season 2 chapter 26

Romance Completed 245339

“Sayang...boleh tak kalau abang cakap sikit tapi sayang jangan merajuk tau” Alif berhati hati dalam setiap kata katanya

Feli mengangguk sambil tangannya masih lagi sibuk memasang salotape pada pada hirisan mangga yang sudah di potong tadi

“Sayang kalau mengidam jangan pelik pelik ya..abang kadang bingung dengan permintaan sayang”

Feli menatap suaminya sambil tersenyum “ saya tak mengidam la abang”

“Tu” tunjuk Alif pada mangga di tangan isterinya

“Ni?” Feli menunjukkan mangga tadi “NI bukan mengidam abang...lain kali dengar dulu saya cakap sampai habis boleh?” Feli menatap suaminya yang sudah menarik muka empat belas

“Sekarang cakap” pinta Alif

“Tadi saya nak mangga muda sebab nak ambik gambar je. Lepas tu nak simpan balik tunggu esok baru potong” beritahu Feli dengan muka tak bersalahnya

“lah...kalau nak makan esok janganlah balut sayang....” Alif geram sendiri denagn perangai pelik isterinya

“hehe..nak ambik gambar dulu nak hantar kat Zi bagi dia tengok apa yang abang dah buat pada mangga ni” usik Feli menaikkan alis sebelah kanannya

“Nakal ya...tunggu sayang dah sihat nanti abang balas” Alif tidak jadi merajuk melihat isterinya yang sudah tersenyum manis dengan mata yang di buat terkedip kedip

“Abang...maaf ya kalau saya selalu buat abang jadi kelam kabut dan bingung. Lepas ni tak buat lagi ya” Feli menyudahkan balutannya dan menarik tangan suaminya kemudian di cium belakang tangan itu dengan penuh sayang.

Alif terharu isterinya juga memikirkan perasaannya dan membuat Alif lebih terharu isterinya tidak segan untuk meminta maaf walaupun Alif tahu semua yang Feli lakukan bukannya di sengajakan.

Tok! Tok!

Pintu di ketuk dari luar

“Abang buka pintu dulu ya” Alif bangkit dari duduknya dan membuka pintu “Papa..mama” ucapnya

Muncul lah Mike bersama seorang wanita cantik di sana membuat Feli memutar balik ingatannya pada peristiwa di depan rumahnya.

“papa” panggil Feli tapi matanya memandang sosok wanita yang berada di samping papanya

Mike duduk di birai katil dan mengecup dahi dan pipi puteri kesayangannya “maaf papa baru datang sekarang sayang”

Feli menggeleng “pa..”

Mike faham akhirnya menarik tangan wanita itu “ Feli...ini Tiara..mama Feli dan mama dengan papa dah rujuk kembali dan daftarkan perkahwinan kami di sini sayang”

Tanpa sempat Feli memberi reaksi apa pun wanita itu terus memeluk puterinya dengan lembut sambil terisak “ maaf kan mama sayang. Mama tak bermaksud buang Feli. Tapi mama dengan papa terpaksa “

“mama...” panggil Feli tertahan

Tiara merungkai pelukannya menatap anak yang di kandungnya dengan susah payah dan di membesar di depan matanya tapi harus di serahkan pada tukang kebun saat berumur tiga tahun kerana kepercayaan tahayul sang bunda.

“Tak perlu minta maaf. Azizi dah cerita semuanya. Sekarang Feli bahagia dan sudah lama Feli ingin merasa di peluk oleh mama dan setiap kali Feli melihat kawan kawan yang di jemput mama mereka balik sekolah dulu membuat Feli cemburu. Mujur ada abang Azizi yang selalu ada buat Feli.”ucap gadis itu

Alif yang mendengarnya merasa sedih membayangkan kehidupan Feli dan Azizi yang berjauhan dengan orang tua. Betapa kuatnya dua beradik itu bertahan hidup dengan saling bergantung . akhirnya takdir berbaik hati menuntun keluarga itu berjumpa kembali biarpun agak terlewat sekurangnya bahagia masih ada buat mereka.

“Feli...terima mama?” Tiara tidak percaya dengan mudahnya anak gadisnya itu menerimanya

“Mama fasih bahasa melayu?” malah Feli tidak menjawap soalan mamanya membuat Mike tertawa lucu

“Mama memang melayu sayang...”

“Oh...”bibirnya membulat membentuk huruf O membuat Alif terpaksa menggigit bibirnya sendiri. Geram ingin mencium isterinya. Apakan daya kedua mertuanya masih di sana

Klek!

Pintu terbuka dan terlihat Alex berjalan masuk “Feli...ah okey sayang?” fokus nya pada menantu kesayangannya terlebih dahulu

Feli mengangguk perlahan “ dah okey papa..dah boleh main kejar kejar dah hehe” Feli tersengih di hujung kalimatnya

“Ck! Nakal” Alex mencubit pipi gebu menantunya dan kemudian matanya beralih pada sahabatnya

“Tahniah Bro..aku tumpang bahagia. Dan malam ni aku nak adakan kenduri korang berdua dah rujuk balik” Beritahu Alex

“Lex..tak payahlah...buat malu jer..dah tua pun” Mike cuba menolak

Alex menggeleng dan seperti biasa lelaki itu tidak akan menerima penolakan “Aku dah siapkan semuanya dan kau tinggal duduk manis je menikmati majlis ni. Kita dah jadi keluarga jangan segan dan tak lama lagi Balqis dan Azizi pun nak menikah. Apalagi yang kau nak segan dengan aku?” ucap Alex.

“Abang..”Tiara menatap suaminya meminta kepastian

“Sayang...Abang zi akan menikah dengan Qis anak Alex ni” tunjuk Mike pada sahabatnya

“Alhamdulillah...setidaknya Zi selalu dekat dengan adik” Tiara bersyukur dengan berita gembira itu.

Perbualan mereka berlanjutan sehingga membuat Feli tertidur seolah perbualan orang tuanya adalah cerita dongeng penghantar tidur buatnya.

“Shhhh!” kela masuk dan meletakkan jari di bibirnya kemudian menunjukkan ratu manja mereka yang sedang tertidur.

Kela menarik tangan Tiara dan mengajak wanita itu duduk di luar dan berbincang mengenai majlis Balqis dan Azizi nanti

Awalnya Tiara agak kekok, tetapi Kela berhasil mengusir rasa kekok Tiara dan kini keduanya sudah saling tertawa lepas dan bertepuk tampar. Kela merasa cepat akrab dengan Tiara dan lebih selesa berborak dengan Tiara berbanding dengan Zara yang selalu menginginkan kela menurut kemahuannya.

“Mummy...mama” panggil Balqis dan Azizi yang baru sahaja sampai

“Zi..” Tiara sangat merindui anak lelakinya itu dan berhamburan memeluknya. Azizi menunggu mamanya datang kepadanya dengan merentangkan kedua tangannya

“Mama dah jumpa adik?” tanya Azizi setelah mamanya melepaskan pelukan

Tiara mengangguk laju “ Zi..terima kasih sebab selalu jaga adik,”

Azizi mengangguk “ sudah kewajiban Zi buat jaga adik ma..sekarang mama duduk dulu. Zi nak jenguk adik”

“Ah Zi....Feli baru je tidur...tunggu dia bangun nanti Zi jenguk ya” beritahu kela

Azizi mengangguk “baik mummy”

Dalam diam Balqis mengagumi sikap Azizi yang terlihat lebih dewasa dari dirinya dan tanpa sedarnya kini bibirnya melengkung ke atas membentuk sebuah senyuman

Tiba tiba Alif berlari melintas ruangan tempat sekarang “Mummy..mama Alif keluar sekejap ada hal penting” beritahunya

“Lif! “ jerit kela

Tetapi Alif menulikan telinganya dan terus masuk ke dalam kereta dengan wajah kemerahan menahan amarah yang sudah sampai di ubun ubun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience