7

Romance Completed 245339

“Iq…kau tak nak kawan ngan aku lagi ke?” Kela menghampiri Iqbal saat waktu rehat memandang kan hanya tinggal mereka berdua di dalam kelas

“Saya kecewa dengan awak Kela” jawap Iqbal tanpa menoleh

“saya tak paksa awak nak percaya ke tak, dan saya juga tak paksa awak berkawan dengan saya balik. Saya Cuma nak jelas kan kesalah fahaman yang telah di buat oleh Tuan Alex. Saya dengan beliau tak da hubungan apa pun. Hubungan kami setakat majikan dan pekerja. Tu je” ucap kela kemudian berlalu meninggal kan meja Iqbal

“Awak tak perlu jelas kan Kela”

“Sebab saya tak nak ada orang salah faham. Tu je” Kela menimpali ucapan Iqbal sambil tersenyum. Sementara Iqbal masih sibuk dengan urusan nya sendiri tanpa menghirau kan Kela.

****
Seperti biasa nya selepas habis waktu sekolah Kela mengayuh basikal nya menuju ke arah Dirgantara Corp.

“Hai Kela cantik..” sapa salah satu penyambut tetamu di lobi.

“Hai..” sapa Kela kembali

“Uncik! Cepat!”

Pemilik suara itu sangat malas Kela nak layan sebenar nya.tanpa menoleh lagi Kela terus melaju kan langkah nya

“Auw!...Tuan lepas lah” pekik kela

Alex yang sudah hilang urat malu nya terus berlari mendekati Kela dan mengepit kepala Kela di bawah ketiak nya memandang kan tubuh kela yang kecil sangat mudah bagi Alex

“Tuan!..Ya Allah, lepas lah. Ni masih dekat lobi. Dah putus urat malu ke tuan! Lepas!’ kela sekuat tenaga nya meronta meminta di lepas kan tetapi usaha nya sia sia sahaja.

“Diam Uncik! Siapa suruh balik semalam tak ketuk pintu dulu hmm?” Alex terus menyeret Kela menuju ke arah lift

Semua mata kini tertuju ke arah mereka dengan pandangan yang tidak percaya. Tak kurang yang berbisik sesama sendiri dan tak kurang juga yang tertawa lucu dengan telatah Tuan singa mereka dengan tawanan nya.

Setelah masuk ke dalam lift baru lah Alex melepas kan kela sambil menatap gadis kecil itu dengan tajam

“Semalam kenapa tak ketuk dulu nak balik? Tak tahu ke kawasan rumah tu tak masuk pengangkutan awam. “ tanya Alex dengan serius

Kela terus menarik muka masam “ saya dah tinggal kan memo dekat pemegang teko”

“Awak ingat teko tu pandai lapor pada saya ke?”

“Ck!”Kela berdecak keras ingin menerus kan kata kata nya tetapi terbantut setelah melihat Alex melutut sambil memegang kaki nya

“Eh…eh…tuan nak buat apa ni? Jangan melamar saya dekat lift tuan…” ucap Kela sebarang.aduh kela…kela.otak dengan mulut nya sudah tidak bekerjasama dengan baik. Lain yang di pikir kan lain pulak yang keluar di mulut nya.

“Ck!..”Alex bangun dan menepuk dahi Kela lembut “Otak dah tak betul ke Uncik!. Tak da makna nya saya nak lamar awak. Saya nak tengok kaki awak bengkak ke tak.” Jawap Alex sambil menahan senyum.

“Hush..siapa tahu kan tuan berminat dengan saya. Pantang tak jumpa saya dah macam ayam hilang anak” ucap kela dan terus berlari keluar setelah pintu lift terbuka di lantai sepuluh

“hah!...Kela, tunggu. Siap awak kalau saya dapat” Alex turut berlari mengejar Kela yang sudah jauh di depan

Mike hanya menggeleng kepala melihat karenah Alex yang memang sudah di tahap yang membimbang kan menurut Mike saat mereka berpapasan.

Alex mengejar kela sampai ke pejabat nya dan membuat Lily juga terlopong dengan situasi di depan mata nya yang tak pernah berlaku.

“Nak lari ke mana hmm?” tanya Alex saat melihat Kela yang sudah terengah engah di depan pintu pejabat nya sambil membungkuk kan badan.

Kela mengangkat tangan nya ke atas dan cuba mengatur nafas “ okey…maaf tuan..saya mengaku saya salah” ucap kela.

Seketika gadis itu menegak kan badan nya dan sesuatu yang panas kini terasa mengalir keluar dari hidung nya

“kela! Hidung awak” seru Alex

Kela terus membalik kan badan membelakangi Alex dan menerus kan langkah nya untuk menuju ke tandas yang berada di hujung sekali. Belum sempat Kela bergerak jauh Alex kembali menarik tangan kela dan membawa nya masuk ke pejabat.

Alex membawa Kela masuk tandas yang ada di dalam pejabat nya dan membantu kela membersih kan wajah nya. setelah darah berhenti keluar baru lah Alex membawa Kela duduk di sofa ruang tengah pejabat nya.

“Mikela, awak sakit ke?” tanya alex setelah sekian lama terdiam

“panas dalam je kot. Saya tak sakit” jawap Kela

“pernah check hospital

Gadis itu hanya menggeleng kan kepala nya dan terus bangun

“Tak pernah Check macamana tahu tak sakit Kela. Awak sendiri dah jadi doktor ke? Tu bangun nak kemana?”

“Saya nak mula mengemas dan menyapu tuan”

“Duduk!” perintah Alex “Mikela duduk saya kata. Nanti biar lily yang kemas”

“jangan tuan, ni kerja saya. Cik lily banyak lagi kerja nak buat” bantah kela

“jom pergi hospital sekarang” Alex bangkit dari duduk nya

“Okey!..okey okey..saya duduk” Kela berlari semula ke arah sofa dan terus duduk bersila

Alex menggeleng kepala melihat telatah Kela. “kenapa takut sangat nak pergi hospital?”

“Saya tak takut tuan. Cuma buang masa je”

“awak kalau menjawap memang nombor satu Mikela. Macamana kalau ternyata awak sakit hmm? Nak sembuh macamana kalau tak pergi hospital?” tanya Alex geram

Mikela kembali tersenyum “saya masih sihat la tuan.masih mampu nak pegang penyapu.” Sambil mengangkat tangan nya membentuk simbol peace.

Alex tak nak memaksa kela untuk pergi ke hospital biar pun diri nya sangat ingin gadis itu pergi ke hospital. Melihat keadaan Mikela tadi sudah membuat hati nya bagai kan di remas oleh tapak tangan yang tak terlihat mata kasar. Sangat sakit rasa nya. bimbang takut sesuatu yang buruk berlaku pada gadis comel itu.

“Uncik…tetap sihat ya, jangan sakit” Alex mendekat dan menggosok poni Kela dengan lembut. “awak duduk sini biar saya kemas sendiri “

Alex terus mengemas sendiri pejabat nya tanpa meminta bantuan dari lily dan sesekali mata nya beralih melihat keadaan kela takut gadis itu sekali lagi melari kan diri.

“Tuan..”

“Duduk diam diam kela” Alex kembali menghampiri Kela dan bercangkung “kela..mulai sekarang hanya datang sini dan duduk macam ni saja ya. tak payah buat kerja membersih lagi” tangan nya menyentuh lembut bahu kela

“hah..” kela semakin bingung dan dengan pantas nya tangan Kela meraba dahi Alex untuk memeriksa suhu “ tak panas’ ucap kela

“hehe..saya tak demam Uncik. Sekarang awak rehat duduk sini diam diam. Buat semua kerja sekolah awak sampai siap. Kalau tak faham boleh tanya saya.” Arah Alex

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience