Season 2chapter 16

Romance Completed 245409

Beberapa hari selepas kejadian salah faham itu Alif terpaksa bersetuju dengan permintaan Feli yang ingin tidur berpisah dengannya.

Biarpun berat asalkan Feli masih sudi tinggal di dalam rumah itu sudah cukup buat Alif

“Sayang….Alif mendekati isterinya yang termenung di depan pintu

“Ya..abang nak pergi kerja dah?” Feli menatap lelaki di sebelahnya yang sudah siap berkemas dengan pakaian pejabat.

Ingin rasanya Feli memeluk sang suami kerana terlalu rindu tetapi harus di tahan mengingat keadaan sekarang tidak berpihak kepadanya

“Sayang nak peluk abang tak? “ Alif juga merasa kan hal yang sama dengan isterinya

“Boleh saya peluk abang sekali ni je..last” pinta Feli

“Akak tak suka dengar yang macam ni. Feli isteri Alif sampai bila bila dan akan menjadi isteri Alif sampai ajal menjemput. Kalau nak peluk tu peluk jangan cakap seolah esok dah tak ada lagi” marah Balqis

Wanita itu sangat marah saat mengetahui mummynya menghukum Feli tanpa usul periksa dan malah meminta adiknya menceraikan gadis sebaik Feli

“Kak Qis” sapa Feli

“Biar pun semua orang tak percayakan Feli. Akan percayakan Feli sepenuh hati” ucap Balqis dengan tegas.

Alif yang sudah tidak tahan menahan rindunya terus memeluk isterinya dengan erat dan menghujani wajah cantik itu dengan ciuman yang bertubi tubi.

“Maafkan abang. Tunggu abang balik seperti biasa dan jangan pergi dari rumah” pinta Alif yang sangat berat hati untuk berangkat kerja

Feli mengangguk “baik” jawapnya sepatah

Balqis yang sedar diri tidak mahu menggnggu pasangan itu dan memilih berangkat kerja diam diam

Kela yang mengintai dari dalam sudah beberapa kali mengesat air mata penyesalannya melihat betapa Alif menyayangi isterinya.

****
Setelah kepergian Alif kini tinggal Alex, Kela dan Feli sahaja di rumah bersama tiga orang lagi pembantu.

“Feli…”Kela memanggil lembut menantunya yang terlihat sibuk di dapur sedang berkemas

Merasa di panggil Feli menoleh dan melihat mertuanya berdiri begitu dekat dengannya sehingga membuat gadis itu terpaksa mengundur setapak ke belakang.

“Maafkan mummy” Kela menarik tubuh kecil Feli masuk ke dalam pelukannya

Feli yang tidak bersedia kini hanya pasrah di dalam pelukan wanita yang beberapa hari lalu secara terang terangan membenci dirinya. Feli terdiam dan tidak tahu harus merespon seperti apa

“Maafkan mummy sayang…mummy mohon sangat sangat jangan tinggalkan Alif, jangan tinggalkan mummy dan jangan tinggalkan keluarga ni. Mummy merayu sayang” tangis kela pecah juga

Watie yang masih di sana juga turut merasa terharu dan berharap sangat Feli tidak akan pergi dari keluarga itu

Tapi tekad Feli dah bulat untuk pergi dari rumah itu hanya menunggu masa yang sesuai selepas dirinya mengucapkan selamat tinggal pada Azizi maka Feli akan pergi dari kehidupan semua orang dan memilih untuk meneruskan kehidupan di tempat yang dirinya tidak di kenali sama sekali oleh orang orang sekeliling.

“Puan..depan ada tetamu” beritahu salah satu pembantu rumah membuat Kela melepaskan pelukannya.

“Siapa?” tanya wanita itu sambil tanganya menghapus air mata yang masih setia mengalir.

“Lelaki puan”

“baiklah saya ke depan” beritahu Kela “ Feli mandi lah ya” pujuknya pada sang menantu yang dari tadi masih menunjukkan ekspresi terkejut.

Feli bukannya pergi mandi malah gadis itu kini melangkah menuju gazebo belakang. Tempat favoritenya saat sedang sedih dan memerlukan keadaan yang tenang.

Kela melangkah ke ruang tamu dan di sana suaminya sedang duduk berhadapan dengan seorang lelaki yang terlihat asing

“Abang..”panggil Kela

Alex berpaling dan menghulurkan tangannya pada sang isteri “mari”

“Sekarang beritahu apa tujuan anda datang ke mari” pinta Alex pada tetamunya

“perkenalkan nama saya Halim. Saya sebenarnya penjaga buat Feli dan Azizi dan akhirnya kedua beradik itu terpaksa berpisah di sebabkan Hasan tak nak kehilangan Feli.”

Halim menarik nafas dalam sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jaketnya lalu meletakkan di atas meja

“Tuan dengan Puan kenal dengan orang ini?”

Mata Alex membulat melihat gambar dirinya bersama Brandon dan “Mike…” ucapnya

“Ya…Tuan Mike Benzly adalah ayah kandung bagi Felicia dengan Azizi. Ada kisah di balik berpecah belahnya keluarga mereka dan saya tidak berhak untuk mengungkapkannya di depan tuan”

Alex dan Kela sama sama terlopong “Fel…” ucap Alex dengan mata berkaca kaca “ jadi Feli anak Mike?” tanyanya lagi untuk mengesahkan

Halim mengangguk “ Tuan Mike tahu anaknya menikah dengan anak tuan sebab tu beliau meminta saya sendiri yang menemani cik Feli masa hari pernikahannya. Tuan Mike ucapkan terima kasih sebab Tuan dan Puan dah terima anaknya dengan baik”

Kela merasakan ada sesuatu yang berat kini sedang jatuh dari atas dan menimpa kepalanya “Ya Allah….abang…Feli….Feli tu anak Mike” wanita itu kini meraung dalam pelukan suaminya.

Mengingat dulu bagaimana Mike dan Lily menjaga dirinya dan sentiasa ada saat dirinya menghadapi masalah membuat Kela semakin merasa bersalah terhadap Feli.

“Tuan Mike sudah balik sini dan mungkin bila bila masa sahaja akan datang jumpa Tuan. Kalau macam tu saya minta diri dulu” Halim meminta diri dan hanya di anggukkan oleh Alex

“Sekarang mummy dah menyesal?” Alex bertanya setelah tangis isterinya reda

“Maafkan Kela abang…maaf…” ucapnya sambil terisak

Alex mengemaskan pelukannya di bahu Kela “ tolong jangan salah faham dengan Feli. Bagi dia ruang bela diri sendiri” pinta Alex

Kela mengangguk laju “ Kela tak akan biarkan Feli pergi dan Kela janji akan jaga Feli bagi pihak Mike” janji Kela

“Mummy..daddy”

Kini Feli sudah terpacak di sebelah mereka dalam keadaan yang sudah bersiap seperti ingin keluar rumah.

“Sayang…nak keluar ke?” Kela bangkit dari duduknya mendapatkan Feli

“Tadi siapa? Kenapa mummy dengan daddy menangis macam ni?” Feli balik bertanya

“Tak ada apa sayang” bohong Alex

“Feli nak keluar sekejap jumpa Azizi”

Kela mengangguk laju “ mummy teman sayang…mummy nak jumpa Azizi juga” Alex turut mengangguk sebagai isyarat ingin ikut sekali

Biarpun sedikit ragu akhirnya Feli mengangguk “baiklah” ucapnya

“Hai….mummy! nak keluar ke? “ Mimi yang datang dengan Zara terus berlari memeluk Kela dengan erat

“kami nak keluar bertiga” jawap kela kemudian menolak tubuh Mimi sedikit menjauhinya dan malah menarik Feli untuk mendekat

Zara memandang dengan tatapan tidak puas hati “ kela…kau dah berbaik dengan anak yatim ni ke?” tegurnya

“jaga mulut awak Zara kalau awak masih anggap kami berdua sahabat” marah Alex kemudian melemparkan tatapan tajam buat zara.

“Zara.. Feli menantu aku dan sampai bila bila akan tetap menjadi menantu aku. Tolong hormati juga Feli” kali ini Kela yang membela menantunya

Glup!

“Ada yang aku tak tahu ke semua ni. Kenapa mummy tiba tiba berubah seperti dulu” batin Feli antara bahagia dan sekaligus takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience