32

Romance Completed 245339

Sepulangnya mereka dari jogging pagi terlihat mak Ton sudah menunggu di depan pintu pagar dengan wajah takutnya

“Ha..Ton..kenapa tercegat kat sini? Rumah masuk pencuri ke apa? Tanya Arya melihat pembantu itu sedikit salah tingkah dan serba salah

“Tuan…tu dalam..” jarinya menunjuk ke dalam tapi matanya menjeling ke arah sang puan yang dua tiga hari ni angin satu badan

“Kenapa Ton? “ Laila pula menyampuk

“kat dalam ada perempuan yang sedang tunggu Tuan Alex. Katanya rakan kerja tuan Alex” jawap mak Ton lemah

Benar sahaja Kela terus menjeling tajam ke arah suaminya yang hanya terlopong “ sayang…abang betul betul tak tahu siapa kat dalam tu” Alex mengangkat tangannya

“Awas abang kalau buat masalah. Saya kerja kan abang nanti” ancam Kela dan terus melangkah cepat masuk kedalam

Brandon menarik Alex ke tepi “Lex..kau main kayu tiga ke?” tanya Brandon separuh berbisik

“Gila apa! Bini aku punya cantik comel muda lagi. Tak ada niat pun aku nak main kayu tiga,” marah Alex

“Rileks…aku tanya je pun. Dah jom kita masuk sebelum betul betul ada masalah” ajak Brandon

Setelah masuk ke dalam rumah Kela melihat seorang wanita seksi yang mempunyai tubuh seperti seorang model ternama sedang duduk dengan santainya di ruang tamu tanpa memperdulikan kehadirannya

“Mak Ton dah hidang teh buat tetamu ke?” tanya Kela lembut

“Saya hidangkan sekarang puan” jawap mak Ton bersamaan dengan masuknya Alex dan yang lainnya.

“Hai…..Alexander….long time no see you. I rindu lah” seru wanita itu dengan langkah laju ingin memeluk Alex tapi bukan Alex namanya jika tidak cerdas kepala otaknya terus memeluk mamanya yang kebetulan ada di depannya

“Masalah baru’ gumam Arya sambil menepuk dahinya

“Wilona, kenapa awak datang sini? Macamana awak tahu rumah saya?” tanya Alex beruntun

“I tanya dengan abang I lah.i call you tak jawab I text pun you tak reply” ucap Tengku Wilona adik kepada Tengku Farish pemilik Perkasa Holding dengan lagak manjanya

Kela sudah angin satu badan melihat aksi di depannya itu “Abang! Sini!” panggil nya

Seperti kerbau di cucuk hidung Alex berhambur berlari ke arah isterinya “sayang..” panggil Alex

“Bak sini telefon abang” pinta kela

Alex menyerah kan telefonnya pada buah hati yang sedang mangamuk “ambik sayang..nak masak pun abang tak peduli” ucap alex sambil menjegilkan matanya nya melihat ke arah Zara yang sudah merah padam mukanya menahan ketawa

“Dalam ni ada hal penting pasal usrusan kerja abang ke?” tanya Kela

“Tak ada sayang. Semua urusan kerja dalam laptop abang”

“ada nombor klien penting?”

“Tak ada Cuma ada nombor sayang yang paling penting”

“Dia telefon ke sini kan?” tanya Kela kesekian kalinya dan di angguk sahaja oleh Alex

“Mak Ton..masak telefon ni” Kela menyerahkan telefon itu pada Mak Ton. Oleh kerana takut kena imbas amarah sang puan akhirnya Mak Ton menyambut huluran dari Kela

“Nak masak macamana puan?” tanya mak Ton ragu ragu

“Masak asam pedas!” sembur Kela kemudian melangkah ke dapur di ikuti Mak Ton

“Sayang….betul ke nak masak telefon tu…” rengek Alex separuh berbisik dan memandang kepergian isterinya dengan tatapan sedih

Laila dan Arya kesian melihat anaknya itu tapi rasa lucunya melebihi rasa kasihan sehingga menyebab kan pasangan itu akhirnya ketawa lepas.

“Dulu belum kawin tak laku. Lepas kawin kenapa jadi di kejar perempuan ni Lex” perli mamanya

“Wilona! Lain kali sebelum tunjuk perangai gedik selidik dulu orang tu dah kawin ke belum. Kau tengok queen aku dah merajuk” hilang sudah kesopanan Alex.

“Tak salah kan kalau I cakap I rindukan you. Kan lelaki boleh kawin empat?’ Wilona dengan tak tahu malunya berkata begitu

“Aku bagi free pun tak nak perempuan macam kau ni. Ni ada apa kau datang sini?” tanya Alex dengan marahnya

“Saja I nak kenal dengan family you. Mana tahu kan mama papa you berkenan nak ber menantukan I” jawap Wilona sambil duduk di samping Laila.

“Ha..korang semua duduklah ya…saya nak ke belakang nak bantu menantu kesayangan saya” sindir Laila kemudian bingkas bangun.

“kalau tak ada hal penting baik awak pergi dari rumah saya. Ni weekend saya nak luang masa dengan keluarga saya terutamanya isteri saya” halau Alex

“ I di hantar..kalau you nak I balik, you hantar la I balik sekaligus kenal dengan family I” ucap Wilona. Dan inilah alasannya dulu Alex tidak suka bekerjasama dengan Tengku Farish kerana Wilona diam diam selalu mengirim pesanan dan meluahkan perasaan pada nya dan sekarang ini wanita itu semakin berani sehingga sanggup datang kerumah.

“Ni gila lebih teruk dari awak la Zara” ucap Alex

“Kenapa sangkut saya pulak. Awak yang cari masalah” marah Zara

“Ni masalah cari saya Zara bukan saya cari masalah.” Timpal Alex

“Dah tahu macam tu..halau lah masalah tu. Baca lah surah apa apa ke biar masalah tu lembut hati dan pergi dengan relanya dari sini” perli zara

Alex terlopong mendapat perlian sebegitu rupa dari Zara dan matanya tajam menatap ke arah Brandon yang sedang mengulum senyum“Kau bijak sangat kan..ha kau baca lah surah buat halau masalah ni” tunjuk Alex pada Wilona yang terkebil kebil menyaksikan aksi adu mulut Zara dan Alex

“Aku tak ingat,,,dulu aku sekolah belajar ABC one two three je” Zara semakin sengit memerli Alex yang sudag terlihat serabut

“Lepas tu kalau kau jumpa hantu pokok pisang kau nak baca apa hah! ABC one two three macam tu dan lepas tu hantu tu terbirit birit lari? Cakap je pandai.” marah Alex sambil bercekak pinggang

“Sudah! Sudah! Ini apasal yang melalut sampai ke sana ni Lex! Zara! Perangai korang berdua ni” marah Arya yang akhirnya menghentikan adu mulut tidak berfaedah keduanya.

“Lex! Pergi ke dapur susul menantu papa. Pujuk menantu papa jangan sampai mood dia semakin kelaut.” Arya menunjuk Ke arah dapur “Zara! Naik mandi lepas tu turun balik sini. Brandon kata nak cari cincin nikah dengan Zara” perintah Arya dan Zara pun segera angkat kaki naik ke biliknya untuk membersihkan diri.

“Ha! Kamu! “ tunjuk Arya pada Wilona “Kami tak terima tetamu sekarang kamu balik”

“Tapi uncle…”

“Balik atau saya panggil polis kata awak nak mencuri nak?” ugut Arya

“Baik lah tapi saya akan datang balik!” Wilona angkat kaki dari sana dan akhirnya Arya boleh menarik nafas lega

“Fuh!..semenjak papa balik ni. Rasanya tekanan darah papa makin naik rasanya” ucap Arya sambil memandang Brandon

Brandon tertawa mendengarnya “ Papa buat appointment, betul betul nak kena check tekanan darah papa ni” timpal Brandon dan akhirnya kedua lelaki itu tertawa lepas.

Share this novel

Roselind Lyne
2022-03-12 02:01:10 

Habis la tlp pun kna msak

Lian aen
2021-10-25 01:22:17 

Wow hebat papa Arya, sokong

Syaa
2021-10-19 20:29:59 

Semoga selalu ceria..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience