Season 2 chapter 20

Romance Completed 245339

“Papa…balik nanti kita singgah kubur arwah ayah ya” pinta Feli sambil bergayut manja pada lengan sasa sang papa

“Baik, papa juga nak ucap terima kasih sebab Hasan dah jaga anak papa yang cantik ni dengan penuh kasih sayang” Mike setuju dengan permintaan papanya.

Dua beranak itu berjalan beriringan dengan tangan Mike kini memeluk bahu puteri tersayangnya membuatkan orang yang melihat ada yang salah faham.

“Papa, Feli rasa orang salah faham la tengok kita berdua ni” perasaan Feli mulai tidak sedap

“Papa tak kisah pun. yang penting papa boleh jalan dengan anak papa yang cantik ni. Oh ya. abang kirim salam”

“Wa’alaikumusalam..kenapa abang tak ikut?” tanya Feli kemudian

“Abang dah start sibuk dekat ASG dan pag ni abang ada meeting dengan menantu tampan papa” beritahu Mike.

Feli hanya beroh ria sahaja tidak faham dengan urusan kerja yang di beritahu oleh papanya sehingga seseorang terlanggar bahunya dengan kuat

“Oh..m-m-maaf”

“Mimi!” mata Feli membulat melihat yang terlanggar bahunya adalah Mimi.

“Feli..maaf saya tak sengaja” ucap Mimi

“Sayang ni siapa? Mike menautkan alisnya menatap Feli yang sepertinya mengenali gadis muda itu

“Oh! Papa..ni kenalkan Mimi anak aunty Zara dengan uncle Brandon”

Mike menanggalkan cermin mata hitamnya dan menyangkutkan di leher bajunya “jadi awak anak Brandon?”

Mimi tersenyum senang umpannya berhasil “ ya..Tuan..”

“panggil Uncle je. Al dengan daddy awak mana? “ Mike teruja dapat berjumpa dengan anak sahabat baiknya Brandon

Mimi tersenyum semanis mungkin sehingga membuat Feli merasa meremang bulu romanya “Daddy dengan Abang sibuk uncle. Daddy dah jadi pengarah hospital sekarang dan abang Al pula sedang shif pagi hari ni” jawap mimi

“Hebat betul anak anak sahabat papa” gumam Mike sambil menatap puteri semata wayangnya

“Uncle..kalau uncle dengan Feli masih belum ada tujuan. Boleh Mimi belanja makan?” Mimi memulai langkah kedua

Mike memandang anak gadisnya dan merasa tiada respon dari Feli “ Baik lah tapi uncle yang belanja” Mike akhirnya setuju

“YES!!!” sorak Mimi dalam hatinya

Feli dapat merasakan sesuatu yang berbeza dari cara Mimi memandang papanya seperti pandangan Balqis sebelumnya.

Ketiganya berjalan menuju sebuah café di tuntun oleh Mimi dan mengambil tempat duduk di sudut dengan Feli duduk di sebelah papanya dan Mimi pula memilih menghadap Mike

“Papa, papa ada gambar mama tak?” Feli sengaja membangkitkan isu mamanya di depan Mimi

Benar sahaja wajah gadis itu berubah keruh dan tidak suka “ Feli…jangn ungkit pasal mama awak. Nanti papa awak sedih” belum sempat Mike menjawap malah Mimi sudah terlebih dahulu menasihati Feli

“Oh! Tak apa, Feli berhak tahu tentang mamanya . bukan masalah” Mike terus mengambil telefonnya dan terus masuk ke dalam galeri lalu di serahkan pada Feli

“Mama cantik kan pa..”

“Hmm…she’s beautiful. Tapi sayang hatinya terlalu lembut dan sentiasa kalah dengan nenek” Mike tersenyum menatap gambar bekas isterinya yang masih tersimpan di dalam galeri telefon.

Feli juga tersenyum melihat betapa cantiknya sang mama “tapi mata mama macam mata kak Qis kan pa”

Mike menatap anak gadisnya yang tiba tiba membangkitkan nama Balqis membuat dirinya jadi tidak selesa di depan Mimi.

“Hm..uncle..ada niat nak rujuk balik tak?” tanya Mimi tiba tiba

Mike termenung jauh sebelum menjawap “ dah tak ada jodoh. Dia pun tak lama lagi nak kawin dengan pilihan bunda dia” terdengar sedih dari nada ucapannya

“Tak apa uncle . masih ada yang sudi untuk mendampingi uncle. “ timpal Mimi penuh makna

****
Sementara itu di rumah sana Kela berulang kali mengetuk pintu bilik Balqis tetapi gadis itu tidak memberi respon sehingga membuat Kela risau dan berfikir yang bukan bukan.

“Qis…jangan sedih sangat nak..bagi mummy masuk ya” pinta Kela untuk yang ke sekian kalinya.tetapi masih tiada lagi jawapan

Kela terfikir akan kunci pendua di dalam rumah itu dan bergegas menuju ke bilik bacaan Alif dan mengambil segugus anak kunci dan bergegas balik membuka pintuk bilik Balqis

Klek!

Pintu terbuka dan tiada sesiapa di dalam. Kela mendengar bunyi gemercik air di dalam bilik mandi . Wanita itu mendekat dan ternyata pintu bilik mandi sedikit terbuka

“Balqis!!” Jerit kela saat melihat anaknya yang sudah menenggelamkan diri di dalam tub mandi.

Kela segera masuk dan menarik anaknya dengan bersusah payah. Mujur badan Balqis kecil dan Kela Berjaya akhirnya mengeluarkan anak gadisnya itu dengan susah payah.

Balqis sudah hampir lemas dan sedikit sahaja Kela terlambat mungkin nyawa Balqis tidak dapat di tolong.

“Ya Allah..Qis…kenapa buat macam ni sayang” tangis Kela pecah

Alex yang mendengar kecoh di tingkat atas turut naik dan sangat terkejut melihat keadaan anaknya yang begitu menyayat hati.

Lelaki itu segera mengangkat tubuh anak gadisnya dan meletakkan di atas tilam kemudian menelefon dokter keluarga untuk melihat keadaan Balqis sementara Kela sendiri mengganti pakaian basah Balqis dengan pakaian tebal melihat wajah pucat anaknya yang kesejukan.

Selepas menelefon dokter. Kini Alex menghantar pesanan buat Feli memberitahu keadaan Balqis

****
Drrt!!

Telefonnya bergetar saat Feli mulai menyuap makanan ke dalam mulut menandakan ada pesanan masuk

Daddy : Kak Qis nak bunuh diri.

Mata Feli membulat sempurna lalu menepuk bahu papanya keras

“papa, jom kita balik sekarang” Feli menarik tangan papanya

“kenapa sayang?” Mike hairan melihat Feli yang kelam kabut

Takut di dengari Mimi akhirnya Feli berbisik “Kak Qis bunuh diri”

“Apa!” kini berganti Mike yang terjerit dan segera bangkit

Mimi terpinga pinga melihat dua beranak itu kelam kabut “Feli! Ada apa ni?”

“Maaf Mimi kami balik dulu” hanya itu yang di jawap oleh Feli sementara papanya sudah di depan membayar makanan mereka dan sekarang sedang melambai ke arah Feli dengan raut wajah cemas.

“Aduh…jangan cakap papa juga suka kat kak Qis. Naik gila aku di buatnya kalau macam ni” batin Feli melihat papanya yang cemas dan risau berlebihan.

Sementara Mimi yang di tinggalkan juga tiada selera makan dan membanting garfunya dengan kasar “baik aku minta tolong daddy untuk dapatkan uncle Mike” ucap Mimi kemudian segera bangun meninggalkan café dan tujuan nya sekarang adalah hospital tempat papanya bekerja.

Kita selesai dulu masalah papa mike yer...baru kita fokus watak utama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience