29

Romance Completed 245339

“Cik Zara…ada apa apa nak cakap dengan saya ke?” tanya Kela saat menemani Zara makan tengahari dan kebetulan Alex baru saja bertolak ke pejabat dan Laila serta suami nya kalut nak beli barang baby terlalu teruja dengan kehamilan Kela

“Maksud awak?” Zara bertany kembali

“Siapa ayah dalam kandungan tu Cik Zara?” tanya Kela to the point

Zara merasa kan sebongkah batu besar sedang menghempap nya sekarang ini. Tidak menyangka gadis kecil itu tahu dengan keadaan nya.

“macamana awak tahu?” tergagap Zara di buat nya

“saya juga perempuan Cik Zara. Saya juga seorang isteri jadi saya tahu keadaan Cik Zara. Dengan mual yang Cik Zara hadap sekarang ni. Semua tu dah jelas.” Jawap Kela sambil meletak kan kedua tangan nya di atas meja menghadap wanita itu yang terlihat agak susut mungkin kerana mual dan tak lalu makan.

Zara meras kan diri nya sungguh kerdil di depan Kela dan mulai menitis kan air mata nya kerana merasa bersalah pernah cuba untuk merampas kebahagiaan gadis yang berhati malaikat itu.

“Kela…saya di rogol hiks…hiks…”

Hati kela sakit saat mendengar nya dan bangkit dari duduk nya lalu memeluk wanita itu untuk menenang kan nya.

“Kenapa boleh jadi macm tu Cik Zara?”

“Saya terlalu bebas dalam bergaul. Tinggal di negara bebas buat saya leka dan akhir nya suatu hari saya mendapati diri sendiri sedang terbaring di bilik hotel dan di tinggal kan sendirian. Saya juga tak tahu siapa ayah dari bayi ni Kela…hiks…hiks…” tangis Zara berterusan dan semakin menjadi

“keluarga Cik Zara tahu ke?”

“Deorang tahu. Dan deorang paksa saya menikah dengan Alex. Kalau saya tak Berjaya menikah dengan Alex maka mereka mintak saya gugur kan kandungan ni”

Kela mengesat air mata Zara “ Cik Zara…mencari pak sanggup bukan cara yang benar Cik Zara. Gugur kan bayi tu juga satu dosa. Dia tak bersalah. Yang salah adalah Cik Zara. Kita tak boleh lari dari tanggungjawap biar pun berat untuk di pikul dah nama tanggungjawap harus kita pikul apalagi ini adalah amanah buat cik Zara.”

“Mikela…” panggil Zara dalam tangis nya

“Cik Zara nak duduk sini sampai bayi tu lahir pun saya tak kisah. Rumah ni terbuka buat cik Zara. Tapi kalau Cik Zara nak minta jadi isteri kedua Alex. Saya tak izin kan. saya tak sanggup bermadu” terus terang Kela menyata kan apa yang ada di hati nya

“saya janji saya tak akan cuba rampas Alex dari awak Kela. Betul kata awak. Saya sayang kan Alex jadi saya akan lepas kan dia mulai dari sekarang. Saya ikhlas kan Alex buat awak Kela.” Janji Zara

“Alhamdulillah…Cik Zara dah sedar.sekarang Cik zara Cuma jaga je kandungan tu baik baik sebab Allah dah susun cantik cantik takdir kita. Suatu saat nanti Cik Zara pasti akan menemu kan seseorang yang boleh terima Cik Zara apa ada nya dan mencintai Cik Zara tanpa syarat. Bila hadir nya seseorang seperti itu maka hargai lah” nasihat Kela.

Zara mengangguk setuju dan mengesat air mata nya “ Kela…boleh tolong masak kan Maggie ayam tak? Dulu Alex rampas Maggie yang kela masak. Saya masih terliur sampai sekarang tau” rengek Zara

Wanita itu merubah panggilan nya kepada Kela dengan hanya memanggil nama sahaja.

“Baik lah. Cik Zara duduk lah ya. saya masak kan Maggie buat Cik Zara sekejap” kela bangkit dari duduk nya menuju kabinet

“Papa nak juga sayang..sedap Maggie kela masak” sampuk Arya dan ternyata pasangan itu sudah lama sampai dan memilih untuk mencuri dengar perbualan Kela dan Zara sebentar tadi.

Dalam hati nya Arya memuji sikap menantu nya yang menurut Arya sangat dewasa dari usia nya yang masih lagi belia dan menempat kan menantu nya itu di tempat yang sangat istimewa di hati nya

“papa..mama..baru sampai ke?” Kela menoleh dan melihat kedua mertua nya juga sedang melangkah maju dan bergabung di meja makan. Terlihat Laila mengesat air mata nya

“Mama menangis ke?” tanya Kela

“Eh…tak la..mata mama masuk habuk” bohong Laila.

“ya la..saya masak Maggie dulu lah sebelum bayi besar tu balik. Takut nanti riuh satu rumah di buat nya di sebab kan Maggie tu”tawa Kela di hujung bicara nya

“Kela…” panggil Laila

“Ya mama..”

“Dalam rumah ni ada pembantu sayang. Kela tak boleh nak urus kan semua orang. Kela kena jaga diri jangan letih sangat buat kerja apalagi sekarang kela juga berbadan dua”

Zara terkejut mendengar ucapan Laila dan terus memandang Kela “Betul ke?”

Kela hanya mengangguk sambil tersenyum “saya masak Maggie dulu, mama nak juga ke ni?” tawar nya pada mama Laila.

“nak jugak la sayang” jawap Laila

Sekali lagi Zara merasa diri nya terlalu jauh di banding kan dengan Mikela yang masih lagi belia. Gadis itu tidak pernah mengeluh melayan semua orang sedang kan diri nya sendiri juga perlu kan perhatian.

“assalamualaikum….”

“waalaikumusalam…” jawap semua nya dan serentak Arya dan isteri nya menepuk dahi sendiri melihat siapa yang sedang melangkah maju menuju ke arah dapur.

“Hai sayang….” Sapa Alex dan langsung memeluk isteri nya itu dengan penuh sayang

“Awal abang balik?” Kela merungkai pelukan suami nya

“Abang pening sayang. Dari tadi muntah terus tak boleh buat kerja tu yang minta tolong Mike hantar abang balik” jawap Alex

Kela meraba dahi suami nya “ tak demam..”

“Abang tak demam sayang…abang Cuma selesa saat dekat dengan sayang macam ni je” Alex meletak kan dagu lancip nya di bahu kela dan menghirup bau badan isteri nya yang bagai kan penawar bagi pening dan mual yang di rasa nya.

“Abang duduk dulu,,,saya nak masak Maggie boleh?” dan sangat beruntung kerana tiada bantahan dari lelaki itu dan terus sahaja menduduk kan diri nya di samping sang papa.

****
Setealah zara berubah kehidupan kela jadi semakin kalut dan sangat memening kan. dengan Alex yang tengah mengidam dan tidak mahu berpisah sedikit pun dari kela sehingga Mike dan Lily sering datang ke rumah kerana Alex tidak mahu masuk pejabat tanpa Kela. Di tambah lagi dengan Si zara yang juga selalu ingin di dampingi dan di layan Kela setiap masa.

Ada kala nya kedua manusia itu beradu mulut kerana berebut seorang Kela sehingga menyebab kan Arya dan isteri nya Laila jadi serabut sama takut sesuatu terjadi dengan kandungan Kela.

“Mike!..kau kawin je dengan si zara tu” ucap Alex tiba tiba dan di saat ini mereka sedang berada di ruang tamu dan mata Alex tajam menatap Zara yang bergayut manja di lengan Kela sambil melayan drama korea

“Hah!...kenapa pulak aku?” soal Mike bingung

“Tu kau tengok tu. Dia ambik kela dari aku.” Jawap Alex dan serentak itu tawa Lily dan Mike bergema di ruangan. Tertawa lucu melihat wajah cemburu Alex.

“Apa kata mintak Brandon je. Sebab Brandon dulu pernah ada hati kat si Zara tu” cadang Mike

“Betul ke?” senyuman evil kini mengembang di bibir Alex.

“Kau ni pun..dengan zara tu pun nak cemburu” tegur Mike

“Cuba kau kawin dengan Lily pas tu si zara tu tawan Lily macamana dia tawan Kela sekarang. Kau tak cemburu ke?” sembur Alex sehingga menyebab kan Lily tersedak air liur nya sendiri terkejut dengan kenyataan boss nya itu begitu juga dengan Mike.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience