25

Romance Completed 245339

Setelah habis waktu pejabat, Alex dan Kela akhir nya pulang kerumah dengan menarik nafas lega kerana seharian tiada gangguan dari Zara setelah pagi tadi di tinggal kan begitu saja oleh Alex dan Kela

“Assalamualaikum….”Kela memberi salam sambil melepas sandal nya

“Waalaikumusalam….” Jawap seorang lelaki yang kelihatan nya sebaya dengan mama Laila, sangat serupa dengan Alex dan terkesan masih tampan biar pun usia nya sudah merangkak senja.

“ ini menantu kita ma?!’ panggil nya pada sang isteri

Mendengar itu Kela dapat meneka itu siap yang berdiri di depan nya. menghulur kan tangan nya untuk bersalaman dengan papa mertua nya

“Papa” panggil Alex juga melaku kan hal yang sama seperi Kela tadi. Sejuk hati Arya melihat menantu nya yang sangat sopan dan menular pada anak nya juga

“Jom masuk sayang..hari ni mama yang masak tau” Laila menarik tangan Kela untuk masuk

“mama masak apa?” tanya Kela yang ingin tahu

“Mama masak rendang daging dan sambal petai” sengih Laila

“Wa….sedap tu…” Kela tiba tiba terliur mendengar rendang yang di sebut

“Dah, Kela mandi siap siap dulu naik. Lepas tu turun balik sini ya” Laila mendorong menantu nya ke arah tangga

“Abang…papa..saya naik dulu” ucap Kela dan di angguk kan sahaja oleh dua beranak itu.ringan kaki Kela menaiki anak tangga satu persatu dan memutar tombol pintu nya

“Aaaaaaaaa!!!!!” jerit Kela yang terbirit birit turun semula

Alex dan papa nya yang mendengar jeritan Kela seketika terkejut. “Kela!..pelan pelan sayang…jangan sampai jatuh.” Alex berlari dan menangkap tubuh isteri nya takut terjatuh

“Kela…kenapa nak?” tanya Arya yang cemas melihat menantu nya yang sudah pucat pasi. Laila juga mengurut dada nya melihat Kela yang sudah ketakutan

“Abang…dalam bilik ada syaitan” ucap Kela kemudian dengan badan bergetar

Alex terkejut dengan kenyataan isteri nya sebentar tadi “Syaitan? Syaitan apa sayang? Cuba bertenang kejap”

“Tu…tu..abang tengok sendiri. Saya takut..” rengek Kela

“Hahahahaha….penakut!”

“Zara!” pekik ketiga nya bersamaan

“Zara! Enough! Apa awak dah buat sampai Kela ketakutan macam ni? Dan kenapa awak boleh turun dari atas sana?” Alex sangat marah menatap Zara dengan tatapan benci.

“I main main je la dengan dia. Budak kecik penakut!” ejek Zara yang turun dari tingkat atas sambil mengena kan kemeja Alex

“Zara..macamana Zara boleh ada kat sini? Kami sampai tak Nampak pun ada Zara?” tanya Arya

“Uncle lupa? Semua design rumah ni ikut cita rasa Zara dulu? dan Zara juga ada simpan kunci pendua setiap penjuru rumah ni” ucap nya sambil menunjuk kan segugus kunci di tangan kanan nya.

Alex melihat ke arah mama nya “ Ma..tolong bawa Kela masuk bilik mama dulu boleh?”

Laila mengangguk dan terus membawa Kela masuk ke bilik yang di tempati nya bersama kela sebelum nya meninggal kan Alex dan suami nya mengurus kan Zara yang sudah naik gila.

****
“Zara kenapa pakai baju saya?” tanya Alex setelah Zara duduk di sofa menghadap nya

“I nak peluk you tapi tak dapat jadi terpaksa lah I pakai baju you. I miss you Lex! “ ucap nya dengan wajah yang sendu

“Alex!..papa tak nak Alex berubah hati. Dari dulu juga papa tak berkenan dengan perempuan ni. Tapi papa diam je sebab mama teringin sangat nak bermenantu kan perempuan yang mempunyai akal sihat empat puluh peratus sahaja ni.” Warning dari Arya buat anak nya.

“Zara..saya dah kahwin pun. Tu dalam tu dengan mama saya tu isteri saya. Dan saya sayang sangat kat dia melebihi saya sayang diri saya sendiri. Tolong lah lepas kan saya.” Rayu Alex

“ I tak mahu lepas kan you Alex…I boleh jadi second wife you and I janji I akan layan you dan Kela dengan baik. Please…”

“Zara! Malu Zara! Sampai bila bila pun saya tidak akan pernah mendua kan Kela. Dan saya sangat bersyukur sebab saya tak jadi kwin dengan awak dengan perangai awak yang tak semengah ni” jerkah Alex

“I macam ni dengan you je Alex!”

“Balik sekarang! Zara awak balik” usir Alex

“I tak akan balik Alex sebab semua baju baju I dah I bawa datang sini dan I akan tinggal dekat sini dan I akan tidur dalam bilik you!” Zara menunjuk kan keras kepala nya membuat kan Arya dan Alex melopong.

“Papa!..Alex tak boleh terima kerja gila macam ni pa” Alex memandang papa nya yang dari tadi menjadi pemerhati

“Sabar Lex. Ada papa dan mama. Kalau dia nak sangat bilik Alex tu. Bagi je dia tidur sana. Alex dan Kela boleh tidur di bilik sebelah bilik papa dan mama.” Ujar Arya

“Tapi Alex tak boleh sebumbung dengan dia pa..apalagi Kela. Lagi pun dia tu orang luar”

“Sabar lex..kita paksa pun dia tak kan keluar, buat sakit jiwa kita saja. Kita akan buat dia keluar dengan sendiri nya nanti. Percaya cakap papa” Arya menepuk bahu anak nya.

“Ton!..bawa yang lain pindah kan barang Alex dan Kela masuk bilik tu” Tunjuk Arya pada bilik satu nya lagi di sebelah bilik tetamu.

“Baik Tuan” jawap Mak Ton kemudian bergegas mencari yang lain nya

“Alex hairan dengan pembantu rumah ni kenapa tak lapor kan pada Alex kalau ada makhluk halus ni masuk rumah” gerutu Alex

“Sayang…I akan buat you jatuh cinta dengan I lagi lepas ni” ucap Zara yang sudah putus urat malu nya secara tiba tiba

“Cik Zara! Cik Zara jangan nak melampau nak panggil suami saya sayang sayang ya. dah lah gedik. Yang kau pergi pakai baju laki aku ni kenapa hah?” Kela tiba tiba meluru keluar dari bilik mertua nya dengan emosi yang sulit untuk di bendung

Alex dengan langkah cepat mendekati isteri nya lalu memeluk tubuh kecil itu dan baru kali ini lah Alex melihat buah hati nya itu mengamuk

“Sayang..sayang tak boleh marah marah macam ni jom kita masuk bilik mama dulu” pujuk Alex sementara Zara hanya melempar kan Smirk melihat kemesran pasangan itu

“perempuan gila. Mujur bukan keturunan aku” ucap Arya yang juga menyusul Kela dan Alex

****
“Lah…mama tinggal kejap masuk bilik mandi tadi lah ni” Laila merasa bersalah kerana lalai menjaga menantu nya

“Tak apa ma..” jawap Alex sambil menduduk kan isteri nya di birai katil kemudian berlutut di depan Kela.

“Sayang tak boleh stress..ni masih baru lagi tau. Abang tak nak baby kita ada masalah nanti” pujuk Alex sambil mengelus perut leper isteri nya

“Jadi Kela mengandung Lex?!” tanya mama dan papa nya bersamaan

“Betul ma pa. Alex juga baru tahu pagi ni. Sebab tu Alex tak nak Zara muncul depan Kela. Alex takut perempuan tu akan berbuat di luar dugaan kita nanti nya. Alex tak sanggup” jelas nya sambil memandang kedua orang tua nya
“Alhamdulillah…akhir nya kita ada cucu pa” mata Laila sudah berkaca kaca sambil memeluk suami nya yang juga mempunyai ekpresi yang sama

“Papa akan tolong Alex pikir kan cara nak halau Zara tu.” Janji Arya pada anak nya “tahniah Lex…tak lama lagi nak jadi Daddy. Kena jaga Kela elok elok lepas ni”

Alex mengangguk dan bangun memeluk isteri nya yang masih lagi diam seribu Bahasa dengan muka empat belas nya.

“Abang…Maaf kan saya ya. saya tak boleh tahan nak marah kat Cik Zara” ucap Kela setelah lama terdiam

“Sayang tak salah pun. Memang pun dia tu layak untuk di marahi. Cuma abang tak nak sayang marah sebab tak baik untuk baby dan sayang sendiri.”pujuk Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience