2

Romance Completed 245339

Suara dentuman muzik yang di main kan oleh Dj saat ini tidak dapat menarik minat Alex, lelaki itu hanya duduk sambil tersenyum senyum sendiri menatap anggur merah di tangan nya dan memain kan nya seolah anggur itu sebuah mainan.

“Lex..aku tengok kau macam orang angau je” sapa Michael sahabat sekaligus bawahan Alex di pejabat

“Heh!..angau?..sorry la” jawap Alex dengan angkuh nya

“Habis tu yang senyum senyum tu dah kenapa?”

“kau tahu Mike, tadi budak cleaner dekat pejabat tu kena kan aku”

“Hah!” Mike sangat terkejut mendapat kenyataan ada orang yang berani mengena kan seorang Alex dan tambah mengejut kan seorang cleaner

“jangan buat muka macam tu ngok, hodoh betul aku tengok” ujar Alex

“Ck,” Mike berdecak halus “apa cerita dengan budak cleaner yang kena kan kau tu?

“Aku kena kan balik. Aku mintak dia jadi cleaner peribadi aku mulai esok. Aku nak budak tu bertekuk lutut di depan aku.” Jawap Alex dengan yakin nya

“laki ke perempuan?” tanya Mike

“Perempuan, masih sekolah lagi.pekerja part time”

“Huh..kau jangan jadi pedofile plak lepas ni. Ingat umur awak tu dah tiga puluh tiga tahun Lex. Paling penting tu si Zara jangan pulak kau tinggal kan”nasihat Mike

“ck..kau ingat aku ni sengkek sangat ke nak jatuh cinta dengan budak remaja.aku masih setia menunggu si zara” jawap Alex yang tidak terima dengan ucapan Mike sbentar tadi.

Alexander Dirgantara bukan sahaja terkenal di dunia perniagaan yang di beri julukan si tangan dingin malah lelaki tampan itu juga sangat terkenal di dunia malam. Setiap malam Alex dan Mike akan menghabis kan waktu mereka di pusat hiburan, dengan menikmati minuman dan tarian dari wanita penghibur. Setiap malam Alex pasti akan mendapat tawaran free dari para wanita yang berminat untuk menjalani one night stand bersama nya dan sering kali di tolak nya kerana biar pun diri nya begitu tersasar jauh dari ajaran agama tetapi Alex bukan penganut sex bebas.

****
Sementara itu di rumah yang sederhana kecil, Mikela mundar mandir tak tentu arah di dalam bilik nya

“Tolong lah putar kan balik masa” pinta nya

Seandai nya masa boleh di putar semula. Mikela pasti akan memilih untuk memperbetul kan kesilapan nya yang telah membohongi Alex siang tadi.

“Aku kena cari kerja lain Nampak nya” ujar Mikela lagi. Tetapi ingatan nya berbalik pada ancaman Alex yang mengata kan dia harus membayar sepuluh kali lipat dari gaji nya sekarang sebagai denda seandai nya dia berhenti

“Aaaa….sial pak cik tak guna. Dah tua dah boleh pikir, gurauan macam tu pun ambik hati.” Geram Mikela sambil melempar bantal nya ke dinding.

“hua…..aku nak kena hadap juga jantan tak guna tu esok” tangis Kela sambil memungut bantal bantal nya semula.

***
Ke esokan hari nya keluar saja dari sekolah. Mikela terus menuju ke tempat kerja nya seperti biasa

“Kela…kau nak pergi kerja ke?” sapa Iqbal teman sekelas nya

“Ya Iq..aku pergi dulu”

“Aku antar kau” tawar Iqbal

“Tak payah..dekat je.” Mikela selalu menolak bantuan dari sesiapa pun selagi dia sendiri mampu melaku kan nya.

Setelah tiba di Dirgantara Corp. Mikela terus menukar pakaian nya kepada seragam cleaner dan melangkah menuju bilik Debbie

“Kenapa masih kat sini? Bilik saya atas sana dah bersepah” sergah suara Bariton

“Eh syaitan,!” tak pernah pernah nya Mikela melatah dan kali ini Mikela di buat melatah oleh sergahan tiba tiba dari Alex

“Sekarang panggil saya syaitan pulak ke?” Alex mengerut kan dahi nya memandang Mikela yang cuba mengatur nafas

“Maaf kan saya Tuan, saya tak sengaja” ucap Mikela sambil tertunduk

“nama awak siapa?” tanya Alex

“Mikela Agatha Tuan” jawap kela jujur

“Bukan nama awak Uncik ke?” soalan berupa perlian dari alex

“Saya mengaku saya salah tuan” Mikela masih menunduk kan wajah nya

“mari,”Alex menarik kolar baju Kela memaksa gadis itu mengikuti nya

“Tuan lepas..saya bukan penjenayah” pinta Kela

“Nope! Nanti awak lari. Sekarang tekan butang sepuluh” perintah nya dan saat ini mereka sedang berada di depan pintu lift.

Semua mata terarah pada mereka melihat Alex yang baru pertama kali berinteraksi dengan pekerja nya dan itu pun juga seorang cleaner.

“Tuan Alex yang terhormat..lepas kan kolar baju saya” Kela berusaha melepas kan tangan Alex dari kolar baju nya

“Baik, saya lepas kan”

Belum sempat Kela merasa lega kini pinggang nya pula yang menjadi sasaran tangan Alex. Lelaki itu dengan tanpa segan nya memeluk pinggang kela

“Apa!..ni dah sexual harassment” kela menjegil kan mata nya menatap majikan nya yang jauh lebih tinggi dari nya sehingga membuat kela harus mendongak

“nak saya cium awak ke uncik?” Tanya Alex sambil menaik turun kan alis nya

Kela langsung memaling kan wajah nya. “lepas kan saya tuan Alex, tuan boleh tarik balik kolar saya tapi jangan peluk saya” pinta kela

“Bukan tadi awak tak suka saya tarik kolar awak ke?”

“Sekarang saya suka. Cepat lepas kan saya sebelum orang lain melihat” kela semakin cemas. Takut akan menjadi bahan utama gosip seandai nya salah satu dari staff di situ melihat keadaan mereka sekarang.

“ni hukuman awak yang dah membohongi saya semalam” tegas Alex

Tidak di sangkal lagi. Alex sangat suka melihat Mikela yang dalam keadaan cemas seperti itu semakin menambah kan kecomelan nya. pipi putih itu sudah kemerah merahan menahan malu. Ingin sekali rasa nya Alex mencubit nya tetapi berhasil di tahan nya. salah satu yang sangat Alex suka dari Mikela adalah mata bulat nya yang di hiasi bulu mata yang lentik.

“Tuan…..”panggil kela sparuh menangis

Akhir nya Alex melepas kan rangkulan nya di pinggang gadis itu dan jemari runcing nya dengan gatal nya mencubit pipi gebu gadis cantik yang semalam telah mempermain kan nya

“Uncik!..bersih kan pejabat saya sebersih nya”ucap Alex yang bersamaan dengan terbuka nya pintu lift. Lelaki it uterus melangkah keluar meninggal kan Mikela yang terlopong tidak percaya dengan perangai hantu boss nya itu

“Gatal” gumam Mikela

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience