22

Romance Completed 245339

Saat makan tengahari Laila menjeling ke arah Kela terlebih dahulu sebelum meluah kan apa yang terpendam di hati nya

“Lex, Zara dah balik Malaysia” ucap nya

Deg!

Jantung Kela terasa berhenti berdegup seketika dan entah kenapa hati nya sedikit risau. Begitu juga dengan Alex yang langsung menghenti kan suapan nya menjeling isteri nya tetapi sayang nya Kela berpura pura tuli dan tidak mendengar apa apa.

“Mama..mama nak Alex buat apa?” tanya Alex kemudian

“Lex..kalau mama mintak Kela di nikah kan dengan Mike Alex sanggup ke?” tanya Laila geram

“Alex tak mahu Kela menikah dengan Mike mama”

“Atas alasan apa?”

Alex terdiam dan tidak tahu harus menjawap apa lagi pada mama nya yang sudah terlihat serius.

“Sebab Kela isteri Alex kan?”

Uhuk uhuk uhuk Kela tersedak air minuman nya mendengar apa yang baru saja keluar dari ibir mertua nya.

Laila menghenti kan suapan nya kemudian mengurut belakang Kela sementara Alex sudah kalut sendiri takut isteri nya tertelan tulang ke apa.

Setelah melihat Kela sudah baik baik sahaja Laila kembali menduduk kan diri nya di kerusi nya semula

“mama” panggil Alex

“Alex nak sembunyi sampai bila perkahwinan korang berdua ni? Mama dah berminggu tunggu salah satu dari korang mengaku dengan mama, tapi korang berdua ni malah berdrama tuan dengan pembantu. Jumpa diam diam belakang mama. Ingat mama tak tahu ke?” sembur Laila.

“Maaf kan kami ma” ucap Alex serba salah. Kela hanya diam membisu

“Mama ni, kalu bukan si Zara tu dah balik sini. Mama layan kan saja drama korang berdua ni baru padan muka” marah Laila

“Ma..jangan marah abang..ni semua sebab saya yang mintak.” Ucap Kela takut takut.

“kenapa Kela nak sembunyi kan dari mama nak? Kela takut mama tak terima Kela?” tanya Laila

Kela hanya mengangguk kerana itu lah kebenaran nya “Maaf” ucap nya sepatah

Laila merasa serba salah “ Kela..mama tak pilih siapa menantu mama. Dulu memang mama minta Alex nikah cepat dengan Zara sebab dia rapat dengan Zara, itu je. Dan sekarang mama bersyukur mendapat menantu seperti Kela.”

“Jadi mama dah tahu dari awal?” Alex membulat kan mata nya

“Ya..mama dan papa dah tahu sehari selepas korang berdua akad nikah. Kami tertunggu tungu kabar dari Alex dan sampai mama memutus kan datang sini nak lihat sendiri menantu mama yang kata nya comel sangat malah lebih cantik dari Zara. Ternyata benar” ucap Laila sambil tersenyum memandang Kela

“Jadi mama sengaja lah cerita nya selama seminggu ni jauh kan Kela dari Alex?”

“Ya..padan muka..seronok main sorok sorok dengan mama?” Laila menjegil kan mata pada Alex

“Alex tak sangka, mama sanggup buat Alex macam ni. Mama tahu tak Alex tahan rindu dengan isteri selama seminggu. Nak tidur malam betapa payah nya bila tengok sebelah Alex tak jumpa muka comel tu?” tunjuk Alex pada Kela dengan dagu nya

“Ada mama kisah? Janji mama puas hati dapat luang masa dengan menantu mama.” Santai jawapan Laila

“Tak apa ma…kita makan dulu ya. lepas ni kita debat balik kat ruang tamu. Alex masih tak puas hati dengan mama dan kembali menyambung suapan nya

“Cih!..siapa takut. Mama juga belum selesai berdebat dengan Alex” jawap Laila

****
Selesai makan kedua beranak itu betul betul menyambung perdebatan di ruang tamu rumah

“Bagi sini bini Alex ma” pinta nya

“Tak nak. Urusan Alex dengan mama belum selesai.”

“Sayang…”panggil Alex lembut tapi malah Kela hanya mengangkat bahu nya kerana takut mengingkari arahan mertua nya yang meminta diri nya duduk di samping wanita itu

Alex terlopong tidak percaya. Lelaki itu kini bangun dan menduduk kan diri nya di samping Kela membuat kan Kela kini tersepit antara suami dan mertua nya

“Malam ni Alex ambik Kela dari mama.” Ucap nya lalu menarik Kela masuk ke dalam pelukan nya

“Ck!..gatal juga anak mama ni. Main peluk peluk macam tu” sindir Laila

“mama tak tahu macamana Alex berjuang nak dapat kan Kela. Dan sampai sampai sini malah mama jajah isteri Alex” ucap Alex geram

“Abang…tak baik cakap macam tu dengan mama” nasihat Kela

“Sampai Alex kunci kan rumah Kela dengan kunci sebesar kepala gajah kan? pas tu paksa Kela pindah apartment sampai paksa Kela nikah dengan Alex? Apa yang mama dan papa tak tahu pasal Alex?” tanya mama nya yang berusaha menahan senyum

“Owh…jadi siapa agak nya orang di samping Alex yang jadi pengkhinat ni ya” sindir Alex

“Ada lah tu’ jawab Laila kemudian

Seketika keadaan jadi senyap. Kini Alex boleh menarik nafas lega kerana telah mendapat kan semula isteri nya.

“Mama…pasal Zara”Alex memandang mama nya

“mama juga hairan kenapa dia balik tiba tiba. Alex jangan risau.apa pun yang terjadi..mama Cuma tahu si comel ni menantu mama” Laila mencolek pipi Kela geram

“Abang selesai lah urusan abang dengan cik Zara baik baik. Ajak dia jumpa. Jangan menghindar” pinta Kela

“Sayang…ni sayang demam ke? Kenapa mintak abang jumpa perempuan lain? Sayang tahu tak Zara tu siapa bagi abang?”

“Abang..saya minta abang jumpa Cik Zara sebab saya percaya kan abang. Kalau abang tak jumpa dia..macamana masalah abang dengan dia nak selesai. Saya sayang kan abang jadi saya percaya kan abang. Kecuali lah dalam hati abang masih ragu dengan pilihan abang” tekan Kela

Laila kagum dengan cara berfikir Kela. Usia nya masih belia tapi mampu berfikir seperti orang dewasa. Kali ini Laila percaya Alex telah menemu kan seseorang yang tepat untuk mendampingi nya.

“Tapi sayang…abang malas nak jumpa dia”

“Terserah abang..abang fikir lah mana yang terbaik abang rasa. Saya tak kan paksa abang. Cuma satu yang saya nak pesan. Jangan pernah menyesal dengan keputusan yang abang pilih.”

“Maksud sayang?” Alex mengerut kan dahi nya

“Kalau abang masih sayang kan Cik Zara..saya ikhlas kan abang buat Cik Zara.apa yang terbaik saya ikut je” sakit sebenar nya Kela mengucap kan kata kata itu tetapi kela betul betul ikhlas dengan ucapan nya.

Alex merasa terharu dengan ketulusan isteri nya “abang tak akan lepas kan sayang selama nya dari hidup abang. Seorang Zara boleh terganti kan dalam hati abang. Tapi bukan Mikela, abang tak sanggup”

di peluk nya tubuh kecil isteri tercinta dan menarik nafas dalam dalam sambil mencium bau badan kela yang sangat di rindui nya.

“Lex…mama masih boleh di lihat dengan mata kasar kan? “tanya Laila setelah sekian lama

Alex yang faham dengan maksud pertanyaan mama nya hanya tertawa tipis dan semakin mengerat kan pelukan nya kemudian baru lah melepas kan isteri nya.

“Tak Nampak pun ada mama..yang ada hanya puan Medusa bukan puan Laila” usik Alex

“Alex!!...Laila mencubit geram anak nya kerana hari ini sudah dua kali Alex memanggil nya Medusa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience