30

Romance Completed 245339

“Kela…tolong buat agar agar susu boleh?...” rengek Zara sambil menarik tangan kela ke dapur kerana dari semalam lagi Zara menahan diri untuk meminta sesuatu dengan Kela takut kena marah lagi dengan Alex

“Eh…eh..sedap je nak suruh bini saya. Tu lah kawin cepat cepat biar ada orang layan awak” Alex menarik isteri nya dari tangan Zara

“Lex….please..masalah nya sekarang ni saya nak makan yang Kela buat je.” Rayu Zara

“Zara…Kela pun mengandung juga. Tak da nya manja macam awak ni tau. “ marah Alex

“Tu sebab manja dia dah menurun kat awak!” sembur Zara geram

“Sekejap lagi Brandon datang sini. Dia tolong awak masak”

“saya tak nak…saya nak Kela juga. Kalau bukan kela buat saya tak kan makan” ugut Zara

“Zara!”

“Dah…diam! Diam! Abang diam, Cik Zara juga diam!” jerit Kela yang mulai merasa pening dan nafas nya pula sudah tersengal sengal.

Brandon yang baru saja sampai terpaku mendengar jeritan kela begitu juga dengan Laila dan Arya. Ketiga nya sepakat menuju ke dapur ingin melihat apa yang terjadi.

“Abang, Cik Zara..hari ni awak berdua masak. Sekarang buat persiapan” arah Kela setelah mengatur nafas nya

“Sayang…kenapa abang juga kena ni?”tanya Alex lembut

“Abang sayang saya tak?” tanya Kela balik

“Mesti lah sayang”

“Kalau sayang , masak sana”

Zara dan Alex sama sama menelan ludah dengan kasar kerana kedua nya usah kan memasak. Potong sayur saja tak pandai

“Biar saya bantu” Brandon menawar kan khidmat nya membuat Alex dan Zara menarik nafas lega

“Dokter Brandon jangan bantu. Biar mereka berdua buat sendiri. Saya nak tengok. Selain bergaduh mereka berdua ni boleh buat apa lagi” cegah Kela dan membuat Brandon mengundur kan kembali langkah nya.

Dari tepi Brandon memandang Kela curi curi. Ini lah alasan Brandon sanggup menikahi Zara kerana Kela. Dokter muda itu sempat jatuh cinta pandang pertama saat berjumpa kela di restoran seafood saat gadis itu datang bersama Alex. Dengan diri nya menikahi Zara maka Kela akan kembali ke kehidupan normal nya besama Alex seperti dulu tanpa ada gangguan dari Zara.

“Mak Ton jangan bantu mereka berdua” Suara kela mengejut kan Brandon dari lamunan nya dan kembali menatap dua manusia yang sedang mendapat hukuman di depan sana.

“Sayang..abang nak masak apa?” tanya Alex dengan muka kasihan

Jujur Kela tidak sampai hati nak marah Alex kerana Alex keras kepala macm tu pun di sebab kan oleh rasa sayangnya yang besar terhadap Kela. “ abang pandai masak apa?” tanya Kela

“Abang pandai rebus telur je”

“psssttt…hahahahaha”

Seketika ruangan menggema dengan tawa Arya yang merasa sangat lucu dengan jawapan dan ekspresi muka Alex. Sementara itu Alex hanya terdiam dan membiar kan dirinya di tertawa kan menahan diri daripada menjawap takut isterinya kembali mengamuk

“Cik Zara gelak besar juga kan? cuba cakap Cik Zara pandai masak apa?” tegur Kela

“Saya boleh masak nasi” jawap Zara dengan sombongnya menatap Alex.

“Ha..pergi masak sana. Hari ni kita makan nasi dengan telur rebus saja. No delivery!”dah siap masak panggil saya. Sekarang saya nak rehat. Ingat jangan ada bantuan. Kalau saya tahu awak berdua ni di bantu. Rumah ni seminggu makan nasi dengan telur rebus je” ancam kela dan terus berlalu ke bilik tidurnya.

“Padan muka korang berdua suka sangat nak bergaduh. Dengan kita kita sekali nak kena makan telur rebus” omel Laila pada Alex dan Zara yang masih lagi menunjuk kan muka empat belas.

“Mama Laila…ni dengan kita sekali ke dapat hukuman makan telur rebus dengan nasi putih?” tanya Brandon pada Laila.

“mama juga tak tahu.” Jawap Laila bingung

“Jalani saja lah….nasib kita” timpal Arya yang sudah duduk di kerusi meja makan

“Padahal tadi saya nak buat delivery untuk kita semua” ucap Brandon

“Brandon!..jangan buat delivery. Nanti queen aku makin merajuk” Alex memohon dengan muka kasihan membuat Brandon mengulum senyum

“Ni semua sebab perangai tak semengah calon bini kau ni lah” tunjuk Alex pada Zara yang sudah menjeling tajam kerana di persalah kan

“Macam lah dia tak bersalah” sembur Zara

“Diam!...nak kela tambah hukuman lagi ke? Dua dua perangai tak semengah jangan saling menuding” ucap Laila separuh berbisik takut mengganggu rehat Kela.

“Ni termenung situ. Cepat lah masak” perintah Brandon pada kedua nya.

“Brandon..bila rancangan Brandon nak menikah dengan Zara?” tanya Arya setelah Zara dan Alex sibuk dengan urusan mereka sendiri

“Lepas Zara bersalin. insyaAllah” jawap Brandon lalu tersenyum menatap lelaki tua yang sudah di anggap nya seperti ayah kandung sendiri kerana Brandon, Mike dan Alex membesar bersama.

“Brandon…jangan laku kan kalau Brandon rasa terpaksa” nasihat Arya

“Saya tak keberatan pun papa. Saya akan sayang Zara dan cuba bina keluarga bahagia bersama Zara.” Janji Brandon.

****
Kini semuanya sudah mengelilingi meja makan sambil menatap telur rebus dan nasi yang tak serupa nasi di atas meja

Arya menelan ludahnya kasar begitu juga Laila. Seumur hidup nya baru kali ini mereka makan nasi dengan hanya berlauk kan telur rebus.

Masing masing perlahan mulai menjamah makanan kecuali Kela.

“Cik Zara…sedap ke? Macam ni ke rupa nasi yang selalu Mak Ton masak?” tanya Kela sambil menyilang kan kedua tangan nya di dada

Zara menggeleng..” saya tak pandai masak Kela..” Zara menunduk dan perlahan Brandon mengusap belakang Zara penuh perhatian.

“Abang, telur ni ada cuci ke tak?” tanya Kela

Seketika Alex menegang kerana terlupa mencuci telur “ sayang…abang lupa” Alex memeluk pinggang isteri nya “ cubit telinga abang ya, tapi jangan lah marah” pinta nya lagi

“Ha..bagus lah tu. Masak telur dengan tak cuci. Makan telur perisa tahi ayam la ni” sembur Kela sambil menatap suami nya

Arya dan Brandon yang dari tadi menahan mual mendengar kan telur perisa tahi ayam kini berlari menuju ke arah singki dan mengeluar kan kembali telur rebus yang sudah masuk ke dalam perut mereka.

“ALex!!!” jerit papa nya dan Alex kini semakin erat memeluk pinggang isteri nya berusaha menahan ketawa melihat muka papa nya kini sudah memerah menahan amarah.

Bonus chapter here.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-12 01:47:12 

Lian aen
2021-10-25 01:06:52 

Hahahaa Kaela dh jadi Queen

Lian aen
2021-10-25 01:04:44 

HAHAHAHAAA REBUS TELUR JE?


NovelPlus Premium

The best ads free experience