Season 2 chapter 15

Romance Completed 245339

Plak!

“sayang!” Alex terkejut dan sangat tidak menyangka isterinya akan menaikkan tangan pada Feli

“Apa Feli buat dekat luar tadi hm..? cuba beritahu semua orang” pinta Kela. Masih terbayang di matanya bagaimana Feli menangis di depan Azizi tadi tapi itu hanya sekilas pandangan kasarnya sahaja tetapi cukup membuat wanita itu sakit hati

“Mummy…” Alif cuba untuk menenangkan mummynya tapi di tepis Kela dengan kasar

Feli hanya mampu terisak dan menerima setiap makian yang di terimanya dari Zara mahu pun dari mertuanya sendiri

“awak berdua kawin sebab wasiat kan? sekarang Alif dah laksanakan tanggungjawap dia dan dah tunaikan apa yang menjadi tanggungjawap dia. Terserah Feli nak pergi mana nak jumpa siapa tapi sebelum tu Feli dengan Alif cerai dulu” kela sudah di kuasai amarah yang menggebu begu sehingga tidak dapat befikir jernih

“Mummy…!” tolong jangan buat keputusan sepihak. Mummy kena tanya dulu pendapat Alif kalau nak kami bercerai” bantah Alif yang sudah kasihan melihat isterinya hanya menerima dan tidak berniat untuk membela diri

“Alif! Tasha dengan Feli ni sama je!” marah Kela

“Sayang diam!” bentak Alex dan baru kali ini setelah sekian lama mereka mendirikan rumahtangga baru kali ini Alex membentak kela.

“Abang..” kela tidak percaya dirinya di bentak sang suami

“Daddy yang izinkan Azizi teman Feli keluar sebab anak kesayangan mummy sibuk layan si Mimi dan membiarkan isteri sendiri keluar beli barang rumah. mummy dah lupa ancaman yang Tasha bagi kat Feli sebelum ni? Mummy nak Feli keluar sendiri dan biarkan sesuatu terjadi pada menantu kita? Mcam tu?” marah Alex

Kela terdiam dan baru menyedari kalau dirinya sudah keterlaluan sambil menatap Feli yang menghapus air matanya perlahan.

“Feli masuk dulu daddy” ucapnya kemudian berlalu pergi meninggalkan semua orang di ruang tamu. Hatinya sakit bila di hakimi sepihak dan lebih sakit lagi wanita yang di anggapnya seperti ibu dan di sayanginya sepenuh hati malah meragukan dirinya.

Kela memandang kepergian Feli dengan perasan yang bercampur aduk. Alif yang berniat menyusul isterinya di cegah oleh Alex “Bagi Feli bertenang dulu”

Langkah kaki Alif terbantut mendengar permintaan daddynya. Dalam hati Alif mengutuk dirinya sendiri kerana telah mengabaikan isterinya.

“Mummy dengan Alif kena ingat. Kalau Feli tinggalkan Alif kedepannya mungkin Alif tak kan pernah dapat isteri sebaik Feli” ucap Alex kemudian menjeling tajam pada Zara sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu.

Kela terkesima dan merasa dirinya sangat bersalah menghakimi Feli tanpa meminta penjelasan terlebih dahulu

“Kela..” panggil Zara

“Dah Zara..bagi aku bertenang dulu. Kau pergilah rehat. Aku nak solat” Kela juga berlalu pergi mennggalkan Zara, Alif dan juga mimi di sana

“Lif…sorry..” Mimi memegang tangan Alif

“Tak apa Mimi..benda dah jadi” Alif melepas tangan Mimi dan memilih masuk bilik yang di tempatinya dengan Feli

Hatinya bagaikan di tusuk beribu belati saat melihat Feli yang tertidur di atas sejadah dengan kesan air mata di pipinya. Masih berbekas tamparan mummynya tadi membuat tangan Alif terhulur mengelus pipi gebu isterinya yang masih memerah.

Merasa terganggu Feli membuka matanya dan jelas wajah suaminya begitu dekat sekarang ini “ maaf saya tertidur” ucapnya kemudian bangkit duduk

“Sayang…”

“mummy betul, saya redha kalau abang ceraikan saya dan saya tak akan meminta abang bertanggungjawap untuk semuanya dan mulai malam ni saya akan tidur dengan watie” ucap Feli sambil tersenyum menyembunyikan luka di hatinya.

Alif menggeleng laju beserta jatuhnya air mata lelaki itu “ abang tak nak pisah dengan sayang. abang tak sanggup. Sayang boleh hukum abang dengan hukuman apa pun tapi jangan minta berpisah” Rayu Alif

“Abang..”

“Sayang..kalau mummy tak nak terima sayang. kita boleh pergi dan memulai hidup di tempat lain. Yang penting sayang ada dengan abang dan abang janji akan jauhi Mimi dan lebih perihatin dengan keselamatan sayang” Alif benar benar tidak sanggup untuk kehilangan Feli. Memikirkannya sahaja membuat Alif sesak nafas apalagi harus berpisah dengan wanitannya itu.

Ada sesuatu yang mengganjal di hati Feli saat ini sehingga gadis itu memilih untuk tidur berpisah dengan suaminya.
****
Sedang yang lain menikmati makan malam. Feli memilih duduk termenung di gazebo belakang rumah memikirkan kata kata Azizi siang tadi

“Feli…”

Feli berpaling “ daddy..tak makan ke?’

Alex mengangguk “ daddy dah makan..kenapa Feli tak makan?”

Feli tersenyum “Daddy..Feli nak cerita sesuatu dekat daddy boleh?” pintanya

“Daddy akan dengar” Alex mendudukkan dirinya di depan Feli menanti apa yang akan keluar dari bibir menantunya itu.

Kela yang tadinya berniat untuk menghantar kopi panas buat suaminya memilih untuk mencuri dengar perbualan suami dan menantunya dengan bersembunyi di balik pokok bonsai.

“Daddy..” Feli menarik nafas panjang sementara Alex masih setia menunggu

“Azizi dengan Feli kembar terpisah”

Alex sangat terkejut “Feli bila tahu?”

“Tadi Azizi beritahu Feli semasa kami keluar beli barang. Sebab tu Azizi selalu jaga Feli dengan baik dan sanggup susah senang dengan Feli dari kecik sampai sekarang sebab dia tahu Feli kembar dia dan baru hari ni Azizi mengaku dengan Feli melihat mummy salah faham dengan hubungan kami.” Feli berusaha menahan sebak di dadanya

“Jadi Feli bukan anak Hasan?”

Feli mengangguk “Azizi kata mama dengan papa masih ada.”

Alex menatap iba menantunya itu yang menanggung beban begitu berat “Fel…maafkan mummy yang salah faham hubungan Feli dengan Azizi” Alex mengelus lembut belakang kepala menantunya

Feli tersenyum “ mummy tak salah daddy. Betul kata mummy..Feli dengan abang kawin sebab abang nak tunaikan amanah dan abang dah tunaikan janji dia jadi Feli dah fikir masak masak untuk lepaskan abang.” Ucap Feli beserta jatuhnya butiran Kristal dari pelupuk mata cantik itu

Kela yang mendengarnya sudah tidak sanggup lagi untuk menahan tangisnya. Wanita itu menangis sepuas puasnya mengutuk diri sendiri yang telah salah menghukum gadis sebaik Feli.

“Apa yang aku dah buat pada Feli. Malah aku hina dia dan samakan dia dengan Tasha” batin Kela yang sudah terduduk di atas tanah bersama kopi panas di tangannya.

“feli minta maaf daddy, tadi daddy bentak mummy di sebabkan nak bela Feli., tolong sampaikan salam maaf Feli buat mummy” pinta gadis itu yang semakin membuat Alex merasa bersalah dan sangat menyayangkan sifat Kela yang mudah terhasut dengan kata kata Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience