Season 2 chapter 30

Romance Completed 245409

Hari yang di tunggu telah tiba, kenduri kesyukuran yang di adakan Alex untuk sahabatnya Mike yang telah rujuk kembali dengan isterinya.Feli begitu manis dengan kebaya solo modern perpaduan warna kuning dan putih yang di hadiahkan oleh mamanya sepadan dengan batik yang di kenakan Alif membuat pasangan muda itu selalu sahaja menjadi perhatian

“Feli…wow! Cantik” puji Terry

Alif yang mendengarnya terus melingkarkan tangannya di pinggang sang isteri “She is mine okey” matanya menatap tajam pada Terry.

“Rilek bro..aku Cuma puji jer, tak ada niat lebih” Terry mengangkat kedua belah tangannya

Sementara Feli tersenyum bahagia melihat Alif yang terang terangan menunjukkan kalau dirinya cemburu saat Terry memberi pujian tadi membuat hatinya juga turut berbunga bunga.

“Sayang apasal senyum senyum ni? Abang beritahu ni..sayang tak boleh senyum apalagi senyum pada Terry dan juga Zafer” beritahu Alif. Telapak tangan besarnya kini menangkup kedua belah pipi isterinya yang memang sudah agak berisi. Menatap gadis manis itu yang kini menjelma menjadi wanita yang sangat sempurna di mata Alif

“Abang apasal tengok saya macam ni?” tanya Feli

“Felicia sayang…tahu tak? Masa sayang tipu abang dengan tahi lalat besar dan rambut keriting dulu. Hati abang dah bergetar buat sayang. padahal masa tu sayang hodoh..abang sengaja bina tembok penghalang antara kita dan tak sampai sehari sayang dah robohkan tembok tu. Abang tahu abang bukan suami yang sempurna buat sayang, tapi abang boleh janji kan cinta dan sayang abang semuanya buat sayang” ucap Alif

Feli terharu, mata cantik itu juga mengembun mendengar kata kata suaminya “Saya janji akan jaga cinta kita..jaga cinta saya hanya untuk abang dan juga anak anak kita nanti, menua bersama saling berpegangan tangan macam ni dan menutup mata bersama sebab saya tak mahu di tinggalkan ataupun meninggalkan.”

Alif memeluk erat isterinya dan memberi kucupan yang dalam penuh sayang di puncak kepala wanita yang sangat di cintainya itu

“Terharu dan sedih..hiks hiks”

Keduanya saling melepaskan pelukan dan memandang Balqis yang yang sedang mengesat air matanya dengan lembut

“kak Qis…kenapa kak Qis menangis?” tanya Feli

Balqis tersenyum “akak terharu dengar ikrar cinta korang berdua. akak ikut bahagia” ucap gadis itu lalu meraih jemari Feli dan menggenggamnya erat

“Awak tak perlu cemburu dengan ikrar cinta mereka. Dua hari lagi saya akan jabat tangan daddy dan akan buat awak bahagia sepertimana Feli dengan Alif sekarang. Jadi hapus air mata awak”

Balqis menoleh ke arah sumber suara dan mulutnya terlopong melihat penampilan Azizi yang begitu segak dengan batik solo yang sedondon dengannya di padankan dengan slack hitam dan rambut hitamnya di sisir rapi ke belakang membuat Azizi terlihat sebelas dua belas dengan Alif. Sangat tampan dan mempersona sehingga Balqis mencubit dirinya sendiri

“jom pergi” bisik Feli di telinga Alif , kemudian menarik tangan suaminya untuk memberi ruang pada bakal pengantin itu melepas rindu.

“Awak..” hanya itu yang mampu Balqis ucap

“Awak dah bersedia jadi puan Muda Benzley?” tanya Azizi dengan suara baritonnya yang terdengar begitu seksi di telinga Balqis.

“Zi, dah sedia tu.. tengok senyum tu dah tahu” timpal Kela yang datang dari arah belakang Azizi

“Mummy…” Balqis malu di usik mummynya seperti itu. Sementara Kela sudah menonong berjalan mendekati besannya yang terlihat sangat segak dan cantik pada hari ini. Para tetamu juga sudah mulai datang.

Azizi menghulurkan tangannya menatap Balqis dengan tatapan teduh “Jom”ajaknya

Balqis yang malu malu terpaksa menyambut juga huluran tangan Azizi dan di genggam erat oleh lelaki itu

“Inikah rasanya jatuh cinta yang sesungguhnya” monolog Balqis di dalam hatinya

“Yes, inilah kisah cinta kita dan hanya ada kita berdua di dalamnya” ucap Azizi seakan tahu apa yang Balqis fikirkan

Di depan sana Mike dan isterinya Tiara juga kedua besannya Kela dan Alex sudah berdiri di gerbang menyambut para tetamu yang terdiri daripada rakan bisnes dan juga klien besar mereka dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir

***
Sementara keluarga besar Alex dan Mike sedang merasakan manisnya bahagia. Berbeza dengan keluarga Brandon. Kini lelaki itu datang menemui isterinya di penjara.awalnya menikahi Zara bukan atas dasar cinta tetapi seiring berjalannya waktu, cinta itu wujud dan Brandon tidak akan menyisihkan zara apalagi isterinya itu dengan relanya bertanggungjawap atas segala perbuatannya dan berjanji akan menunggu Zara di bebaskan.

“Abang…maafkan Zara”

Hati Brandon hancur melihat mata isterinya yang sembab kerana terlalu banyak menangis. Hanya saling menatap kerana terbatas dinding kaca dan mereka bercakap juga melalui telefon.

“Abang maafkan sayang.syukur sayang dah tahu dan sedar kesilapan sendiri. Kita mulai hidup baru lepas sayang keluar dari sini” janji Brandon membuat Zara semakin tergugu di sebelah sana.

Tidak banyak yang mampu mereka ungkapkan kerana dengan saling menatap sahaja sudah cukup bagi mereka berbagi kehangatan ke dalam hati masing masing sehinggalah waktu melawat habis juga keduanya tetap membisu dan saling melempar senyum.

Sementara itu di kediaman Brandon dan Zara, Al kini sedang meraung meratapi kepergian sang adik yang telah bertindak bodoh dengan mengakhiri hidupnya sendiri

“Mimi…abang nak cakap apa dengan mummy nanti dik? Daddy juga keluar jumpa mummy..kenapa Mimi tak boleh fikir masak masak dulu sebelum ambik keputusan” tangisnya terdengar begitu menyayat hati. Al memangku adiknya yang sudah tidak bernyawa. Menatap wajah pucat sang adik yang kehilangan darah begitu banyak kerana gadis itu telah mengelar pergelangan tangannya sendiri dan memutuskan urat nadi.

Mata Al menangkap satu nota kecil di sebelah bantal adiknya dan segera meraih cebisan kertas yang sempat di tulis oleh Mimi sebelum bertindak bodoh.

Abang, daddy

Maaf kan mimi sebab Mimi pergi dulu. Sampaikan salam maaf Mimi pada mummy dan juga Aunty Tiara. Mimi malu untuk berdepan dengan semua orang. Mimi malu nak berhadapan dengan daddy, mimi sayang abang dengan daddy.

Salam sayang,
Mimi

************** End******
Inilah reality kehidupan. Kadang kita menginginkan sesuatu yang sempurna tapi kita lupa SEMPURNA itu hanya milik sang pencipta. Kita menginginkan ending story yang happy sentiasa padahal reality kehidupan watak seperti Mimi masih lagi wujud. Demi cinta pada seseorang kadang kita lupa untuk mencintai diri sendiri, kita lupa untuk memberi ruang pada diri sendiri dan kita lupa masih banyak lagi cara untuk kita mencari bahagia.
Cinta itu tidak salah. Yang salah cara manusia mendefinisikan cinta.
Salam sayang buat semua readers SHE IS MINE maaf atas segala kekurangan yang ada dalam karya yang tidak seberapa ini. terima kasih sebab sudi singgah di sini.

Terima kasih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience