Season 2 chapter 7

Romance Completed 245409

Keadaan di tingkat sepuluh DC saat ini sangat menyeramkan dengan aura dingin sang boss yang pagi pagi sudah badmood

Alif duduk menghadap laptopnya dengan muka ketat tanpa senyuman seperti biasa membuatkan Rafi harus berhati hati semasa bercakap

“Tuan” zaza setiausahanya membuka pintu tanpa mengetuk dulu

“Sejak bila masuk bilik ni tanpa ketuk pintu dulu hah! Ingat ni bilik tidur awak kat rumah ke? Awak keluar balik dan ketuk pintu!” arah Alif

Zaza yang terkejut di bentak hampir sahaja menangis dan harus menahan diri kemudian keluar semula untuk mengetuk pintu dan masuk semula.

“Ha! Pandai pun ketuk pintu. Ada apa cepat cakap”

“Tuan hari ni ada janji lunch dengan Cik Aurora dari Alam suria group” beritahu Zaza dengan lancar

“Baik! Sekarang awak keluar. Rafi sediakan kereta dan tanya Zaza jumpa kat mana. Cakap pun setengah setengah.bebal” marah Alif

Rafi yang tidak mahu mendapat semburan panas itu segera keluar mendapatkan zaza dan setelah setelah tahu di mana lokasi kemudian turun menyediakan kereta

****
Pertemuan di adakan di restoran yang menyajikan makanan jepun. Di saat ini Alif sedang berhadapan dengan seorang wanita cantik yang dari awal kedatangannya hanya memberi fokus kepada Alif dan sesekali melemparkan senyuman yang menggoda saat mereka bertemu tatap.

Perbincangan berjalan lancar dan kerjasama dengan Alam Suria Group juga kini menemui titik terang hanya tinggal Alif menandatangani perjanjian sahaja maka semuanya sudah sempurna. Kini hanya tinggal menunggu makanan sahaja untuk di hidangkan. Kerana Alif meminta pelayan menghidang selepas mereka selesai berbincang.

“Adeh, kenapa lah perempuan ni sengal sangat. Dari tadi senyum senyum je. Tak sakit ke pipi dia tu tahan senyum” marah Alif di dalam hati

“Ehem…..erm..Alif…boleh tak awak teman saya malam ni pergi private Party kawan saya?” wanita itu mencuba nasib biarpun dia tahu lelaki di depannya ini ada hubungan istimewa dengan seorang public figure

“saya tak nak “tolak Alif mentah mentah

Entah kenapa dari malam tadi lagi sampai pagi dan sampai lah sekarang ini Alif sentiasa teringatkan isterinya Felicia yang sedang tersenyum memandang Azizi dan itulah yang membuat panas hatinya sehingga semua terkena tempias.

“kali ni je. Saya tak ada teman” rayu Aurora, untuk rekod Aurora bukan baru kali ini berjumpa dengan Alif dan oleh kerana sering berjumpa membuat wanita itu berani mengambil tindakan yang drastik.

“saya tak nak. Sekarang saya dah selesai dan saya nak balik dulu.minggu depan awak datang pejabat saya dan bawa semua dokumen yang perlu saya tandatangan”ucap Alif kemudian bangun meninggalkan Aurora terkebil kebil di tempatnya bersama makanan yang baru sahaja di hhidangkan.

“Tuan..nak balik pejabat ke?” Rafi berlari mengejar tuannya

“hantar saya balik apartment Feli” jawapnya sambil tersenyum

Baru kali ini Rafi merasa lega setelah lebih dari setengah hari akhirnya senyum itu terukir juga di bibir tuannya dan ini petanda badai telah reda.

“Nanti awak balik pejabat pakai grab atau taxi sebab saya tak masuk pejabat lagi” tambah Alif lagi

“Baik tuan.”

“satu lagi kalau sesiapa cari saya awak cakap tak tahu saja”

“kalau cik Tasha?”

“Cakap tak tahu juga dan jangan ganggu saya.”

Rafi mengangguk faham dan terus melajukan kereta menuju ke apartment yang di tempati Feli.

****
Alif melilau mencari Feli. Terasa apartment itu sangat sunyi seperti tiada penghuni “ jangan cakap dia cari Azizi lagi” gumam Alif dalam hatinya

Degan berhati hati lelaki itu membuka pintu bilik tidur dan ternyata Feli masih lagi bergulung di bawah selimutnya

“dah pukul berapa ni tak bangun lagi” Alif mendekat dan niatnya ingin membangunkan gadis itu tetapi tak jadi setelah melihat bibir comel itu terlihat pucat dan kering.

“feli…demam ke ni?” di rabanya dahi si isteri terasa sangat panas dan Alif sedikit cemas.

Mata Feli sedikit terbuka merasa ada yang mengganggunya “Tuan Alif” panggilnya lemah dan berusaha untuk bangun

“Tak payah bangun..baring je.” Alif menahan Feli yang mahu bangkit dari baringnya

“Awak dah makan ke tadi ni?”

Feli hanya menggeleng lemah sambil menutup mata membuat Alif semakin cemas “awak baring dulu saya panaskan air sekejap”

Lelaki itu terus berlalu ke dapur dan selang lima belas minit kemudian masuk kembali dengan coklat panas di tangannya.

Saat Alif masuk, Feli sudah pun terlelap kembali. Tidak sampai hati untuk membangunkan isterinya, Alif pun meletakkan gelas yang berisi coklat panas di atas meja sebelah tempat tidur kemudian duduk di birai katil mengamati wajah Feli yang tengah terlelap

Perlahan Alif mendekatkan wajahnya dan mendaratkan ciuman di dahi Feli dan ada satu perasan aneh yang muncul.

Rasa ingin memiliki yang sangat besar dan rasa ingin mencium dahi itu lagi dan lagi juga rasa takut kehilangan sehingga membuat matanya sedikit mengembun.

“Feli…jom pergi klinik “bisiknya di telinga Feli sehingga membuat gadis itu kembali membuka matanya

“saya tak nak pergi klinik”

“Tapi awak demam panas sangat ni” pujuk Alif lagi

“Saya tak nak”

Tak nak terlibat perdebatan yang tiada penghujung Alif akhirnya mengangkat tubuh Feli dari tempat tidur dan terus mengambil beg yang selalu di bawa isterinya itu ke mana mana.

“Tuan saya tak nak pergi klinik” feli hanya mampu membantah dan tak mampu untuk meronta kerana badannya betul betul lemah

Alif hanya berdiam dan terus membawa Feli turun kemudian mendudukkan gadis itu di sebelah tempat memandu

“kenapa tak nak pergi klinik hmm?’” tanya Alif dan sekarang lelaki itu sudah pun masuk ke dalam kereta

“Saya tak nak kena cucuk”

Alif terpaksa menahan ketawa mendengar alasan yang di berikan isteri kecilnya itu kemudian menggosok poni Feli dengan geram

“Doktor tak akan cucuk sebarang lah. Kalau perlu makan ubat dia bagi ubat jer. Ingat semua orang pergi klinik semua kena cucuk ke?”

Feli dengan jujurnya mengangguk laju dengan raut wajah yang takut

Alif jadi geram sendiri melihat wajah comel itu yang menjawap semua soalannya dengan jujur. Ingin sekali rasanya Alif mencium pipi gebu itu tapi terpaksa di tahannya takut feli berubah pikiran dan tak nak pergi klinik.

“Jom kita berangkat” ucap Alif setelah menghidupkan enjin keretanya

“nanti saya masuk sendiri ya” pinta Feli

“No!”

“Saya tak nak orang salah faham nanti dan kita jadi viral” bantah Feli

“Fel…simpan tenaga tu ya.jangan fikir yang pelik pelik. Kalau pun orang viralkan. Nanti sy buat siding media mengatakan awak isteri saya.”

Feli kembali menutup mata. kepalanya semakin berat setelah mendengar apa yang baru sahaja keluar dari bibir suaminya sebentar tadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience