season 2 chapter 18

Romance Completed 245409

Seluruh isi keluarga kini berkumpul di rumah Alif untuk menyelesaikan masalah hati Balqis yang benar benar membuat pening Kela dan Alex.

“Qis..Uncle minta maaf Qis, Qis tu dah macam anak uncle sendiri” Mike serba salah berhadapan dengan sahabatnya

“i tak nak jadi anak you!” jerit Balqis

“Qis! Hormat sikit uncle Mike” marah Alex

“Daddy..Qis tak peduli dia siapa. Qis tahu Qis cintakan dia daddy” Balqis sudah terisak dalam pelukan mummynya

Kela betul betul hilang akal menghadapi sikap Balqis sekarang ini

“Qis...bukan kah Qis rapat dengan Terrry sekarang ni sayang?” Kela berusaha memujuk anak gadisnya yang sudah hilang akal

Alif dan isterinya juga tidak tahu untuk bereaksi seperti apa sementara Azizi hanya terdiam di samping papanya dan sesekali tersenyum geli melihat sang papa yang sedikit salah tingkah

“Macamana kau boleh jumpa Balqis ni Mike?” tanya Alex pada sahabatnya. Dari satu sudut Alex memang mengagumi Mike yang masih terlihat awet dan tampan di usia senja seperti ini sehingga anak gadisnya boleh jatuh hati.

“Kami berjumpa secara tak sengaja masa Balqis ada event dekat Jakarta dan aku tak tahu pun dia anak kau dan kami hanya berbual kosong dan lepas tu kami selalu terjumpa dan Balqis juga pernah cakap dia nak jadi steri aku dan aku fikir semua tu gurauan dia semata” jawap mike

Alex menggeleng kepala tidak habis fikir dengan anak gadis satunya yang jarang menimbulkan masalah.

“Qis...daddy rasa Qis lupakan uncle Mike ya sayang...Terry kan ada. Sepadan apa dengan Qis sama sama masih muda” pujuk Alex melihat Balqis kembali diam

“Qis tak kan kawin kalau Qis tak kawin dengan dia” tunjuknya pada Mike

“Qis...kalau Qis nak Azizi mummy dengan senang hatinya sayang. Tapi Qis nak uncle Mike..macamana dengan mummy dengan daddy? Macamana dengan Alif dan Feli sayang?” Kela cuba untuk menyedarkan Balqis

Balqis kembali menggeleng dan menatap adiknya yang dari tadi terdiam

“ Alif...kakak tak pernah meminta sesuatu dengan Alif, tapi kali ni tolong akak Lif” pohonnya dengan air mata yang berjuraian di pipi

“kak Qis....akak solat dulu ya, minta petunjuk supaya hati akak tenang.” Saran Alif dan di anggukkan oleh Feli yang juga merasa kasihan dengan kakak iparnya itu

Keadaan kembali senyap dan masing masing dengan dunianya tersendiri begitu juga dengan Mike yang merasa dirinya paling bersalah dalam hal ini.

****
“Sayang...kenapa termenung ni?” Alif melihat isterinya masih lagi termenung di birai katil selepas selesai solat tadi

“abang...kesian kak Qis..” ucap Feli sambil menatap suaminya yang sudah pun berlutut di depannya

Alif meraih jemari halus isterinya dan menggenggam kemas “ kita tak boleh nak bantu sayang. Itu masalah hati. Kita mampu doakan yang terbaik buat kak Qis dan papa semoga di permudahkan urusan mereka”

“Abang....kenapa abang macam setuju je kak Qis nak kawin dengan papa ni?” Feli mengerutkan dahinya

“Sayang....”

“Abang..kalau Kak Qis kawin dengan papa..saya nak panggil macamana? Lepas tu abang pula nak panggil papa abang ke papa? Dan apalagi kalau baby dah lahir nanti dia nak panggil kak Qis nenek ke aunty?” lancar je mulut Feli mengucapkan rahsianya sendiri.

Alif tercengang dan menatap isterinya tanpa berkedip. Seketika lelaki itu berlari menuju wardrobe dan memerika pembalut isterinya masih lagi belum terpakai.

“sayang...jadi?”

Feli terdiam dan berpaling ke samping. Sementara Alif pula kembali melutut di depan isterinya dan memegang kedua belah pipi isterinya yang memang kelihatan sedikit berisi

“Sayang...dah cek?”tanya Alif

Feli menggeleng “ saya takut nak cek. Tapi dah lambat seminggu dah” beritahu Balqis

Gadis itu merasakan perubahan pada dirinya dan apatah lagi Alif mengambil haknya saat Feli sedang dalam kitaran subur.

Alif tersengih sengih memandang isterinya yang sudah memasang muka empat belas

“Abang ni apasal dah tersengih sengih macam orang kurang asam je?” tegur Feli

“Abang bahagia sayang”

“jangan nak bahagia sangat dulu. Benda belum pasti lagi. Ingat jangan beritahu mummy, daddy dengan papa dulu sampai saya pastikan semuanya” Feli mencubit halus mulut suaminya yang sangat terkenal tidak ada brek saat marah atau pun gembira.

Alif menaikkan jarinya membentuk peace “ janji sayang”

****
Di satu tempat yang lain

“Mummy...tadi tu siapa?” Mimi bertanya pada mummynya yang masih lagi termenung

Kebetulan dua beranak itu tadi mengekori Kela dan Alex sampai ke Cafe dan melihat sendiri semua yang telah berlaku dan paling membuat Zara terkejut ternyata Feli anak gadis Mike hasil perkahwinannya dengan wanita dari seberang

“Mummy....” panggill Mimi lagi sambil menggoyang kan tangannya di depan sang mummy

Zara tersedar dari lamunannya “siapa sayang..” tanyanya kembali

“lelaki tua yang handsome tadi siapa?’

Pikiran Zara berputar kembali ke peristiwa tadi “ Itu Michael Benzly kawan daddy dengan uncle Alex” jawap Zara

“Kenapa Mimi tak pernah jumpa?”

“Sebab Uncle Mike tu menguruskan perniagaan keluarga dia dekat jakarta dan sekarang baru nak berpindah balik ke Malaysia dan mengambl Alih Alam Suria Group” Zara banyak tahu info mengenai Mike kerana wanita paruh baya itu pernah membaca berita mengenai Mike dalam majalah Bisnes suatu hari saat percutian keluarga ke Bali beberapa bulan lepas.

“Wow! Menarik...dari yang Mimi dengar Uncle Mike sekarang tengah menduda kan My?”

Zara merasa tidak sedap hati mendapat soalan seperti itu dari anak gadisnya apalagi sekarang Mimi tengah tersenyum senyum tanpa sebab.

“Mimi! Jangan nak gila ya..Uncle Mike tu sama umur dengan daddy” Zara memberi amaran berat buat sang anak

“Who’s care mummy. Dah tua tapi masih handsome” jawap Mimi sambil menyilangkan kedua tangan di dada

“What! Mimi!” suara Zara terdengar lantang memenuhi ruangan Cafe.

sorry lambat hari ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience