Season 2 chapter 13

Romance Completed 245409

“Daddy!! Alif!!!”panggil Kela tanpa melepaskan Feli

Merasa di panggil Alif dan daddynya segera bergerak ke ruang tamu dengan langkah yang cepat takut terjadi sesuatu dengan kedua wanita penting dalam keluarga Dirgantara itu

“Kak Qis!!!...”Alif melihat sang kakak langsung berhamburan berlari memeluk wanita cantik yang kini masih tercegat berdiri di tempatnya tadi.

Feli akhirnya melepaskan pelukan mertuanya dan bangkit dari duduknya begitu juga dengan Kela yang mengesat air mata bahagia melihat kedua buah hatinya saling berpelukan melepas rindu di depan matanya

“Tak malu, dah besar masih manja dengan kakak” usik Balqis kemudian menggosok rambut adik tersayangnya

“Qis…”panggil kela

Balqis melepaskan pelukan adiknya dan memeluk mummy tercintanya kemudian beralih pada cinta pertamanya iaitu daddynya yang sudah mendepakan tangan menunggu puteri manjanya masuk ke dalam pelukannya

“Eh!..tunggu..baju daddy ada kena darah ular. Daddy ganti baju dulu” Alif menghalang kakaknya memeluk sang daddy.

“Oh! Daddy lupa. Qis duduk dulu daddy mandi kejap” Alex meminta diri dan di anggukkan oleh Balqis

“Ni…Felicia kan?” Balqis menatap Feli yang masih lagi memaku dengan wajah pucatnya

Feli mengangguk segan dengan kakak iparnya yang terlihat sangat cantik dan mendekati kata sempurna dari penampilan luarannya.

“Lif…pandai cari isteri dapat yang pemalu” usik Balqis yang juga agak ragu untuk mendepakan tangannya meminta Feli memeluknya

Sedikit ragu Feli akhirnya maju dan memeluk wanita cantik itu dan di balas dengan erat oleh Balqis “selamat datang ke keluarga lelaki manja..hehe” Balqis tertawa di hujung ucapannya.

Kela dan Alif hanya tertawa mendengar ucapan Balqis begitu juga dengan Feli

“Oh ya, tadi masa Qis masuk apasal Feli macam orang takut je?” Balqis meminta jawapan daripada mummynya setelah meleraikan pelukannya dengan Feli.

Kela meminta semuanya duduk dulu sebelum mulai bercerita. Alif meraih pinggang isterinya dan mengajaknya duduk bersama sementara Balqis sendiri sudah duduk memeluk mummynya dengan manja

“Tadi ada orang kirim kotak tak tulis nama tapi kotak tu buat Feli dan tahunya dalam kotak tu ular tedung. Mujur daddy cepat tepis” beritahu Kela kemudian menggeleng perlahan

“masih ada bisa lagi tu” sampuk Alif yang masih lagi memeluk pinggang isterinya.

Balqis mendengus “semua kerja Tasha..tak ada orang lain lagi” tuduhnya

“Qis…”Kela takut Feli semakin takut sebenarnya

“Betul lah mummy, ni Alif ni macamana lah dulu boleh buta sampai jatuh cinta dengan perempuan sengal macam Tasha tu.

“kak…jangan la sebut lagi. Tengok ni” Alif menunjuk Feli dengan dagunya sehingga membuat Balqis tersengih serba salah.

“Hai princess daddy…”Alex yang sudah siap mandi kini bergabung dengan keluarganya

Balqis bangun memeluk daddynya dengan erat “ Qis rindu sangat dengan daddy”

Alex mengusap lembut rambut anak gadisnya “ dah tak balik sini. Daddy dengan mummy juga rindu kat Qis. Macamana? Balik terus ke atau balik sekejap?” Alex mengajak princessnya itu duduk kembali

“Qis balik terus” jawap Balqis sambil tersenyum dan memegang tangan mummy dan daddynya “Qis nak luang masa dengan daddy, mummy juga pengantin baru tu dan tak kan pergi mana mana lagi”

Gadis itu selepas habis belajar terus di tawarkan bekerja di sebuah syarikat asing dan terpaksa di pindahkan ke Singapore untuk menggantikan seorang manager cawangan di sana yang resign dan selama setahun gadis itu sibuk dengan pekerjaannya dan cutinya juga sentiasa cancel sehingga menyebabkan gadis itu memilih resign dan akan kembali bekerja dengan daddynya.

“Alhamdulillah..” ucap Kela yang yang merasa kebahagiaannya kini berlipat kali ganda setelah menyambut menantu kini malah anak gadisnya telah memilih untuk berpindah balik. Dua hal yang membuat Alex dan Kela sangat sangat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan pada mereka.

Sedang yang lain asyik berborak Feli mencubit halus perut suaminya membuat Alif terkekeh perlahan

“kenapa sayang?”

“Macamana kak Balqis tahu nama saya?” tanya Feli perlahan tapi masih mampu di dengar oleh Balqis sendiri

“Sebab suami Feli tu popular…tumpang populariti si Tasha sengal tu. Kak Balqis ada baca gosip pasal cinta segitiga yang di war war kan oleh Tasha” jawap Balqis lancar

“Kakak!!!!...boleh tak kalau cakap tu sensor sikit, jangan kaitkan Alif dengan Tasha lagi. Alif tak suka” bantah Alif dengan muka masam

“kalau Alif suka pun akak yang hantuk kepala Alif kat dinding biar sedar diri sikit” timpal Balqis

Alif kembali membuka mulut ingin menjawap kakaknya tetapi Feli dengan cepat menutup mulut suaminya yang selalu tak ada brek kalau bercakap

“Sayang…” Alif memandang Feli dengan menautkan kedua alisnya

“jangn berdebat dengan kak Qis” pinta Feli dan akhirnya Alif menurut

“Abang tak masuk pejabat ke? Feli mengalihkan fokus suaminya

“Tak balik pejabat kot sayang, makan pun belum lagi alamak….”

“Tom yam hangus!!!!” jerit Alif dengan daddynya serentak

Kedua lelaki itu segera berlari menuju ke dapur semula dengan tergesa gesa dan di ikuti Kela, Feli dan juga Balqis

****
Sementara di dapur sana dua orang pembantu baru dan juga watie sedikit bingung nak masak ke tidak kerana tadi majikan mereka ingin memasak sendiri dan saling termenung menatap bahan masakan di atas meja kecil.

“Lah….tadi tak sempat masak la daddy….” Alif menepuk dahinya kemudian mengurut dadanya lega setelah mereka tiba di dapur dan melihat bahan masakan masih lagi tersusun cantik atas meja.

Alex tertawa terpingkal pingkal “daddy ingat periuk dah hangus dah..baru je nak susun ayat nak bela diri”

Alif juga akhirnya turut tertawa.

“Tuan nak masak macamana ni?” Watie akhirnya memberanikan dirinya bertanya setelah tawa Alif dan daddynya reda

“Tak apa..biar saya yang masak. Awak potong bawang jer” arah Alif

“Tak apa..biar saya potong” Alex pula yang dengan sukarelanya menawarkan diri memotong bawang sehingga membuat ketiga pembantu itu merasa serba salah dan terpaksa mengikut arahan.

Semenatara itu di satu tempat yang lain seseorang sedang menyusun langkah selanjutnya untuk menghancurkan Feli dan Alif sekaligus.

Kasih Carlos akan syaa sambung lepas novel ni ya..minggu ni mungkin syaa akan usahakan untuk she is mine saja dulu. Dan syaa janji akan habiskan dua lagi yang belum tamat sampai hujung bulan ni. Sebab bulan depan syaa akan daily dekat platform sebelah untuk event stary..doakan syaa berjaya ya...(hehehe) Terima kasih n happy reading.

Share this novel

Syafieqah Saifull
2021-11-11 22:38:49 

amiin2..semoge syaa berjaya dlm bidang yg syaa ceburi,SY suka crita syaa ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience