cantik oleh mama dan Mummynya serta di bantu oleh para pembantu

“Ni nak buat hiasan Feli...pagi esok daddy nak buat kenduri untuk mama dan papa Fel yang dah rujuk kembali “ jawap Alex

Feli mengangguk “ papa belum dapat rumah ke?”

“Dah dapat..tapi tengah renovate, tu yang terpaksa buat kat sini. Papa nak buat kemudian tapi tu nak papa ikut cakap dia terus” tunjuk mike pada Alex

Alex tertawa “Ini je yang aku mampu buat untuk kau.kalau kau tolak juga aku memang akan berkecik hati. Lagi pun tak salah buat kat sin. Ini kan rumah Feli dengan Alif” Alex berusaha ntuk membuat Mike selesa dengan apa yang di lakukannya saat ini.

Feli masih lagi bergayut manja di lengan papanya. Baru mendapat keluarga yang lengkap membuat Feli sangat teruja untuk bermanja dengan sang papa kerana selama ini hanya abangnya sahaja yang menjadi tempatnya bermanja.

Matanya tertuju pada layar enam puluh inch di depan yang sedang menayangkan iklan mee maggi. Feli meneguk ludahnya dengan kasar. Lagaknya seperti budak tadika yang menginginkan sesuatu membuat Mike terpaksa menahan senyum takut untuk tertawa.

“Abang Zi...” panggil feli manja sambil mengedip ngedip kan matanya

Azizi yang sangat mengenal adiknya tahu apa yang di inginkannya sekarang “ sini” panggilnya sambil tangannya menepuk sofa kosong di sebelahnya

Feli pun berganjak dan duduk di samping abangnya “ abang...”

“Nak makan maggie?” tanya Azizi dengan menaikkan alis sebelah kirinya.

“nak makan maggie...tapi kongsi dengan abang macam dulu” pinta Feli

Alif yang mendengar terus mendengus kasar “ sayang tak boleh lagi manja dengan Azizi. Kejap lagi kan dia nak kawin. Sayang nak makan maggi biar abang masak ya” tawarnya

“Jom kita masak berdua” Feli bangun tapi di cegah oleh Alif

“Duduk situ...nanti abang bawa sini”

“Abang masak semangkuk sorang yer..” Feli tersengih menatap suaminya yang kelihatan terkejut dengan permintaannya.

“Semua nak makan maggie ke ni?” Alif memandang semua orang satu persatu silih berganti dan malangnya semuanya mengangguk hingga membuat Alif harus menarik tangan Azizi untuk membantunya memasak

“semua orang dah mengidam sama. Hebat betul anak aku” gumam Alif. Azizi yang mendengarnya tertawa lucu.

Sementara itu di ruang tamu Zara dan keluarganya baru sahaja sampai. Feli langsung bangun semula dan duduk di antara papa dan daddynya.

Dapat Feli lihat Mimi memandang tidak suka kepada mamanya dan berpura pura tersenyum saat bertemu tatap.

“Feli...dah sihat sayang?” Zara mendekati Feli

“Jangan dekati isteri Alif aunty Zara” Cegah Alif yang keluar dari dapur dengan sudip di tangannya.

“Lif...Aunty nak hulur tangan bagi Feli salam je ni..tak kan tak boleh...ee..kedekutnya dia dengan bini tak nak aunty sentuh”usik Zara yang berpura pura tertawa lucu dengan amaran Alif.

“Tak ada yang lucu, sayang sini” Alif memanggil isterinya untuk menjauhi Zara

Feli yang melihat suaminya yang bersikap tidak normal langsung berdiri “Pa..daddy..aunty, Feli pergi dapur dulu”

Mike dengan Alex juga merasa ada sesuatu yang di sembunyikan Alif dari mereka tetapi kedua lelaki paruh baya itu lebih memilih diam.

“Zara..Brandon mana? Aku lama dah tak jumpa dia” Mike bertanya setelah tidak melihat kelibat Brandon

“Oh!..Brandon...dia pergi singapura pagi tadi ada meeting. Esok balik lagi, sempat lah nak datang kenduri kau esok” usik Zara

Mike tersenyum nipis dan mengangguk faham dengan kata kata Zara.

Sementara itu,

“Aunty kenapa rujuk balik dengan uncle Mike?” Mimi bertanya pada Tiara yang kini sibuk membantu Kela membuat pesanan catering melalui whatsapp sehingga menyebabkan wanita cantik itu sedikit bingung untuk mencari kata kata yang sesuai

“Mimi..kenapa tanya macam tu dekat aunty Tiara” tegur Kela yang juga tidak suka dengan soalam Mimi. bagi Kela pertanyaan seperi itu terlalu peribadi untuk Di ajukan pada siapa pun.

“Tak adalah aunty..Mimi nak tahu je..kalau esok esok cerai lagi kan rugi rujuk balik lepas tu ni siap siap nak buat kenduri pulak” pedas kata kata Mimi

“insyaAllah kami tak akan bercerai lagi” jawap Tiara yang dapat merasakan kalau gadis itu tidak menyukai kehadirannya di sana

“Mimi mulut tu jaga sikit cakap dengan orang tua” tegur Balqis sementara Kela hanya terkelu dan tidak menyangka Mimi akan sebiadap itu

“Dah Qis...tak apa sayang” Tiara menenangkan bakal menantunya itu yang sepertinya sudah naik angin

Mimi pula tanpa rasa bersalah menonong pergi bergabung dengan mummynya di sofa berhadapan dengan Mike dan juga Alex. Matanya terus sahaja menatap Mike membuat Mike jadi salah tingkah dan akhirnya bangkit dari duduknya untuk mencari Tiara isterinya.

***
“sayang makan kat sini jangan keluar” perintah Alif setelah meletakkan semangkuk maggie yang baru siap di masaknya di depan isterinya. Feli hanya mengangguk. Baginya saat ini adalah yang penting dapat makan maggie.

“Zafer dengan Terry jadi ke nak datang?” Bisik Azizi di telinga Alif

“On the way..kita tunggu dan lihat sampai mana Aunty Zara boleh berlakon” Alif juga balas berbisik di telinga Azizi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience