36

Romance Completed 245339

enam tahun kemudian,

Balqis kini sudah mampu membuat rumah Alex dan Kela jadi huru hara dengan kenakalannya apalagi bila Zara bertamu membawa sekali AL yang semakin menambahkan daftar kesibukan Mak Ton yang harus memaksa Mak Ton berlari lari di dalam rumah mengejar kedua anak kecil itu sambil di bantu oleh Laila dan Arya yang sudah mengambil keputusan untuk menetap bersama Alex dan Isterinya.

Bagi Wilona pula awalnya Alex ingin membuat wanita itu mengalami apa yang pernah di alami Kela akibat perbuatan jahatnya tetapi setelah beberapa kali Kela menasihati akhirnya Alex hanya menurut dan menyerahkan wanita itu kepada pihak berwajib beserta bukti dan saksi yang kukuh dan nasib Perkasa Holdings pula kini hanya tinggal nama kerana seorang Alex tidak akan membenarkan musuhnya bangkit semula setelah dirinya menghancurkan mereka.
****
“Balqis….kenapa tak mandi lagi ni sayang?” Kela menghampiri puterinya yang masih lagi leka di depan TV yang sedang menayangkan siaran Paw Patrol yang menjadi kegemaran si comel itu

“Mummy….Balqis tak nak mandi lagi…nak tunggu daddy” rengek anak kecil itu

“Lah…daddy kan masih jogging sayang. Mandi dengan mummy ya.”

“No, I Qis want daddy. Tak ada daddy Qis tak nak mandi”

Kela mendudukkan dirinya di sebelah Balqis yang masih terbaring “Ni apasal manja sangat ni…Qis tak boleh manja macam ni…mummy banyak lagi benda nak buat Qis…”

“Hai princess daddy…”Kela menoleh dan mendapati suaminya baru sahaja balik dari jogging pagi dengan rambut yang masih lagi basah kena keringat

Balqis yang mendengar suara daddynya terus sahaja bangkit dari baringnya dan berhamburan memeluk daddynya yang sudah sedia menanti dengan merentangkan kedua tangan dengan lebar

“Qis….daddy masih berpeluh tu, abang juga masih berpeluh baru je balik dari luar terus peluk anak. Tu yang Balqis jadi manja tu. Perangai abang semua menurun kat Balqis. Pening saya tau nak hadap dua orang manja ni”Kela menggeleng dan terus berlalu menuju ke dapur.

“Mummy sayang…..daddy love you my queen”

“Qis love mummy juga!!!! Qis nak adik!!!!!!” jerit Balqis yang Berjaya membuat langkah Kela berputar balik dan mengejar suami dan anaknya yang sudah pun bersedia membuka langkah seribu menghindari dari terkena cubitan maut sang mummy

“Abang perangai tak berubah dari dulu sampai sekarang dah ada anak. “ kela Berjaya menangkap kedua buah hatinya dan memaksa mereka duduk kembali di sofa

“Sorry mummy…daddy yang ajar” Balqis akhirnya membocorkan kesepakatannya dengan daddy membuat Alex menjegilkan matanya pada Balqis yang masih berada di pangkuannya.

“Abang….”panggil Kela yang sudah mulai memandang suaminya dengan pandangan yang begitu menyeramkan bagi Alex

“Mummy sayang…hehe..”

“Tapi Qis betul nak adik mummy. Qis ada kawan kalau AL datang dan lepas AL balik Qis dah tak ada kawan” rengek Balqis yang sudah membuat muka puppy eye memandang mummy tersayangnya

“Sayang…tu murni niat princess sayang bukan abang yang ajar.” Ucap Alex

“Qis nak adik macamana kalau cakap mummy pun tak nak dengar. Mummy panggil mandi tak nak..lepas tu semua nak kena tunggu daddy. Mummy tak nak kongsi adik ni dengan Qis dengan daddy. Adik ni team mummy” ujar Kela penuh makna sehingga membuat mata Alex membulat besar

“Sayang….”panggilnya

Kela hanya menganggukkan kepala tanda mengiya kan kebenaran apa yang di ucapkannya sebentar tadi membuat Alex merangkul tubuh kecil isterinya dan mendaratkan ciuman bertubi tubi

“Terima kasih sayang..” ucap Alex yang masih lagi memeluk isteri dan anaknya

“Daddy gatal kenapa cium mummy macam tu?” tegur Balqis yang sudah menarik muka empat belas cemburu melihat daddynya mencium sang mummy

“Tuan di luar ada orang nak jumpa” penjaga Gate datang mengganggu kesenangan tiga beranak itu

“Siapa?” tanya Alex

“Katanya Tengku Farish dan keluarganya”

“Jangan bagi..”

“Abang…dah, bagi deorang masuk” perintah Kela yang tadi memotong ucapan suaminya

Alex memandang hairan ke arah isterinya “sayang kenapa bagi deorang masuk. Abang tak suka” ucap Alex yang menunjukkan dirinya betul betul tidak suka dengan kehadiran tetamu itu

“Abang jangan buat perangai. Tetamu datang kita kena layan. Jangan ikut kepala dingin abang tu” ucap Kela dan adu mulut keduanya pun terhenti setelah tetamu mulai masuk ke dalam rumah dan kela mempersila kan tetamunya duduk kemudian meminta Mak Ton menyediakan teh panas buat tetamu

“Maafkan kedatangan kami pagi pagi ni sepertinya mengganggu Tuan Alex” Tengku Farish mulai membuka mulut terlihat Wilona juga ikut serta dan kini wanita itu sudah tidak seperti dulu yang terbalut baju baju dan perhiasan mahal. Kini Wilona tak ubah seperti seorang bibik yang sedang mencari pekerjaan.

“Dah tahu mengganggu kenapa masih nak datang?” marah Alex

“Abang..” tegur Kela dan langsung Alex menutup mulutnya rapat rapat

“Maafkan suami saya. Dia memang mulut tajam. Tolong jangan ambil hati dengan ucapannya” ujar Kela

“Betul kata Tuan Alex. Tapi kami tetap juga nak datang sini sebab nak berterima kasih dengan puan yang sudah mencabut tuntutan terhadap adik saya dan memberikan kami tempat tinggal untuk kami berteduh dari panas dan hujan.” Terdengar ikhlas ucapan Tengku Farish

Kela memang mencabut tuntutan yang di buat terhadap Wilona setelah berbincang panjang dengan Zara. Awalnya Zara tidak bersetuju tapi akhirnya Zara terpaksa bersetuju setelah puas Kela memujuknya. Memandangkan rumah besar keluarga Wilona sudah di lelong dan menyebabkan keluarga itu hilang tempat tinggal. Akhirnya Kela telah merelakan rumah peninggalan arwah ibunya untuk di diami oleh keluarga itu sementara sampai mereka mampu mencari tempat tinggal yang lebih baik agi.

“sekarang kau tahu kenapa aku sayang sangat dengan queen aku?” Alex memandang Wilona dan menyerahkan Balqis pada Kela

“Sebab hati dia sangat lembut. Kau hampir saja bunuh dia. Tapi apa yang dia balas pada kau? dia bagi kau tempat tinggal biarpun tak seberapa dan dia keluarkan kau dari penjara tanpa sepengetahuan aku. Kalau bukan sebab dia…kau akan merasa juga masuk ruangan emergency suatu ketika dulu. Aku tahan diri aku berbuat demikian sebab dia” ucap Alex dengan penuh emosi.

Wilona kini sudah menanggis teresak dan berlutut di depan Kela “ maaf kan semua kesalahan saya puan kela. Saya tahu saya jahat. Saya dah menyesal tolong…”

Kela tidak sampai hati melihat Wilona yang kini sedang memeluk kakinya sambil teresak dan cuba untuk menarik wanita itu untuk duduk kembali di atas sofa.

“Dah…bangun..jangan melutut depan saya Wilona. Saya dah lama maafkan awak, sekarang awak tinggal maafkan diri sendiri saja lagi biar rasa bersalah itu tidak menghantui awak terus”nasihat Kela

“Saya akan memafkan semua kesalahan awak Wilona, tapi ingat jangan ada kali kedua.” Ucap Alex bersungguh membuat Wilona mengangguk laju

“Kembalilah ke rumah lama awak” Alex memandang Tengku Farish kemudian “rumah lama awak saya yang beli dan sekarang awak boleh pindah masuk. Mulai esok datang pejabat DC saya dah aturkan pekerjaan buat awak. Dan kau Wilona jadilah cleaner dekat DC. Anggap sebagai hukuman kau yang telah cuba mencelaka kan anak dan bini aku.” Ucap Alex yang telah bersedia dari awal dan akan menjangka kan kedatangan keluarga itu setelah lelaki itu tahu isterinya telah membebaskan Wilona dari penjara.

***
Setelah kepergian tetamunya. Kini Alex merasakan lega yang teramat sangat yang belum pernah di rasanya sebelum ini

“Sayang…terima kasih ajar abang untuk selalu memaafkan kesalahan orang lain. Sekarang abang merasakan nikmat yang terindah setelah kita memaafkan orang lain dengan ikhlas.” Alex merangkul pinggang isterinya dengan erat.

“Sebab kita manusia abang..yang namanya manusia tak ada yang sempurna sebab kesempurnaan itu hanya milik sang pencipta. Selagi kita mampu memaafkan orang lain maka laku kan.” timpal Kela juga sedang memandang suaminya dengan tatapan penuh cinta.

“Terima kasih kerana telah menghadirkan seorang MIkela Agatha. Seorang wanita yang berhati lembut mempunyai seribu pesona di dalam hidupku.” Batin Alex kemudian memeluk erat tubuh kecil itu

“Love you My queen.” Ucap Alex penuh syahdu.

*****************************The End*********** love story Alex & Kela******************

Share this novel

Acik
2021-10-26 00:05:07 

tahniah author...citer best...x puas baca..semoga ada citer yg lebih menarik lagi akn dtg...

Aqies Ketot
2021-10-25 14:37:56 

kenapa the end

Risyah Batrisyah
2021-10-25 07:46:11 

terbaikkkkk......


NovelPlus Premium

The best ads free experience