Season 2 chapter 9

Romance Completed 245339

“Terry…aku dah bawa Feli balik rumah aku”beritahu Alif

Saat ini keduanya sedang menikmati kopi panas si ruang depan rumah Terry yang juga memilih tinggal sendiri

“Tasha macamana?” tany sahabatnya itu

“Tasha dah tahu. Aku juga tak sangka cepat dia tahu. Tapi ini yang terbaik daripada aku terus menipu.” Jawap Alif selamba

“Cepat betul hati kau beralih cinta. Bukankah kau sayang sangat kat Tasha sebelum ni?”

“Aku memang sayang dan aku malah pernah pikir pun nak perjuangkan Tasha walaupun aku dah menikah dengan Feli. Aku bagi Tasha peluang berubah sampai sekarang aku tunggu dia mengaku apa yang dia dah buat masa dekat Bali dua bulan lepas. Tapi sampai sekarang Tasha diam” Alif menundukkan kepalanya

“Jadi kau dah tahu?”

“Aku bukannya bodoh sangat Terry. Aku dah lama tahu Tasha ada simpan jantan lain dan malah dia pergi bercuti dengan jantan tu ke Thailand minggu lepas dan lebih hebatnya lagi dia pakai duit aku.” Alif tertawa sumbang kemudian menunjukkan notification pengeluaran duit dari kad kredit yang di berikannya pada Tasha dulu

“Aku tahu dan aku tak sampai hati nak bagitau kau. aku takut kau fikir aku ni sengaja nak rosakkan hubungan kau demgan Tasha.” Beritahu Terry

“aku datang ni nak mintak jasa kau. pindahkan hak milik apartment yang di tempati Feli sebelum ni ke atas nama Tasha dan aku harap dia tak ganggu aku lagi lepas ni.”Alif menyatakan tujuannya bertamu tiba tiba.

“Esok aku uruskan dan lepas semua dokumen dah siap aku akan mintak kau sign” Terry yang kebetulan adalah peguam dengan sukarelanya menerima job dari sahabatnya.

“Feli macamana? Kau betul ke dah sayang dia? Kau dah jatuh?” tanya Terry pada sahabatnya yang kini sedang tersenyum memandangnya

“kau boleh cakap aku gila Terry tapi aku betul betul dah jatuh. Dulu masa dia hodoh saja hati aku bergetar sebab tu aku minta dia jauhi aku dan jangan hubungi aku.”

“sekarang” Terry memotong ucapan sahabatnya

“sekarang aku dah jatuh ke dalam jurang dan tak ada jalan kembali lagi. Aku akan jaga dia elok elok dan akan sayang dia bagi pihak ayah” janji Alif dan di angguk oleh Terry

“Oh ya..kalau kau jumpa Zafer..tolong mintak nombor telefon Azizi. Aku nak jumpa dia” Alif teringat Azizi dan ingin mempertemukan Azizi dengan isterinya

“Kau nak jumpa Azizi buat apa?” Terry hairan dengan permintaan Alif

“Feli nak jumpa dia dan aku belum bagi Feli keluar rumah dan belum belikan dia telefon sebab aku takut dia tengok berita yang mengaitkan nama dia sebagai perampas” ternyata itu alasan Alif bertindak mengongkong Feli

“Cepat betul” Terry menaikkan alisnya

“Heh!. Kau tengok ig Tasha yang menangis nangis berlagak jadi mangsa dan memburukkan nama Feli. Lepas tu ramai yang komen pedas dan menyumpah Feli. Dia sekarang tengah demam dan masuk angin, aku tak nak dia stress tengok semua tu”
“Aku faham..kau jangan risau. Kau bukan sahaja sahabat malah kau dah aku anggap macam saudara sendiri. Esok aku akan uruskan semuanya dan aku akan minta bantuan Zafer untuk menghapus semua artikel dan video yang berkaitan dengan Tasha dan Feli.” Janji Terry

Alif melihat ke arah jam yang melingkar di tangannya “ dah lewat ni aku balik dulu

“kau tak nak solat maghrib dulu kat dalam?” tanya Terry kerana biasnya Alif akan menumpang solat di rumahnya

“Aku singgah dekat masjid arah nak balik rumah nanti.”Alif terus bangkit dari duduknya dan melangkah menuju kereta.

****

Feli membuka matanya perlahan dan mendapati dirinya berada di dalam ruangan yang terasa asing sambil memicit kepalanya yang sedikit pening.

“Aku kat mana ni?” gumam Feli, kemudian perlahan bangun dari baring dan mengambil nafas dalam sebelum melangkah keluar dari bilik yang mengeluarkan aroma khas masculine itu.

Klek!

Pintu terbuka dan Feli baru teringat kalau dirinya sekarang ini berada di rumah suaminya. Gadis itu berjalan perlahan menuju dapur mencari pembantu rumah Alif

“Puan dah bangun? Nak sesuatu ke?” tanya watie melihat wajah mamai feli

“saya nak air suam”

Watie mengangguk dan segera mengambil air dari dispenser dan menyerahkannya pada Feli “duduk puan”

Feli duduk dan matanya melilau melihat sekeliling. Watie yang menyedari gelagat Feli tersenyum “Tuan Alif keluar jumpa Tuan Terry mungkin sekejap lagi dia balik” beritahu Watie tanpa di minta

“Tak tanya pun. biarlah dia nak tidur sana sekalipun” gumam Feli sambil menundukkan kepalanya

“Ehem…betul ke tak cari abang?” bisik seseorang di telinganya

Feli terkejut dan mengurut dadanya kerana tidak mendengar bunyi kereta mahu pun derap tapak kaki seseorang tadi.

Alif meletakkan tangannya di dahi Feli “masih panas. Ubat dah makan?”

Feli menggeleng “belum”

“Makan ubat lepas tu solat. Abang masak bubur”

“Abang…” Feli mencubit kedua cupingnya tidak percaya lelaki itu membahasakan diri dengan panggilan abang tiba tiba.

Alif tertawa “ cepat makan ubat lepas tu solat dan habis solat balik sini lagi. Bilik tempat solat di sebelah bilik tidur” beritahu Alif

Feli tertegun. Bermakna dirinya harus tidur sebilik dengan lelaki itu “ aduh…macamana ni? “ pikir Feli dan wajahnya jelas terlihat gusar

“Ya…kita tidur sebilik. Abang akan tidur atas sofa bed. Awak tidur atas katil. Dah jangan pikir pelik pelik..maghrib dah nak habis ni” Alif seolah tahu apa yang di fikirkan oleh isterinya dan menggeleng sambil tertawa lucu.

Feli malu sendiri kemudian bingkas bangun dari duduknya kembali lagi ke dalam bilik untuk melaksanakan kewajibannya. “kenapa dia boleh tahu apa yang aku fikirkan” omel Feli

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience