Season 2 chapter 27

Romance Completed 245409

Plak! Plak! Plak!

Tiga kali tamparan cukup meninggalkan kesan lebam di pipi Tasha dan malah Alif masih ingin memberikan satu kali lagi dan mujur Zafer cepat menahan tangan sasa itu daripada sekali lagi meninggalkan kesan lebam di sana.

“Alif! Enough! Kau bunuh dia sekali pu tetap dia dah buat kesalahan. Sekarang ni kita hantar perempuan ni pergi balai polis” Nasihat Zafer

Ya, selepas memeriksa CCTV dan melalui nombor plat motor yang di dapatinya Zafer dengan mudahnya mencari pelaku dan pelaku juga setelah di suap oleh lelaki itu dua kali lipat dari upah yang di dapatinya terus memberitahu siapa yang mengupahnya dan berakhir dengan penculikan Tasha kini sedang terikat di kerusi kayu.

“Lif..maaf..” ucap Tasha lemah

Alif yang sudah di kuasai amarah tidak dapat bertenang dan setiap kali menatap wajah Tasha membuatnya ingin sekali menghabisi wanita itu.

“Lif….” Panggil Tasha

“Aku jijik dengan kau perempuan. Apalagi yang kurang? Apartment aku dah bagi. Malah duit aku kau pakai belanja jantan lain pergi bercuti, kau ingat aku tak tahu ke? Dan sekarang kau nak buat naya bini aku. Layak kah aku di panggil suami kalau aku lepaskan kau macam tu saja” marah Alif

Glup!

Tasha bersusah payah menelan ludahnya dan terasa sesuatu melekat di kerongkongnya, tidak menyangka ternyata Alif tahu semua yang dirinya lakukan dulu
“Maaf kan aku Lif!” pinta Tasha lagi

Alif berpaling dan melangkah keluar dari gudang tempat Zafer menyembunyikan Tasha dengan perasaan marah
Drrt drrt….

Smartphone Tasha bergetar menandakan ada pesanan singkat masuk. Zafer yang asalnya ingin menyusul Alif keluar terus beralih fokus dan tanpa persetujuan Tasha, lelaki itu terus menyeluk saku Tasha dan mengeluarkan benda nipis itu

“Kata kunci?”

Tasha menggeleng tidak ingin memberitahu kata kuncinya

“Baik, kau lupa aku siapa. Kalau aku dapat buka kata kunci kau ni maka..”

“443351”Tasha terus memotong ucapan Zafer

Jemari panjang Zafer terus menekan kata kunci dan masuk ke aplikasi warna hijau

Zara : kalau kau tertangkap jangan libatkan aku

Zafer mengeluarkan smirknya menatap Tasha “ ternyata kau hebat juga Tasha. Ni aku sita” tunjuk Zafer pada handphone Tasha

Untuk mengalihkan perhatian media mencari Tasha, Zafer memuat naik status di IG Tasha yang bertajuk “Vacation Mode”
Sementara Tasha hanya pasrah menerima nasibnya dan baru menyesal kerana telah bermain dengan api sehingga membuat dirinya terbakar.

Zafer melangkah keluar mendapatkan Alif “Lif! Kau tengok ni. Sama tak dengan nombor aunty Zara?” Zafer menyerahkan handphone Tasha pada sahabatnya

Alif dengan wajah tak percaya menyambut huluran dari Zafer dan “ kenapa aunty Zara kenal dengan Tasha”

Zafer menatap sahabatnya itu yang kadang terlebih bijak tetapi sekarang jadi terlebih bdoh di sebabkan amarahnya

“Lif! Semua orang tahu kau pernah ada hubungan dengan Tasha dan tak mungkin aunty Zara tak tahu dan sekarang kita kena cari tahu apa motif aunty Zara nak bantu Tasha”

Alif mahu kembali lagi ke dalam tapi di cegah dengan pantas oleh Zafer “ kau nak jadi pembunuh?”

“Tapi perempuan tu dah berani dan ada niat nak bunuh bini aku Zafer” marah Alif

“Baik! Kau pergi lah bunuh Tasha dan lepas tu kau masuk penjara tinggalkan Feli dengan anak kau. pergilah!” sembur Zafer yang sudah hilang sabar menghadapi keras kepala Alif

Alif mundur dan teringat akan isteri manjanya membuatnya kembali berfikir waras sambil menggeleng laju “tak boleh “ ucapnya

“Sekarang kau balik dulu..buat buat tak tahu. Biar aku dengan Terry yang urus semua ni.” Pinta Zafer

“Aku turut sama!”

Alif dan Zafer menoleh ke arah suara dan ternyata Azizi yang sedang melangkah mendekati mereka

“Azizi!” panggil keduanya serentak

“Ya aku” jawap Azizi yang juga terlihat sangat marah jelas terlihat dari wajahnya yang tidak seperti biasa.

“Macamana kau tahu aku ada kat sini?” tanya Alif pada abang iparnya itu

“Aku ikut kau dari belakang” jawapnya

Zafer menekan pelipisnya mendadak sakit kepala “Sekarang korang berdua balik dulu. Biar aku dengan Terry yang selesaikan semua ni” pintanya

“Tapi” serentak keduanya membantah

“Tolong…kalau macam ni dalang yang sebenar akan terlepas dan bini kau juga adik kau masih dalam bahaya” tunjuknya pada Alif dan Azizi membuat kedua lelaki itu menggeleng.

Setelah perdebatan panjang akhirnya Alif dan Azizi terpaksa mengalah dan balik semula ke rumah dan berpura pura tiada apa yang terjadi

****
“Lif…Zi.. apasal ni? Lif, kenapa tadi marah marah?” tanya Kela sebaik anak dan bakal menantunya itu menapak masuk ke dalam rumah

Semua mata tertuju menanti jawapan dari keduanya yang saling menatap “ Alif masuk tengok Feli dulu”

“Sial kau Lif” marah Azizi yang sekarang terpaksa mencipta kebohongan untuk menutup kebenaran yang tadi setelah Alif bertindak menghindar dari menjawap

“Zi…”balqis menatap tunangnya itu yang masih terdiam

“hah..haha..tu tadi Alif marah sebab berudu…ya ya sebab berudu” Azizi tergagap tidak mahu menatap wajah Balqis mahu pun mamanya “Aduh…bodoh kau Azizi…kenapa pulak keluar perkataan berudu” umpat Azizi dalam hatinya menyesal dengan apa yang sudah keluar dari bibirnya.

Tiara tahu anaknya sedang menipu melihat Azizi yang tergagap dan mukanya mendadak merah “Zi…” panggilnya

“Ya ma”

“Kenapa Alif marah Berudu?” soal Tiara

Azizi semakin salah tingkah “mama…oh! Kejap Zi nak jumpa adik” selesai berkata terus berlari masuk ke bilik tempat Feli sedang berehat dan di dalamnya juga ada Alif.

“Azizi..!” panggil Mike melihat tingkah azizi tidak seperti biasanya

“Mike, biarlah..mungkin belum masanya deorang cakap dengan kita. Jangan paksa”Alex menepuk lengan Mike lembut

“Lex, Belum lagi sah jadi menantu kau pun kau dah sebelahkan macam ni” Mike menatap Alex lekat

“Baik, sekarang aku tanya Alif kalau semua nak tahu kenapa dengan mereka berdua” Alex cuba bangun tapi di halang oleh Mike

“Tak payah, jangan ganggu Alif” cegah Mike

“papa dengan daddy sama je manja kan menantu. Dua kali lima” sembur Balqis pada kedua lelaki paruh baya itu yang kini sedang tertunduk malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience