6

Romance Completed 245409

“sial tak guna, memandai dia je mengaku diri sugar Daddy aku. Dah tu si Iqbal pulak percaya bulat bulat” umpat Kela sambil berjalan tak tentu arah hanya mengikut kemana kaki nya melangkah

Deringan telefon nya tidak di endah kan sama sekali. Malah Kela memati kan telefon nya supaya Alex tidak dapat menghubungi nya.

“PENGUMUMAN!”

“PERHATIAN KEPADA CIK MIKELA AGATHA ALIAS UNCIK.DI MOHON MENUJU KE KAUNTER PENGUMUMAN DI SEBELAH KANAN PINTU MASUK KERANA DADDY ANDA SEDANG MENUNGGU. SEKALI LAGI DI MINTA CIK MIKELA AGATHA UNTUK DATANG SEGERA.”

“Hah!!!...”kela memegang kepala nya yang tiba tiba berpusing

“UNCIK SAYANG…JANGAN MERAJUK. NANTI KITA BELI LOLIPOP YA. BALIK SINI DADDY TUNGGU”itu suara Alex yang bergema melalui pembesar suara.

Kela betul betul hilang akal menghadapi perangai Alex yang sukar di jangka.

“Apa lah dosa aku pada hayat lepas..aku ada hutang permintaan maaf dekat firaun tu ke?”gumam Kela lagi

Dan sebelum Alex melaku kan tindakan tak wajar yang lain nya. dengan langkah cepat separuh berlari kela menuju ke arah kaunter pengumuman

Dari jauh kela melihat Alex melambai kan tangan pada nya “orang gila” umpat Kela lagi

“Cik Mikela..daddy awak dah tunggu lama tau. Awak beruntung cik Mikela ayah awak sangat perduli kan awak. Handsome pulak tu. Kalau saya ada ayah handsome macam tu dengan bangga nya saya umum kan ke seluruh dunia tau” nasihat si wanita separuh baya yang membuat pengumuman tadi tanpa tahu asal usul masalah sebenar.

“Ha,,,ya.saya yang salah. Dah jom balik saya dah tak larat lagi dah” Kela menarik tangan Alex yang sudah sekuat hati menahan ketawa melihat muka Kela yang sudah seperti ketam rebus menahan marah akibat nasihat perempuan itu tadi.

“Kela..”

“salah saya apa pada Tuan. Mengaku sugar daddy saya lepas tu buat pengumuman lagi.lepas ni apa?” marah kela setelah tubuh nya mendarat elok di dalam kereta sebelah alex.

“salah nya sebab awak…comel” jawab alex santai

“terus kalau saya comel apa salah nya. cucuk mata tuan ke kecomelan saya ni?”

“Menyakit kan hati. Sebab ramai yang pandang awak”

“Tak masuk akal betul dan saya tak habis fikir kenapa ada manusia macam tuan ni “ bebel Kela

“Saya Cuma tak suka je. Jangan tanya kenapa sebab saya juga tak tahu kenapa saya tak suka ada orang lain pandang awak” kali ini Alex terlihat serius

Melihat Kela hanya berdiam. Alex tak lagi mengusik gadis itu yang kelihatan nya betul betul marah. Memilih melaju kan kereta nya balik menuju ke rumah

“Erm..awak janji nak jumpa Iqbal pukul berapa?’ Alex mencuba nasib nya mengajak Kela berbual

“Tak jadi!”

“YESS!!!’ jerit Alex di dalam hati nya

Wajah alex kembali bersinar sinar setelah mendengar Kela tidak jadi untuk berjumpa dengan Iqbal.

****
Setelah tiba di rumah mewah milik Alex. Semua pembantu rumah nya Alex halau ke pavilion belakang dan supaya tidak menganggu aktiviti memasak nya bersama kela

“Uncik..awak nak masak apa?” tanya Alex

“Nak masak tuan” jeling kela tajam

“sanggup ke nak masak lelaki tampan ni?” Alex menaik turun kan alis nya

“perasan tak habis habis.”

Alex tertawa lepas melihat raut wajah menyampah yang di tunjuk kan Kela sebentar tadi

“kela..sorry” ucap nya tiba tiba

“dah..tak usah ingat lagi benda dah berlaku. Buat sakit hati saja” Kela mulai membasuh kepala ikan yang di beli Alex tadi

“Awak merajuk ke?”

“siapa lah saya ni nak merajuk tuan” Kela tertawa perlahan sambil menggeleng kepala nya. “Tuan pergi je mana mana ya..jangan ganggu saya masak. Saya rimas kalau ada orang ganggu” Kela menghalau boss hantu nya dari dapur

Tidak membantah. Alex pun keluar dari dapur dan tujuan nya adalah bilik kerja nya meninggal kan kela dengan tugas memasak di dapur.

Setelah menduduk kan punggung nya di kerusi satu notification masuk dari Zara

Zara : vc sayang

Setelah membaca pesan singkat Zara. Alex terus menekan simbol video di aplikasi wasap nya. terlihat seorang wanita cantik muncul di layar telefon Alex dengan senyuman yang sangat manis.

“hai sayang” Zara menyapa sang kekasih nya

“Awak buat apa?” tanya Alex sambil tersenyum menatap layar telefon nya.

“tak ada…ni baru balik dari fashion show..letih la sayang”

“Zara..bila nak balik Malaysia?”

“belum lagi sayang..saya masih sibuk la sekarang ni tengah banyak job.”

“Zara..awak janji dua tahun je kan? sekarang dah tiga tahun Zara. Mama juga dok tanya bila kita nak nikah”

“Sorry sayang..bagi saya sikit je lagi masa okey.”

Perbualan Alex dan Zara terus berlanjutan sehingga saat Kela yang ingin mengetuk pintu untuk meminta diri setelah selesai memasak gulai kepala ikan jadi terbantut kerana pintu bilik kerja Alex sedikit terbuka dan Kela sempat menangkap jelas perbualan Alex dan kekasih nya.

“tinggal pesan kat meja saja lah” bisik Kela.

Gadis itu mengambil kertas memo berwarna pink dari beg silang nya dan sebatang pen lalu menulis memo dan di lekat kan di pemegang teko

TUAN.
Saya dah selesai masak.nanti tuan nak makan tinggal panas kan saja.

Assalamualaikum.
Kela.

Setelah itu Kela pun melangkah keluar dari rumah mewah itu “fuh..mentang mentang kawasan perumahan orang kaya. Tak di buat nya stesen bas tempat menunggu. Deorang tak tahu ke kadang orang miskin macam aku ni pandai tersesat masuk rumah orang kaya” bebel Kela sambil menerus kan langkah nya.

Kela terpaksa menerus kan langkah nya tanpa perduli lenguh yang di rasa kan nya kerana hujan hampir saja turun.

Setelah cukup jauh berjalan akhir nya kela berjumpa tempat hentian bas dan berehat seketika. Tiba tiba hidung nya mengeluar kan darah segar dan dengan cepat Kela mendongak kan kepala nya menghalang darah itu menitis di baju nya sambil tangan nya sibuk menyeluk beg silang nya mencari tisu.

“Cik..cik tak apa apa ke?” tanya pak cik yang dari tadi sudah duduk di sana

“Tak apa pak cik..ni dah biasa’ jawab kela sambil mengesat darah yang masih lagi mengalir dari hidung nya mengguna kan tisu.

“Pergi hospital nak..pak cik takut tengok darah tu banyak” nasihat pak cik tadi. Kela hanya mengangguk dan tersenyum ke arah orang tua itu.

Dahulu hidung nya memang selalu berdarah. Tetapi sejak belakangan ini jadi kerap berdarah. Iqbal pernah menasihati Kela untuk membuat pemeriksaan di hospital tetapi kela tak nak kerana takut andai nya nanti doktor mengata kan nya menghidap penyakit tertentu.

Daripada hidup dalam ketakutan. Baik hidup dalam kegembiraan tanpa tahu berapa lama lagi diri nya di beri kesempatan untuk terus bernafas di dunia ini. Itu lah yang selalu di fikir kan oleh Kela.

Share this novel

Lian aen
2021-10-24 22:31:31 

Kelakar betullah diaorang ni

Hawani Hashim66
2021-10-08 18:10:25 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience