Season 2 chapter 11

Romance Completed 245409

Sebelum sidang pagi di mulai. Watie datang bersama kopi panas dan menghidangkannya di atas meja kemudian berlalu pergi

“Alif, sampai bila Alif nak sembunyikan semua ni dari mummy dan daddy?” tanya Kela sambil menatap anak lelaki kesayangannya itu

Wanita itu biarpun sudah berumur tetapi kecantikannya masih sangat terserlah hingga membuatkan Alex semakin sayang dan semakin menurut dengan isterinya.

“mummy…Alif bukan nak sembunyi apa apa tapi Alif belum sempat nak beritahu mummy dengan daddy” Alif berusaha menjelaskan duduk perkara sebenar

“nak tunggu bila? Mummy malu tau tengok gosip Alif yang beredar dekat social media”

“Eh..mummy tunggu” Alif melompat dan meraih isterinya kemudian menutup telinga Feli dengan kedua belah tangannya

“Mummy…Feli belum tahu lagi”

Kela menarik nafas dalam dalam dan menghembus perlahan “ alihkan tangan Alif sekarang”

“Tak nak mummy”

“Mummy kata alihkan. Biar Feli tahu semuanya daripada nanti dia tahu dari orang lain” Kela menjegilkan matanya menatap Alif

“Daddy…pujuk lah isteri daddy tu” Alif meminta bantuan dari daddynya

Alex tersenyum “Dengar kata mummy Lif..mummy tak kan naya Alif” alex memujuk anaknya.

“kalau Feli merajuk dan meninggalkan Alif.mummy dengan daddy mesti tolong Alif pujuk” pinta Alif sambil memandang keduanya silih berganti

“yang gatal kawin senyap senyap tu apasal? Kalau ya pun nak kawin..putuskan dulu hubungan dengan si Tasha tu dan mummy dari dulu tak suka dengan Tasha tu Alif tahu kan. sekarang tengok apa dah jadi.dekat media social semua orang salahkan Feli yang isteri sah Alif. Semua orang menyumpah kata Feli ni simpanan” kela memarahi Alif yang sudah menunduk

Bila di fikirkan kembali apa yang di katakan mummynya itu semua betul. Alif melepaskan tangannya dari kedua telinga Feli

“Mummy dengan daddy juga kawin senyap senyap juga kan?” jeling Alif dan langsung mendapat balingan bantal dari daddynya

“Alif nak sindir daddy ke?” Alex bertanya geram sementara anaknya buat muka tak tahu.

Alif memegang kedua belah pipi Feli “ sayang..apa pun yang sayang baca dekat social media atau sayang dengar dari mana mana tolong jangan percaya okey”

“Kenapa abang tak kawin dengan cik Tasha?”

“Hah!...sampai macam tu sekali sayang benci abang ya. “ Alif memasang muka kesian

“jangan nak drama sangat Alif. Ingat..biar pun Feli bagi Alif kawin lain..mummy dengan daddy tetap tak setuju dan kalau daddy tahu Alif kawin lain daddy kawinkan Feli dengan Al anak aunty Zara” ancam Alex

“daddy jangan suka suka nak buat jenayah kawinkan isteri Alif dengan jantan lain” marah Alif sambil menjeling daddynya

“Abang..tak baik cakap kasar dengan orang tua” tegur Feli melihat suaminya sedikit berkasar dengan daddynya

“padan muka kena tegur” perli Alex

Keadaan kembali hening dan semua terdiam sambil menikmati kopi yang tadinya masih panas kini telah sejuk kembali

“Sayang..kita bawa balik menantu kita nanti. Kat sini tak selamat” ucap Alex tiba tiba

Air yang masuk ke dalam mulut Alif sebentar tadi kini tersembur keluar “daddy!!!”

“Ya! mummy bawa Feli balik dulu. Mummy tak nak kekasih Alif tu buat naya kat Feli” biarpun baru berjumpa tetapi kela sudah jatuh sayang dengan Feli dan melihat Feli membuatnya teringat akan Balqis anak sulungnya.

“What!..daddy jangan balas dendam dengan Alif..”

“Daddy nak Alif belajar menghargai orang tersayang” potong Alex

Alif mendekati isterinya sambil meraih tangan halus itu “ sayang jangan ikut mummy balik. Tetap dekat sini okey”

Feli kini serba salah nak dengar kata siapa. Satu suaminya dan satu lagi mertua yang baru hari ini berjumpa dengannya

“Abang…”

“Ingat abang janji nak bawa Azizi jumpa sayang” potong Alif

“Azizi tu siapa?” tanya Kela sambil mengerutkan dahinya

“Dia kawan Feli puan”

“Panggil mummy sayang” kela melembutkan nada bicaranya

“Dia kawan Feli dan Feli dah anggap macam abang sendiri”Feli menjawap keraguan di hati mertuanya

“Tak apa. Kalau Azizi tu penting sangat bagi Feli..nanti mummy teman Feli jumpa dia kat mana mana. Yang penting sekarang balik rumah mummy dulu ya

“tak boleh mummy…mummy tahu tak sekarang ni Alif tengah dalam proses nak dapatkan cinta isteri sendiri dan malah mummy nak pisahkan.” Alif berdiri sambil bercekak pinggang

Alex dan Kela yang mendengar pengakuan berani mati anak mereka berusaha untuk menahan ketawa dan akhirnya tidak mampu di tahan juga sehingga kedua insan itu tertawa terbahak bahak.

“Jadi Alif masih di tolak lah ni sebagai suami?” tanya Kela selepas tawanya mereda sehingga Feli yang mendengar soalan itu juga turut merasa malu yang teramat sangat

“Aduh….ni jantan satu ni dah putus urat malu agaknya” umpat Feli dalam hati

“Ya! Alif masih di tolak padahal Alif dah betul betul jatuh cinta. Nak cium pun terpaksa curi curi.tidur pun Alif atas sofa”

Feli menepuk dahinya mendengar pengakuan yang sangat memalukan dari Alif dan dengan tidak tahu malunya Alif kini duduk di atas lantai dengan muka empat belasnya merajuk dengan mummy dan daddynya

“hahahahahaha” tawa Alex kini menggema di seluruh ruangan melihat perangai Alif teringat akan dirinya suatu ketika dulu

Feli terpaksa mengalah dan mendekati lelaki tampan yang sedang merajuk duduk di atas lantai tak ubah seperti budak kecik yang merajuk sebab mainannya di rampas oleh mummy dan daddynya.

“Abang….”

Tak ada jawapan. Feli memegang bahu Alif dan menggosoknya perlahan “saya tinggal sini dengan abang” akhirnya Feli mengalah

Mata Alif terlihat bersinar sinar menatap Feli sambil tersenyum “betul sayang?”

Feli mengangguk “ya..saya tak akan pergi mana mana” jawap Feli sekali lagi

“Mummy dengan daddy akan pindah sini” sampuk Kela tiba tiba

“Mummy………….bagi lah peluang Alif nak berdua dengan isteri sendiri” rengek Alif

“keputusan mummy dah bulat. Petang ni mummy dengan daddy pindah balik sini”beritahu Kela dan tidak mahu di bantah

“Sampai bila?” tanya Alif dan kini bibirnya kembali maju ke depan

“Sampai Alif dengan Tasha betul betul selesai” jawap mummynya tegas

Alif terpaksa menerima keputusan mummynya sebelum mummynya berubah fikiran dan membawa Feli pindah ke rumah utama mereka.

Maaf syaa tak dapat balas komen korang satu persatu. Syaa nak ucap terima kasih sebab sudi baca karya yang tak seberapa ni dan sudi komen juga..hehe. Syaa terhibur dengan komen korang semua dan jadi bersemangat nak buat chapter selanjutnya Terima kasih......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience