5

Romance Completed 245409

“Awak ada nak singgah mana mana?” tanya Alex

“Tak de. Hantar saya balik rumah boleh?”

Alex mengangguk dan melaju kan kereta nya menuju ke arah rumah kela

“Kela” panggilan Alex memecah kan kesunyian

“Ya tuan”

“Awak nak tak pindah dari rumah tu. Seandai nya ada tempat lain yang lebih selamat lagi?”

“kalau dah ajal. Kat mana mana pun tak selamat tuan”

“saya nak awak pindah ke salah satu apeartment saya”

Kela menoleh ke arah boss hantu nya yang sangat berbaik hati malam ini menurut kela “tak nak”

“Mikela..rumah awak tu dah usang sangat. Kalau awak duduk apartment saya sekurang nya keselamatan awak terjamin

“saya tak mampu nak bayar sewa”

“awak tak perlu sewa Mikela, awak tinggal duduk je”

“tak nak.”

“Mikela..”

“Ibu pernah cakap. Dalam dunia ni tak ada yang percuma.”

“Kela, awak fikir dulu masak masak. “ Alex masih memaksa kan kehendak nya

****
Sunday morning

Alex bangun pagi seperti biasa nya dan melaku kan rutin pagi jogging di sekitar taman perumahan dan setelah berpeluh lelaki itu balik semula ke rumah nya

“Tuan..hari ni nak sarapan apa?” tanya pembantu rumah nya

“apa yang ada?” tanya alex kembali

“roti bakar tuan atau tuan ada permintaan lain?”

Seketika otak nya kembali teringat akan Mikela dan tersenyum “ tak perlu” respon nya pada pembantu rumah

Berlari masuk ke dalam rumah nya dan terus mencari telefon bimbit. “dapat pun” ucap nya.

Jemari runcing alex terus mencari nombor Mikela dan terus mendail nya. di deringan yang kedua gadis itu terus mengangkat nya.

“Assalamualaikum tuan” suara serak kela begitu seksi di pendengaran Alex

“Waalaikumusalam, uncik! Awak tak bangun lagi?’

“Hmmm..baru nak bangun”

“Awak pagi biasa buat sarapan apa?”

“masak nasi goreng jer. Kenapa?”

“awak siap siap mandi . lepas ni saya datang jemput awak. Kita beli lauk di pasar dan awak masak untuk saya hari ni”

“Apa!..tuan…hari ni hari ahad…tak kan lah saya masih nak ngadap muka tuan”

“Mikela…awak dah lupa kontrak yang awak sign tu”

Lama terdiam

“baik firaun”

Tuut….

Kela memati kan talian secara sepihak. Alih alih marah malah Alex tertawa gembira kemudian termenung sebentar

“Lex..jangan lebih..kau Cuma nak kerja kan budak hingusan tu kan. ni bukan perasaan suka.” Ucap Alex pada diri nya sendiri sambil menepuk dada nya.

“aku ada Zara. Si Uncik tu Cuma orang suruhan aku je” tambah Alex lagi dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah selesai mandi dan berkemas kemas. Alex segera melaju kan kereta nya menuju ke rumah Mikela dan ternyata gadis itu sudah menunggu nya di depan pagar rumah nya. Alex sengaja berhenti di bahu jalan untuk mengamati kela dari jauh.

Gadis itu tak perlu mengena kan barang barang branded untuk terlihat cantik dan manis. Hanya setakat mengena kan knit sweater over size berwarna putih dan ankle jeans berwarna kelabu serta rambut panjang nya di ikat ekor kuda sudah cukup membuat lawan jenis nya berpaling dua kali.

Setelah puas melihat dari jauh. Alex pun melaju kan semula kereta nya sehingga lah berhenti betul betul di depan Kela.

Kela terus masuk ke dalam kereta dan menarik seat belt nya.”tuan pergi pasar jangan lama ya” ucap kela sebaik sahaja selesai memasang seat belt nya

“Apasal? Awak ada nak pergi mana mana ke?” Alex berpaling sebentar kemudian beralih semula fokus ke jalan raya

“Saya dah janji dengan Iqbal.”

“Apa!? Uncik! Iqbal tu siapa?” nada Alex naik dua oktaf

“Astagfirullahaladzim….Tuan! ni telinga tau bukan tanduk” Kela memegang kedua belah telinga nya “ kalau nak bercakap biasa kan bercakap lembut jangan suka suka nak jerit jerit. Fikir kan juga jantung saya ni Tuan” marah kela

“Iqbal tu siapa? Boyfriend awak ke? Kecik kecik pun pandai bercinta.” Sindir Alex yang sedang panas hati nya

“Iqbal tu kawan saya tuan..., kami janji nak jumpa sebab nak belajar bersama.” Jelas Kela dengan malas nya

“Eleh..belajar bersama ke nak bercinta?”

“Terserah tuan nak pikir apa. Tak da makna nya pun saya nak jelas kan pada Tuan.” Ucap kela kemudian nya

Setelah itu kedua nya kembali diam sehingga lah sampai di tempat yang menjadi tujuan dari awal tadi.

Kela mengikuti Alex keluar dari kereta “Tuan..ni kan shopping mall? Bukan ke nak pergi pasar?” tanya Kela

“Ck!”Alex menarik tangan Kela supaya mengikuti langkah nya tanpa menjawap pertanyaan dari gadis itu.

Setelah mengambil troli lelaki itu masih lagi mengheret kela mengikuti langkah nya menuju ke bahagian yang menjual makanan sejuk beku.

“Kela!”

Kedua nya menoleh bersamaan

“Iqbal!..awak buat apa kat sini?” Kela terkejut melihat Iqbal yang sudah di samping nya

“Umi suruh beli daging. Awak buat apa kat sini?” tanya Iqbal balik

“Saya…haha..saya jalan jalan je..” jawap Kela sambil tertawa kekok

Alex yang dari tadi jadi pemerhati jadi panas hati nya melihat kemesraan kedua remaja itu. “Sayang..” panggil nya tiba tiba

“Apa!?”

“Kela”

Iqbal dan kela sama sama terjerit kerana panggilan Alex yang sangat di luar jangkaan. Kela terjerit kerana terkejut sementara Iqba terjerit kerana menuntut penjelasan dari Kela

“Hah..! Iq..ni bukan seperti yang awak dengar dan pikir kan” jelas Kela sambil tergugup

“Sayang awak tak nak bagitau dia ke?” Alex sengaja membuat Iqbal berputus asa kerana dari pengamatan nya. Iqbal punya rasa terhadap Kela

“Firaun! Nak jelas apa? Awak boss dan saya ni cleaner. Tu kan kenyataan nya” marah Kela pada Alex yang sudah tersengih sengih

“Hai perkenal kan saya Alexander Digantara sugar Daddy Mikela”Alex menghulur kan tangan nya ke arah Iqbal sambil tersenyum penuh makna.

Kedua remaja itu sama sama melopong dan hilang kata kata.

“Kela…betul ke?” Iqbal menuntut penjelasan dari gadis itu

“No bukan macam tu Iq..sumpah. dia tu boss firaun saya.” Kela hampir menangis tak tahu macamana lagi nak meyakin kan Iqbal yang otak nya mungkin sudah di racuni oleh kata kata Alex sebentar tadi.

Dengan kecewa nya Iqbal terus berlalu pergi tanpa mengucapkan sepatah kata “Iqbal…iq” panggil Kela

“Biar je lah dia pergi” santai je Alex berucap

“Tuan!. Ni dah melampau tahap gaban. Jatuh maruah saya. Nak simpan mana muka saya ni kalau Iqbal bagitau kat kawan kawan yang lain? “sembur Kela

“Simpan je dalam kocek saya. Biar lah dia nak cerita. Biar tak ade yang nak kan awak lepas ni”

“Boss gila. Firaun! Pedofile!”marah kela dan melangkah pergi meninggal kan Alex yang sudah tersengih sengih.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-06 15:31:08 

Geram pula aku dgn si alex nie..haritu ber ia bg syrat jgn jtuh cinta dgn dia...last2 dia pula yg cmburu bila kela ada kwn lelaki

Roselind Lyne
2022-03-06 15:24:37 

Btul tu kela..xada yg percuma..nnti kau pula yg terprangkap

Syaa
2021-10-08 14:48:14 

Hehe..


NovelPlus Premium

The best ads free experience