Season 2 chapter 6

Romance Completed 249540

“Fel…aku hantar kau balik” pinta Azizi setelah kini mereka sudah selesai dengan job dekat café Zafer dan bersiap nak balik

“Zi..kau balik dulu tak apa nanti aku balik naik grab je” jawap Feli kemudian melambai tangan ke arah Azizi yang sudah mulai menyalakan skuternya

“Aku balik dulu. Nanti kau dah sampai chat aku” ucap Azizi

Feli mengangguk laju dan tersenyum memandang sahabatnya itu “Azizi..aku harap kau secepatnya dapat jodoh yang baik” doa Feli

Gadis itu melihat jam tangan yang melingkar di tangan kanannya “wah…dah pukul sebelas malam” Feli membetulkan beg yang di sandangnya dan berniat untuk memesan grab sebelum seseorang menarik paksa dirinya dan masuk ke dalam kereta

“Tuan Alif…”Mata Feli membulat setelah tahu yang menariknya tadi adalah suaminya

“Sekarang kau kenal aku ya..tadi kau buat apa dengan si budak tu sampai aku tunggu kau dekat apartment berjam jam tapi kau tak balik balik hah!” Alif melampiaskan amarah yang sejak dari siang tadi di tahannya

“Saya cari kerja tuan dan maaf saya tak tahu tuan tunggu saya sebab tuan sendiri yang mintak saya menjauhi tuan.” Jawap Feli dengan tenang

Tangan halus itu berusaha membuka pintu kereta yang telah di lock oleh Alif dan masih terus berusaha biarpun Feli tahu hasilnya tetap sama

“Mintak sini telefon awak” Alif menadahkan tapak tangannya

“Nak buat apa dengan telefon saya?”

“saya minta bagi je lah”

“Tuan cakap dulu nak buat apa baru saya bagi” Feli masih lagi berdegil

Alif yang sudah hilang sabar terus nerampas telefon yang di pegang Feli dan melemparkan telefon itu keluar jendela kereta sehingga berderai di atas jalan

“Tuan!..Ya Allah” air mata Feli jatuh melihat telefon yang di belinya dengan bersusah payah menabung duit selama lima bulan barulah mampu membelinya dan kini benda nipis itu sudah berderai di atas jalan.

“Esok saya belikan awak yang baru dan ingat setiap kali saya telefon atau chat harus jawap” perintah Alif. Ada rasa bersalah di dalam hatinya melihat Feli sudah berjuraian air mata

“Tak apa, tuan tak payah beli yang baru pun.” tolak Feli dengan suara serak

“Awak dah makan?” Alif kini duduk senget menghadap Feli yang sedang menghapus air matanya. Gadis itu hanya mengangguk perlahan

“Makan apa?”

“Maggie”

Sudah Alif duga kerana siang tadi lelaki itu sempat mengorek sedikit informasi dari Mona mengenai kehidupan Feli dan lelaki itu mengambil plastic dari seat belakang dan menyerahkan pada Feli “makanlah”

“Tak apa Tuan saya belum lapar lagi”

“selagi awak tak makan, maka kita tak akan balik” ancam Alif kemudian membetulkan duduknya dan bersandar pada seat kereta sambil memejamkan matanya

“Tuan buka dulu kunci ni saya makan kat luar.nanti kereta tuan kotor” ucap Feli

“Makan je situ. Kotor tak apa boleh hantar pergi kedai esok cuci” jawap Alif tanpa membuka matanya

Feli dengan terpaksanya harus membuka plastic makanan dan mulai makan melihat lelaki di sebelahnya betul betul berpegang pada kata katanya.

Alif perlahan membuka matanya dan mengintai isterinya sedang menyuap makanan. Tak terasa bibirnya melengkung ke atas dan merasa senang apabila Feli menurut kata katanya biarpun terpaksa.

****
Setibanya di apartment, Alif mengajak Feli duduk sebentar di ruang tamu “Feli..awak boleh tak berhenti buat kerja kerja macam tu lagi?”

“Tu semua kerja halal tuan dan saya perlu bekerja hanya untuk sesuap nasi” jawap Feli dengan tegas sambil menunduk menatap lantai

Alif mengambil kad Atm yang di tinggalkan Feli tadi dan menarik tangan gadis itu kemudian meletakkan kad itu atas tapak tangan Feli

“Dalam ni saya dah sediakan belanja bulanan awak Feli dan awak tak kerja pun masih boleh makan dan beli apa saja yang awak nak”

Feli menggeleng “saya tak selesa pakai duit tuan jadi biarlah saya bekerja”

“Feli! Awak jangan lupa awak tu isteri saya “

“Tuan jangan lupa dengan perjanjian kita yang tuan tak boleh kacau kehidupan peribadi saya selama saya tak ganggu kehidupan peribadi tuan” potong Feli

“Perjanjian tu tak berlaku lagi Feli, awak lupa, masa awak tandatangan perjanjian tu macamana rupa awak hmm?” tanya Alif sambil menatap lekat Feli yang juga sedang menatapnya

“Tapi..”

“Tak ada tapi Felicia. Di sebabkan dari awal awak tipu saya dengan penampilan awak tu maka perjanjian dan kontrak kita terbatal dan sekarang awak nak kena dengar cakap saya” Alif menggunakan kuasa vetonya sebagai suami

Felicia mengeluh dan terasa berat rasa hatinya menerima semua itu secara tiba tiba “kan aku dah berdoa kalau dia bukan jodoh aku maka jauhkan tapi kenapa tuan Alif semakin dekat dengan aku. Aku salah doa ke?” monolog Feli dalam hatinya

“Tak payah fikir panjang, sekaran awak tidur dah lewat. Saya pun dah letih nak rehat” Alif menonong masuk ke dalam bilik tidur di mana semua barang barang Feli di pindahkan masuk

“Tuan tak nak balik ke? Ke tuan salah pintu keluar?” Feli bertanya dengan muka bodohnya

“Saya masih kenal pintu bilik denga pintu keluar Feli”

“Tuan nak tidur sini?”

“Kenapa? Salah ke?”

“Salah besar tuan!” kini Feli berdiri dari duduknya sementara Alif hanya mengerutkan dahinya menunggu ayat seterusnya keluar dari bibir comel itu.

“Tuan kan ada hubungan dengan public figure dan saya tak mau kalau ada orang yang tahu tuan tidur dekat sini dan esoknya keluar muka saya sebagai simpanan tuan kemudian menuai hinaan dari dari peminat peminat cik Tasha. Saya tak mahu” feli menggeleng laju dan membayangkan dirinya akan jadi viral sekelip mata membuat gadis itu harus menelan ludah dengan kasar.

“Saya tak kisah” jawap Alif selamba

“kalau tuan tak kisah maka saya kisah. Tuan tidurlah saya keluar dulu” Feli sudah bersiap siap hendak keluar dan mengambil semula beg galasnya yang di letakkan di atas sofa kemudian melangkah ke arah pintu keluar

“Nak pergi mana?”

“cari Azizi”

Duar!!!

Bagaikan mendengar bunyi guruh yang kuat jantung Alif berdetak laju mendengar arah tujuan yang di sebutkan isterinya

“Jangan sesekali pergi Felicia! Atau awak akan rasmi jadi isteri saya malam ni juga” ancam Alif

“Tapi tuan”

“Awak stay sini saya akan balik!” Alif akhirnya mengalah daripada Feli mencari Azizi malam malam buta macam ni lebih baik dirinya mengalah sementara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience