season 2 chapter 23

Romance Completed 245339

“Qis...Zi..kami punya hajat besar nak di sampaikan dan harap awak berdua boleh terima dengan lapang dada. Papa tahu ini bukan zaman siti Nurbaya, anak anak harus mengikuti perintah orang tua mengenai jodoh. Tapi besar harapan papa terutama buat kamu Azizi. Terima Balqis” Mike membuka mulut saat semua orang sudah berkumpul.

Azizi menatap intens wajah Balqis yang juga sedang menatapnya. Azizi tahu mungkin sukar untuknya menundukkan hati Balqis, tapi apa salahnya mencuba demi sang papa. Itulah yang ada di dalam benaknya

“Balqis...saya tahu mungkin saya patut panggil Kak Balqis tapi tidak untuk saat ini. Selagi awak sanggup untuk mencuba membuka pintu hati awak, maka saya akan menuntun awak mencari bahagia yang awak inginkan. Kalau awak terima saya dengan segala kekurangan yang ada pada saya InsyaAllah saya akan membuat awak lupa bagaimana cara untuk menangis” ucap Azizi dengan yakin

Balqis yang mendengarnya juga terjentik hatinya untuk mencuba menjalin hubungan dengan Azizi “ baiklah, saya akan cuba” jawap Balqis dengan senyuman nipis

“Alhamdulillah” semua mengucap syukur dengan jawapan Balqis.

“Kak Qis..kalau sedih akak boleh minta naik belakang Azizi” sampuk Feli tiba tiba membuat Balqis tersenyum malu dan tidak lupa untuk mengangguk

“Sayang....Feli adik tau, lambat lahir lapan minit dan tepat pada saat pergantian tahun baru membuat Feli mau tak mau harus mengaku sebagai adik” Mike menarik tangan anak perempuannya itu kemudian mendudukkannya di atas riba.

“Feli dah besar la papa” Feli membantah di perlakukan seperti anak kecil oleh papanya

Semua orang tertawa mendengar bantahan Feli “ Feli tetap puteri kecil papa sampai bila bila jadi lepas ni panggil abang. Azizi boleh?” Mike memperlakukan Feli sangat lembut membuat Kela menyesal pernah menaikkan tangan pada menantunya itu

“Oh ya! Jadi Azizi dengan Qis tunang dulu lah ya” Alex kembali pada topik asal menatap pasangan yang akan di satukan itu

Balqis memandang Azizi dan tersenyum sambil mengangguk menyerahkan semuanya pada Azizi untuk memutuskan.

“kalau menurut saya lebih baik menikah terus. Bercinta lepas menikah tu nikmat dia cuba tanya Alif dengan Feli” Azizi menyampaikan hajatnya yang ingin segera menikah.

Mike tersenyum bangga menatap anak lelakinya yang cukup dewasa mengambil keputusan kemudian tatapannya kini beralih pada sahabatnya “ Lex, aku setuju dengan Azizi”

Alex dan kela juga mengangguk setuju “kami juga setuju”

Begitulah keputusan yang telah diambil sehingga membuat Mike menarik nafas lega begitu juga Alex dan Kela.

“Abang!” Feli terjerit seperti teringat sesuatu membuat Alif terkejut

“sayang kenapa?” tanya Alif

“saya tak suka berudu tu dalam aquarium! Mana balang tadi?” Feli bangkit dari pangkuan sang papa dan menuju ke arah aquarium yang baru sahaja di letakkan oleh pembantunya tadi di sudut rumah bersebelahan dengan bunga hiasan

Semua yang ada akhirnya menepuk dahi “ Lif! Kenapa minta pembantu alihkan berudu tu dalam aquarium?” bisik kela perlahan kemudian mencubit telinga anaknya

“Mummy...kalau letak dalam balang macamana binatang tu nak hidup. Tak mungkin Alif kena tangkap berudu tiap hari kan” bantah Alif juga berbisik takut di dengar isterinya

Feli mendekat ke arah aquarium dan menatap berudu tadi, seketika gadis itu berlari dengan lajunya menuju ke dapur membuat semua orang turut cemas dan turut mengejar Feli dari belakang

“Hoek!

Feli mengeluarkan semua isi perutnya setelah sampai di singki. Alif cemas melihat keadaan isterinya

“sayang..sakit ke?”

Feli menggeleng dan air matanya jatuh begitu saja setelah membasuh mukanya gadis itu memeluk suami tercintanya dengan erat.

“Lah...kenapa menangis ni?”

“Abang...kenapa muka berudu tu hodoh? Saya tak suka” rengeknya

Alif melopong tidak percaya memandang Azizi yang sudah memerah mukanya menahan ketawa begitu juga dengan yang lainnya

“jadi sayang nak buat macamana dengan berudu tu? Abang buat asal sayang jangan menangis” pujuk Alif lagi

“Abang hantar balik berudu tu pergi tempat tadi. Nanti ibu dia cari”

Alif hampir sahaja menangis sama mendengar permintaan isterinya yang sangat tidak masuk akal “ sayang ...tu binatang lah kita buang mana mana pun ibu dia tak akan cari”

“Abang nak buat jenayah ke? Pisah kan berudu tu dari ibu dia. Kenapa abang jahat? Abang dah tak sayang saya lagi ke?” kali ini Feli semakin kuat menangis

Kela yang awalnya ingin ketawa terpaksa menahan dan menapak perlahan untuk memujuk menantunya

“Feli....dah jangan menangis” pujuk kela

“Abang jahat. Feli tak nak tidur dengan penjenayah. Feli nak tidur dengan Watie malam ni” rajuk Feli sehingga membuat semua yang ada di sana tidak dapat menahan tawa dan terpaksa lari keluar untuk melepas tawa takut Feli semakin jadi rajuknya meninggalkan Alif dan mummynya melayan karenah aneh seorang Felicia.

Alif kalut sendiri mendengar ancaman isterinya. Jujur Alif tidak boleh berjauhan dengan Feli saat ini kerana Alif juga mengalami perubahan yang tidak normal. Setiap malam Alif hanya akan tertidur selepas puas menghidu rambut isterinya yang bagi Alif sangat menenangkan.

“Abang hantar balik semua cik berudu tu ya sayang..tapi jangan tidur dengan watie ya” Alif segera keluar dari dapur sementara Feli sudah lega dalam pelukan mertuanya sehingga menyebabkan dirinya mengantuk dan tertidur berdiri mujur Kela cepat sedar dan melambaikan tangannya meminta salah seorang pembantu untuk memanggil suaminya

Alex pun datang tergesa gesa “Shhh....”Kela meletakkan jari telunjuk di bibirnya membuat Alex mengangguk faham

Lelaki itu dengan sigapnya mengangkat tubuh Feli dan membawanya ke ruang tamu terus membaringkannya di sofa.

“Dah tidur?” Mike menatap wajah anaknya dengan Alex silih berganti

Alex tertawa perlahan “ nampaknya kita kena bersiap bila bila masa layan mood swing Feli lepas ni” ucapnya

Balqis duduk di bibir sofa memandang wajah adik iparnya yang telah berjaya membuat kecoh satu rumah sambil tersenyum lucu

“Sebenarnya Feli kenapa daddy? Kenapa tiba tiba manja?” tanya Balqis

“Daddy juga kurang yakin tapi daddy tahu penyebabnya, kita tunggu Feli sendiri yang beritahu” Alex menjawap pertanyaan anak gadisnya.

Biarpun kurang faham, Balqis tetap mengangguk “Lif! Kenapa tak buang lagi berudu tu?” Balqis menunjuk ke arah berudu yang masih lagi belum di buang oleh adiknya

Alif kelam kabut “Alif buang sekarang, Zi teman aku boleh?” menatap Azizi dengan wajah memohon

“jom!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience