Season 2 chapter 2

Romance Completed 245339

3 hari kemudian

“Feli…cabut rambut palsu tu… tu lagi tahi lalat tu buang. Masuk dalam, tukang hias dah lama tunggu” arah Halim yang di tugaskan untuk menguruskan majlis pernikahan Felicia dengan Alif di sebuah masjid. Sebuah majlis yang tertutup dan hanya di hadiri oleh beberapa orang penting sahaja malah mummy dan daddynya juga tidak di beritahu oleh Alif.

“Tapi uncle…” Feli menolak untuk membuka rambut palsunya

“Feli…nak tipu Tuhan ke nak? Kalau Feli tak nak Tuan Alif Nampak muka Feli…nanti kita boleh mintak tukang hias pakaikan Feli tudung dan berniqab ye nak” Halim masih lagi memujuk gadis itu dan mujur sahaja tukang hias ada membawa niqab dan sama sama memujuk Feli untuk melepas rambut dan tahi lalat palsunya.

Akhirnya Felicia setuju untuk di hias “baiklah” ucapnya

Tidak sampai satu jam akhirnya “ MasyaAllah….cik Feli…cantiknya awak ni. Saya hairan kenapa cik Feli tak nak bagi bakal suami cik Feli tengok muka ni?” tanya wanita cantik yang tadi menghiasnya

“Terima kasih” hanya itu yang Feli ucapkan dan melemparkan senyuman termanisnya pada wanita itu yang dari tadi memandangnya tidak berkedip

“Sama sama..sekarang kita pasang ni” wanita itu menunjukkan kain yang di pegangnya. Setelah selesai akhirnya Halim kembali lagi

“dah siap?” tanya lelaki itu

Feli hanya mengangguk mengiyakan “andai benar dia jodohku maka dekatkanlah dan andainya dia bukan jodohku maka aku mohon beriku petunjuk” doa Feli di dalam hatinya sebelum melangkah keluar mengikuti langkah Halim

Di depan sana Alif sudah bersiap duduk di depan penghulu dan hatinya sedikit berdebar kerana sebentar lagi dia kan melafazkan janji suci pernikahannya dengan seorang gadis yang akan sah menjadi isterinya. Bila hatinya masih lagi memikirkan Tasha semakin membuat Alif merasa bersalah dan gugup.

“Baiklah sudah siap?” tanya penghulu

“siap” jawap Alif yang berusaha tenang

“Bismillahirrahmanirrahim. Baiklah sekarang kita mula” ucap penghulu itu lalu menghulurkan tangan untuk menjabat tangan Alif

Alif kini saling berjabat tangan dengan tok penghulu dan mendengarkan semua ucapan yang keluar dari mulut penghulu itu sebelum Alif menjawapnya

“Bismillahirrahmanirrahim. Qobiltu nikahaha watajwijaha bil mahril madzkur.” Ucap Alif dalam satu tarikan nafas

“Bagaimana para saksi? Sah? Tanya tok penghulu

“sah!”

Semua yang ada di sana menyaksikan ikrar suci Alif dan Feli serentak mengatakan sah dan di saat itu juga air mata Feli jatuh mengenai kain niqabnya

“Ayah..Feli dah tunaikan hasrat ayah. Sekarang ayah tenang dan doakan Feli mampu untuk meneruskan apa yang baru sahaja Feli mulai sekarang ini” monolog gadis itu di dalam hatinya.

****
Selesai majlis tadi Alif terus menghantar Feli balik ke apartmentanya dan memindahkan semua barang barang milik isterinya itu di bantu oleh Halim dan Rafi

“Apasal pulak si hodoh ni pakai macam ni. Ingat aku nak sangat ke tengok muka dia tu dengan tahi lalat sebesar penumbuk kat hidung dia tu” monolog Alif di dalam hatinya.
sementara Feli hanya terdiam dan termenung dengan fikiran yang kosong tanpa memperdulikan Alif yang sesekali menjeling ke arahnya.

Setelah sampai di depan apartment. Alif terus menekan beberapa nombor “ ingat kode ni lima, lima kali” ucapnya kemudian membuka pintu

“sekarang awak tinggal kat sini sorang sebab saya tak akan sebumbung dengan awak. Apa apa masalah awak boleh terus hubungi Halim atau Rafa. Nanti saya bagi awak nombor telefon Rafa” jelas Alif lagi

“baik tuan”

“Sekarang saya pergi dulu. Pandai pandai awak nak beli barang yang tak ada.” Sebelum keluar Alif sempat memberi kad ATM pada Felicia

“ni untuk apa tuan?”

“Awak boleh pakai duit dalam tu ikut suka hati awak. Pin dia sama dengan kode pintu Cuma angka lima enam kali”

Selesai berkata begitu Alif terus pergi meninggalkan Feli di apartment seorang diri dan bergegas kembali ke rumahnya. Hari ini lelaki itu ada janji lunch dengan kekasihnya setelah janji yang di buat tempohari gagal.

Drtt….drtt…

Telefon Feli bergetar menandakan ada panggilan masuk “Azizi” teman dari kecilnya juga teman sekerja

“Hello Zizi”

“Feli! Awak kat mana ni? Awak lupa shift awak petang ni?” sapa lelaki itu dari sebelah sana

“Zi..kejap aku sampai. Kau tolong aku jap”

Tuut…

Talian di putuskan dan Feli kelam kabut sendiri dengan baju kebaya yang masih melekat di tubuhnya juga make up yang belum lagi di bersihkan

Sementara itu di suatu tempat “ blue café” seorang lelaki tampan yang benama Azizi sedang menggantikan temannya yang hari ini datang terlambat

“Zizi..awak belum balik?” tanya Kak Mona pemilik Café

“Belum kak..saya ganti Feli sekejap. Hari ni tak tahu kenapa dia boleh lambat” jawap Azizi

Mona hanya tersenyum dan seandainya orang lain yang berada di posisi Mona melihat kemesraan dua orang sahabat baik itu pasti akan berfikir kalau Feli dan Azizi bercinta tetapi mona tahu kalau mereka sekadar sahabat yang selalu susah senang bersama dan Mona sendiri sudah dua tahun menyaksikan bagaimana kedua sahabat itu saling bergantung dan saling membantu dalam suka duka.

“Tu customer datang” tunjuk mona pada pasangan yang sangat padan sedang melangkah masuk ke dalam café mereka

“Wau…ini kan instafamous tu. Cantiknya kak Mona” ucap Zizi

“Jangan nak bermipi Zi..kau tengok yang pegang tangan dia tu siapa” tunjuk Mona pada lelaki tinggi lampai yang boleh di kategorikan sangat tampan berjalan beriringan dengan Tasha sambil menggenggam erat jemari wanita itu.

“Hancur harapanku…..” zizi berpura pura patah hati sehingga membuat Mona tertawa perlahan melihat pekerjanya itu yang sudah ke depan melayan pelanggan

“Azizi!!!!!.maaf maaf….aku lambat”

Belum sempat Azizi melangkah menuju meja pelanggan tadi terlihat seorang gadis comel yang berlari tergopoh gopoh menarik tangannya dengan nafas yang tersengal

“Felicia Arini! Ya Allah…hantu mana kejar kau ni Fel?” tanya Azizi yang terkejut melihat Feli yang sudah semput seolah di kejar hantu.

Deg!

Alif memandang ke arah dua pelayan itu mendengar nama yang di panggil “ tak mungkin si hodoh tu” batinnya dan kembali lagi fokus pada buku menu di tangannya

“Feli sini, tolong kakak jaga sini, akak nak keluar. Zizi OT tak apakan?” jerit Mona

“Baik kak Mona” jawap keduanya serentak

Feli yang tidak memandang kiri kanan tidak sedar akan kehadiran suaminya di sana sedang menjamu selera dengan kekasihnya. Gadis itu malah larut bersenda gurau dengan Azizi yang kebetulan Café sedang kosong dan pelanggan yang ada hanya beberapa orang sahaja

Sesekali Alif mencuri pandang pada gadis yang duduk di meja cashier di depan sana yang jemarinya juga masih lagi melekat inai dan sama seperti inai yang di kenakan istri hodohnya Cuma yang berbeza jemari di depan sana tidak tersemat cincin di jari manisnya.

“sayang..you apasal asyik jeling budak tu dari tadi?” Tasha perasan dengan kelakuan aneh Alif

“Oh tak…rasa macam kenal je.” Jawap Alif bersahaja sehingga membuat Tasaha pun ikut berpaling dan memerhatikan feli dari jauh.

“Ni bahaya kalau Alif kenal budak perempuan ni. Lelaki mana tak cair bila tengok muka comel macam tu” batin Tasha yang tiba tiba di bakar api cemburu sementara yang di perhatikan sibuk dengan dunianya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience