Season 2 chapter 1

Romance Completed 249540

SEASON 2

Seorang lelaki muda lengkap berpakaian pejabat dengan kot berwarna hitam serta kaca mata hitam yang bertengger di hidung mancungnya berjalan dengan gagah dan anggunnya memasuki pejabat Dirgantara Corp di iringi oleh pembantu peribadi dan setiausahanya kini sedang memasuki lift VVIP menuju ke pejabatnya yang berada di lantai sepuluh

“Tuan Alif hari ni tuan ada janji temu dengan encik Halim dan beliau mungkin dalam jangka waktu setengah jam lagi akan sampai di bawah” beritahu Rafi pembantu peribadinya

Lelaki itu adalah Alif Xander Dirgantara. Anak kedua dari pasangan Mikela dan Alex juga merupakan anak lelaki satu satunya.

“Hm, terus suruh masuk kalau dah sampai” arahnya

“Baik Tuan” jawap Rafi dan terus melangkah keluar dari pejabatnya

Handphonenya yang berada di saku seluar bergetar petanda ada pesanan singkat masuk. Segera Alif menyeluk saku seluarnya dan bibirnya mengukir senyum menatap layar telefon

Tasha : sayang..nanti kita lunch sama boleh?

Alif mengetuk meja berkali kali mengingat hari ini ada pertemuan dengan Halim entah sampai pukul berapa membuatnya sedikit bingung untuk menjawap

Alif : saya ada jumpa seseorang nanti tak tak tahu sempat ke tak nak lunch sama. Kalau sempat nanti saya beritahu balik {send}

Tasha adalah seorang instafamous dan juga model di bawah agensi yang terkenal di luar negeri.hubungannya dengan Alif sudah berjalan hampir dua tahun selepas berkenalan di sebuah pesta sambutan hari jadi salah seorang rakan bisnes Alif yang di adakan di sebuah kelab malam dan kebetulan Tasha juga mengunjungi kelab yang sama dan terjadilah perkenalan di antara keduanya sehingga menumbuhkan bibit bibit cinta tetapi daddynya Alex kurang berkenan dengan Tasha yang menurut beliau Tasha bukanlah perempuan yang baik.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu mengenyahkan semua memori masa lalu dan kembali membawa Alif kembali ke alam nyata.

“masuk”

Pintu terbuka lebar dan muncul lah sosok Halim dan seorang gadis yang bertubuh kecil di samping lelaki itu.

“Tuan Alif” sapa Halim

Alif bangkit dari kerusi kebesarannya dan duduk di sofa tengah dan mempersilakan tetamunya untuk duduk

“Jadi..” Alif memandang Halim terus ke anak matanya

“Ini Felicia Arini anak arwah Hasaan tunjuk Halim pada gadis di sampingnya

Flash back on

“Tasha…awak mabuk jangan bawa kereta” pujuk Alif

Tetapi kekasihnya itu malah degil “I tak mabuk la sayang.. you yang mabuk..hahaha” jawap Tasha sambil berjalan terhuyung hayang

“Tasha…”

“Nope..i akan bawa kereta sendiri” tegas Tasha

Alif terpaksa mengalah dan membiarkan kekasihnya itu memandu dalam keadaan mabuk tetapi Alif mengikuti dari belakang kereta Tasha risau takut terjadi sesuatu yang tidak di ingini.

Tiba di satu selekoh yang sepi tiba tiba Tasha hilang kawalan dan melanggar seseorang yang sedang mengayuh basikal sehingga menyebabkan lelaki tua itu terpelanting ke dalam semak

“Tasha!!” Alif terjerit di dalam keretanya dan segera menghentikan keretanya di bahu jalan untuk melihat keadaan mangsa yang di langgar Tasha sebentar tadi.

Lelaki itu segera berlari mendapatkan Tasha yang sudah kebingungan dan terus memeluknya “Tasha..awak tak apa apa ke?

“Aku tak apa apa..sayang..tolong aku tengokkan orang tu..aku takut. Aku pergi dulu”

Belum sempat Alif menjawap malah Tasha sudah masuk kembali ke dalam keretanya dan terus melaju pergi meninggalkan dirinya dan juga mangsa tadi

Perlahan Alif menghampiri lelaki tua itu dan mencuba untuk mengangkat tubuh kecil itu untuk masuk ke dalam kereta dan menghantarnya ke hospital.

“Nak…”tiba tiba lelaki tua itu memegang tangan Alif sambil menggeleng kepala dan terlihat darah segar terus mengalir dari belakang kepala lelaki tua itu

“Pak cik kita pergi hospital okey” beritahu Alif

“Pak cik mungkin tak sempat nak pergi hospital. Anak ni dah kawin ke?” tanya lelaki tua itu dengan suara yang terputus putus

“Belum pak cik” jawap Alif dengan jujurnya

“Tolong jaga anak pak cik..tolong anak ni menikah dengan anak pak cik” pinta lelaki tua itu

Alif merasa serba salah untuk menjawapnya. Di satu sisi Alif kasihan dengan lelaki tua itu dan di satu sisi lagi dirinya sudah mempunyai Tasha dan tak mungkin untuknya menikahi gadis lain yang tidak di kenalinya sama sekali.

“Janji….”pinta orang tua itu hampir tidak terdengar suaranya

Alif terpaksa mengangguk dan berjanji supaya lelaki tua itu boleh pergi dengan tenang

Flash back off

“Tuan…”panggil Halim

“Ehem..jadi awak betul anak pak cik Hasan?” tanya Alif pada gadis yang mempunyai tahi lalat besar di hidungnya di depannya sekarang ini

Gadis itu hanya mengangguk dan menghulurkan sekeping gambar yang di dalamnya ada seorang lelaki yang Alif kenal sebagai mangsa langgar lari Tasha beberapa hari lalu dan seorang anak gadis yang comel

Alif mengerutkan dahinya menatap gambar dan gadis di depannya itu silih berganti “ni betul awak ke? Kenapa awak ni hodoh sangat dan dalam gambar ni Nampak lain?” tanya Alif tidak puas hati

“Betul tuan. “ jawap gadis itu

“Baiklah sekarang awak serahkan semua yang Halim mintak dari awak dan tiga hari kemudian kita akan kawin. Halim awak keluar dulu” pinta Alif

Halim hanya menurut dan keluar meninggalkan Feli dan Alif berdua

“Awak tahu saya menikah dengan awak di sebab kan wasiat dari ayah awak. Hubungan kita memang sebatas suami isteri atas kertas je. Selebihnya saya tak akan ganggu kehidupan peribadi awak dan awak juga jangan ganggu kehidupan peribadi saya. Suatu saat setelah awak jumpa lelaki yang sesuai dengan awak maka saya akan lepas kan awak pergi. Setakat ni awak faham?” tanya Alif

‘faham tuan”Feli menjawap sambil mengangguk

“Satu lagi selagi awak menjadi isteri saya maka saya akan tanggung hidup awak. Belanja bulanan akan saya transfer setiap bulan dan awak akan berpindah ke apartment saya lepas kita menikah. Ingat jangan sampai orang luar tahu awak isteri saya faham?”

“Baik tuan “ jawap Feli yang sebenarnya sudah bosan mendengar itu tak boleh ini tak boleh “ nasib baik aku boleh bernafas” monolog gadis itu di dalam hatinya.

Alif bangun dan berjalan ke mejanya mengambil kertas yang sudah bercetak dan sebatang pen
“Ni awak tandatangan sini”

“Ni apa?” tanya Feli kembali

“Kontrak kita dan saya harap awak beri kerjasama” jawap Alif

Terasa bagaikan déjà vu. Di pejabat yang sama situasi seperti itu juga pernah terjadi di sana Cuma keadaan yang berbeza.

****
“Feli..kenapa awak buat muka hodoh macam ni? Lepas tu rambut buat keriting tak senonoh betul” tegur Halim yang memang mengenali Felicia kerana mereka dulu pernah berjiran dan selepas itu Hassan membawa anak gadisnya itu berpindah kerana tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah .

“Hehe..ni rambut palsu” Feli tersengih sengih” sambil mencabut rambut palsu itu dari kepalanya.

Sekarang mereka sudah berada di luar banguan DC dan Halim akan menghantar gadis itu pulang ke rumah sewanya bersama arwah ayahnya dan kini gadis itu hidup sebatang kara dan mungkin kerana alasan inilah Hassan mengamanahkan Feli pada Alif.

“Feli…Feli..muka cantik buat apa nak tutup. Tu tengok hidung tu kenapa buat macam tu. Kalau ayah awak tahu perangai awak ni. Ayah awak sedih Feli..”nasihat Halim. Felicia sudah di anggapnya seperti anak sendiri mengingat umur Felicia hampir sebaya dengan anak sulungnya.

Seketika mata cantik Feli mengembun mengingat sang ayahnya yang sudah pergi menemui sang pencipta. Melihat itu Halim jadi serba salah

“maafkan uncle Feli” ucapnya.

“Tak apa..Feli Redha Cuma masih rindu” ucapnya sambil menghapus jejak air mata di pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience