16

Romance Completed 245339

DIRGANTARA CORP FAMILY DAY

“sayang….” Alex merengek nak ikut Kela masuk bilik nya

“No! honey…abang balik bilik abang suh suh” halau kela

“sayang ingat abang ni ayam ke halau macam tu?” rajuk Alex

Kela Cuma tergelak “saya masuk dulu…selamat berehat firaun ku sayang…” kela memain kan rambut Alex sebelum menutup pintu nya.

Alex sangat geram dengan perangai kela yang seolah tidak ada perasaan “ ni mesti karma aku yang takut sangat Kela jatuh cinta dengan aku dulu dan last last aku pulak yang terjerat” Bebel Alex kemudian masuk ke bilik yang sudah di sedia kan untuk nya

Lelaki itu merebah kan tubuh nya di atas katil king size dan terkedip kedip memandang lelangit bilik sambil menyeluk saku seluar nya

“sampai hati betul kela. Chat aku pun tak” gumam Alex lalu melempar kan kembali telefan nya sembarangan.

Drrrt drttt..{ incoming call}

Alex kalut bangun dari baring nya dan mencari telefon yang di lempar nya sebentar tadi.ternyata Mike yang menghubungi nya.

Dengan malas nya Alex menjawap “Ya mike”

“Lex, aku teka kau mesti tersisih kan?”

“kau tau macamana?”

“Aku dengar nada kau macam orang tersisih. Dah jom turun sini ada Brandon sekali. Tak payah sedih sedih. Pisah seminggu je kan?’

“mana?”

“café bawah ni”

Tuuut….

Alex memutus kan talian sepihak. Hati nya kecewa ingat kan Kela yang menghubungi nya rupa nya Mike yang ingin mengajak lepak bersama.

Setelah membasuh muka dan mengganti pakaian santai nya. Alex bersedia turun ke café di mana kedua sahabat nya sedang menunggu untuk tea time bersama.

****
Tok tok tok

Pintu bilik kela di ketuk

“ni mesti si singa ni datang sini merengek lagi” bebel Kela sambil tangan nya memulas tombol pintu

“Cik Ayu!” kela terkejut ternyata Cik Ayu yang mengetuk pintu nya.

“Kenapa? Kau ingat siapa? Ke kau tunggu seseorang?” tanya Ayu dengan raut wajah mengejek

“Tak lah, saya tak tunggu sesiapa. Saya ingat kan Cik Lily tadi” bohong kela

“Kau ingat kau siapa sampai Cik Lily sanggup datang sini cari kau?” Ayu masuk ke dalam bilik Kela tanpa si persila kan.

“Cik Ayu ada perlu apa datang sini?” tanya Kela

“Esok acara sukaneka aku tugas kan kau jaga tepi padang dari pagi sampai tengahari jangan nak menggatal kau nak ikut bersukan” arah Ayu

“baik Cik Ayu”

“satu lagi. Aku juga tugas kan kau kutip semua sampah sampah bersama tiga lagi cleaner lain nya selepas tamat acara esok. Dan selama satu minggu itu lah kerja kau. Jangan escape.”

“baik Cik Ayu”

Ayu memandang Kela dari atas ke bawah “ sejak bila kau jadi simpanan tuan Alex yer?. Setahu aku tuan Alex ada kekasih yang bernama Zara. Cantik malah seorang pereka fesyen lagi tu.”

Glup!

Kela menelan ludah nya kasar “ni mesti sebab si singa tu panggil aku sayang depan dia masa kat lobi ari tu” Batin Kela

“Kenapa kau diam? Tak boleh jawap. Biasa lah kan. kau jangan ingat aku takut kat kau sebab kau simpanan tuan Alex. Suatu masa nanti setelah kekasih dia kembali kau akan di tendang nya dan masa tu lah aku akan bongkar aib kau yang goda CEO DC” ucap Ayu dengan sombong nya

“Cik Ayu kenapa benci sangat dengan saya?” tanya Kela “ sedang kan saya tak pernah pun kacau hidup Cik Ayu. Kalau saya ada buat silap dengan cik Ayu, saya minta maaf.”

“Aku Cuma tak suka kan kau. Di sebab kan kau yang berlagak lemah tu Tuan Alex marah aku depan orang ramai. Di sebab kan kau juga Tuan Mike hukum aku cuci tandas satu bangunan.”

“Itu atas kehendak mereka sendiri, bukan saya yang mintak. Lagi pula tu salah cik Ayu sendiri siapa suruh berlagak. Dah lah baru masuk kerja.”sembur kela yang sudah hilang sabar nya

Ayu mendengkus kasar “berlagak! Ck ck ck..tengok tu siap pasang inai lagi kat jari, kenapa? Berangan nikah dengan Tuan Alex ke awak ni?” tunjuk Ayu pada jemari Kela yang masih lagi merah dengan inai

Seketika tubuh kela menegang teringat akan suami nya “alamak…dia juga pakai inai” batin kela

Kela akhir nya menolak tubuh Ayu untuk segera beredar dari bilik nya “Cik Ayu keluar sekarang saya tak ada masa nak layan tetamu apalagi tetamu yang menyakit kan hati macam cik Ayu” halau kela

“Awak halau saya..”

Tup

Kela terus menutup dan mengunci pintu dari dalam. “ Fuh…naya aku di sebab kan inai ni” gumam kela

Segera kela berlari mencari telefon nya dan tok! Tok! Tok! Pintu bilik nya sekali lagi di ketuk

Kela melangkah laju dan sambil menarik muka masam nya lalu memulas tombol pintu “ha ada apa lagi cik! ..A-abang…” panggil kela setelah mendapati yang berada di depan nya sekarang adalah suami nya

Alex mengerut kan dahi nya “ ada orang datang ke sebelum abang?”

Kela tidak menjawab soalan suaminya dan malah menarik suami nya masuk ke dalam dan mengunci pintu setelah Alex duduk di birai katil.

“sayang apasal muka ketat ni?” tanya Alex

“Abang..tu tengok jemari abang” kela juga menayang kan jemari nya di depan Alex

“kenapa?”

“Abang…inai ni nak sembunyi macamana? Tak lah pelik nanti orang tengok kita berdua sama sama berinai macam ni.?” Ucap kela dengan wajah kalut nya.” dah tu cincin ni pulak sepasang” kela menunjuk kan cincin nikah mereka

Alex menahan tawa nya sekuat mungkin.”dah tu?”

“hah!..abang…pikir lah jalan keluar”

“sayang kan bijak…abang ikut sayang jer..Cuma cincin kawin ni memang tidak boleh di tanggal kan. harus selalu pakai”

Kela dapat menangkap bau bau perlian dari ucapan suami nya sebentar tadi “abang nak kena kan saya ya?” kela memicing kan mata nya

“haha..buat apa lah nak kalut sangat sayang..sampai masa orang tahu. Nak sembunyi macamana pun tetap orang tahu juga.”

“tapi bukan sekarang kan abang…kela sekolah tak habis lagi”

“sayang tak habis sekolah pun tak apa. Kan dah ada abang”

Kela terlihat berpikir seketika dan sambil melepas kan nafas berat nya menduduk kan punggung nya di sebelah suami nya

“Abang…saya rindu kat ibu” ucap nya tiba tiba

Alex memeluk bahu Kela erat “ habis family day ni kita jenguk pusara ibu ya”

Kela mengangguk cepat “terima kasih”

“abang sayang kan kela.jangan sedih sedih.” Pujuk Alex “oh ya..minggu depan mama nak datang sini” ucap Alex

Kela segera menegak kan tubuh nya terkejut dengan kenyataan suami nya tadi “mampus aku, ambik kau kela….” Gumam nya.

Share this novel

Lian aen
2021-10-24 23:38:28 

Si Ayu karat ni x habis2 cari pasal ngan Kela

Rohani Hussin
2021-10-13 11:10:29 

Best..update pleaaee


NovelPlus Premium

The best ads free experience