34

Romance Completed 245409

“Lex!” panggil Brandon saat melihat sahabatnya itu berlari menujunya

“Brandon…queen aku mana?” tanya Alex yang sudah tidak dapat menahan air matanya

“Kela masih kat dalam Lex” beritahu Brandon pada Alex

Setelah menunggu sekian lama pintu bilik bedah akhirnya terbuka dan seseorang di tolak keluar dari dalam. Alex dan Brandon perlahan mendekat

“Zara…”panggil Brandon

Menurut keterangan dokter, Zara sudah boleh di pindahkan masuk wad dan bayinya juga Berjaya di selamatkan dan terpaksa di tempatkan di incubator kerana pra matang. Brandon meminta diri untuk mengurus Zara masuk wad.

“Dokter..isteri saya macamana?” tanya Alex

“Kami sedang berusaha menghentikan pendarahan Pesakit kerana dari tadi pendarahannya masih saja berterusan. encik jangan risau kami akan berusaha semampu kami” janji dokter itu dan kembali semula ke dalam dan keluar pula seorang jururawat yang membawa box bayi sambil memandang Alex

“Nurse..anak saya ke?” tanya Alex lemah

“Tahniah Tuan dapat baby girl tapi sekarang kami terpaksa hantar baby ni ke ruang incubator kerana baby lahir pra matang” jelas jururawat itu

Alex mengangguk dan bersyukur di beri kesempatan melihat rupa bayinya walaupn masih belum dapat di pegang

“Hai princess..daddy tunggu mummy sini dulu sayang” ucap Alex sambil memandang puteri kecilnya yang masih lagi merah

Seseorang menepuk belakang Alex “ tahniah Lex..sekarang kita doa kan Kela supaya pendarahannya cepat berhenti” ternyata Mike masih setia di sana

“Terima kasih Mike” ucap Alex sambil memandang kepergian jururawat tadi bersama puterinya

“Lily jemput mama dan papa kat rumah. Mungkin tak lama lagi mereka sampai” beritahu Mike tanpa di pinta

Kedua lelaki itu akhirnya kembali duduk di kerusi menunggu sambil melayan perasaan masing masing sehingga lah derap tapak kaki yang semakin mendekat

“Lex…kela macamana?” Laila berambur memeluk anaknya

“Kela masih kat dalam mama. Dokter kata pendarahan dia masih belum dapat di hentikan. Tolong doakan Kela ma” pinta Alex yang membalas pelukan mamanya.

“mama doakan yang terbaik buat menantu mama.”balas Laila. Arya hanya mampu mengesat air matanya menyesal yang di rasanya kerana tidak mengikut instingnya dan menghalang kedua anak menantunya keluar tadi.

“Cucu papa lex?” tanya Arya kemudian

“Perempuan pa, ma dah di hantar ke ruang incubator tadi” jawab Alex yang berusaha untuk tersenyum.

Setealah hampir dua jam menunggu akhirnya pintu bilik di depan kembali terbuka dan terlihat jururawat mendorong keluar katil pesakit dari dalam

Alex mendekat dan merasa lega setelah dokter di depannya itu akhirnya tersenyum memandang Alex

“Isteri encik selamat. Tapi sekarang masih belum sedarkan diri sebab masih di bawah pengaruh ubat.” Dokter muda itu menjawap soalan yang berlegar di kepala Alex sekarang

****
Alex tidak mahu meninggalkan isterinya selama buah hatinya itu masih belum sedarkan diri biar pun dokter memberi jaminan bahawa kela sudah tidak apa apa.

“Lex..aku dah selidiki punca kemalangan Kela dan zara. Ni semua kerja Tengku Wilona. Kereta Zara dan kela telah di ikuti semenjak keluar dari rumah lagi.”

Mike atas arahan Alex telah menyewa seorang detektif bayaran untuk mengetahui punca kemalangan yang menimpa isterinya secara tiba tiba juga usul dari sang papa

“Mike,aku nak esok juga kau batal kan semua kerjasama kita dengan Perkasa Holding. Ikut cara lama, aku nak Perkasa Holding gulung tikar dalam tempoh kurang dari satu minggu dan uruskan juga pelacur tu bagi pihak saya.”kini sisi gelap Alexander Dirgantara yang sudah lama pudar kembali muncul.

“Baik lah” jawap Mike yang sudah tahu apa yang harus di lakukannya

“Mama papa balik rumah dulu. Biar Alex jaga kat sini. Nanti minta Mike hantar baju baju Alex kemari” arah Mike . sementara Laila dan suaminya hanya menurut kerana Kela juga belum sedar.

Waktu terus bergulir saat menjadi minit dan kemudian berganti jam. Sehinggalah kela menunjukkan tanda tanda dirinya telah sedar dari tidur yang agak panjang. Mata bulat yang indah itu kini mulai terbuka dan memandang ke samping melihat satu sosok yang sangat di cintainya itu sedang tidur tertiarap di sampingnya.

“Abang…”panggil kela lemah

Telinga Alex yang menangkap samar samar suara isterinya terus memberi respon dan membawa dirinya kembali ke alam sedar. Lelaki itu bangun menatap isterinya yang sudah tersenyum padanya

“Alhamdulillah…sayang dah sedar.” Alex mendudukkan dirinya di birai katil setelah mendaratkan ciuman penuh sayang di dahi isterinya yang berbalut bandage kerana ada luka akibat dari terhantuk semasa berlakunya kemalangan.

“Abang…kak Zara?”

“Zara selamat sayang…jangan pikir benda lain ya.sekarang sayang rehat dulu” Alex memegang kedua belah pipi Kela dan mengusapnya lembut.hatinya bagaikan di cubit melihat pipi Kela mengalami calar calar kecil membuatnya semakin tidak dapat memaafkan Wilona begitu sahaja.

Kela mengangguk lemah “Abang…baby?”

Alex tersenyum memandang buah hatinya “ princess sayang, abang dah jumpa princess tapi sekarang masih dalam incubator sebab premature.tunggu sayang dah betul betul sihat baru kita jenguk dia” janji Alex

Air mata bahagia berebut keluar dari kelopak mata cantik Kela “Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah” ucap Kela lemah.

****
Plak! Plak!

Tangan sasa Tengku Farish kini mendarat di pipi mulus Wilona sang adiknya yang telah beraninya mengusik isteri seorang Alex

“Abang!” pekik Wilona

“Diam Wilona. Kau tak tahu kau tengah berurusan dengan siapa sekarang ni. Dan bodohnya kau kenapa pakai orang orang abang untuk buat kerja bodoh kau tu hah!” marah benar Tengku Farish dengan kebodohan adiknya.

“Aku Cuma nak perempuan tu mati! Dan sialnya kenapa perempuan tu masih lagi hidup dan lagi sial kenapa perempuan tu tak cacat je baru puas hati aku!”jerit Wilona dengan gilanya

Tengku Farish bertepuk tangan mendengar ucapan adiknya “bagus Wilona bagus dan sekarang usahkan nasib Perkasa Holding, nasib kau belum belum tahu lagi macamana” ucap Tengku Farish kemudian meraup majahnya dengan kasar dan melabuhkan puggungnya dengan kasar di sebelah sang papa.

“Ris..kita nak buat apa sekarang?” tanya papanya dengan raut wajah risau setelah adu mulut Farish dan Wilona selesai.

“Papa ingat tak Aurora Corp gulung tikar dalam masa tidak kurang dari satu minggu?” tanya Farish pada papanya sehingga menyebabkan orang tua itu menelan ludahnya kasar

“Rish…”

“sekarang tiba giliran Perkasa Holding dan ini semua sebab obsesi gila anak manja papa ni” tunjuknya pada Wilona yang sudah menangis teresak di pelukan sang mama

“Kita pindahkan asset kita keluar negar saja Rish dan hantar adik kau keluar negara dulu” saran papanya

“papa..papa ingat kita selamat ke biarpun pindahkan asset kita. Nak pindah kan asset pun bukan perkara mudah papa. Alexander itu di kenali sebagai lelaki berdarah dingin dalam dunia bisnes sehingga menyebabkan lawan dia berfikir banyak kali sebelum mencari masalah dan sekarang kita terang terang mencari masalah dengan beliau” jelas Farish pada papanya

“Abang….” Rengek Wilona

“Kau tahu tak kesalahan kau tu dah tak ada ampunnya buat Alex sebab kau telah sentuh isteri dia. Kau boleh cari masalah dengan berbuat perangai tapi jangan sentuh isteri dia. Sekarang kau kemas barang barang kau. malam ni juga kau berangkat ke luar negara. Abang doakan kau beruntung tidak jatuh ke dalam tangan Alex. Bila itu terjadi abang tak mampu nak selamatkan kau” ucap Farish kemudian.

Share this novel

Lian aen
2021-10-25 01:35:33 

Mampus kau Wilona kejap lagi

Rohani Hussin
2021-10-20 21:01:36 

Kesian kela...padam muka Wilona..tggu nasib kau


NovelPlus Premium

The best ads free experience