Season 2 chapter 19

Romance Completed 245339

Untuk mengelak dari berjumpa dengan Balqis, Mike menolak pelawaan menantu dan anaknya untuk tinggal bersama. Siapa yang tak nak menikah lagi dan apalagi dengan seorang wanita yang muda. Tapi ini berbeza dengan Mike kerana wanita yang menginginkan dirinya adalah anak kepada shabatnya sendiri

“sayang..termenung ni rindu kat papa ke?” Alif sengaja mengusik isterinya yang dari tadi termenug menatap layar telefon. Entah apa yang di tatapnya.

Feli tersenyum “Rindu la jugak. Tapi….”

“kalau sayang nak jumpa papa..nanti minta papa jemput sini. Jangan keluar sorang..abang risau sebab Tasha senyap je. Abang takut dia tunggu sayang lengah je” Alif sedikit risau apalagi lelaki itu baru sahaja memantau cctv dan melihat kereta Tasha selalu sahaja muncul di depan rumahnya sejak belakangan ini

“Abang bagi ke?” Feli tersenyum sampi ke telinga. Entah kenapa baru sahaja berjumpa dengan papanya Feli sudah terlanjur sayang dan rindu. Mungkin di sebabkan ikatan batin mereka kuat.

“Abang bagi…asal isteri cantik abang ni sentiasa senyum macam ni.”

Keduanya tertawa bersama dan segera keluar dari bilik untuk sarapan bersama dengan mummy dan daddynya.

“Pagi mummy daddy” sapa keduanya serentak

“selamat pagi menantu kesayangan mummy” Kela menarik tangan Feli dan mendudukkan menantunya di salah sebuah kerusi

“Terima kasih mummy” Feli sedikit malu dan segan di perlakukan seperti itu oleh mertuanya

“Fel…mummy tengok Feli ni semakin tembam je pipi. Dah berisi ke sayang?” tanya Kela tiba tiba Alex juga mengangguk setuju dengan soalan isterinya

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Alif yang tadinya sedang menghirup kopi kini tersedak dan mengeluarkan kembali kopinya tadi

Feli menepuk alus belakang suaminya “Abang…pelan pelan…taka da orang nak berebut dengan abang” perli Feli

Alif masih lagi terbatuk dan berlari ke singki untuk mencuci muka di ikuti oleh isterinya “Abang…” panggil Feli yang mulai cemas dengan keadaan suaminya

Alif menggoyangkan tangannya petanda dirinya okey “ abang okey sayang”

“Kenapa boleh tersedak teruk macam ni?” tanya Feli kemudian

Alif mendekatkan wajahnya dan berbisik di telinga isterinya “sayang tak dengar ke salan mummy tadi? Abang juga nak tahu sayang dah berisi ke?”

Wajah Feli berubah kemerahan dan jemari runcingnya mencubit lembut perut six pack suaminya
“Abang…..” geramnya

Alif menangkup kedua pipi isterinya “ abang serius sayang..dan abang tak sabar”

“Feli…Alif, bisik apa tu? Mari sarapan sini nanti Alif lambat masuk pejabat” panggil Kela

Pasangan itu pun berbalik menuju meja makan “ kak Qis tak sarapan ke mummy?” Feli mencari kelibat kakak iparnya itu

“Masih dalam bilik” jawap Alex bagi pihak isterinya

“Abang sarapan dulu ya,… saya panggil kak Qis sarapan sama” Feli bangkit dari duduknya dan segera menapak anak tangga menuju ke bilik Balqis

Feli mengetuk berulang kali tapi tidak di jawap sama sekali oleh Balqis dan di dalam sana seolah tiada penghuni sunyi dan tiada satu pun bunyi yang keluar.

Merasa usahanya sia sia Feli turun kembali dan menuju ke luar rumah dan teryata kereta Balqis masih lagi tersadai di carport.

“Kak Qis marah ke?” gumam Feli sendiri dan kembali lagi ke meja makan

“Kak Qis mana?” Alif menatap wajah isterinya yang terlihat keruh

“Kak Qis tak jawap pun.”

Alex dan Kela menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan “ biarkan kak Qis tenang dulu. Nanti mummy jenguk dia” kela mengelus lengan Feli penuh sayang

“Mummy…daddy…Feli minta maaf bagi pihak papa” mata cantik Feli kini berkaca kaca.

“Lah…sayang…dah jangan nangis…makan sarapan tu. Abang dah chat papa..kejap lagi papa datang jemput sayang. papa nak ajak sayang jalan jalan berdua” Alif memeluk bahu isterinya yang entah kenapa semenjak dua hari ini menjadi semakin sensitive dan akan berakhir dengan menangis.

Kela dan Alex juga serba salah “papa Feli tak salah sayang…tak ada siapa yang salah “ Alex juga cuba untuk memujuk menantunya yang sudah pun sesenggukan menangis.

“Sayang makan dulu ya” Alif berniat untuk menyuapi isterinya makan tetapi Feli tetap menggeleng

“Saya nak makan kalau abang suap pakai tangan” ucap Feli yang kemudian senyum tiba tiba dan menghapus air matanya kasar

Alif melongo dan tidak mahu isterinya kembali menangis, lelaki tampan itu berlari ke singki mencuci tangan dan kembali semula melayan isterinya

Alex dan kela saling berpandangan dan seolah mempunyai telepati akhirnya keduanya saling melempar senyum.

****
Setelah Alif berangkat masuk pejabat Feli pula bersiap siap mandi dan selesai berdandan cantik cantik gadis itu menunggu kedatangan papanya di ruang tamu depan di temani oleh papa mertuanya

“Feli…kalau daddy tengok sekarang kan. baru daddy perasan muka Feli seiras dengan papa Feli. Sahabat daddy yang nakal dan untungnya setelah papa kehilangan kabar beliau Allah titipkan anaknya untuk menjadi menantu papa” ucap Alex sambil tersenyum memandang kosong ke depan

Feli tertawa” terima kasih daddy.” Feli beruntung mendapatkan mertua sebaik Alex dan Kela biarpun sebelumnya terjadi salah faham dan akhirnya selepas kejadian itu Kela semakin menyayangi Feli dan memperlakukan Feli layaknya seorang puteri.

“Puan Feli…Tuan Mike dah tunggu kat depan” penjaga Gate memberitahu Feli kedatangan papanya melalui intercom yang di pasang di dinding berhampiran pintu

“daddy…Feli jalan dulu.papa dah sampai” Feli mencium tangan mertuanya dan bergerak cepat menuju gate dan di sana papanya sudah menunggu sambil bersandar di kereta dengan kedua belah tangannya di selukkan ke dalam poket jeansnya. Terlihat agak hot dengan cermin mata hitam bertengger di hidung mancungnya

“Cie…..duda hot jadi kegilaan wanita muda..hahaha” Feli mengusik papanya yang melemparkan senyuman padanya

“Fel…tak baik usik papa macam tu. Papa dah tua sayang…tak ada yang hot. “ Mike mencubit pipi gebu puteri kesayangannya itu dengan geram

“Jom!” Mike membuka pintu kereta mempersilakan anak gadisnya masuk sambil tangannya memegang kepala Feli takut terhantuk.

Setelah menutup pintu kereta. Mike melambai mengangkat tangan pada penjaga gate lalu berlari masuk ke tempat memandu

Sementara itu ada sepasang mata dari tingkat atas rumah Alif dan Feli sedang menatap ke bawah sambil tersenyum pahit

“Kenapa? Salah ke aku jatuh cinta padanya” gumam Balqis sambil menekan dadanya yang terasa sesak.

Next...malam nanti yer...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience