Season 2 chapter 8

Romance Completed 245339

Sekembalinya dari klinik saat membuka pintu apartment, Alif dan Feli sama sama terkejut melihat Tasha sudah duduk manis di atas sofa seolah menanti kedatangan mereka

“Fel..awak masuk rehat” Alif menolak tubuh Feli masuk ke dalam bilik tidur kemudian menghampiri Tasha yang sudah mencuka dan akan mengamuk bila bila masa sahaja

“Tasha..kenapa awak datang sini tak cakap awal awal?” tanya Alif

“Sayang apa semua ni? Tu budak dekat café tu kan? Kenapa dia boleh bersama dengan you sayang dan kenapa tinggal dalam apartment ni?” Tasha menghujani Alif dengan pelbagai soalan

“Tasha, dia wife I”

Duar!!!

Tasha terlompat dan sangat terkejut “ you jangan nak bergurau Lif”

“I tak bergurau. Dia wife I “ jawap Alif dengan wajah datar

“You curang dengan I Alif? Sampai hati you. Kalau you curang dan dapat perempuan yang lebih baik lagi I tak akan rasa tercabar macam ni. Tapi apa yang you dapat hanya seorang pelayan café! Rendah sangat selera you Lif dan I merasa malu sebab kekasih I curang dan menikah dengan pelayan café, nak letak mana muka I ni Lif?”

“Jangan rendahkan Feli macam tu Tasha! Dan kalau bukan sebab you dia tak akan jadi yatim piatu. you kena ingat yang satu tu” ancam Alif

“Jadi…” Tasha menganga

“Ya, Feli anak dia dan sekarang tanggungjawap i menggantikan ayah dia” beritahu Alif

Tanpa mereka sedari Feli yang mendengar semua perbualan mereka jadi semakin sedih ternyata Alif suaminya sudi untuk menikahinya demi melindungi kekasihnya.

Dengan langlah perlahan Feli menggapai beg galasnya dan mengambil beberapa helai pakaian kemudian memasukan ke dalam beg. Mengikat rambutnya sebelum melangkah keluar

Klek!

Pintu terbuka dan Alif terkejut melihat Feli sudah bersiap siap keluar “Fel..nak kemana ni?

“Saya nak jumpa Azizi sekejap”

Alif memejamkan matanya untuk meredam amarah yang tiba tiba menguasai dirinya “Feli..masuk balik” semampu mungkin Alif mengawal nada bicaranya

“Maaf Tuan Alif, saya betul betul ada hal nak jumpa Azizi” tolak Feli dan masih meneruskan langkahnya

“FELICIA!!!!! Saya cakap berhenti dan jangan kemana mana. Kenapa nak sangat jumpa Azizi hah!” tanya Alif yang sudah tidak dapat mengawal rasa marahnya

“Kenapa saya perlu ada kat sini hah!! Nak dengar korang berdua mengamuk kemudian saling memujuk. Nak saya dengar yang awak beriya sangat nak kawin dengan saya demi melindungi kekasih awak tu!” tunjuk Feli pada Tasha dan gadis itu juga sudah tidak dapat menahan amarahnya.

“Feli..dengar sini” Alif mendekat

“jangan maju!” teriak Feli sambil memegang kepalanya yang kembali berpusing kerana demamnya masih belum kebah

“Feli…tenang okey nanti saya jelaskan”

“Sayang tak usah jelaskan. Biar dia pergi. Lagi pun apartment ni kan sayang dah bagi kat I” Tasha seolah sengaja membuat Feli semakin marah dan salah faham terhadap Alif

“Tasha diam! Sekarang you keluar! Baik, apartment ni mulai hari ni akan jadi milik you dan I akan bawa isteri I pindah dari sini. Lepas ni you jangan ganggu kehidupan kami.”

Tasha menganga. Lain yang di harap lain pula yang terjadi “sayang..”

“stop Tasha! Sekarang you keluar” usir Alif.

Lelaki itu semakin cemas melihat Feli kini sudah terduduk di lantai sambil memegang kepala dan perutnya

“Fel…jom saya hantar awak balik rumah dulu” Alif mengangkat tubuh kecil Felicia. Ada rasa bersalah di dalam hatinya melihat isterinya sakit hati seperti itu.

“hantar saya pergi rumah Azizi” pinta Felicia lemah

“Feli…awak isteri saya dan awak akan pindah ke rumah saya bukan rumah Azizi. Awak boleh benci saya tapi jangan mintak pindah rumah lelaki lain.” Alif memandang isterinya yang sudah mengalihkan pandangan ke tempat lain

“maaf kan abang Feli..abang janji akan jaga dan sayang Feli sampai hujung nafas abang.” Monolog Alif dalam hatinya

****
Feli terpaksa berpindah ke rumah Alif dan harus bersiap dari segi emosi mulai dari sekarang kerana lelaki itu sudah terang terangan menunjukkan kepemilikannya terhadap Feli dan melarang gadis itu untuk berjumpa Azizi buat seketika.

Merasa bosan duduk saja sementara Alif tengah ulang alik memindahkan semua barang barang Feli dan menyerahkan apartment yang di tempati Feli pada Tasha. Gadis itu menapak ke dapur ingin mencari air kosong

“Puan…! Puan balik sana duduk biar saya ambil. Puan nak air apa?”

Feli terkejut bila pembantu rumah Alif menghalangnya dan menuntunnya kembali ke sofa “saya nak minum air sejuk “ jawap Feli walaupun masih terkejut

“Saya ambilkan. Puan duduk sini”

“Azizi….hua…saya rindu nak naik belakang awak jalan dekat taman. Sini Cuma boleh duduk saja. Nak ambik air sendiri pun tak boleh” keluh Feli dan tertangkap indera pendengaran Alif yang baru sahaja melangkah masuk.

Lelaki tampan itu mendekat dan mencangkung di lantai membelakangi Feli sambil menepuk bahunya “naik”

“Tuan buat apa ni?” tanya Feli bingung

“naik belakang saya sekarang.”

“Tak nak, saya nak minum air dulu” tolak Feli

“ini puan’ pembantu tadi datang dengan segelas air sejuk lalu menghulurkan pada Feli.

Setelah meneguk habis air yang di hantar pembantu tadi Feli menjulurkan tangannya dan naik ke belakang Alif membuat lelaki itu mengukir senyum manis.

“Kita jalan kat taman belakang rumah ya. nanti hujung minggu kita jalan kat taman awam” beritahu Alif dan Feli hanya mengangguk.

“Feli..”

“hmm..”

“kenapa awak suka naik belakang Azizi?”

“Sebab selain ayah, saya hanya ada Azizi dan dari kecik lagi saya suka naik belakang dia apalagi kalau saya tengah sedih” beritahu Feli jujur

“Mulai sekarang, awak boleh mintak naik belakang saya bila bila pun. dan saya akan benarkan awak jumpa Azizi lepas awak dah sembuh. Tapi ingat jangan terlalu dekat. Sebab sekarang awak dah jadi isteri orang dan dah tak macam dulu lagi” beritahu Alif sambil membawa feli berpusing pusing di taman belakang rumahnya

Tiada jawapan dan pelukan Feli di lehernya terasa semakin longgar dan kepala isterinya itu kini terlentok di bahunya membuat Alif menggeleng dan senyum sendiri

“nak naik belakang semata mata nak tidur rupanya.” Gumam Alif dan mengambil keputusan untuk kembali semula ke dalam rumah dan merebahkan tubuh kecil itu di atas tempat tidur.

Alif duduk di birai katil dan membetulkan anak rambut isterinya sehingga menampakkan wajah putih bersih dan pipi gebu yang membuat Alif geram sendiri.

Tangannya terulur menyentuk pipi Feli dan mengusap lembut “Love you sayang. maaf mungkin pertemuan kita tak semanis kisah cinta orang lain. Tapi abang janji akan buat hidup sayang lebih berwarna mulai saat ini.” Ucapnya kemudian melangkah keluar dari bilik mencari Watie sang pembantu rumah

“nanti kalau Puan bangun. Tolong hubungi saya. Kalau dia tanya beritahu saya keluar sekejap jumpa Terry dan jangan bagi puan tengok berita. “ pesan Alif

“baik tuan.

“Oh ya. esok saya akan ambik dua orang lagi pembantu dan awak akan pantau puan sementara mereka akan buat kerja kerja lainnya.” Selesai berkata begitu Alif terus keluar menuju ke Carport.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience