27

Romance Completed 245409

Setiap pagi rutin Kela pasti akan berdebat dengan Alex yang ingin memboyong nya sekali masuk pejabat dan perdebatan itu pasti akan berlangsung panjang dan setiap kali Alex yang menang tapi kali ini Alex terpaksa mengalah dan dengan berat hati nya pergi pejabat seorang diri.

“Kela..Alex dah pergi pejabat ke nak?” tanya Laila saat berpapasan dengan menantu nya di ruang tamu

“Dah ma..mama nak keluar ke?”

“Tak lah.. ari ni mama nak duduk rumah je sebab ada Kela.” Laila memang sudah terlanjur sayang dengan menantu nya itu.

Sikap nya yang lemah lembut dan memiliki pemikiran yang matang menyebab kan Kela di sayangi bukan hanya mertua nya juga para pembantu rumah juga.

“Eh, mama ada Nampak Cik Zara ke?” tanya Kela pada mertua nya kerana pagi ni belum Nampak batang hidung perempuan tu.

“Tak Nampak pun, dah lah…tak usah sibuk pasal dia. Biar je dia. Kela jaga diri elok elok tu dalam tu ada cucu mama yang perlu kan perhatian Kela.” Laila menghampiri Kela dan mengelus perut menantu nya yang masih lagi leper.

Kela tak sedap hati. Biar pun kela tidak suka dengan Zara yang selalu cuba menggoda suami nya tapi Kela tahu ada sesuatu yang membebani wanita itu. Setelah berfikir panjang

“Ma..saya nak jenguk cik Zara kejap. Risau pulak”

“Sayang….tak payah..” pujuk Laila

“InsyaAllah saya akan jaga diri ma” Kela akhir nya menapak menuju tangga naik dan menaiki satu persatu anak tangga.

Setelah sampai Kela mengetuk pintu dan memanggil Zara berkali kali tetapi tiada jawapan. Hati nya mulai risau dan cuba memulas tombol pintu ternyata tak berkunci. Kela terus masuk dan

Hoek!....Hoek!....

“Cik Zara…?” panggil Kela sambil mengetuk pintu bilik mandi

Klek

Pintu terbuka dan menampil kan wajah pucat Zara yang baru sahaja habis mengeluar kan isi perut nya

“Budak kecik!” Zara terkejut melihat Kela sudah ada di depan nya

“Cik Zara tak sihat ke?” Kela tanpa memperduli kan tatapan Zara terus sahaja meraba dahi wanita itu “ Sejuk” ucap nya kemudian

“Jangan pura pura perduli lah. Kau suka kan kalau aku sakit!” bentak zara yang terus menonong dan berbaring semula di katil.

Kela tidak mengambil hati ucapan Zara sebentar tadi dan saat Kela ingin berpaling mendekat ke arah Zara, mata nya menatap satu benda putih yang sederhana panjang tergolek dalam bakul sampah. Mata nya membulat dan tangan nya jadi sejuk tiba tiba. Kela sangat tahu kegunaan alat itu kerana diri nya juga pernah mengguna kan nya.

Tidak mahu berprasangka. Kela menapak dan menduduk kan diri nya di birai katil. “nanti tanya abang saja” batin kela

“Cik Zara..Cik Zara nak makan bubur ke? Pagi ni Cik Zara belum sarapan kan?” tanya Kela lembut

Senyap dan tiada jawapan kerana Zara baring sambil membelakangi Kela. “Cik Zara rehat lah ya. nanti saya masak kan bubur buat Cik Zara.”

Kerana merasa tiada respon kela akhir nya bangun dan menyibak langsir “ saya buka langsir ni ya Cik Zara biar angin segar masuk.” Ucap Kela lalu mengutip pakaian kotor Zara yang berterabur di atas lantai

Semua itu tertangkap jelas di mata Zara dan hati nya merasa tercubit melihat perlakuan Kela pada nya yang terlihat ikhlas tanpa berpura pura

“Mikela..”panggil Zara saat melikat Kela yang hendak melangkah keluar dengan pakaian kotor di tangan nya.

Merasa di panggil Kela berpaling dan melihat Zara sudah duduk di tempat tidur “ Ya Cik Zara” respon nya kemudian melangkah mendekati Zara semula

“Kenapa awak tak marah saya? Kenapa awak tak tarik rambut saya? Kenapa awak peduli dengan saya?” Tanya Zara beruntun dan tanpa sedar nya air mata nya juga turut mengalir

Kela mengangkat tangan nya dan menghapus air mata Zara “Cik Zara nak saya tarik rambut Cik Zara ke?” tanya Kela lembut

“Tak nak”

“Nak kena marah ke?”

Zara menggeleng laju menjawap soalan dari gadis comel di depan nya itu yang telah membuat nya sama sekali tidak berdaya dan tidak sanggup untuk menyakiti nya.

“Saya tak akan marah dan tarik rambut Cik Zara asal kan Cik Zara tak melampaui batas. Cik Zara kena terima hakikat yang saya ni isteri Alex. Dan mana mana perempuan di muka bumi ni kalau Cik Zara tanya sanggup tak deorang bermadu?.. jawapan deorang mesti tak sanggup kan Cik Zara? Macam tu juga saya. Saya tak sanggup bermadu Cik Zara. Jadi saya mohon sangat pada Cik Zara..lepas kan Alex kalau betul Cik Zara sayang kan dia.” Nasihat Kela pada Zara hingga membuat kan tangis Zara semakin kuat dan teresak.

Tanpa kedua nya sedari sepasang telinga Laila sedang mendengar di balik pintu. Laila bimbang kerana Kela lama tidak turun dan akhir nya menyusul naik takut Zara melaku kan sesuatu pada menantu nya itu

“Kela..Alex betul betul tak salah pilih isteri” batin Laila dan tersenyum kemudian memutus kan untuk menunggu menantu nya itu di bawah

****

“mama…” panggil kela saat melihat mertua nya sedang duduk di meja makan lalu menyerah kan pakaian kotor Zara pada pembantu nya untuk di cuci

“Baju Zara ke sayang?” tanya Laila

“Ya ma..papa mana? Dari tadi tak Nampak” mata nya melilau mencari keberadaan orang tua itu

“Papa keluar beli mangga. Alex minta papa beli mangga kata nya nak minta Mak Ton buat kerabu mangga.” Jawap Laila sambil mata mata sibuk mengekori langkah Kela yang bersiap nak memasak

“Lah….belakang rumah tu kan ada mangga muda” tunjuk kela

“Assalamualaikum sayang……”

“Waalaikumusalam abang… ha, panjang umur dia” ucap kela selepas menjawap salam

“Sayang rindu abang tak?” datang datang terus memeluk isteri nya.

Kela menggosok rambut suami nya yang tersisir rapi smbil terkekeh “Abang duduk dulu. Saya nak buat bubur”

“Siapa nak makan bubur?” tanya Alex

“Cik Zara tak sihat. Kesian dia”

“Biar lah sayang…mintak Mak Ton masak la. Apasala pulak sayang yang nak kena masak. Sayang bukan orang gaji tau” marah Alex pada isteri nya

Tidak mengendah kan kata kata Alex sebentar tadi “ Abang..” panggil Kela

“Ya sayang..”

“Abang berapa lama tak jumpa Cik Zara?”

“Dah lama sayang, kenapa?” tanya Alex lagi

“Lama mana..?”

“Dah tiga tahun lebih baru kali ni abang jumpa dia balik. Kenapa tanya ni?” Alex mulai tak sedap hati takut isteri nya cemburu dengan Zara

Kela pula menarik nafas lega mendengar jawapan suami nya “ bererti bukan abang punya kerja” batin Kela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience