12

Romance Completed 245339

Setelah selesai mandi dan solat. Kela akhir nya keluar dari bilik tidur nya dan sedang berfikir nak masak apa untuk makan malam ni. Saat membuka pintu Kela terkejut melihat Alex masih lagi santai di atas sofa masih lagi dengan pakaian pejabat nya.

“Tuan..tuan tak balik lagi” tanya Kela hairan

Alex berpaling dan melihat Kela sudah rapi dengan t shirt putih over size kegemaran nya serta palazo kelabu di atas buku lali.

“Mujur aku pakai macam ni” monolog Kela di dalam hati nya

Alex menarik tangan Kela dan menepuk tempat duduk di sebelah nya meminta Kela duduk di samping nya. Kela hanya menurut sebelum tuan yang baik hati itu sekarang berubah menjadi tuan pemaksa.

“Kela..jom keluar, awak letih ke?” tanya Alex dengan lembut

“Nak keluar macamana tuan tak mandi lagi. Tak kan pakai macam ni kot” tunjuk kela

Alex akhir nya terkekeh”nanti saya mandi la.”

Kela mengangguk meng iya kan “Tuan dah solat ke?”” tanya kela

“sudah Cherie, baru lepas.” Jawap Alex

“Ck! Tuan jangan la main main” Kela bukan nya bodoh bodoh sangat nak faham kalau dalam Bahasa perancis Cherie itu maksud nya sayang

Alex tertawa melihat reaksi Kela sebentar tadi “saya mandi dulu lepas tu kita keluar”

“Tuan ada baju kat sini ke?” Kela bertanya seperti orang bodoh dan melupa kan kalau apartment tempat nya tinggal sekarang adalah milik lelaki itu

“Ada Cherie”

“Tuan!...”

“hahahahahaha….”Alex tertawa sambil berlari masuk ke bilik di samping bilik Kela. Alex sudah menyiap kan kelengkapan nya di sana jauh sebelum Kela di paksa berpindah oleh Alex

“Firaun” gumam Kela

Setelah menunggu hampir dua puluh minit akhir nya Alex keluar dari bilik siap dengan t-shirt polo putih berkolar hitam sedikit longgar di padan kan dengan jeans berwarna navy dengan rambut hitam pekat nya sudah tersisir rapi di tambah dengan wangian yang begitu masculine sekali memenuhi ruangan.

Kela terlopong menatap Alex yang kelihatan berbeza malam ini “kenapa Firaun ni berubah jadi Dewa Yunani” monolog Kela di dalam hati nya. sungguh Alex kelihatan sangat tampan saat ini di mata Kela

Kela cepat tersedar dan memukul kepala nya sendiri “ jangan Kela…jaga mata dan hati…dia milik orang lain.tolong lah hati jangan jatuh cinta” batin Kela

“Kenapa? Takut jatuh cinta dengan saya ke?” bisik Alex di telinga Kela tiba tiba

“Astaghfirullahaladzim….Tuan!” seru kela yang sudah terlompat akibat terkejut “jaga jarak dengan saya” pinta Kela

“Why Cherie”

“Kalau tuan masih macam ni. Saya tak nak teman tuan keluar” ugut Kela yang berusaha menatural kan debaran jantung nya.

Alex tertawa perlahan sangat suka melihat gadis comel itu kini salah tingkah dan muka nya juga sudah merona merah.

“Jom’ ajak Alex

“Kejap saya ambik beg”

Kela tidak mengganti pakaian nya. setelah menyilang kan beg hitam nya, gadis itu terus keluar dan di sana Alex sudah menunggu nya dengan senyuman yang tak pernah pudar dari tadi.

Keadaan kembali kekok kerana kela berusaha menjaga jarak nya dengan Alex sehingga lah mereka masuk ke dalam kereta.

“awak nak makan apa?” tanya Alex sambil menoleh sebentar ke sebelah nya

“Entah lah…saya kurang nafsu makan sekarang. Ikut tuan lah nak makan kat mana” jawap Kela

Alex membawa Kela menuju sebuah café yang menjadi pilihan pasangan untuk makan malam romantic yang menyedia kan pelbagai menu masakan western dan juga dessert yang menyelera kan.

“Kela…kenapa mintak aiskrim je?” tanya Alex setelah selesai membuat pesanan

“Saya tak bernafsu nak makan la tuan”

“Malam malam ni makan aiskrim nanti sakit perut dah la siang tadi tak makan nasi sampai kebulur” tegur Alex

Kela hanya tersengih tidak tahu harus membuat respon seperti apa.”Tuan..erm..terima kasih sebab dah tumpang kan saya dekat apartment tu. Lepas abis STP nanti saya janji saya akan keluar dari sana” ujar Kela

“Awak nak pindah rumah lama awak tu lagi?” tanya Alex

Kela menggeleng sambil tersenyum “saya nak merantau, cari tempat kerja yang ada sedia kan asrama. Saya tak nk menyusah kan tuan terus”

Sakit rasa hati nya mendengar Kela ingin pergi “Kela awak tak payah pergi. Saya nak awak stay boleh?”

“Jangan tuan. Sekarang memang tak ada masalah.nanti bila girlfriend tuan balik sini apa yang di fikir kan nya nanti. Lagi pun sampai bila saya nak bergantung dengan tuan”

“Kela..”panggil Alex dan ucapan nya pun terjeda kerana makanan telah pun sampai.

Kedua nya memilih untuk menikmati hidangan yang telah tersaji di depan mata tanpa menyambung kembali perbualan yang terputus di tengah jalan.

****
“Kela…” panggil Alex dan kini mereka sudah berada di dalam kereta di tempat parking

Merasa di panggil Kela pun menoleh ke samping dan melihat Alex sudah berubah kedudukan menghadap nya

“Kela..saya sayang kan awak. Kata lah nak kata apa pun. Tapi saya betul betul sayang kan awak.saya tak nak awak pergi dari saya.please…stay with me” Alex menatap kela dengan tatapan sendu

Kela sangat terkejut mendapat kan pengakuan yang di luar dugaan dari boss tampan nya itu “tuan…ingat peraturan nombor satu tak?” tanya Kela dengan wajah bodoh nya

Alex tertawa perlahan” Kontrak tu dah saya buang Cherie.”

“hah!...tuan lupa dengan cik Zara?”

“Saya dah tunggu Zara lama kela dah tiba masa nya untuk saya move on”

“tapi kenapa saya?”

“Sebab saya dah mulai sayang kan awak lebih dari segala nya Kela’

Glup!

Kela menelan ludah nya kasar. “Tuan..”

“Kela…saya serius. Tolong jangan panggil saya tuan lagi”

Kini Alex meraup kedua belah pipi Kela dan memaksa gadis itu untuk menatap nya “Cherie kenapa saya rasa awak semakin kurus?” tanya Alex

“Ck…saya tak kurus lah” kela menarik muka masam

“Mulai sekarang…jangan bagi sesiapa senang buli awak lagi kalau saya tak ada dekat pejabat. Ingat..lepas habis waktu sekolah datang terus Dirgantara Corp dan naik terus pejabat saya. Jangan nak memandai nak cuci tandas satu bangunan dalam keadaan lapar” nasihat Alex

Kela merasa ada sesuatu yang melekat di kerongkong nya sekarang dan membuat nya hampir sesak nafas, memikir kan bagaimana lelaki itu boleh tahu apa yang terjadi tadi siang.

“jangan marah Cik Ayu. Dia hanya jalan kan tugas dia. Lagi pun saya memang cleaner kan dekat DC” pinta Kela sambil menarik lembut hujung t-shirt Alex

Alex meraih jemari Kela dan menggenggam nya erat “awak bukan lagi cleaner di sana sayang.”

“Saya belum lagi terima, tuan dah panggil sayang.” Bibir Kela sudah muncung ke depan

“Saya akan pasti kan awak akan jadi milik saya kela.dan sekarang juga awak harus jadi milik saya” Alex tersenyum bahagia di hujung bicara nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience