9

Romance Completed 245339

Setelah tamat waktu bekerja seperti biasa nya kela pulang terus ke rumah nya sambil mengayuh basikal tua peninggalan sang ibu nya.

Tin! Tin!

Kela menoleh “Tuan Alex..kenapa tuan ikut saya ni?” tanya Kela

“Awak yakin tak nak balik dengan saya?”

“Saya dah besar la tuan tak kan sesat” jawap Kela dan menerus kan kayuhan nya dan Alex juga sudah tidak mengekori nya lagi

Jalan raya hari ini luar biasa sibuk sehingga kayuhan Kela melambat. Pening tiba tiba yang di rasa kan nya membuat gadis itu kini berkeringat.

“Ya Allah…kuat kan hamba mu ini. Jangan sampai pengsan kat jalan” doa kela di dalam hati nya. Dan syukur lah Kela dapat bertahan sehingga sampai di depan pagar rumah nya.

Gadis itu menduduk kan diri nya sebentar di depan pagar kerana keletihan yang melampau “ aduh…ke kela kenapa lah kau makin lembik. Padahal hari ni tak buat kerja pun kau masih letih macam nak KO” marah nya pada diri sendiri.

Setelah merasa sedikit membaik Kela pun bangun semula menuntun basikal tua nya masuk ke halaman rumah

“Mak ai! Sapa punya kerja gi kunci rumah aku dengan mangga sebesar kepala gajah ni?” terkejut kela melihat mangga besar yang tergantung dekat pintu rumah nya.

“Rasa nya aku tak ada pulak hutang kat lintah darat. Siapa pulak kunci rumah ni…adoi lah…dah la nak solat macamana ni…. Tak kan la menumpang rumah jiran. Dah la jiran sebelah tu bujang trang tang tang” kela jadi kalut sendiri

“Ehem!” suara deheman dari belakang mengejut kan Kela

“Astaghfirullahaladzim….Tuan..tolong bagi salam boleh?” marah kela sambil mengurut dada nya

“Assalamualaikum Mikela…” Alex menurut perintah Kela

“Waalaikumusalam..ni kenapa boleh” Kela berhenti seketika “Ho…..ni mesti kerja tuan kan yang pasang mangga besar tu?” tunjuk Kela pada mangga besar yang tergantung molek di pintu nya

“Ya saya” jawap Alex santai sambil menyeluk kan kedua tangan nya ke saku seluar

“Buka sekarang, saya nak solat lah” arah Kela

“Dalam tu dah kosong uncik”

“hah!..tuan buang kemana semua barang barang saya?”

“semua dah saya angkut pergi apartment dan saya datang ni pun nak angkut awak balik apartment UNCIK” jelas Alex sambil mengulum senyum

“Ni dah pemaksaan.”

“Nak solat ke tak?”

“Mesti lah nak firaun! “ bentak kela

“Jom kita gi masjid atau surau terdekat dulu. Lepas solat baru sambung balik gaduh ye” ajak Alex sambil menarik tangan kela lembut mengikuti langkah nya

Setelah masuk ke dalam kereta Kela masih lagi terdiam sehingga lah mereka kini berada di depan sebuah surau di kawasan perumahan yang tidak jauh dari rumah Kela.

Setelah sampai Kela tergopoh gopoh keluar takut terlepas waktu. Dan entah kenapa melihat Kela yang terkejar kejar seperti itu sedikit membuka pintu hati Alex untuk kembali ke landasan yang benar.

“Aku akan perbaiki solat ku terlebih dahulu sebelum aku nekad menjadi kan kela sebagai makmum ku” bisik Alex kemudian melangkah menuju tempat mengambil wudhu dan juga turut menunai kan kewajiban nya.

Setelah selesai Alex pun keluar dan melihat Kela sudah pun menunggu nya sambil bersandar di kereta

“Cepat betul? Expres ke baca doa?” tanya Alex

“tak jadi” singkat jawapan Kela

“Lah…kenapa pulak tak jadi?”

“Ck! Tak payah tanya lah..tak jadi tak jadi lah” jawap Kela dengan raut wajah yang memerah menahan malu. Ternyata diri nya sedang uzur dan Kela melupa kan hal itu kerana baru pagi tadi.

Alex lelaki dewasa sudah pasti tahu apa alasan Kela tidak jadi menunai kan solat nya “ hmm..Uncik!..tu tok imam dok pandang je dari tadi.” Tunjuk Alex dengan dagu nya. kela mengikuti arah pandangan Alex dan ternyata benar orang tua itu dari tadi asyik memerhati.

“Jom lah jalan. Lama nya orang tua tu ingat kita buat maksiat dekat surau nanti tak lucu kan” ajak kela

Alex tertawa mendengar ucapan kela. Bersama dengan Kela beberapa hari ini membuat Alex banyak ketawa dan juga terpaksa belajar bersabar.

“Kalau dia tangkap basah kita kan boleh kawin free” usik Alex

Kela tanpa sedar mencubit paha Alex “Tuan. Gatal tu simpan sikit ya, saya ni masih nak hidup lama lagi dan tak nak terlibat drama merampas kekasih orang” rajuk kela.

Alex tidak mengambil hati ucapan Kela sebentar tadi. Lelaki itu terus melaju kan kereta nya keluar dari kawasan surau itu

“Kela kita makan dulu ya. lepas tu saya hantar awak balik”

“ikut lah. Saya mana mampu nak tolak ajakan sang raja rimba” jawap Kela sambil menarik muka masam

****
Alex mengajak Kela masuk ke salah satu restoran seafood yang terlihat agak ramai pengunjung.

“Lex!”

“Ha tu..jom” Alex menarik tangan Kela menuju ke arah Meja yang sudah di tempati Mike dan seorang lagi lelaki yang tidak di kenali dengan langkah yang sederhana.

Kini mereka sudah bergabung bersama Mike dan juga salah satu lagi teman mereka “ hai..saya Brandon” lelaki itu menghulur kan tangan nya tetapi di tepis oleh Alex. Mike di tepi hanya tertawa lucu melihat telatah Alex yang terlebih protective.

“jadi ni la si Uncik?” tanya Brandon sambil berbisik ke telinga Mike

“Ya. awak nilai lah sendiri” jawap Mike sambil tersenyum “ oh ya Lex..kita dah tolong order tadi tak apa kan.?” tanya Mike dan hanya mendapat kan anggukan dari lelaki tampan itu

“Kela!..” panggil satu suara

Gadis itu berpaling dan “Clara..”

Clara adalah anak ayah nya hasil dari perkahwinan kedua nya. umur kela dengan Clara sebaya kerana mama Clara juga mengandung saat ibu nya Kela tengah mengandung kan Kela. Tidak seperti ibunya. Clara melayan Kela dengan baik saat mereka berjumpa di mana mana.

“Kela awak buat apa kat sini?” sambil memandang Alex, Mike dan Brandon silih berganti “ Maaf, saya saudara Kela dan boleh saya pinjam kela sebentar” tanpa menunggu persetujuan dari mereka Clara terus menarik Kela keluar

Mata ketiga lelaki itu terus mengikuti arah kepergian dua bersaudara tadi. Mujur lah restoran itu berdinding kan cermin jadi Alex masih boleh melihat Kela yang sudah pun berada di luar bersama seorang gadis sebaya nya yang tadi mengaku saudara Kela.

“Lex..kau serius dengan budak tu? Zara macamana?” tanya Mike

“Aku dah sayang Kela. Dah terlebih sayang dan aku rasa nya nak berjauhan sekejap pun rasa nya tak sanggup. Untuk Zara, aku dah lepas kan dia. Tiga tahun aku tunggu korang berdua jadi saksi. Apa yang aku dapat” jelas Alex

Kedua sahabat nya itu menggangguk setuju. “aku setuju kau dengan budak tu. Comel semacam je aku tengok. Betul kata Mike. Kau kalah dengan pesona si Uncik” tawa Brandon di hujung kata kata nya.

Alex hanya tersenyum malu mengingat umur nya terlalu jauh di atas umur Kela. Tapi perasaan nya pada Kela sudah terlalu dalam.

****
Sementara itu di luar sana

“Kela…jom balik rumah. Awak tak boleh tinggal dekat rumah tu lagi Kela. Rumah tu dah usang” ajak Clara

“Ara…terima kasih atas ajakan awak. Tapi saya tak boleh duduk serumah dengan ayah dan mama awak” tolak Kela halus

“Kela..awak jangan pikir kan sangat mama tu,mama memang perangai dia macam tu.”

“Tapi ayah dah buang saya Ara.hidup saya sekarang dah bebas tanpa beban dan saya juga tak nak jadi beban sesiapa” potong Kela

“Awak bukan beban Kela..saya sayang kan awak” Clara sudah menangis kerana kehabisan cara memujuk Kela. Jujur Clara sangat menyayangi Kela dan selalu menegur mama nya di saat mama nya memburuk kan Kela di depan keluarga ayah nya.

“Kela…” panggil Clara lagi

Yang di panggil sudah merasa kan sakit kepala yang teramat sangat. Kela berpegang pada Clara untuk menopang berat badan nya sementara tangan nya sebelah lagi memegang kepala nya yang terasa sakit tiba tiba

“Kela!..kenapa ni?” Clara kembali cemas melihat Kela menahan kesakitan yang teramat sangat. Semua itu tertangkap jelas di penglihatan Alex

Lelaki itu berlari keluar dari dalam restoran sambil di ikuti oleh Mike dan Brandon dari belakang meninggal kan makanan yang baru saja di saji kan di atas meja

“kela kenapa?” tanya Alex pada Clara dan mengambil alih tubuh Kela dari pelukan Clara

“Saya juga tak tahu. Tiba tiba dia sakit kepala dan hampir tersungkur” jawap Clara di sela isak tangis nya.

“Jom pergi hospital” Alex menatap Kela yang masih lagi sedar di dalam pelukan nya

Kela menggelengkan kepala nya menolak ajakan Alex untuk ke hospital “ saya tak mau pergi hospital” ucap nya lemah dan berusaha berdiri dengan benar.

“Lex..ni tak normal. Lebih baik pergi hospital” saran Brandon yang juga seorang doktor pakar leukemia selain memiliki sebuah kelab malam yang kini di urus oleh orang kepercayaan nya ternyata Brandon juga seorang doktor pakar yang sangat di segani.

“saya tak nak pergi hospital” tangis mikela akhir nya pecah juga dan baru kali ini lah Alex melihat gadis itu menangis.

“Okey..okey..kita tak pergi hospital. Kita balik apartment ya. “Alex memujuk kela sambil menyapu lembut air mata gadis itu yang mengalir tanpa henti nya. sebak rasa nya Alex melihat Kela menangis seperti itu.

“tapi Lex” bantah Brandon

“Aku janji Brandon. Sekali lagi kela macam ni aku sendiri yang akan bawa Kela pergi hospital” ujar Alex kemudian memapah Kela menuju tempat parking kereta

“Tuan!, siapa pun awak. Tolong jaga Kela baik baik” seru Clara dari belakang

Ni sepatut nya syaa up esok..tapi takut nya esok line ke laut lagi, jadi terpaksa up malam ni.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-06 16:49:33 

Dh berniat eh nk jdkn kela isteri....kjp nnti zara muncul kela trabai


NovelPlus Premium

The best ads free experience