Season 2 chapter 4

Romance Completed 245409

“Zi..Felicia tak datang kerja kan?”

Azizi jadi bingung mendapat soalan seperti itu dari mulut Felicia sendiri “Feli…kau?”

“Azizi…….Kau selalu je tertukar panggil aku Feli padahal nama aku kan Nelly..” Felly mengedipkan sebelah matanya meminta Azizi mengiyakan sahaja kebohongan yang dirinya cipta

Azizi kini menapak mendekati Feli. Tangannya meraba dahi sahabatnya “Tak panas. Fel..kau kena sampuk apa ni?”

“Ya Allah….kenapa lah aku ada sahabat yang otak satu per empat macam Azizi ni” marah Feli dalam hatinya lalu tangannya naik dan mengetuk kepala Azizi dengan talam yang di bawanya kemudian menonong pergi begitu sahaja.

“Feli!” jerit Alif dan Azizi bersamaan

Sementara Feli dengan selamba bodohnya masuk ke dalam pejabat Mona “kak Mona..boleh saya mintak cuti?”

“fel…awak sakit ke?” mona terkejut dan tambah terkejut apabila pejabatnya di buka dari luar dan berdiri di sana Azizi, Terry dan juga Alif Xander yang mempunyai lima puluh persen syer dalam Café miliknya.

“Adeh…ni mamat tiga ekor ni dah kena sampuk ke apa” marah Feli dalam hatinya

“Er….Tuan Alif…Terry..jemput duduk” pelawa Mona. Matanya sempat menangkap arah pandangan Alif dari tadi tidak beralih dari Feli dan sekarang Feli yang terkejut kerana mona mengenali kedua lelaki itu dan salah satunya adalah suaminya

“kak Mona, saya cuti dengan Azizi sekali” kali ini Feli berlalu pergi dan menarik tangan Azizi sekali

“Lah…budak dua ekor ni betul cuti sama sama ke? Ha..maaf Tuan. Feli mungkin sedikit tidak sopan tapi dia biasanya budak baik dan baru hari ni saya tengok dia perangai pelik” Mona menjelaskan dan meminta maaf bagi pihak Feli

“Nama dia Felicia Arini Binti Hassan kan?” tanya Alif langsung

“Betul”

Mendengar itu membuat Alif melemparkan smirknya “kau tipu aku Feli dengan rambut keriting entah dari mana kau kutip” batin Alif bermonolog sendiri

****
“Feli…kau kenapa?’ tanya azizi melihat sahabatnya itu berdiam dari tadi

Langkah Feli terhenti begitu juga dengan Azizi “Hua………….” Tiba tiba Feli menangis membuat Azizi semakin panik

“lah…feli…”

“Sekarang awak duduk saya tak nak jalan. Saya nak naik belakang awak” perintah Feli

Azizi dengan senang hatinya menurut dan bukan baru Feli seperti itu malah dari mereka kecik sampai meningkat remaja, Azizi selalu bertindak sebagai abang dan akan memujuk saat Feli sedih dan akan membiarkan Feli naik belakangnya saat gadis kecil itu malas berjalan.

“sekarang cerita” pinta Azizi

“Aku dah…” Cepat Feli menutup mulutnya yang hampir sahaja terlepas cakap dan teringat akan larangan dari suaminya tadi.

“dah apa Fel…”

“Dah letih..tak nak kerja lagi dekat café kak Mona” Feli memang berniat untuk berhenti kerja kerana tidak mahu terus berjumpa dengan Alif.

“Kita berhenti sama sama yer..dan malam ni kita rehat dulu dan cuba cari kerja esok” pujuk Azizi.

“Zi..kalau awak dah ada girlfriend nanti bagitau aku.”

“Kenapa?”

“Aku nak jauhkan diri dari kau. takut girlfriend kau cemburu” ucap Feli sambil tertawa

“Aku akan cari pasangan lepas kau dapat pasangan hidup kau. dan aku akan jaga kau selagi kau masih belum mendapatkan seseorang yang boleh gantikan aku jaga kau.”

“Terima kasih Zi”

“sama sama..sekarang kau tidur macam biasa nanti dah sampai taman aku bangunkan kau” pinta Azizi

Dari belakang sepasang mata helang sedang menatap tidak percaya pemandangan depan matanya. Isteri yang baru sahaja di nikainya tadi sedang terlena di dukung oleh lelaki lain dan dengan selesanya memeluk lelaki lain di depan matanya.

Tangannya menggenggam stereng dengan kuat dan giginya terdengar bergelemetuk menahan amarah yang sudah sampai di ubun ubun.

“Alif..are you okey?” Terry melihat sahabatnya itu seperti menahan marah

“aku okey” jawapnya

“kenapa aku rasa kau macam tak okey je ni”

Alif mendengus kasar “aku okey Terry”

“Apa hubungan kau dengan budak Felicia tu? Kenapa aku tengok kau macam ada sesuatu je” tanya Terry

Alif tidak menjawab terus melajukan keretanya menuju parking awam di taman yang ada di depan kemudian terus memarkingkan keretanya.

“Budak tu wife aku Terry”

“What! Sejak bila?” raut tidak percaya terpampang jelas di wajah Terry

“Pagi tadi aku nikah dekat masjid. Aku harap kau boleh jaga rahsia ni” pinta Alif sambil meraup wajahnya perlahan

“tapi kenapa boleh jadi?”

“Kau ingat insiden Tasha langgar sorang lelaki tua tu? Feli tu anak dia dan lelaki tua tu amanahkan anak dia pada aku mintak aku nikah dengan anak dia”

“Mummy daddy kau tahu? Kakak kau Balqis tahu?”

“Semua tak tahu. Yang tahu aku, kau, Ben dan Halim je”

Terry menggeleng tidak percaya “jadi sekarang kau cakap kau cemburu macam tu?” duga Terry

“Hah! Cemburu? Jauh dari kamus hidup aku lah. Tasha jauh lebih cantik dari budak tu. Yang buat aku marah dia tipu aku. Masa jumpa aku kau tahu dia pakai rambut palsu keriting macam sarang semut dan tahi lalat palsu kat hidung dia sebesar penumbuk dan masa kami akad nikah pagi tadi dia pakai niqab” ucap Alif dengan nada sedikit kecewa.

Terry tertawa terpingkal pingkal mendengarnya “ jadi baru tadi lah kau lihat wajah asli bini kau?”

“Ck! Kau tak payah ketawakan aku lah. Tak ada yang lucu pun” marah Alif

Seketika hening di dalam kereta dan Alif sudah Berjaya memujuk hatinya yang tadi panas melihat Feli di dukung oleh Azizi.

Seketika,
“Shit!” umpat Alif

Di bangku depan yang berhadapan dengan keretanya Azizi sedang menurunkan Feli dan membetulkan anak rambut gadis itu dan jelas terlihat Feli baru sahaja bangun dari lenanya.

“hah! Kau tengok tu, dia sengaja ke nak tunjuk mesra depan aku” marah Alif dan kembali lagi hatinya panas melihat kedua insan di depan sana sedang bergurau senda dan ketawa bersama.

“Kau yakin kau tak cemburu Lif?” sekali lagi Terry ingin mengetahui apa yang sebenarnya Alif rasakan sekarang

“Sorry lah aku nak cemburu”

“kau tak cemburu rileks lah. Jangan marah marah macam ni. Lagi pun kau kan ada Tasha” sindir Terry yang sangat tahu kalau sahabatnya itu sekarang sedang terbakar api cemburu.

Alif terdiam mendengar kata kata yang baru sahaja di ucapkan oleh sahabatnya. Matanya masih lagi melihat ke depan dan merasa tidak percaya si hodoh yang di nikahinya pagi tadi adalah gadis cantik manis yang sekarang ini sedang bergurau senda dengan lelaki lain malah di depan matanya.

“Tapi aku tengok mereka berdua tu sepadan lah. Tapi itulah takdir. Sepatutnya takdir satukan mereka berdua” ucap Terry yang sengaja ingin memancing reaksi Alif

“Kau dah beli insurance mulut ke Bro?” tanya Alif geram

“Sabar bro…aku gurau je pun.”

Alif yang merasa semakin panas hatinya mengambil keputusan untuk pergi dari sana dan terus meluncur meninggalkan taman kemudian menghantar Terry balik untuk mengambil keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience