Completed
249540
“Tuan..saya nak pergi sekolah macamana kalau saya duduk sini?” Kela bingung setelah menduduk kan diri nya di sofa apartment milik Alex
“Awak jangan risau. Saya akan hantar dan jemput awak tiap hari” jawap Alex
“oh jangan..nanti Iqbal semakin salah faham di ingat nya tuan nanti betul betul sugar daddy saya...tak nak” tolak Kela sambil menggeleng kepala.
“Kenapa nak jaga sangat perasaan Iqbal? Awak ada apa apa ke dengan Iqbal?”
“Saya bukan nak jaga perasaan Iqbal. Saya Cuma nak jaga nama baik saya je.saya tak kisah pun pasal Iqbal tu’
Alex memegang bahu Kela dan memaksa gadis itu menghadap nya. “ gini..kalau awak tak nak saya hantar jemput. Saya akan tugas kan orang lain hantar jemput awak ya.” Alex berharap sangat Kela menurut dengan permintaan nya
“kenapa tuan layan saya macam ni? Tuan layan semua cleaner dengan baik jugak ke?” tanya Kela sambil memandang Alex
Nak marah tapi tak jadi. Melihat Kela yang memandang nya dengan puppy eye membuat kan hati Alex jadi melemah
“Saya Cuma layan awak sorang je macam ni Uncik!” Alex menepuk dahi kela lembut sambil tersenyum. “awak duduk elok elok sini. Kalau ada perlu apa apa tak peduli tengah malam ke subuh ke kol saja ya. saya pasti akan datang segera.”
Setelah menunjuk kan semua keperluan yang ada di dalam apartment dan menemani Kela makan malam. Alex meminta diri untuk pulang ke rumah nya. kali ini lelaki itu sedikit lega kerana Kela sudah tinggal di tempat yang selamat dan paling penting gadis itu akan selalu ada di depan mata nya mulai saat ini.
****
“astaghfirullahaladzim……kela, mentang mentang lah tidur atas tilam empuk boleh pulak dah terlambat bangun”
Kela bergegas menuju ke bilik mandi dan segera membersih kan diri dengan kadar yang segera sambil mulut nya sibuk mengutuk diri nya sendiri yang tidak mendengar bunyi alarm
Hari ini Kela mengena kan baju kurung berwarna pink yang baru sahaja di beli nya hasil dari gaji bulan lepas. Selepas mengikat rambut dan menyapu bedak muka. Kela sekali lagi melihat penampilan nya di depan cermin dan setelah di rasa kan rapi. Kela mengambil beg galas nya dan segera menuju ke pintu keluar tanpa sarapan terlebih dahulu
Pim! (notification wasap)
Tuan Singa : Uncik, dah bangun ke? Dara tengah tunggu awak dekat lobi bawah
Kela : sudah tuan. Sekarang juga saya turun
Tuan Singa : sent pic sekarang
Kela memutar bola mata nya malas. Tak nak Alex terus menganggu nya Kela pun mengambil gambar selfie sambil tersenyum dan tidak lupa simbol peace yang selalu menjadi andalan utama nya semasa berselfie kemudia menekan butang sent bersamaan dengan terbuka nya pintu lift
“Cik Mikela” panggil seorang perempuan yang kelihatan kemas dengan kot hitam di tubuh nya
“Ya saya” jawap Kela agak takut
“Mari saya hantar kan cik Mikela ke sekolah” perempuan itu menunduk hormat
“Wa….daebak tuan singa..dia betul betul takut aku lari” gumam Kela dan terus melangkah ke arah yang di tunjuk kan oleh perempuan itu sambil mengeleng kepala perlahan
****
DC
pim!
Satu notification wasap masuk ke handphone nya. segera Alex meraih telefon nya yang berada di sudut meja. Bibir nya melengkung ke atas tersenyum penuh makna saat melihat wajah Kela kini terpampang di layar handphone milik nya
“cantik.” Puji Alex lalu menukar wallpaper handphone nya kepada gambar yang baru sahaja di kirim Kela sebentar tadi. Semua gambar Zara juga di bersih kan Alex dari galeri telefon nya saat itu juga
Tok! Tok!
Pintu nya di ketuk dari luar membuat kan alex segera meletak kan telefon nya kembali di atas meja
“Masuk”
Dari luar muncul Lily bersama beberapa buah file di tangan nya “ selamat pagi Tuan Alex. Ini beberapa dokumen dari tuan Mike yang memerlu kan penelitian final dari tuan. Dan setelah tuan berpuas hati maka tuan boleh langsung sign dan saya akan kembali kan pada tuan Mike.”
“Ok..letak” tunjuk Alex pada tempat kosong di meja nya “ ada apa lagi?”
“ermm..hari ini Tuan ada janji lunch dengan client dari singapura dan di lanjut kan dengan lawatan tapak kerja bersama client tersebut di temani oleh Tuan Mike.” Jawap Lily dengan cekap
“baik lah. Nanti tolong pesan makanan untuk kela dan pasti kan dia makan makanan nya. satu lagi jangan bagi dia buat kerja mengemas. Awak harus tegas cegah dia buat kerja atau awak akan kalah dengan akal licik kela” ucap Alex sambil tersenyum
Lily sangat memahami kebimbangan tuan nya itu kerana Lily lah saksi kekalahan Alex di tangan Kela setiap kali adu mulut berlaku. Lily juga dapat meneka seberapa jauh nya Alex menyayangi seorang Mikela Agata.
“Baik tuan. Saya akan laksana kan perintah tuan” jawap Lily kemudian mengundur diri
“Lily tolong panggil Debbie”
“Maaf tuan Alex.puan Debbie cuti bersalin dan sekarang Cik Ayu yang mengganti kan beliau selama beliau bercuti. Nak saya panggil kan cik Ayu ke?”
“Tak payah.” Alex mengibas kan tangan nya di udara.
Lily terus keluar dari pejabat Alex dan tidak lupa untuk menutup pintu dan kembali semula ke meja nya untuk menerus kan pekerjaan yang tertinggal sebentar tadi.
Pejam celik pejam celik tak terasa jarum jam sudah menghampiri angka dua belas. Mike mendapat kan Alex di pejabat nya mengingat kan boss nya itu dengan janji lunch dengan client mereka.
Kedua lelaki tampan itu kini segera keluar dari bangunan Dirgantara Corp dengan menaiki kereta yang di pandu oleh Mike.
Tidak lama kemudian masuk lah sosok gadis comel yang berbaju kurung pink dari arah luar bangunan dan melangkah laju menuju lobi pejabat
Seperti biasa “hai kela cantik…” sapa para penyambut tetamu
Kela hanya mengangguk kepala tersenyum sambil melambai ke arah kaunter penyambut tetamu dan tanpa sengaja terlanggar seseorang
“auw!”
“opss…sorry cik. Saya tak sengaja” ucap kela
“lain kali kalau jalan tengok depan. Jangan berjalan macam ratu cantik. Nama awak siapa? Kerja sini ke?” tanya wanita itu dengan wajah yang masih lagi menahan marah.
“Saya Mikela cik..ya saya kerja sini. Cleaner part time”
“Owh….cleaner…bagus. nama saya Ayu dan saya atasan awak mulai sekarang. Tanggal kan beg awak dan sekarang bersih kan semua tandas yang ada di bangunan ni. Tu hukuman buat orang yang tidak menghormati atasan nya “ arah Ayu dengan bongkak nya.
“Tapi Cik Ayu. Jangan suruh Kela buat kerja tu” bantah salah satu penyambut tetamu
“kenapa? Awak nak tolong dia ke? Dah kurang kerja ke awak?” marah Ayu
“Baik Cik Ayu..saya akan laksana kan perintah Cik Ayu.”potong Kela tidak mahu adu mulut berlaku demi diri nya
“Tapi kela…”
“Tak apa kak Mel..”Kela berlari ke arah kaunter penyambut tetamu sambil menghulur kan beg galas nya “ tolong saya jaga sekejap kak”
“Kela…nanti Tuan..”
“Shhh…kakak bertiga jangan bagitau Tuan Singa ya.” Kela tersenyum sambil mengedip kan sebelah mata.
Ketiga penyambut tetamu itu jadi serba salah di buat nya. sementara itu di lantai sepuluh. Lily sudah seperti cacing kepanasan gelisah menunggu kedatangan Kela yang tak kunjung datang juga
“dah lewat setengah jam..mana Kela ni” gumam Lily.
Haha..sorry...line problem..jadi tertunggang terbalik semua nya.
Share this novel