13

Romance Completed 245409

Seperti biasa nya Kela akan ke sekolah di hantar oleh Dara begitu juga dengan pagi ini. Setelash siap Kela langsung turun dan menemui Dara di lobi apartment.

“selamat pagi Cik kela”

“Pagi Cik Dara…panggil saya Kela je boleh, jangan panggil Cik” pinta Kela

Dara hanya tersenyum menatap gadis comel yang menjadi keutamaan Tuan Alex nya sekarang.” Dalam kereta Tuan Alex dah letak kan sarapan. Kela makan lah sepanjang perjalanan “ beritahu Dara setelah Kela duduk di sebelah nya

“Wah….nampak sedap nasi goreng ni. Cik Dara awak dah sarapan?” Tanya Kela sambil tangan nya sibuk membuka penutup bekas makanan

“Saya dah sarapan..kela makan lah”

Kela mengangguk dan mulai menyuap kan nasi goreng itu ke dalam mulut nya tetapi hanya sedikit yang mampu Kela makan

Pim! { notification wasap}

Tuan Singa : Dah makan breakfast?

Kela : sudah…oh ya. tolong jangan bagi masalah pada Cik Ayu Please ( di sertai emoji mata berkaca kaca)

Tuan Singa : as you wish ma Cherie

Kela berdecak halus “malas betul lah “ gumam nya “ Cik Dara…awak dah kerja lama ke dengan tuan?”

“Saya kerja masa tuan Arya masih pegang DC dulu sebagai driver perempuan. Jadi bila Puan Laila nak ke mana mana saya lah yang hantar. Sama macam Kela sekarang ni” jawap Dara

“Alah..jangan lah sama kan dengan saya Cik Dara” ujar Kela

Dara tersenyum mendengar nya. awal nya semasa mendapat kan tugas jemput hantar Kela dari Alex, Dara sempat memandang rendah Kela. Tetapi perlahan tanggapan nya pada gadis itu mulai berubah. Dari cara bercakap nya dan cara nya menghormati orang lain serta perlakuan Kela pada nya, baru lah Dara menemu kan jawapan kenapa Alex begitu menyayangi Kela dan memaksa gadis itu untuk tetap berada di samping nya.

“Cik Dara…cik Dara kenal tak dengan Cik Zara?” tanya Kela tiba tiba

“Kenal..kenapa Kela?”

Kela hanya menggeleng “hmm..tak ada apa” jawap nya sambil tersenyum

Suasana kembali senyap semula sehingga lah sampai di depan gerbang sekolah “ terima kasih Cik Dara..Assalamualaikum…” ucap Kela sebelum turun

Dara hanya menjawap di dalam hati dan memerhati kan gadis itu sehingga masuk ke gerbang sekolah baru lah Dara melaju kan semula kereta nya.

****
Seperti biasa nya selepas habis kelas Kela akan di hantar ke DC sesuai perintah Alex. Sebelum melangkah masuk Kela sempat menukar kasut nya dengan sandal yang sudah di sedia kan di dalam kereta.

“Hai kela…” sapa ketiga receptionist itu seperti biasa

Dan belum sempat Kela menjawap seperti biasa, Cik Ayu sudah menarik tangan Kela menuju ke pejabat nya.

“Cik Ayu jangan cepat sangat” ucap Kela yang hampir saja tersadung kaki nya sendiri.

Ayu tidak memperduli kan ucapan Kela sebentar tadi dan terus menyeret gadis itu dengan kasar seolah Kela melaku kan kesalahan yang besar. dan tiba tiba Kela merasa kepala nya kembali berpusing dan sakit tiba tiba

“Cik Ayu stop sekejap boleh?”

“Ni macamana DC boleh ambik pekerja lembik macam awak ni Kela. Awak kerja sini harap muka cantik tu saja ke?” marah Ayu yang entah kenapa Ayu seolah memusuhi Kela dan sangat tidak suka bila orang orang menyapa kela dengan ramah.

Di lobi sana salah seorang receptionist tadi telah menghubungi Lily dan meminta Lily datang ke lobi segera kerana tidak mahu peristiwa lepas berulang kembali.

“Cik Ayu saya tak larat. Tolong jangan tarik, “ Kela memegang kepala nya yang terasa sangat berat dan setelah lebih seminggu kali ini hidung kela kembali mengeluar kan darah segar dan menitis ke lantai kerana posisi kela yang sedang menunduk

“Kela!” seru lily sebaik sahaja keluar dari lift. Wanita cantik itu terus menghampiri Ayu dan Kela

“Cik Lily” panggil Ayu sopan

“Ayu, awak tak buka mata dan telinga ke selepas masuk kerja sini? Awak tak tahu ke orang yang awak tarik ni boleh buat awak hilang kerja awak malah tempias nya akan kena pada semua staff!” marah Lily pada Ayu yang masih belum tahu lagi keadaan Kela tengah berjuang menahan sakit yang teramat sangat

“cik lily..tapi dia Cuma”

“Cuma apa hah?! Awak nak tuan Alex terbalik kan bangunan ni baru awak puas hati? Atau awak nak bukti kan sendiri?”Lily memotong ucapan Ayu

“ni kenapa kecoh kecoh ni?” Mike yang kebetulan baru sahaja kembali dari berjumpa client datang mendekat melihat lily yang tengah naik hantu

“Kela..” panggil mike “astaghfirullahaladzim…Lily cepat papah kela”mike melihat ada titisan darah di jubin

Lily kelam kabut melihat Mike yang sudah cemas dan baru menyedari kalau Kela dari tadi hanya mencangkung dan tidak mengangkat wajah nya sama sekali.

“Lily cepat telefon Alex sekarang” perintah Mike sementara itu Ayu hanya mematung dan tidak tahu harus berbuat apa dan di dalam hati nya Ayu tertanya siapa sebenar nya cleaner yang lembik itu

Lily bergegas menuju ke meja receptionist untuk menghubungi tuan nya. setelah itu bergegas balik mendapat kan kela yang masih lagi di temani Mike.

Lily mengangkat tubuh Kela dan memapah nya menuju kerusi panjang yang tidak jauh dari meja receptionist. Ayu hanya mengekori dari belakang dan sangat malas untuk membantu lily yang sekarang tengah sibuk mengesat darah kela di bantu oleh Mike

“Kela..” panggil Alex yang terlihat sedang berlari dengan wajah cemas nya

Semua menepi memberi ruang buat Alex. “ sayang..ni kenapa ni?” tanya Alex cemas

Deg!

Kini Ayu baru menyedari diri nya silap mencari lawan setelah mendengar Alex memanggil Kela dengan panggilan sayang

“Ni ada kaitan dengan you lagi ke?”tanya Alex sambil menatap Ayu dengan tatapan mata helang nya sehingga menyebab kan Ayu berpeluh dingin sambil meremas jemari nya sendiri

Alex tidak menunggu jawapan dari Ayu dan kembali menatap wajah Kela “ kita pergi hospital sayang”

“Tuan..saya tak nak pergi hospital.” Tolak Kela dengan lemah

“Tapi sayang ni betul betul tak normal. Kita ckeck sekejap ya please….” Pohon Alex sambil kedua belah tangan nya melekap di pipi kiri dan kanan Kela.

“Tapi…”

“sekejap je ya. please..” pujuk Alex lagi

Kela akhir nya mengangguk membuat kan Alex merasa lega dan memeluk tubuh kela dengan erat di depan semua orang “terima kasih Kela” ucap nya.

“Mike..” Alex memandang sahabat nya

“Lex..kau jangan risau. Pergi lah” potong Mike

“Thanks Mike..Lily, tolong tunda semua jadual saya petang ni.” “ dan you! Urusan kita belum selesai, I akan urus kan you lepas ni” tunjuk Alex tepat di depan muka Ayu yang sudah terlihat pucat dan tidak mampu untuk berkata apa apa lagi.

Share this novel

Athirah Liyana
2021-10-31 14:25:45 

best laaaa

Athirah Liyana
2021-10-31 14:25:39 

hahahha

Lian aen
2021-10-24 23:23:56 

Mampos kau Ayu


NovelPlus Premium

The best ads free experience