season 2 capter 24

Romance Completed 245409

Seminggu selepas perbincangan, kini Balqis mahu pun azizi masing masing sibuk dengan persiapan pernikahan mereka termasuk Kela dan juga Alex.

“Fel...hari ni mummy nak keluar dengan kak Qis nak pergi butik pengantin. Fel ikut ke sayang?” Kela menatap Feli yang masih leka membelek novel di tangannya

“tak apa mummy, Feli tinggal je. Lagi pun Feli rasa agak mual sekarang ni” Feli meletakkan nojvel ke atas meja dan melentokkan kepalanya di bahu Kela

Kela tersenyum dan membelai rambut lurus menantunya penuh sayang “ Feli dah cek ke?”

Gadis itu hanya memggeleng “tunggu ahad ni Feli ajak abang pergi pharmacy beli test pack”

“Kenapa nak tunggu hujung minggu. Mummy boleh tolong beli nanti kalai Feli nak” kela menawarkan khidmatnya

“kalau tak menyusahkan mummy”

“nanti mummy beli sayang”

Balqis yang baru turun dari tingkat atas tersenyum melihat tingkah Feli yang belakangan ini menjadi semakin manja

“Amboi....Fel...manja semacam je belakangan ni yer..ada sesuatu ke?” usik Balqis yang sudah kembali ceria

“Doakan yang terbaik buat feli kak Qis”

“Akak doakan yang terbaik buat Feli dan Alif. “ Doa Balqis ikhlas

“Erm....kak Qis....”

“Ya Fel...”

“Boleh tak nanti mintak abang Zi datang sini. Feli rindu nak abang masak” Feli menautkan kedua jemarinya serba salah dengan prmintaan nya tadi

Balqis faham dan sangat tahu bagaimana Azizi melayan Feli sebelumnya melalui apa yang di ceritakan oleh Terry.

“nanti akak bawa abang Feli datang sini”

Wajah Feli kembali cerah dan senyuman bahagia tercetak di wajah cantiknya membuat Kela dan Balqis juga tertular bahagia melihatnya

“Dah lambat ni. Mummy dengan kak Qis pergi dulu ya...takut Azizi lama tunggu kat butik. Ingat jangan keluar rumah sorang”pesan Kela. Feli mengangguk laju menyalami keduanya dan melihat kepergian kela dan Balqis dengan tatapan kosong

****
Sejam kemudian Feli mulai bosan dan berjalan mudar mandir di dalam rumah. Para pembantunya pula sibuk dengan tugas masing masing

Feli memutuskan untuk keluar jalan jalan di hadapan rumah yang untuk mengambpil udara luar. Gadis itu bergerak ke dapur mencari watie

“Kak watie...saya keluar tu sekejao. Bosan duduk dalam rumah” beritahu Feli

“Puan nak jalan luar rumah saja ke?” balik watie bertanya

Feli mengangguk “ yer..luar tu je tak jauh.” Beritahunya kemudian meninggalkan watie yang masih sibuk menyiang ikan untuk makan tengahari mereka nanti

Setelah bersoal jawap dengan penjaga gate akhirnya Feli di benarkan keluar dari rumah dan senyuman gadis itu merekah saat melihat pemandangan depan rumah yang saat ini sangat menarik bagi Feli . jalanan depan rumah sekarang agak sepi dan Feli memutuskan untuk duduk di taman awam di depan rumahnya seketika

Sebelum melintas jalan Feli menoleh kiri kanan beberapa kali dan bila di rasakan selamat barulah gadis itu mengorak langkah untuk menyeberangi jalan. Tiba tiba sebuah motor yang dalam kelajuan yang sangat tinggi melaju ke arah Feli. Gadis itu sangat terkejut dan terpaku di tempatnya tidak tahu harus berbuat apa sehingga seseorang menerkam tubuhnya dan dapat feli rasakan tubuhnya kini berguling di atas jalan raya.

Penjaga gate rumahnya sempat melihat kejadian itu dan segera memberikan bantuan dan sempat mengambil nombor plat motor tersebut

“Felicia....bangun nak” wanita yang menerpa tubuh Feli tadi menangis semahunya melihat Feli yang kini meringis menahan kesakitan dan terlihat ada darah segar yang keluar membasahi seluar palazo yang di kenakan Feli

“Awak siapa?” tanya Feli dalam kesakitan menatap wanita cantik yang sedang memangku tubuhnya.

“siapa pun tolong!!!!!” teriak wanita itu lagi tidak menghiraukan soalan Feli tadi.

“Tenang puan..saya dah hubungi ambulans dan sekejap lagi ambulans sampai “ penjaga gate itu berusaha menenangkan wanita yang kini sedang memangku puan mereka dalam keadaan yang sangat cemas.

Sebentar kemudian ambulans pun sampai dan wanita itu juga turut menaiki ambulans menemani Feli

***
Alif yang menerima panggilan dan mendapat kabar dari rumahnya bergegas menuju ke hospital selepas menghubungi papa mertuanya

Kela dan Balqis yang sampai terlebih dahulu merasa hairan melihat kehadiran seorang wanita cantik di depan ruangan emergency tempat Feli di rawat.

Tap tap tap tap

Bunyi tapak kakai berlari semakin mendekat ternyata Mike dengan Alif yang berlari dengan raut wajah risau dan cemas

“Mummy...Feli mana?” tanya Alif pada mummynya semenara Mike matanya terpaku pada wanita yang di depannya kini juga sedang menatapnya. Jelas kelihatan wanita itu baru sahaja menangis melihat bekas air mata dan juga matanya yang sembab.

“Tiara..” satu nama keluar dari bibir Mike membuat Alif Balqis dan Kela juga menoleh melihat keduanya saling menatap

“Maaf kan Tiara abang, “ ucap wanita yang bernama Tiara itu

Mike menggeleng “ bila Tiara sampai sini?”

“Dua minggu lepas” jawapnya sambil menunduk

“Jadi?”

“Tiara lari dari rumah”

Klek!

Pintu ruangan tempat Kela di rawat terbuka mematahkan perbualan kedua insan itu

“Keluarga pesakit bernama Felicia?” ternyata Al anak sulung Zara yang menangani Feli

“Abang Al..bini aku macamana?” tanya Alif cemas

Al menepuk bahu Alif “ Feli selamat dan buat masa sekarang harus di awarded dulu sebab kandungan dia sedikit lemah dan tambah tadi dia mengalami pendarahan “ berutahu Al

“Jadi betul tekaan mummy sayang, Feli dah berisi” Kela menyampuk

Alif merasa lega setidaknya buat masa sekarang isteri dan anaknya selamat

“Kami akan memindahkan Feli ke wad dulu dan lepas selesai barulah boleh jenguk dia. Selesai berkata Al masuk kembali

“Alif...”panggil Mike pada menantunya

“ya papa”

“kenalkan ini Tiara Adinda mama Feli” Mike memperkenalkan wanita cantik itu pada menantunya

Terjawap sudah identiti wanita itu. Alif mendekat dan menyalami mertuanya yang tadi sudah bertaruh nyawa menyelamatkan isteri dan anaknya. Balqis juga mendekat dan menyalami tangan bakal ibu mertuanya .

“mama..terima kasih sebab selamatkan Feli. Tapi macamana mama boleh ada kat sana?” tanya Alif bingung

“Mama selalu tengok Feli dari jauh untuk melepaskan rasa rindu mama.setiap hari mama akan pergi depan rumah tu sekadar untuk melihat kelibat Feli.”tangisnya pecah semula

Kela faham apa yang di rasa kan wanita itu akhirnya datang mendekat dan memeluk besannya itu berharap wanita itu kembali bertenang.

Ingin sekali Mike memeluk sosok wanita di depannya itu untuk menenangkannya tetapi mengingat status mereka sekarang berbeza tidak seperti dulu lagi.

“Tiara maaf kan abang. Jujur abang rindukan Tiara dan ingin peluk Tiara tapi status kita sekarang jadi penghalang” monolog Mike dalam hatinya.

Balqis dalam diam memuji wanita di depannya itu yang masih terlihat sangat cantik dan pantas sahaja Mike tidak pernah berpaling dan mengkhianatinya selama ini dan selama mereka bercerai juga Mike tidak terpaut hati dengan mana mana wanita pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience