23

Romance Completed 245409

“Abang,,,bangun..solat subuh” Kela membangun kan suami nya yang masih lagi lena

“ya sayang…”

“Solat subuh abang…” bisik Kela di telinga suami nya

Alex mengerjap kan mata nya beberapa kali sebelum bangun melaksana kan perkara wajib.

Setelah selesai solat Kela pun izin nak buat sarapan pagi bersama Mak Ton “Abang..Kela turun dulu ya”

“Sayang tak mandi ke? Hari ni tak sekolah ke?” tanya Alex beruntun

“cuti lah abang…abang mandi lah. Nanti dah selesai saya panggil abang”

“Tak nak..jangan turun bawah…abang masih nak peluk sayang lagi” rengek Alex

“Abang ni sejak belakangan ni apasal perangai gedik macam ni?” tegur Kela sambil membetul kan rambut suami nya yang sudah serabut.

Alex memeluk pinggang isteri nya dan membenam kan wajah nya ke perut leper Kela. “ bila ni nak berisi sayang? “

Kela menepuk halus belakang suami nya “InsyaAllah kalau dah rezeki nya ada lah nanti. Tapi kalau boleh saya tak nak berisi sekarang nanti payah nak masuk kelas”ucap Kela

“Tapi abang nak ada sekarang sayang..nanti tunggu lama abang dah tua” rengek Alex
Kela tertawa lucu “tunggu setahun lagi abang tak tua lah…abang bangun mandi siap awal awal. Saya nak turun” lepas mendarat kan ciuman di pipi suami nya, Kela menapak keluar dan menuruni anak tangga satu persatu

“SURPRISE!!!!!!”

“Astaghfirullahaladzim..”Kela mengurut dada nya terkejut mendapat sergahan yang serupa itu pagi pagi buta.

Wanita cantik itu juga jadi terpegun melihat yang turun dari tingkat atas bukan nya Alex malah seorang gadis belia

“Maaf kan saya Puan, Cik Zara berkeras nak masuk dan tunggu tuan bangun kata nya” salah seorang pembantu datang menghampiri Kela yang baru sahaja lega dari terkejut nya.

Kela mengukir senyum ke arah Zara yang masih lagi terpinga pinga dan kebingungan. “Cik Zara duduk la dulu ya. abang baru nak mandi. Kejap dia turun.” Kela mempersila kan Zara duduk di ruang tamu dan Zara pun seperti kerbau di cucuk hidung nya hanya mengikut sahaja perintah Kela

“hidang kan teh panas buat Cik Zara.” Arah Kela pada pembantu rumah tadi “saya tinggal ya Cik Zara” kela berlalu ke dapur untuk menyedia kan sarapan pagi

****
Alex dan mama nya sama sama terkejut dengan kehadiran Zara di rumah itu sepagi ini dan saling berpandangan

“Alex…” panggil Zara setelah melihat lelaki itu masih lagi seperti orang kebingungan

Alex tanpa menjawap panggilan Zara terus berlari ke arah dapur mencari isteri nya. “sial! Ni mesti Kela dah jumpa Zara” gumam Alex

“Puan mana?” tanya nya pada pembantu yang baru sahaja lepas menghantar teh panas buat Zara

“Puan tengah buat sarapan tuan”

Alex kembali menerus kan langkah nya mencari Kela dan saat melihat isteri nya itu sedang sibuk di dapur Alex terus mendekat dan memeluk nya dari belakang

“Abang,,dah siap ke?” Kela berpusing sekejap kemudian menerus kan kembali kesibukan nya yang sedang menggoreng bihun

“Sayang..”

“Abang duduk la kat depan dulu. Dah siap nanti kita sarapan sama” Kela memotong ucapan suami nya

Alex menggeleng kepala laju seperti budak tadika yang takut di tinggal kan ibu nya di pusat asuhan “abang tak nak. Abang nak duduk sini boleh?” tunjuk nya kerusi meja makan

Kela menarik nafas berat “ikut abang lah” jawap nya

Sangat tidak percaya dengan perangai Alex yang betul betul duduk di sana dengan muncung nya yang sudah penjang lima inci sehingga membuat kan pembantu rumah nya kekok untuk melaku kan kerja mengingat tuan mereka itu terkenal sangat cerewet.
Setelah selesai, Kela mengalih kan bihun nya ke dalam mangkuk besar dan menghidang kan nya di atas meja sesekali menjeling suami nya yang entah kenapa berubah sangat manja dengan drastic

“Abang nak apa apa lagi tak? Maksud saya sarapan?” tanya kela

“Tak nak..” jawap nya singkat

“Ain..tolong panggil kan Cik Zara dan mama sarapan sama” arah Kela pada pembantu muda itu

“Baik puan” Ain pun terus ke depan

“Sayang..abang tak suka macam ni tau. Kenapa nak ajak dia sarapan sama?” tanya Alex dalam rajuk nya

“Cik Zara tu tetamu abang. Kalau abang buat perangai macam ni. Saya anggap abang masih sayang kan Cik Zara tau” ucap Kela

Alex membulat kan mata nya “sayang..”

“Selamat pagi..’ ucapan itu membantut kan niat Alex untuk membela diri nya

“mama…Cik Zara..duduk lah” pelawa Kela

Laila sangat kagum dengan perangai Kela yang sangat tenang seolah Zara itu tetamu biasa. Kalau diri nya di ketak kan di tempat Kela mungkin Zara itu sudah di halau nya keluar dan di maki hamun. Paling teruk tarik rambut.

“Kela…mama nak cakap sikit boleh?” Laila sebenar nya rasa serba salah pada menantu nya dan berusaha untuk menenang kan Kela yang mungkin tidak setenang di permukaan nya

“Mama..kita sarapan dulu ya. apa apa bincang lepas makan.” Kela melempar kan senyum termanis nya pada mertua nya sehingga membuat kan Laila semakin takut melihat ketenangan Kela

Zara pula tidak banyak bercakap tapi banyak memerhati kan Alex dan Kela silih berganti. Sakit hati nya melihat Alex terus menerus melihat ke arah Kela dan sesekali lelaki itu mengambil makanan dari pinggan Kela. Mulut nya gatal nak bertanya tetapi terpaksa Zara tahan menunggu selepas sarapan baru akan Zara luah kan semua nya

****
Selesai sarapan di sini lah mereka sekarang duduk saling berhadapan di ruang tamu dengan Alex yang tidak mahu jauh dari Kela seperti belangkas yang melekat terus.

“Alex..apa semua ni?” tanya Zara

“Zara..saya pernah putus kan awak sebelum saya menikahi Kela. Dan itu bukan main main Zara.” Timpal Alex tegas

“Aunty…”panggil Zara meminta Laila menyebelahi nya sebab Zara tahu wanita tua itu menyayangi nya

“Maaf Zara..betul kata Alex. Anak aunty dah bagi peluang buat Zara tapi Zara selalu kecewa kan Alex.di sini Aunty tak boleh sebelah kan Zara” jawap Laila

“Jadi Aunty terima budak ni bulat bulat jadi menantu aunty?” Tanya Zara tidak puas hati

“Kela itu sudah dewasa dari umur dia Zara. Di sebab kan Kela…Alex dan Aunty kenal balik dengan yang nama nya sejadah. Alex pun dah tak pernah lagi kunjungi kelab malam sepanjang kenal Kela. Dan aunty bersyukur biar pun Kela masih lagi belia tapi hadir Kela dalam keluarga kami banyak mengubah cara hidup kami. Aunty mohon pada Zara..jangan ganggu rumah tangga mereka. Zara cari lah lelaki yang sesuai dengan Zara yang boleh sayang Zara apa ada nya.” panjang sekali pidato puan Laila saat menghadapi Zara bekas calon menantu nya.

Zara mendengus tidak puas hati kalah pada pesona seorang gadis belia yang di akui nya sangat cantik dan itu semakin membuat Zara sakit hati “ tunggu kau” batin Zara

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience