season 2 chapter 25

Romance Completed 245409

Alif harus berdebat terlebih dahulu dengan Feli yang keras kepala. Feli sangat tidak suka yang namanya hospital sehingga membuatnya berfikiran yang bukan bukan. Gadis itu dari tadi merengek tidak mahu di tahan di ward dan meminta untuk di rawat di rumah sahaja.

sekarang Alif terpaksa meminta kebenaran Al selaku dokter yang bertanggungjawap merawat Feli untuk menunaikan keinginan isterinya itu untuk di rawat di rumah. Setelah proses yang cukup panjang akhirnya Feli di benarkan untuk di rawat di rumah dengan syarat harus berbaring di katil selama tiga hari.

****
Setibanya di rumah

“Abang..kenapa saya tak nampak papa dari tadi?” Feli menanyakan keberadaan sang papa

Alif yang kini duduk di birai katil menatap sendu pada tangan isterinya yang sedang tertancap jarum.
“Sayang...papa ada urusan sebentar” jawapnya

Sebenarnya ingin sekali Alif memberiutahukan kehadiran sang mama pada Feli tapi mengingat itu adalah hak papa mertuanya yang akan memberitahu nanti membuat Alif membantutkan niatnya.

“Abang marah ya? Kenapa abang diam jer?” Feli merasa serba salah

Alif tersenyum semanis mungkin menatap isterinya “abang tak marah sayang..abang Cuma kecewa tak mampu jaga sayang dengan baik sampai sayang harus terlantar macam ni dan abang juga bersalah pada baby dalam tu” tunjuk Alif pada perut isterinya yang masih lagi rata.

Klek! Pintu terbuka dari luar

Muncul lah Kela dan juga Azizi dan Balqis dari sana. Feli berusaha untuk bangunn tapi di tahan oleh suaminya

“Sayang baring jer. Jangan banyak bergerak”

Feli pun tidak meneruskan niatnya dan kembali bersandar di kepala katil

“Fel...” Azizi terus memeluk adik kesayangannya itu kemudian mendaratkan ciuman di puncak kepalanya membuat hati Balqis menghangat melihat sikap penyayang yang di miliki oleh Azizi

“Patutkah aku beersyukur” monolog Balqis di dalam hatinya.

“Abang....papa mana?” Feli terus menanyakan keberadaan papanya. Sementara Alif beralih ke samping memberi ruang dua beradik itu berborak dengan selesa.

“papa pergi pejabat agama dik”

“Hah!...papa kena tangkap khalwat ke? Dengan siapa? Dengan mimi ke? Ke dengan siapa?” Feli terus menarik kesimpulan sendiri dan jelas terpancar raut risau bercampur cemas di wajahnya

Semua yang ada di dalam bilik itu harus menahan senyum dengan tuduhan membabi buta dari Feli

“Fel...adik ingat papa gatal sangat ke sampai kena tangkap khalwat?” tanya Azizi yang tersenyum nipis memandang adiknya yang sudah mencuka

“Fel tak cakap papa gatal Cuma takut papa khilaf sahaja. Papa kan lelaki lagi pula Mimi terang terang menunjukkan minat dia pada papa.” Beritahu Feli

“Nanti papa sendiri yang akan jelaskan pada Feli ya. “ Azizi membiarkan papanya sendiri yang menjawap persoalan di hati sanga adik

Balqis mendekat “Zi..teman Qis keluar boleh? Daddy tadi chat minta tolong Qisbeli bahan mentah untuk kenduri esok” Balqis menyentuh bahu tunangnya dengan lembut dan tersenyum pada Feli “ Feli...kakak pinjam abang Azizi kejap ya..nanti kakak bagi balik” seloroh Balqis

Kela yang melihat perubahan Balqis seolah sudah menerima Azizi tersenyum bahagia “ semoga bahagia anak anakku sentiasa dalam redha mu” doanya dalam hati.

“Fel...abang keluar dengan Kak Qis ya” Azizi sekali lagi mencium dahi adiknya yang sudah tersenyum nakal kepadanya “Ck! Sakit macam ni pun ada hati nak usik abang” Azizi mencubit halus hidung mancung adiknya

Setelah Balqis dan Azizi keluar kini tinggal Kela dan Alif di dalam bilik menemani Feli “mummy...tadi kak Qis sebut kenduri. Kenduri apa Mummy?” tanya Feli yang rasa ingin tahunya semakin nberlipat kali ganda

“Kenduri surprise buat seseorang sayang...mummy tak boleh cakap nanti tak jadi surprise” Kela serba salah untuk menyembunyikan fakta tetapi hanya itu pilihan yang dirinya ada

“Oh ya Lif! Dah tahu siapa yang cuba langgar Feli?” mummynya menyedarkan Alif dan mengalihkan perhatian lelaki tampan itu dari layar nipis yang di pegangnya.

“Alif dah serahkan rakaman CCTV pada Zafer mummy dan sekarang Zafer tengah siasat. Mungkin esok kita akan tahu siapa pelaku.” Beritahu Alif dan di anggukkan oleh Kela

“Baiklah..Feli rehat ya.mummy nak tengok persiapan kat dapur sana. Nanti mummy hantar makanan buat Feli dan Alif ya..Lif! jangan tinggalkan menantu degil mummy ni sorang sorang” Kela mencubit pipi Feli geram

Feli hanya mampu tersengih dan tak mungkin untuknya mengajak mertuanya untuk berdebat.sementara Alif terpaksa menahan tawa melihat wajah empat belas isterinya yang di katakan degil oleh mummynya.

“abang......”panggil Feli manja pada suaminya selepas Kela keluar dari sana

“Ya sayang” Alif dengan langkah cepat melangkah dan duduk di birai katil menatap isterinya dan menantikan ayat yang seterusnya.

“Saya nak mangga muda”

“Baik sayang...abang pergi dapur sekejap” Alif segera keluar dari bilik dan mencari mummyya minta di kupaskan mangga muda.

Tiga puluh minit kemudian Alif masuk bersama mangkuk di tangannya “Hey baby “ sapanya

“Mangga mana?” Feli membulatkan matanya menatap sang suami yang sudah tersengih

“Ni..” Alif menunjukkan mangga mangga yang sudah di hiris di dalam mangkuk

Seketika air mata Feli jatuh dan bahunya sedikit bergetar menahan tangis “abang....”

“Lah....ni mangga sayang. Kan tadi nak mangga muda?” Alif jadi serba salah kerana tadi Al sempat berpesan kalau Feli tidak boleh stress

“Saya nak mangga muda yang masih utuh abang...nak yang masih bertangkai. Ni abang dah cincang macam ni. Kesian mangga ni”

Alif terlopong mendengar permintaan isterinya yang tidak masuk akal “sayang tadi..?

“Saya tak kata pun nak makan mangga kan? Kan saya beritahu abang saya Cuma nak mangga muda”

Alif terduduk. Salahnya juga yang tidak bertanya lebih jelas lagi dan lupa kalau isterinya sekarang ialah si aneh binti ajaib.

“Okey...abang ambik mangga sekarang juga ya. Tapi sayang jangan nangis okey..nanti tak sembuh” pujuk Alif yang berusaha mengambil mangkik dari tanngan isterinya

Feli menggelang lemah “ abang ambik biji mangga ni tadi” pintanya

“Nak buat apa sayang?”

Kita lekatkan balik isi dia ni pakai selotape. Kesian” tangisnya pecah kembali

“Oh Tuhan betul lah kata orang, wanita mengandung sangat menguji kesabaran dan agaknya baby dalam perut tengah balas dendam kot agaknya” gumam Alif yang mampu di dengari dirinya sendiri

“Abang...”

“Ya sayang, abang cari sekarang. Sayang rehat dulu ya” Alif terus keluar semula untuk mencari biji mangga tadi dengan wajah yang mencuka.

Sampai di dapur Alif terus menyelongkar habis bakul sampah mencari biji mangga tadi

“Tuan cari apa?” tanya salah satu pembantunya yang haiuran melihat tuannya seperti kucing kelaparan yang menyelongkar tong sampah

“Ada mata tengok je. Jangan tanya faham!” marah Alif yang sebenarnya malu di lihat pembantunya berkelakuan pelik seperti itu

“Lif....kenapa nak?” kini Kela pula yang bertanya

“Mummy...biji mangga tadi mana?” Alif balik bertanya

“Mangga tadi masih sangat muda jadi biji dia lembut dan hancur saat mummy potong. Dah mummy buang sana” tunjuk mummynya pada tong sampah yang lainnya

Alif terduduk pasrah “ nasib.....nasib” ucapnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience