Season 2 chapter 3

Romance Completed 245339

Perhatian Alif selalu teralihkan semenjak keluar dari café tadi.nama yang sama tetapi dua orang yang berbeza.

Tasha yang dari tadi berceloteh bercerita mengenai betapa gila fansnya yang sanggup membelikan hadiah mahal mahal dan bermacam lagi cerita yang keluar dari bibir Tasha langsung tidak menarik minat Alif malah lelaki itu masih lagi terjebak memikirkan pelayan café tadi.

“sayang! hey, you okey ke ni?” tegur Tasha setelah merasa bercakap sendiri tanpa respon dari Alif

“Oh!..a…okey! saya okey je” jawap Alif yang kelihatan sedikit gugup

“Pelik..” jeling Tasha “okey I balik dulu nak rehat. Malam nanti I nak fly ke Bali” rajuk Tasha.

“Okey jangan merajuk please..sorry. jom kita jalan lagi” pujuk Alif

Tasha menggeleng “ lain kali. I betul betul nak rehat”

“Okey, saya hantar balik” tawarnya tapi wanita itu malah menolak. Dan dengan berat hati akhirnya Alif terpaksa berpisah dengan Tasha dan membatalkan janji untuk tengok wayang bersama.

Setelah berpisah dengan Tasha sebentar tadi kini Alif melangkah tanpa arah tujuan dan sekadar mengikut kemana kakinya melangkah

Buk!

Tiba tiba Alif terlanggar seseorang

“sorry sorry saya tak sengaja…maaf tuan saya nak cepat”ucap gadis itu dan terus berlari

“suara tu kenapa aku pernah dengar” gumam Alif sambil memandang gadis kecil yang melanggarnya tadi kini sedang berlari cepat menuju ke pintu keluar mall

“pelayan café tadi, “mata Alif membulat dan teringat akan isteri hodohnya “kenapa suara pun mirip?” gumamnya lagi.

Alif segera menghubungi Terry sahabat baiknya dan saat ini lelaki tampan itu sangat memerlukan seseorang untuk berbagi cerita.

Setelah menunggu hampir satu jam duduk termenung seperti orang gila dalam kereta, akhirnya yang di tunggu pun tiba. Alif terus keluar dari keretanya setelah melihat BMW milik Terry terparking cantik sebelah keretanya.

“hai bro! sorry lama kau tunggu” sapa Terry

“Tak apa jom naik kereta aku” Terry tanpa banyak tanya terus sahaja masuk di sebelah pemandu. Setelah itu Alif melajukan keretanya menuju Blue Café yang berjarak dua bangunan dari Mall tempatnya menunggu Terry dan berpisah dengan Tasha tadi.

“kau apasal bawa aku datang sini?” tanya Terry pemuda Chinese muslim itu terlihat sedikit bingung. Kalau sekadar ingin berbual dan minum, dekat mall tadi pun ada café dan kenapa harus pergi sejauh ni fikirnya.

“kita masuk dulu baru aku cerita” jawap Alif dan kedua pemuda tampan itu kini melangkah bersama masuk ke Blue Café

Glup!

Feli yang melihat siapa pelanggan yang baru masuk tadi terpaksa menelan ludah kasar “alamak…tak ada Café lain lagi ke sampai dia ni datang sini. Dah lah si Zizi keluar. Tak kan aku nak mintak Kak Mona ambik order pulak” bisik Feli.

“feli…kenapa termenung tu? Gi ambik order” arah Mona

“Kak…saya sakit perut tiba tiba kak” ucap Feli berharap Mona yang menawarkan diri untuk pergi menyapa lelaki yang baru beberapa jam tadi sah menjadi suaminya

“Feli…akak tak percaya. Pergi sana ambik order. Asal tengok lelaki handsome je kau nak lari. Dengan perangai kau ni sampai tua lah si Zizi tu jaga kau sebab tak laku nanti” bebel Mona yang tidak tahu perkara sebenar

Feli tiada pilihan lain selain menyapa kedua lelaki tampan itu “semoga dia tak kenal aku yang macam ni. Semangat Feli…jangan takut” gadis itu memujuk dirinya sendiri lalu melangkah menghampiri meja yang di tempati Alif.

“selamat petang..encik nak order apa?” tanya Feli dengan suara yang di buat seceria mungkin

Alif mengambil kesempatan itu menatap wajah Feli sepuasnya dan ada sesuatu yang membuatnya merasa begitu dekat dengan gadis itu tapi apa alasannya kerana mereka baru sahaja berjumpa dan semua itu membuat Alif semakin bingung dengan dirinya

“Encik…”Feli melambaikan tangan di depan wajah suaminya

“Oh, sama je dengan dia” Alif malu kerana tertangkap basah sedang memerhatikan gadis itu secara terang terangan.

Setelah selesai menulis pesanan keduanya, kini Feli berlalu meninggalkan Alif dan temannya dengan menarik nafas lega.

“Alif, kau ni apasal? Aku tengok kau ni lain macam je. Dah la kau tengok budak tu tadi macam kau nak telan je” tanya Terry

“Ni yang aku nak cakap dengan kau. aku rasa aku dah gila ke apa. Budak tu, aku hari ni baru jumpa tiga kali je tapi aku teringat terus kat dia dan aku rasa macam aku kenal tapi tak tahu kenal kat mana” keluh Alif dan mengeluarkan segala yang terpendam di hatinya sejak tadi.

Terry tertawa perlahan “Alif..kau jangan ulang kisah cinta daddy kau yang jatuh cinta dengan mummy kau dulu pulak sebab aku tengok budak tu pun paling besar umur dia pun dua puluh tahun sedangkan kau dah dua puluh enam bro”

“Kau tau dari mana kisah cinta mummy dengan daddy aku?”

“Kau lupa mama aku dulu setiausaha daddy kau?” ucap Terry yang ternyata adalah anak hasil dari perkahwinan Lily dengan seorang lelaki berbangsa cina.

“Silakan..”
Feli sekali lagi kembali untuk menghantar minuman dan snack yang di pesan oleh dua lelaki itu tadi

“Boleh saya tahu nama awak siapa?” tanya Alif tiba tiba sehingga membuat feli hampir menumpahkan jus yang di pegangnya.

“Er…maaf tuan” ucapnyanya dan memilih berlalu pergi tanpa menjawap soalan dari suaminya

“Felicia Arini Binti Hassan!” jerit Alif geram sehingga membuat Feli berpaling kerana terkejut lelaki itu memanggil nama penuhnya

“Jadi awak Felicia yang saya kenal?” kali ini Alif sudah maju ke depan

“Bukan tuan..saya kawan Felicia”

.”Bohong. kalau awak kawan dia kenapa muka awak Nampak terkejut. Sekarang bagitahu saya siapa nama awak?” Alif semakin mendesak sementara Terry hanya bertindak menjadi pemerhati

“Saya…saya…”

“Feli..apasal ni? Awak buat customer marah ke?” tiba tiba Zizi datang dari luar menjawap semua persoalan di benak Alif

“Jadi nama awak Feli?” matanya tajam memandang Feli yang sudah merenung Zizi dengan tatapan membunuh

“Feli..”Zizi masih tidak memahami situasi

Saat ini ingin sekali Feli menenggelamkan dirinya ke laut china selatan lari dari masalah yang bakal berpanjangan nanti

“Felicia Arini jawap saya” Alif menekan kan suaranya menatap gadis itu dengan geram dan sekarang Alif yakin bahawa Felicia yang berdiri di depannya sekarang adalah Felicia yang dia nikahi sebentar tadi tapi kenapa berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience