Season 2 chapter 14

Romance Completed 245339

Tidak hanya Balqis kini kehadiran Brandon dan Zara beserta dua buah hatinya AL dan mimi menambahkan lagi ceria keluarga Alex dan Kela

Feli juga turut gembira sekaligus sedikit merasa tersisih dengan kehadiran Mimi yang kini banyak menyita waktu Alif, mungkin kerana dari kecil mereka sudah akrab dan terbawa sampai sekarang

Dalam hatinya Feli memujuk hatinya untuk bersabar dan berfikir secara rasional

“Abang..saya nak keluar cari barang dapur” Feli mendekati suaminya yang kini tengah bersenda gurau dengan Mimi dan juga Al ada di sana.

Ketiganya duduk santai di gazebo belakang rumah sambil menikmati sarapan pagi dan kebetulan weekend.

“nak keluar sekarang ke?” Alif balik bertanya

Feli mengangguk dan sangat berharap suaminya menawarkan diri untuk menemaninya kerana Feli masih trauma dengan kejadian ular beberapa minggu yang lalu.

“Baik, hati hati “

Hanya itu yang keluar dari bibir Alif membuat Feli terlopong dan berusaha menyembunyikan rasa kecewanya.

Gadis itu berlalu pergi dari sana dan di pertengahan jalan Feli berpapasan dengan mertuanya

“Pagi daddy” sapanya sambil berusaha senyum

Alex merasakan ada raut sendu di balik senyuman manis itu, berpaling melihat ke gazebo di mana Alif sedang menemani Al dan adiknya sambil menggeleng kepala

“Feli…” panggil Alex

“Ah, daddy..Feli nak keluar cari barang dapur sekejap” jelas Feli tanpa di pinta

“Nak daddy teman ke nak Alif teman? Kak Qis dah keluar dengan Terry…mummy pula keluar dengan aunty Zara” Alex masih menatap wajah menantunya

Feli menggeleng “ tak apa daddy. Nanti Feli minta Azizi teman. Feli perg dulu”

“Feli pergi keluar naik apa sayang?” Alex sekali lagi bertanya

“Grab” jawab Feli sambil menunjukkan layar telefonnya pada mertuanya.

Dengan berat hati Alex terpaksa melepaskan menantunya pergi dengan lelaki lain biarpun lelaki itu adalah sahabat dan sudah Feli anggap sebagai abang. Tetapi Alex tidak mahu melarang kerana di sini yang salah adalah anaknya.

***
Kini Feli sudah pun berada di sebuah supermarket sambil di temani Azizi sedang memilih beberapa barang dapur dan juga barang barang keperluan peribadinya

“Feli…”seseorang menyentuh bahunya lembut dari belakang

“mummy…aunty Zara” Feli terkejut dengan kehadiran dua wanita itu di sana

Kela menatap tidak suka pada Azizi yang sedang menolak troli Feli begitu juga dengan Zara yang memang tidak berapa berkenan dengan kehadiran Feli sebagai isteri Alif.

“Feli kenapa boleh jalan dengan Azizi?” tanya Kela dengan nada tidak suka

“Feli takut jalan sendiri mummy, sebab tu Feli minta teman Azizi. Tadi Feli dah minta izin dengan daddy minta Azizi teman” jawap Feli

“Dah lah Kela..biasalah tu dah tak ada orang nak ajar memang macam tu lah perangainya. Jom kita pergi tempat lain” Zara menarik tangan Kela untuk segera pergi dari sana.

Feli menatap kepergian dua wanita paruh baya itu dengan perasaan sedih. Hatinya bagaikan di cabik saat tanggungjawap kedua orang tuanya di persoalkan sedangkan keduanya sudah tidak ada lagi.

Azizi menatap Feli dengan perasaan iba “ Fel…ada sesuatu yang saya nak cakap dengan awak” Azizi menatap lekat manik hitam milik gadis itu yang kini sudah berkaca kaca

“Lepas bayar ni kita cari tempat sesuai” jawap Feli

Setelah membayar semua barang keperluan tadi kini keduanya duduk dalam coffe shop sambil menghadap secawan kopi panas dan Feli menunggu apa yang akan Azizi ingin sampaikan.

“Fel…sepanjang awak kenal saya. Pernah tak awak Nampak kedua orang tua saya?” tanya Azizi

Feli menggeleng “saya juga bingung, mana kedua orang tua awak?” balik Feli bertanya

“Ada…mereka masih ada dan saya selalu berjumpa dengan mereka dan awak juga tahu kan uncle Halim yang selalu uruskan semua urusan saya?”

Sekali lagi Feli mengangguk “tahu”

“Awak tahu nama belakang saya? Awak tahu tak nama ayah saya siapa?” sekali lagi Feli di bebani dengan soalan

Feli termenung. Selama mengenali Azizi. Dirinya memang selalu pergi ke rumah sahabatnya itu tapi tidak pernah berjumpa dengan orang tua Azizi malah Uncle Halim yang selalu di temuinya sehingga membuat Feli berfikir Azizi juga yatim piatu.

“Zi..”panggil Feli

“Awak perasan tak kita seiras?”

Deg!

Jantung Feli berdetak laju “maksudnya?”

“Fel..kita kembar”

Duar!!!

Bagaikan mendengar bunyi petir di tengahari buta kenyataan itu membuat Feli mati kata dan terlopong tidak percaya

“Fel…maafkan mama dengan papa.”

Feli menggeleng laju “tak mungkin kita kembar zi” ucapnya

“Awak pernah tak Nampak ibu awak? Tak pernah kan? sebab ayah yang jaga awak tak pernah kawin dan lelaki yang awak anggap ayah sebenarnya tukang kebun mama Fel”

“Hah!..”

“Nenek sangat percaya dengan tahayul dan percaya dengan hasutan adiknya sendiri sehingga membuat awak terpaksa di serahkan pada pak cik Hasan untuk di jaga" Jelas Azizi

Feli masih lagi menggeleng tidak percaya . Air matanya tidak dapat di bendung dan mengalir begitu sahaja

“di sebabkan kita kembar maka saya tidak boleh berjauhan dengan awak selepas kita di pisahkan saya selalu sakit sebab rindukan awak dan akhirnya mama dengan papa mengambil keputusan untuk berpisah dengan saya juga tapi dalam jagaan uncle Halim. Kita berdua uncle Halim yang urus dan sehingga akhirnya pak cik Hasan tamak dan membawa awak pindah rumah dengan alasan tidak mampu bayar sewa rumah sedangkan niat sebenarnya takut awak tahu perkara sebenar tapi mujur saya dapat cari awak kembali dan uncle Halim pindahkan sekolah saya sama dengan awak.”

“Tapi kalau betul apa yang awak cakap Zi, kenapa awak ingat dan kenapa saya pula tak tahu apa apa?”

“Sebab uncle Halim yang selalu bercerita dan mama dengan papa juga selalu datang jenguk saya kemudian lihat awak dari jauh” kali ini Azizi juga tidak dapat membendung air matanya

“Kalau awak tak percaya kita boleh buat test DNA.” Ucap Azizi lagi

“tak perlu” Feli menggeleng
“Sekarang awak tahu kenpa saya dari kecil sentiasa temani awak. Saya selalu jaga awak dan kita susah senang bersama. Sebab abang sayangkan Feli dan abang tak nak Feli kekurangan kasih sayang. “

Fakta yang baru terungkap membuat Feli melupakan sedikit masalahnya dengan Tasha dan fokusnya hanya pada kenyataan baru mengenai status hubungannya dengan Azizi.

Sementara di sudut lain di coffe shop itu Kela yang termakan dengan kata kata Zara memandang Feli dengan perasaan benci dan berjanji akan menegur menantunya itu saat di rumah nanti.

Siapa sebenarnya Halim? ➡ Akan terjawap perlahan Orang tua feli? ....akan muncul tak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience