35

Romance Completed 245339

Siapa sangka sangat mudah untuk Alex meneka pergerakan Tengku Farish yang berikutnya. Dengan mengarahkan beberapa orang upahannya menunggu di persimpangan rumah Tengku Farish akhirnya sudah dapat meringkus Wilona yang sudah bersiap untuk melarikan diri ke luar negara.

“Eh lepas lah! Apasal korang kidnap aku ni?!” Wilona dalam hatinya sudah dapat mengagak siapa yang menculiknya sekarang dan itu semakin membuat dirinya kecut perut

“Diam atau kami humban awak ke laut!” bentak salah satu penculik itu dan Berjaya menutup mulut Wilona.

Wilona di bawa ke sebuah kawasan terpencil dan di ikat di sebuah kerusi rotan yang sudah usang di dalam pondok yang juga sudah usang

“Tunggu sekejap lagi” ucap salah satu penculik itu kepada temannya dan di anggukkan sahaja oleh salah satunya

Setelah menunggu hampir satu jam yang di tunggu telah pun tiba. Alex mendekat ke arah Wilona dengan seringai jahatnya. Terasa aura yang sangat berbeza dari Alex pada malam itu

Jemari runcing Alex kini memegang dagu Wilona dan memaksa wanita itu menatap matanya.

“Kau nak lari kemana hmm?” tanya Alex dengan lembut tetapi terdengar menyeramkan

“Aku tak lari..aku, aku nak piknik je” bohong Wilona

“CK ck ck…ada juga orang piknik malam malam buta dengan luggage besar dan passport sekali yer” Alex menunjukkan passport milik Wilona yang kini berada di tangannya. Lelaki itu mengambil pemetik api dan membakar passport milik Wilona di depan mata wanita itu

“Lex…please…let me go” rayu Wilona

“Kau dah tak ada pilihan Wilona..oh ya, kau punya tiga option. Satu..aku siap kan satu kemalangan buat kau yang serupa dengan apa yang di alami wife aku. Kedua…kau jadi ayam di kelab malam kawan aku atau ketiga aku humban kau kelaut. Mana satu pilihan kau?” tanya Alex sambil berjalan mundar mandir di depan Wilona

“Lex…please semua tu aku tak nak..hiks..hiks…aku menyesal Lex.kan wife kau selamat. Tolong kasihani aku lex” Wilona baru kali ini melihat Alex dari sisi devilnya seperti apa yang di katakana abangnya.

“Sayangnya aku tak kasihan pun kat kau sebab kau hampir saja buat aku kehilangan isteri dan anak aku. Tapi kau tenang..aku akan save nyawa kau dan kau akan jadi saksi keruntuhan Perkasa Holding baru aku akan pikirkan apa hukuman yang sesuai buat kau”

“Alex…..tolong jangan buat macam ni. Aku dah menyesal Alex!” jerit Wilona sekuat hatinya

Lelaki itu sepertinya sudah hilang perikemanusiaannya “awak bertiga jaga jangan sampai dia lepas. Bagi makan tepat masa. Kalau dia tak nak makan tak payah paksa. Ada apa apa kol saya, lepas tiga hari saya akan datang balik” pesan Alex kemudian berlalu pergi

***
“mama…abang mana?” Kela berusaha untuk bangkit dari baringnya

Laila membantu kela dan menyandarkan badan menantunya itu di kepala katil setelah meletakkan bantal kecil di belakang punggung Kela untuk memberikan keselesaan padanya.

“alex keluar sekejap tadi katanya nak cari makan tapi lama dah ni” jawap Laila

Klek

Pintu terbuka dan muncul lah wajah tampan Alex di balik pintu

“Abang…abang dari mana?” tanya Kela

“Abang keluar sekejap tadi sayang..sayang makan dah ka ni? Kenapa bubur tu masih banyak lagi?” tunjuk Alex pada mangkuk bubur yang sepertinya belum lagi tersentuh oleh isterinya.

“Lex..mama pergi wad Zara dulu ya, tak ada orang jaga dia kesian..Brandon Shift malam ni” Laila meminta diri setelah mencium kedua belah pipi menantunya Langsung melangkah keluar dari pintu bpilik rawatan Kela.

“Abang merokok ke?” tanya Kela tiba tiba

Alex mengerutkan dahinya “Tak lah..kenapa sayang tanya?”

“Abang bau asap”

“Ni mungkin abang tadi lalu depan orang hisap rokok kot. Kalau sayang tak suka nanti abang mandi lagi”Alex baru sahaja berniat nak bangun tetapi di tahan oleh isterinya

“Tak payah…sini..” Kela menepuk ruang kosong di sebelahnya meminta Alex duduk di atas katil bersamanya

Alex hanya menurut, naik dan memeluk isterinya dengan erat “sayang rindu ke dengan abang” tanya Alex sambil mengucup puncak kepala isterinya dengan sayang

“Rindu lah abang…isteri mana yang tak rindu suaminya.” Ucap Kela sambil mengelus tapak tangan Alex

Air mata Alex kembali tumpah untuk kesekian kalinya, mengingat betapa sayangnya dirinya pada Mikela dan kalau sampai isterinya itu tidak dapat di selamatkan tadi mungkin saat ini dirinya jadi pembunuh dan akan membunuh seluruh keluarga Tengku Farish sebelum dirinya juga akan menyusul pergi.

“Abang…”

“Hmmm..apa sayang”

“maaf kan mereka” ucap Kela tiba tiba

Alex mengerutkan dahinya “siapa maksud sayang?”

“Maaf kan Tengku Wilona dan keluarganya.”

Deg!!!

Jantung Alex berdetak cepat , bagaimana isterinya boleh tahu apa yang di lakukannya dan bagaimana isterinya boleh tahu kemalangan itu semuanya Wilona yang merancangnya

“Sayang….”

“saya isteri abang, tak mungkin saya tak tahu apa yang abang lakukan tadi. Lepas kan Wilona. Kalau betul dia salah. Abang dapatkan bukti dan hantar ke balai polis. Biar dia menjalani hukumannya.jangan berbuat dosa sebab seorang pendosa abang..” nasihat kela

“Macamana sayang tahu?” soal Alex

Kela menunjukkan telefonnya. Dulu abang trace saya pakai GPS kan..sekarang saya yang trace abang pakai GPS. Abang kata abang nak keluar makan tapi abang pergi ke kawasan yang diluar jangkauan GPS tadi” jawap Kela lembut

“Abang tak boleh maaf kan dia sayang. Tapi macamana sayang tau Wilona yang buat semua ni?”

“Sebab hanya dia musuh cinta saya…” Kela tertawa di hujung ucapannya. “maaf kan saja ya..” pinta Kela lagi

Bagaimana Alex mampu untuk menolak permnitaan yang keluar dari bibir comel itu. Alex hanya mampu mengangguk sahaja

“sayang…kalau kita ada baby boy nanti, abang tak nak dia berlembut hati macam sayang ni” ucap Alex sambil membelai rambut lurus Kela

“Pikir nak baby boy pulak dah abang. Yang satu tu masih dalam incubator” jawap kela “tapi nak bagi nama apa eh..?”

Keduanya saling terdiam dan befikir “macamana dengan nama Balqis Qaisara Dirgantara sayang?” ucap Alex tiba tiba

“Saya setuju..hei…panjangnya nama anak.berbelit lidah menantu kita nak ucap depan penghulu esok esok” seloroh Kela

Alex hanya tertawa lucu “baru dia tahu rasa” timpal Alex kemudian

“Maaf sayang…abang tak mungkin bagi jalan mudah bagi wilona” batin Alex

Sorry lambat.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience